Chao Da Lat - Part 1 - Robin Hill & Truc Lam Monastery

Monday, 2 March 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Setelah hampir dua tahun gantung passport, aku dapat jugak peluang nak travel. Trip kali ni idea adik aku. Dia nak bawak mak ayah aku travel sekali, tiket dia yang belanja. Alang-alang tu aku tumpang la sekaki.

Awal-awal mak ayah aku cam ragu-ragu nak pergi. Risau sebab wabak corona virus. Tapi aku jenuh pujuk. Aku cakap tempat yang kitorang nak pergi ni jauh dari town dan tak berapa sesak. Mak ayah aku tumpas bila adik aku buat muka seposen. Taktik anak bongsu gak yang menjadi. Kesian katanya, dia dah beli tiket lama. Duit tour guide pun dah bayar 30%.

Nak dijadikan cerita, kami nyaris tertinggal flight sebab lambat sampai airport. Cuma rezeki boarding kat gate P1, gate paling depan dan keadaan airport yang lengang. Aku ngan adik aku ni nama je selalu terbang, tapi ilmu urusan di airport ni kitorang slow sikit. Print luggage tag pun terhegeh-hegeh sampai kaunter dah tutup, terpaksa mintak tolong customer service. Mujurlah staf Air Asia tu dapat tolong kalau tak heretlah beg tu naik flight. Rugi je beli luggage.

Muka hepi dan kepenatan berjaya sampai ke Da Lat. Mask jangan dilupa sebab airport kan ramai orang

Dari KL ke Da Lat ni ambil masa around 2 jam. Airport Da Lat ni kecik je. Sambil cop passport eh dah nampak conveyor belt untuk ambil beg. Yang penting airport wifi laju. Nak masuk Vietnam tak perlu arrival card, tapi ada barang yang kita bawak, kena declare dulu. Ni bolehlah check dengan Kastam Vietnam

Kami bawak makanan macam roti, biskut, megi dan kopi three in 1. Semua sumbat dalam luggage. Alhamdulillah takde kena tanya.

Lepas je clear imigresen, kitorang pun keluar cari tour guide kitorang. Sebab trip ni bawak mak ayah takadalah aku nak aci redah naik public transport macam dengan kawan-kawan. Tour guide dah tunggu siap-siap dengan placard nama adik aku sebab dia mastermind trip ni.


Aku teruja sebab seumur hidup ni lah first time bercuti dengan mak ayah ke luar negara. Selalu tu dalam negara je. Plus, ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Vietnam. Orang Vietnam ni kalau dengar diorang bercakap macam orang Thai pun ada. Gambar atas ni aku tangkap masa on the way dari airport ke pekan Da Lat. Waktu Vietnam lambat satu jam dari Malaysia. Waktu kitorang sampai ni baru pukul 12 lebih. Masih awal nak check in hotel.


Mini bus yang kami naiki. 9 seater tapi kitorang hanya berempat. Memang selesa habis. Tour guide kitorang, nama dia Roi. Driver nama Mr.Tanh, tapi tulah dia tak berapa pandai cakap bahasa Inggeris. Dengar la Roi ni cerita yang sekarang ni tourism di Vietnam sangat low sebab corona virus. So kami dinasihati supaya berhati-hati dan jangan bercakap dengan stranger. Kami siap dibekalkan mask.

Tempat pertama Roi bawak kami adalah Robin Hill. Aku ni kalau ada tour guide memang maleh la nak buat research. Layan jelah.

Tarikan utama Robin Hill ni adalah cable car dia

Da Lat dikelilingi bukit-bukau. Sebab tu cuaca kat sini sejuk dan nyaman



Berhampiran kaunter tiket ada kedai souvenir tapi kitorang tak beli apa-apa sebab masih terlalu awal untuk shopping. Selain tu ada kafe jugak, untuk lepak santai minum teh. Macam kat Cameron gitu

Menikmati view dari atas. Cantik kan?

Lagi cantik bila ada aku. Haha


Kaunter tiket yang lengang. Duit cable car dah masuk dalam pakej. Boleh pilih untuk return atau one way sahaja.

Masa tunggu giliran nak naik cable car, nampak ramai tourist dari Rusia. Teringat ada sorang rakan blogger yang pernah sampai Da Lat ni cerita yang orang Rusia suka datang sini. Tour guide group Rusia tu siap bagi salam kat kitorang. Entahlah dia memang muslim atau sekadar nak berbudi bahasa, kitorang jawab je Waalaikumsalam. Malas fikir banyak.


Cable car sini takdelah besar sangat. Boleh muat 4 orang dewasa sahaja. Perjalanan sepanjang 2.4km, bawah tu nampak view hutan pokok pine, tasik dan kebun sayur-sayuran. Nice jugak view, cuci mata tengok hijau daun.

Cable car ini membawa kami ke Truc Lam Monastery

Monastery ni kawasan tempat duduk untuk para sami. Ada tokong, dewan dan juga asrama. Before sampai sini Roi ada jugak tanya kitorang if tak kisah bagi kami melawat tempat penganut agama Buddha. Aku bagitau yang kitorang OK je. Roi cakap dekat tempat ni ada sesetengah kawasan merupakan kawasan private dan ambil gambar orang tengah sembahyang adalah dilarang sama sekali.



Suka tengok tokong ni sebab ukiran dekat loceng besar dan dinding yang sangat teliti dan berseni. Tiba-tiba aku teringat filem Kung Fu Hustle.

Dekat area Truc Lam Monastery ni banyak kebun bunga. Mekar cantik mungkin kerana suhu Da Lat yang sejuk







 Dewan yang cantik tapi ditutup untuk orang awam. Private property sami-sami di situ.

 Tasik. Entahlah tulis apa dalam bahasa Vietnam

 Roi kata kat sini ada bela kura-kura


Before keluar ada kedai souvenir. Antara yang paling banyak dijual adalah windchime berbagai saiz. Yang minat bolehlah beli.


Kedai souvenir kat Truc Lam ni banyak jual trinket agama Buddha. Aku cari jugak kot ada FM tulis 'Robin Hill' ke tapi tak ada.

Lepas habis merayap kat Truc Lam Monastery ni, kami dibawa ke destinasi seterusnya. Tak naik pun cable car return. Sambung perjalanan dari situ. Nak tahu kami ke mana, tunggu next entry ye. Thanks for reading!

22 comments

  1. kalo ade gmbr ciksal kat kebun bunga tuu lg chantekk n jeliterr.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je Wak, tapi saya pemalu tu yang tak tunjuk

      Delete
  2. seronok gi tmpt sejuk..ada tour guide lg best..rileks2..enjoy the trip..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali-sekala berjalan dengan tour guide. senang tak payah fikir

      Delete
  3. Pergi tempat tak ramai pelancong mesti rasa seronok. Nak ambil gambar senang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde orang kacau gambar kita. Tu yang best. hehe

      Delete
  4. risaukan nak travel tgh musim penyakit ni. jaga kebersihan diri je la. hand senitizer sentiasa ada dalm beg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. even before covid19 pun memang sentiasa stok santizer kat rumah. dah musim ni lagilah berjaga-jaga

      Delete
  5. Wah dalat memang nak pergi. Tahun lepas geng ajak pergi tapi disebabkan tak dapat cuti huhuhu nangis bucu katil le kena tinggal geng travel....huhuhu bila lah nak pergi ni. kalau pergi bulan 2 ada bunga tulip. okies cop tahun depan lah. Tahun ni musim sakit. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni postpone dulu la segala travel. tunggu keadaan betul2 selamat

      Delete
  6. jaga kesihatan, take care. melawat tempat orang best! cantek view2 nya

    ReplyDelete
  7. oittt apeni apeni....jalan time covid. kesian kami. hahaha

    tp ayat mati tu .... cisss bertuah betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila baca sekarang ni, rasa bersalah pulak

      Delete
  8. tp seronok dapat bawa mak ayah travel ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tapi kesian tengok diorang penat

      Delete
  9. Alhamdulillah.. bahagia rasanya bila dapat travel dengan mak ayah kan.. seronok baca pengalaman Sal ini..

    ReplyDelete
  10. bunga2 kt dalat ni tak letih berbunga ke. hahaha memang cantik. ayat nk mati tu kemain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu kurang kesedaran tentang Covid. Jangan kecam sis 😅

      Delete
    2. sbb tak sangka boleh merebak ke serata negara kan.. haha

      Delete
    3. Bukan serata negara, serata dunia sudah. Antartika je takde kes lagi

      Delete
  11. Akak datang buat ulang kaji entri lama sebab nak baca Part 4, Part 1 - 3 pun tak baca lagi rupanya. Seronok Sal dan adik dapat bawa mak ayah travel sekali. Oh my... geram tengok bunga-bunga kat Da Lat tu. Rasa cam nak guling-guling buat video klip tukar-tukar baju cam citer hindustan tu hahaha

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah