Sonata Salju di Jeju - Part 14 - Eco Land Theme Park

Friday, 20 December 2019

Assalamualaikum dan hai semua! Bertemu kita lagi dalam sesi cerita Jeju yang tak habis-habis. Haha.

Masuk hari ketujuh di Jeju, masing-masing dah buntu nak ke mana. Jarang orang stay sampai 7 hari kat Jeju ni tapi apakan daya, itu pilihan paling berbaloi yang kami ada sebab flight direct ke KL (sewaktu trip kami) tak available on weekend. Google punya google, aku ngan Siti pun decide nak pergi Eco Land Theme Park. Nak ajak makcik-makcik naik roller coaster.


Pandai Siti pilih hotel sebab Jeju Hyundai Tourist Hotel ni betul-betul depan bus stop. Aku suka bus stop kat Jeju sebab ada skrin yang tunjuk laluan bas dan masa lagi berapa minit bas nak sampai. Naik je mana-mana bas yang pergi ke Jeju Bus Terminal. Ada option bahasa Inggeris juga so janganlah risau.

 Ada skrin yang display next stop


 Nak double confirm, kita tanya dulu kat Tourist Information Centre, betul-betul depan terminal, bas mana yang ke EcoWorld.



Terminal bas yang selesa. Ada kedai serbaneka, tandas dan ruang menunggu. Jeju Bus Terminal ni kecik je so tak payah risau sesat.

Pastikan platform yang betul

Perjalanan mengambil masa hampir 40 minit dengan menaiki bas nombor 231

Turun di sini


Salji masih menebal sewaktu kami sampai ke Ecoland. Nasib baik pakai winter boot. Boleh kuis-kuis salji dengan kaki. Ecoland ni ada kawasan parkir yang luas tapi ramai jugak yang aku nampak datang naik bas.

 Beli tiket dulu


 Nak masuk Ecoland kena naik tram ni. Jadi marilah..

 Hentian pertama, Eco Bridge


Datang time winter, jadi stesen ni hambar sikitlah. Pokok togel dan rumput-rumput kering je yang ada. If datang in spring mungkin lagi cantik dan ceria. Tak pun awal musim luruh, sewaktu daun mula memerah. Aku agak jelah Hehe.

Dari luar nampak macam sendu, tapi bila dah masuk dalam tu, eh ramai pulak tourist.

 Bukan Salbiah lah namanya kalau tak pose tunjuk lubang hidung


Eco Land ni pada pendapat aku konsep ala Western pun ada. Sesuai untuk orang Korea yang nak feel macam berada di negara omputeh.

 Replika kapal lanun. Boleh masuk dalam

 Sape zaman sekolah dulu pengakap confirm familiar dengan ikatan ni


Samseng Kampung Pinang Sebatang



Dari kawasan kapal lanun, kami naik tram lagi. Kali ni ke Picnic Garden Station. Eco Land ni jalan dia one way je so tak payah la fikir sesat ke apa. Kitorang nasuk ni selamba je bawak bekalan makanan, takde pun bag check. Yang penting jaga kebersihan.


 Area Kids' Town ni kami yang dah besar pun tumpang sekaki sebab comel sangat


Next, kita masuk hutan. Tapi sebab takdelah rajin sangat kan, ikut Short Eco Road yang 400 meter tu cukuplah.






Sekali-sekala layan alam sekitar. Asyik tengok komputer lemau jugaklah mata.

Overall bagi aku Eco Land ni menarik la jugak. Nama je theme park tapi takde la roller coaster apa semua tu. Boleh layan, tapi datang time winter agak sendu.

Next ke mana kita? Nanti aku sambung story ye. 

15 comments

  1. Menarik gak masuk hutan...yg gambar ular tu takde pulak dlm bhs inggeris..huhu..tk trmasuk dlm small animal's hotel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Jeju ni bahasa Inggeris kurang sikit kak. Tu yang pakai tour guide

      Delete
  2. saya juga teringin untuk ke Korea..

    semoga entri ini menjadi panduan kepada saya suatu hari nanti.

    terima kasih kerana sudi berkongsi

    ReplyDelete
  3. pergh!! Comel betul samseng kampung pinang sebatang ini.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Seronok tengok pemandangan Ecoland ni bersih je.
    Kalau dating bestlah ni kalau pergi dengan anak-anak remaja mesti depa boring.
    Kalau dah malas jalan boleh naik tram ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tram tu hanya untuk bawa dari satu stesen ke stesen lain Mrs.A. Kalau dah besar maybe lagi sesuai bawa theme park lain. Kita yang dewasa ni suka la tengok nature

      Delete
  5. wah macam best je. Samseng kampung pinang sebatang tu tak cukup samseng le. tak takut pun hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samseng tu acah je..tinggi pun tak cukup. haha

      Delete
  6. wah bestnya Eco Land ni. Trail dia pun cantik sambil menikmati alam sekitar. Suka view macam ni.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya jeju.. bila sal nak bawa mama.jenjalan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je bawak mama. tapi ongkos kena prepare sendiri la ye. huhu

      Delete
  8. tiba2 tingat jakunnyee kite tengok screen bus interactive tu. lepas tu kita nak test accuracy gigih tunggu nak tengok bus sampai on time ke dak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kan..tapi memang accurate pun sebab pakai gps

      Delete
  9. ohh Ecoland ni cantik juga.. kalau musim bunga mesti cantik!

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah