Chao Da Lat - Part 3 - Restoran Halal di Da Lat, Plaza Hotel dan Night Market

Monday 9 March 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Sambung cerita Da Lat. Lepas settle di Datanla Waterfall, kitorang request untuk balik ke hotel. Hotel yang kami duduk ni agensi yang booking. Book 2 bilik. Mak ayah aku satu bilik, aku share dengan adik aku.


Roi kata Dalat Plaza Hotel ni agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong Korea dan Rusia. Diorang lebih suka menginap di kawasan bandar dan berhampiran dengan stesen bas utama. Dari Da lat ni boleh naik bas ke tempat-tempat lain di Vietnam macam Ho Chi Minh dan Nha Trang.



Lobi hotel yang cantik. Kami siap dibekalkan face mask. Pekerja hotel ni peramah dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik.


Kitorang hanya berdua tapi dapat bilik 3 katil. Hotel di Da Lat tak ada air cond. Siang kalau panas, gunalah kipas

Sebab aku ada baca yang Da Lat ni sejuk di waktu malam, so aku mandi dulu sebelum keluar untuk dinner. Pukul 6.00 petang, Roi datang jemput kitorang di hotel.

View luar hotel. Banyak jugak teksi lalu-lalang.


Dinner di Restoran Kampong Pandan. Abah aku sempat borak dengan owner restoran. Katanya berasal dari Malaysia. Ini satu-satunya restoran halal di Da Lat, so memang tempat ni jadi tumpuan tourist Muslim.


Masakan ala Vietnam dan Thai. Mix stail Malaysia sikit. Vietnam Rolls dan Pandan Chicken dia sedap!



Perut dah kenyang, Roi bawak kami ke Da Lat Night Market. Da Lat di waktu malam sangat lah sejuk. Ada orang kata, kalau datang Disember, siang pun kena pakai sweater. Tapi time kitorang ni, pakai sweater waktu malam sahaja. Dari Restoran Kampung Pandan, Mr. Tanh drive dan drop off kami di night market.


Sejuk-sejuk macam ni memang terliur lah tengok goreng-gorengan street food kat pasar ni, tapi tulah tak halal so lap lah air liur pakai hujung sweater. Haha. Nak beli rebus-rebus pun tak berani sebab tak yakin. Nasib baik lah datang masa tengah kenyang.


Selain dari street food, boleh jugak beli bunga, keychain, fridge magnet , barangan kraf dan Tshirt. Sini jugak banyak handbag dan kasut murah dan cantik tau. Tak nampak langsung macam beli kat pasar malam.


Tapi yang paling aku suka tengok kat pasar malam Da Lat ni adalah knitwear diorang. Cardigan, sweater semua cantik dan murah. Sangat fashionable. Sape yang suka pakai baju dari material kait memang rambang mata. Knitting diorang kukuh dan tak jarang. Most of the salesperson kat sini bila takde customer memang diorang mengait. Laju pulak tu. Jaket dan windbreaker bundle pun banyak jual. Kualiti macam baru.


Disebabkan wabak Corona virus, night market ni agak lengang. Masa ni Roi dah tinggalkan kitorang. Yelah, dia ikut pun nak buat apa. Bab shopping ni rakyat Malaysia tak payah diajar. Haha.


Posing dekat roundabout. Makanan dalam polisterine tu tapau dari restoran tadi sebab tak habis. Korang jangan nanti tanya aku beli apa kat gerai mana pulak. 


Selama ni aku just dengar cerita orang, tapi kali ni aku lalui sendiri pengalaman melintas jalan di Vietnam. Memang susah nak melintas kat roundabout ni sebab takde traffic light atau jejantas, tak macam kat Malaysia. Driver dan motorists kat sini takdenya nak berhenti bagi laluan. Kena redah. Tu stail orang sini.


When in Vietnam, do like the Vietnamese do. Dari night market ke hotel, kami berjalan kaki je. Kecut perut aku melintas jalan. Mak aku yang confident jalan depan. Aku cakap dah, dia tu hati kering. Naik alpine coaster je dia takut.

Dalat Plaza Hotel ni nampak mewah

Sampai je bilik, rest kejap dan packing barang. Lepak jap layan TV dan salin baju pastu tido. Memang lena tido kat Da Lat sebab sejuk. Berbungkus aku dalam selimut tebal.

Sekian cerita hari pertama di Da Lat. Thanks for reading!

19 comments

  1. Nampak meriah je waktu malam.

    ReplyDelete
  2. seronok shopping banyak kedai gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. shopping souvenir. Taulah nenek nak bagi kat cucu-cucu

      Delete
  3. Sungguhpun lalu lintas dia sibuk tapi jarang accident kan. Kita kalau takde lampu isyarat tak boleh lintas tapi depa slumber je. eh tak kena langgar pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang sana dah biasa kot. kita kat sini main lintas je macam tu memang dah kena maki

      Delete
  4. Bilik dia luas...tapi perabut klasik gitu

    ReplyDelete
  5. Cantik dan menarik pulak bunga kaktus tu colorful gitewww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah tengok diorang jual pokok dan bunga2.

      Delete
  6. Jalan-jalan seru ini, kak ..., Marketnya banyak pilihan yang dapat diborong 🙂

    ReplyDelete
  7. Cantiknya baju kait dia.. Kalau pergi sini mau borong 3,4 helai ini.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahan jugak dari memborong. Sebab kl panas so nanti membazir je x pakai. Tapi memang geram tengok design cantik2

      Delete
  8. Pandai depa mengait, buat baju yg fashionable..

    ReplyDelete
  9. Best cuti macam ni, Entah bila dapat cuti macam ni

    ReplyDelete
  10. bila lah boleh pi da lat ni.. memang nak pi layan dia punya nature view

    ReplyDelete
  11. Saya datang dari masa depan. Nanti pada September 2021 akan ada entri sambungan Part 4.\
    Sekarang ini saya kena kembali ke masa lalu untuk cari entri Part 2 pula :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Gelak besar saya baca komen ni. Aduhai cik dari masa depan, napelah tak datang awal sikit warning Covid akan melanda pada tahun 2020. Pasti saya dah cuti setahun sepanjang 2019, mengembara tanpa henti

      Delete
  12. Cantik hotel dan bilik penginapan you all ye.
    Uishh... seram gak nak lintas jalan. Kalau akak, mahu sampai ke pagi sangkut kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun seram gak mula-mula tapi sebab tak nak tido kat roundabout,kenalah beranikan diri. Ingatkan di bandar Saigon saja begini.

      Delete
  13. Wah ... Kapan ya, saya bisa ke Vietnam.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah