Chao Da Lat - Part 2 - Tuyen Lam Lake & Datanla Waterfall

Wednesday 4 March 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Jom sambung cerita trip Da Lat aku awal Februari hari tu.

Selepas mencuci mata di Truc Lam Monastery, kami tak naik cable car Robin Hill, sebaliknya terus masuk van untuk ke destinasi seterusnya. Roi bawa kami ke Tuyen Lam Lake.


Masa berhenti dekat tasik ni, aku ngan adik aku je turun. Mak ayah aku tak larat katanya. Lagipun tengah panas berdenting time ni. Roi kata kalau berminat boleh je nak main bot angsa kayuh sendiri atau memancing tapi memandangkan kat Malaysia pun boleh buat semua tu, kitorang decide untuk skip. Lagipun tengah panas, takut pitam pulak.



Tuyen Lam Lake ni memang cantik dan terjaga rapi. Roi kata di Da Lat, tourism merupakan antara mata pencarian utama. Sebab tu kot diorang jaga tempat-tempat yang menjadi tumpuan macam ni.

Next kami ke Datanla Waterfall. Korang kalau pergi Da Lat please jangan skip tempat ni! Sebab kat sini ada Alpine Coaster. Ia merupakan mini roller coaster, tapi korang yang kawal sendiri, bukan mesin. Satu coaster boleh naik 2 orang. Orang yang duduk belakang yang control throttle dan brek.


Kena beli tiket. Setahu aku, nak tengok Datanla Waterfall kena naik coaster tu. Takde choice lain. Kalau ada masalah kesihatan, tunggu sahaja di luar atau skip. Yang aku pelik, walaupun kat tempat lain orang tak berapa nak ada, kat Datanla ni tetibe ramai pulak orang. Lama jugak kitorang beratur.

Aku nasihatkan korang kalau nak naik Alpine Coaster ni tak payahla bawak beg. Buat leceh je. Tak digalakkan pegang barang-barang carelessly sepanjang ride, takut terlepas dah jenuh kena mintak bantuan staf untuk gi kutip kat trek.


Aku tak pandai nak cerita so layan jela video dari youtube ni supaya dapat 'tangkap' apa yang aku cuba sampaikan

Aku rasa bersalah sebab pujuk mak aku naik ni. Sorry Mak. Padahal Mak aku jenis yang daredevil jugak tau, takat drive kete cilok sana sini bukan dia tak biasa. Hehe. Mak aku tak bawak, tapi adik aku. Dia duduk depan. Lagilah mak haji tu berzikir panjang.



Cantik jugak air terjun Datanla ni, tapi tak boleh mandi tau


Rupa coaster tu macam go-kart pun ada. Nak naik atas balik kena naik coaster jugak tapi kali ni 100% dikawal mesin. So korang rilek je. Ko tengok makcik dalam gambar atas ni muka confident je ok.

Kalau korang berminat, boleh jugak beli gambar korang tengah naik coaster. Ada certain camera point, bila korang lalu kat situ sengih jelah konon-konon tak takut. Harga gambar tu pun murah je. Lagi murah dari harga naik coaster ni.

Perut pun dah lapar, kitorang bagitau Roi yang kitorang nak check in hotel. Penatlah jugak, lagipun aku asal panas je pening. Asal pening je panas. Eh.

Next entry aku share hotel tempat kitorang menginap dan apa aktiviti malam kat Da Lat ye. Thanks for reading. Doakan semoga virus Corona ni cepat-cepat pulih. To be honest, nak menaip entry travel ni pun mood aku kureng sebab takut orang kata aku macam 'racun' orang supaya travel. Huhuhu.

Jumpa next entry! Bye!

19 comments

  1. laju gak coaster tu..sibbaik rendah je...

    ofismate akk siap gi Korea lg, kena kuarantin 2 minggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kuarantin tu bagus la. Yang tak reti bahasa tu yang susah

      Delete
  2. Kalau nak melancong, boleh je. Cuma pergi tempat yang belum jadi pandermik lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tak boleh dah. Kalau x sampai bila2 pun covid x habis kat dunia ni

      Delete
  3. Ala tulis ja.... apa pulak takut 'racun' orang supaya travel tu memang lah tapi kita agak2 le. Kalau dah tak sesuai keadaan simpan le dulu untuk agenda akan datang ke. Tapi cerita travel kan boleh cerita je tak payah tunggu wabak habis ke apa ke janji cuci mata tenguk gambo. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bila tak dapat travel ni nak cerita pasal travel pun xde mood. Sob sob

      Delete
  4. Comel je naik coaster tu. Nasib baik tak tinggi kalau tak huh gayat. Nasib baik jantung tidak melompat keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tinggi pun tapi gayat jugak. Jantung dah hujung tangkai dah kak. Haha

      Delete
  5. salam.... hello sal.... long time no see. haarap sal sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. hello..hello. sihat la jugak. masih tenang duduk rumah

      Delete
  6. kemain best nya berjalan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah 2 tahun gantung passport. Ni dah kena gantung balik angkara covid. Huhu

      Delete
  7. dont worry.. keep on writing.. pengalaman travel ini seronok dibaca tau..
    Kira dasyat jugalah mak Sal ye.. Kalau Sha nie, memang tak naiklah.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. coaster mcm tu boleh layan lg yg kt swiss memang boleh cedera lg bahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik takde kecederaan naik yang di Dalat ni. Risau jugak kan mak ayah dah berumur

      Delete
  9. Pada masa ini, entri-entri travel Sal sangat berharga untuk orang yang tengah kemaruk rindu nak travel. At least, dapatlah travel melalui maya. Heheh macam akak nilah. Dah sampai Da Lat.Tak payah pakai pasport!

    ReplyDelete
  10. Seronok tengok Sal travel, air terjun cantik, tak bole mandi ye. Bagus tu bonda Sal turut naik sekali. Well done. Debar jugakkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab airnya deras atau sebab susah nak crowd controll. lupa nak tanya tour guide

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah