So weekend buat apa?

Sunday 19 February 2017

Weekend ni agak lemau bagi aku. Mungkin sebab aku seketul manusia yang selalu lupa nak buat plan menjelang hujung minggu kalau weekdays dah sibuk sangat. Tau-tau je dah hari Jumaat. Pilihan terbaik, mereput kat rumah. Kawan-kawan yang lain for sure dah ada plan sendiri. Tak kan nak ajak last minute. Hoi, ingat senang nak jumpa anak dara akhir zaman macam aku yang lagi suka duduk rumah tengok muka Mak Abah. Tapi selalunya diorang pun banyak plan, aku tinggal sorang tengok dinding. Kah kah.

Dipendekkan cerita, boleh plak semalam bos aku call dan mintak datang opis. Seriously bos? Tengahari Sabtu? Ampang to Bangsar? In the middle of KL ada perhimpunan RUU355? No way, Jose! So, aku request lah buat kerja dari rumah je sambil layan Prem Ratan Dhan Payo kat TV. Ended up, movie pun ke mana. Sampai ke malam still ada call dari opis. Nanti nak mintak adik aku download. Taulah aku sejenis noob.

Best jugak filem ni. Citer putera raja versi moden. Lagu pun sedap.

Dan malam tadi buat julung-julung kalinya sejak aku bergigi besi, aku makan satay. Adik aku belanja. Tapi makan satay dengan braces ni lainlah dari zaman gigi tanpa pagar. Kena kutil dan kunyah sikit-sikit. Alah, rasa sama je. Method makan je bersopan sikit. Tu lah konon sebab aku tak nak makan kat luar. Padahal sebab aku nak tengok bola. Hahaha. Huhuhu. Sob sob. JDT kalah.

Taukah anda, Perak di bawah kelolaan Karl-Heinz Weigang meleburkan rekod JDT 25 perlawanan liga tanpa kalah. 25 beb! Tapi lagi kesian Pulau Pinang lah kena belasah dengan Pahang sampai 6-1. Power pulak Pahang lepas CEO letak jawatan dan buang logo yang macam logo Liverpool tu. Penang makin ke laut, yang bahagia Faiz Subri je sebab dah selfie ngan Ronaldo. Kui kui.

OKlah, aku nak gi tenung dinding jap, sebab bos pun dah start hantar wasap. Takde alasan nampaknya untuk tak pergi opis hari ni. Mak aku macam biasa risau sebab aku ni asyik duduk rumah je. Nampak nau forever alone nya. Keluar pun gi kerja. Rileks Mak, OK apa duduk rumah. Jimat duit, nak pergi toilet senang, makan terjaga, lagipun rugi bayar Astro bulan-bulan kalau tak tengok.


Have a great weekend guys! Tak kisahlah kat rumah or kat luar janji korang bahagia. Peduli apa aku.

Thanks for reading!

42 comments

  1. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DGN GEMBIRA SAL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah hari rabu baru dapat baca komen ni..haha

      Delete
  2. hppy weekend sal..
    nak cerita bab bola mmg zie tak pandai la..
    tapi zie dpt bayngkan sal mkn sate dgn sopan mcm mn padahal jiwa brutal hahaa..

    ReplyDelete
  3. harini dok rumah je. takde ke mana mana. hehe

    ReplyDelete
  4. Haha... punch line yg last tu x blh blah betul

    ReplyDelete
  5. Sesungguhnya...

    Dgn mmbaca entri ini pd jam 1220tgh mlm...
    Sy baru tersedar sy ada 1 report perlu d siapkn.


    Ok sy bersurai dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, cmane boleh lupa Huda..sempat ke siapkan report tu?

      Delete
  6. ternak lemak... best... berlapis2 dah ni... nak buang sayang kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah...bukak tutup peti ais.padahal banyak benda tak boleh makan.

      Delete
  7. kelakar lah awak ni sal..ky baca pun senyum sesorang..bab mkn sate dgn gigi besi tu yg tak tahan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah stress sangat kenalah tulis benda kelakar nak hiburkan hati..hehe

      Delete
  8. haha lawakla cik sal ni. masa muda la patut valur free time yg ada. nanti kalau dah kawen beranak pinak, alamatnya "me" time dalam mimpi je la. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'me time' lah tu sis..saya ni kerja selalu jumpa orang.time weekend lah duduk ambil masa untuk diri sendiri

      Delete
  9. Sal, berebutlah lepas ni anak bujang orang beratur nak meminang. Ingat senang ke nak cari isteri yg suka duk rumah walaupun bila dah terlepas, bukan main jauh perginya hihi....

    Ohhh susah ek nak makan pakai pagar. Biasalah normallah tu, bukan senang nak cantik, kena bersusah susahan dulu...

    Sapa hero dia tu? Salman Khan ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, Salman Khan..hero yang Mak paling tak suka tu..haha.

      kalau terlepas, biarlah jauh.baru berbaloi duit.hihi.

      Delete
  10. alamak...entry ni dah lepas..
    tapi xpela hari ni baru nak komen...hihihi...:)

    ReplyDelete
  11. Hujung minggu ni dah ada plan ke, Sal? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, plan biasalah, g wedding.tapi baru lepas tambah getah kat braces. tengah plan nak makan cmane

      Delete
  12. Alamak,..citer hindustan tu nampak menarikla. Kena carik ni

    ReplyDelete
  13. ikut ajer mak ngan abahnye jalan. kalo x keje lah. kalo keje x dapat jugak joint. hehehehe. kadang2 duk rumah pon best ape, layan mata. layan hindustan pon syok jugak. hheheehhe

    ReplyDelete
  14. sampai hati lessterr city pecat claudio ranieri, FIFA manager of the year tuuu.... ehhhh faiz subri x selfie dengan ranieri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sebut lester, sakit hati aku..lepas pecat ranieri terus power.ni macam kes Chelsea naya mourinho

      Delete
  15. Nani kalau weekend selalu layan movie, kalau takpun mereput dekat bilik. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sian kann., tapi kalo mereput ade org sayang xper kann., hehe2

      Delete
    2. untunglah kalau ada yang sayang..yang takde macam kita ni mereput sorang2 je

      Delete
  16. Hari ni baru la sempat nak BW ke sini... Weekend try spend time baca entry kekawan...

    ReplyDelete
  17. Weekend Siqah sekarang dan full je. Bukan full aktiviti. Full dengan nak bermalas-malasan. Hihi.

    Terlepas tengok cerita hindustan tu. Macam syok je tengok.

    ReplyDelete
  18. bola sy sokong Kedah 😄 sebelum ni sokong Selangor 😉 dah berpindah hati dah kat Kedah 😁 kalau Salman Khan yang berlakon, mesti ada 'Prem' sebab kebanyakan dia berlakon guna nama Prem. Yang ni pulak tajuk filem

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..nama filem Prem, nama dia pun Prem..saya dh download tapi belum sempat lagi tengok.huhu

      Delete
    2. sy lom dwld lagi, sebab nak dwld citer lain dulu

      Delete
  19. Saya x minat tgk org gelek n kejar bola😂😂😂

    ReplyDelete
  20. Weekend? Mmg suka mereput kat umah je pastu buatlah apa yg patut kemas umah tdo ..jimat 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti rumah JM kemas dan bersih ni..haha

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah