Throwback - Penang Avatar Secret Garden

Saturday, 21 December 2019

Assalamualaikum dan hai semua! Aku sedang clear memory phone dan terjumpa gambar-gambar masa aku bercuti ke Penang bersama  CT awal tahun 2018. Tak silap aku bulan 3, masa tu ada wedding RZ, kawan CT yang tumpangkan kitorang masa jalan-jalan di Melbourne dulu. Lama betul, RZ pun dah dapat anak seorang sewaktu entry ini ditaip.

Penang Avatar Secret Garden ni terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Kitorang naik GRAB je masa tu dari hotel. Tak kuasa lah nak drive, dengan jam dan dengan nak pening pikir parking lagi. Nak pergi tempat ni kena pergi waktu malam. Kalau siang mana nak nampak lampu u olls.


Terletak dalam kawasan Thai Pak Koong Temple Tanjong Tokong. Masuk kena bayar. If datang naik kereta, diorang caj per kereta. If datang jalan kaki diorang caj per kepala. Aku dah lupa berapa RM tapi harga reasonable la jugak bagi aku. Yelah, nak bayar bil letrik dan maintenance. Mana ada benda free di zaman ini.

 Pergi malam minggu jadi sila bertabah manusia ramai



 Bunga LED berwarna-warni. Sesuai untuk minah bunga tu. Haha

Once upon a happy and healthy girl. Pipi pau, muka bulat. Tapi sekarang cengkung macam drug addict. Huhuhu







My Honest Review : Tempat ni best dan cantik untuk bergambar only if you guys ada kamera yang cantik boleh capture night mode. Kalau phone biasa macam aku tangkap gambar muka memang gelap tak nampak apa. Best jugak tapi kawasan ni berbukit. Kalau bawak wheelchair atau stroller hanya mampu menikmati view dari bawah je. Tapi tu masa aku pergi la. Kot lah sekarang dah ditambah ramp ke escalator ke tak tau lah pulak aku.

OKlah, tu je aku nak story. Thanks for reading!

21 comments

  1. Memang best tempat macam ni. Lampu kat sini semua cantik cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! entahlah idea siapa buat tempat ni. memang kreatif

      Delete
  2. tak tau tempat ni, sal.
    ari tu ke penang. if tau, sure nak terjah.
    tgk tgk kan :)
    tapi tu la. nak amik gambar, phone cokia jer.
    ntah cantik ntah tak gambar mlm hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kiter..gambar takde orang bolehla tahan, kalau ada muka memang gelap je

      Delete
  3. byk lampu warna warni laplip laplip gituu

    ReplyDelete
  4. Cantiknya.. Kalau Sha nie, memang terapilah.. suka tengok lampu warna warni nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..memang terapi. walaupun malam tapi rasa ceria je. Lampu-lampu meriah

      Delete
  5. Suatu masa nak jejak kaki ke Penang pula jumpa blogger sal..hehehe, terima kasih datang ke laman Etuza ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya blogger KL la cikgu. Tapi suka ke Penang. Hehe

      Delete
  6. Hanya indah di malam hari ya Sal.
    Okaylah tu tempat siang hari dah banyak sangat kalau nak pergi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza...siang g makan nasi kandaq la kalau kat penang ni. Takpun ambil gambar kat street art or gi batu feringghi

      Delete
  7. Tempat macam ni haruslah kena bayar. Tak bayar per kereta, dia charge per kepala pulak. Memang cantik tempatnya. Kalau night view memang kena ada camera yang best baru gambar cantik kan

    ReplyDelete
  8. Cantiknya.. mama X penah lagi sampai sini

    ReplyDelete
  9. cukuplaaa sekali pergi hahaha x snggop nak hadap lautan manusia dan sesak. walaupun naik Grab haha nampak x tahap serik tu ? dala panas sebab lampu2 tu kan kluar haba ooo peluh. tapi okla kak kite da sampai tu dala.. xyah repeat =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukupla sekali kan. nak merasa tempat yang katanya viral sangat (masa tu lah)

      Delete
  10. paling meluat nk dtg sini.. sbb ada parents sejenis suka bawa anak2 kecik masuk lps tu melalak, malam pulak tu. dtg kali ke 2 pun sbb ada kwn nk throwback tmpat jumpa bf. hadoi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part mak bapak bawak anak lepas tu menangis memang stress. Seram pun ada. Budak2 menangis macam nampak hantu.

      Delete
    2. dh memang tempat hantu. dkt dgn laut pula. dh tak berani nak ke sana Sal.

      Delete
    3. Ok lah, rasanya pasni tak ke sana dah. Huhu

      Delete
  11. Tengok sekali ala star wars, tai avatar, menarik, ada kelainan..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah