Monday, 27 February 2017

Braces Journey Part 3 - Living with Braces

Bersambung dari SINI


Cabut gigi tak ambil masa lama untuk sembuh. Hari keesokannya, aku dah pergi teman adik aku pergi tempah katering dan pelamin untuk wedding dia dan shopping barang dapur kat Giant. Cuma bab makan sahaja dah tak macam dulu. Masa gi office caterer tu adik-adik aku seronok je buat 'food testing' walaupun nampak macam makan sampai kenyang . Hanya mampu telan liur tengok ayam masak merah, rendang tok, acar sayur dan nasi beriani depan mata. Malas nak makan, kang terselit kat bracket.

Orang yang paling excited tengok aku bergigi besi adalah anak sedara aku yang umur 5 tahun tu. Saja je aku sengih lebar nak bagi dia takut tapi dia gelak, pastu request nak pegang. Bebudak, biasalah nak tahu. Ada ke dia cakap dengan Ummi dia yang aku 'tukar gigi'. Aye..yer goin to join Captain Jack Sparrow mate? Savvy!


Once dah pasang bracket ni, mulut rasa penuh. Dahlah gigi memang ke depan, lagi terjuih nampaknya. Bila pergi kerja, ramai tegur nape aku bitch face. Pouty macam Angelina Jolie gitu. Padahal macam Jep Sepahtu. Apa katanya..kuih keria antarabangsa? Kah kah. Nak bercakap dan senyum pun malas. Mana tak malas, nak tutup mulut balik kena extra effort. Kadang-kadang kena raba bibir nak make sure tak tersungkit dengan bracket. Apakan daya Kak Sal korang kerja kat kaunter. Cari makan dengan bercakap.

Maka bermulalah struggle aku untuk menyebut huruf dengan makhraj yang betul. Sebut 'S' dengan 'Z', bunyi huruf 'Tha'. Aku tak pernah troll Coco, tapi sekarang aku lagi pelat dari dia. Mohon viralkan aku please. Kah kah.

Bab makan pulak, mula-mula masih boleh tahan, tapi lepas aku cabut gigi belah kiri dan pasang wire atas dan bawah, dah tak boleh nak lari dah. Asal mengunyah je ngilu. Aktiviti mengunyah akan menyebabkan makanan berlaga dengan gusi pada tempat gigi yang telah dicabut. Hakak stress. So, no nasi for you woman!

Hari pertama pakai full braces atas bawah ! Luka tu sebab habit suka gigit bibir

So, sakit tak pakai braces? Kalau ada orang kata tak, orang tu tipu. Mungkin braces dia beli kat instagram. Haha. Bagi aku kalau tak sakit means braces kau tu tak function lah.  Tapi tahap kesakitan bergantung pada orang. Macam aku, takdelah sampai kena telan painkiller baru boleh tidur. Sekali sekala akan rasa kepala berdenyut dan gigi ngilu. Sakit kalau difikir akan jadi lagi teruk. Jadi, buatlah benda-benda yang boleh alih perhatian. Contohnya tengok bola. Apa sangatlah sakit pakai braces berbanding sakit perit duka lara nestapa hina dina tengok Liverpool kalah tiga home game berturut-turut. Sob sob.

Walaupun berbibir tebal, ada kalanya rasa sakit jugak bila  besi cangkuk kat bracket tu menyucuk dinding pipi. Dentist biasanya akan bekalkan dental wax ni. Cubit sikit, gentel macam taik hidung then tampal dekat besi tu untuk hilangkan impak menyucuk. Aku jarang pakai ni. So far sebiji ulser pun tak menyinggah dan harap bertahan sampai braces dibuka.

Image dari Google

Ada hari-hari memang rasa menyesal dan rasa tak selesa bergigi besi. Lagi-lagi bila tengok makanan kegemaran depan mata. Tapi bila aku kenangkan budak tempat kerja lama aku yang bagi aku nickname 'Jong' dan muka sepupu aku yang kuat menghanjing tu, aku persetankan itu semua.

Antara concern family dan kawan-kawan aku sebelum aku pakai braces adalah 'macamana nak makan?'. Aku ni suka makan walaupun badan kurus kering. So, bayangkan bila tak boleh makan sangat apa yang jadi? Haruslah berat badan aku turun. Walaupun tak timbang tapi aku boleh rasa yang badan aku makin keramping.

Survival kit. Susu full cream tu bancuh dengan Herbalife

So, selain bubur, aku banyak makan benda-benda yang tak payah kunyah. Kuey tiow dan laksam contohnya selain protein shake, cream soup, Nestum dan biskut yang masuk air terus lembik tu. Memang macam baby. Redha lah. Tapi on the bright side, kulit aku cantik je maybe sebab aku tak makan ayam, kacang, seafood, benda bergoreng dan aku kurangkan kafein. Awal-awal pakai braces, satu jerawat pun tak naik. Sis hepi!!! Awal-awal jelah tapi.

Nak pakai braces ni kena rajin. Rajin gosok gigi terutamanya. Untuk orang yang pakai braces, selain dari berus gigi conventional tapi bulu extra soft, kami kena guna berus gigi interdental ni. Kecik je. Berus dia tu macam yang mak mak buat basuh botol susu. Memang bawak ke mana-mana. If tak dapat gosok gigi, at least berkumurlah buat syarat asalkan makanan tak terselit.

Perbandingan saiz berus gigi interdental dengan lipbalm

Tapi honestly sejak pakai braces aku tak keluar sangat. Unless dengan family sebab stail family aku lagi suka makanan masak sendiri. So either bawak bekal or balik just in time for meal. Tapi hari tu attend kawan baik aku bertunang, aku makan je nasi. Time tu baru aku realise aku dah boleh makan macam biasa tapi mengada-ngada je. Haha. 2 minggu pertama je aku makan tanpa mengunyah, lepas tu once dah terbiasa, melahap balas dendam. Yang penting jangan malas gosok gigi. Still kena kawal jugak diri tu. Hari tu gatal try makan karipap tapi kecundang. Takdelah sakit sangat, tapi sempatlah belajar erti penyesalan. So, makanan keras still a big NO. Konon je gigi besi, tapi nak gigit jambu potong pun tak lepas.

Minggu ni aku ada first 4-weeks check-up. Tu pun postpone sebab sibuk. Haish. Nanti kita share story and progress kalau ada. Aku rasa belum lagi.

Till then, thanks for reading. Ada soalan, sila kemukakan di ruang komen ye.

50 comments:

  1. Sal, sama lah zie pun ada habit yg suka gigit bibir..auwww cekci hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi2 kalau nervous.pastu tak sedar dah berdarah je...huhu

      Delete
  2. bertabah la sal, cuma skrg tak boleh makn benda keras la yek, nasib sini bukan mcm fb boleh tepek pic food kat sini, kalu tidak lama dah photo bommm dgn pic food..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, takat gambar tak tergugat iman. tapi kalau depan mata memang telan liur je

      Delete
  3. Ada jugak orang yg gunakan peluang masa pakai braces untuk lose weight :) hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..pas braces dah buka, gain weight balik sebab balas dendam makan macam2

      Delete
  4. masa minggu first pakai braces,,tak bepantang pun,makan je nasi ayam bagai hoho,><

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut orang jugak..kalau tak sakit makan je.

      Delete
  5. tabahnya sal, all the best tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear...memang tabah sangat ni

      Delete
    2. dulu saya pakai gak, tapi tak sempat habis suruh doc buka. stress nak makan susah. tp sempatlah pakai 5 tahun

      Delete
    3. la ye ke...sayangnya. 5 tahun lama tu

      Delete
  6. sakitnya tuh di sini...di sini di sini!!!!!!!! arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngan lester pun kena ayam 3-1. perit wooo

      Delete
  7. mn nk dpt berus interdental tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat farmasi biasa, watson's ngan guardian pun ada jual

      Delete
  8. aduhaiii.. hati kena kental kalo nak pakai bende ni.
    semua makanan pon kena pilih2. makin slim lah Sal lepas ni. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tersalah pilih, rasa ngilu sampai kepala lah jawabnya..

      Delete
  9. Alaaa.. kesian kakak kite... adik ada cakap jugak nak pakai braces sebab nak kurus.. she should read this

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..bolehla try.tapi kalau gigi elok tak rasa apa pun pakai braces nanti.

      Delete
  10. aduh ! tak suka luka kat bibir.. akak niii.. haih !

    ReplyDelete
    Replies
    1. bad habit. asal nervous je gigit bibir.huhu

      Delete
  11. Replies
    1. bukanlah nak harap cantik sangat..tapi asal dapat kurangkan kes makanan terselit dan dapat tingkatkan keyakinan diri cukuplah

      Delete
  12. ada part2 kelakar plak kat entry sal ni...tak per sal...bertahan...nanti dah tanggal mesti cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tulis entry kelakar sebab nak hiburkan hati sendiri.yup...bertahan jelah. 2 tahun..kejap je sebenarnya

      Delete
  13. Sal bila baca cerita ko ni hakak bersyukur sangat dapat gigi yang walau tak berapa cantik tapi tak payahlah nak berbracket katanya ni. Mcm hazab je hakak dengar cite ko ni Sal. Nak bercakap nak mengunyah.... Tu yg tak sanggup tu, kena diet hihi....

    Tak perlah Sal, asal bisa tegal biasa kata orang.... lama lama hokey le tu. Nanti bila ada perubahan lagilah happykan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..xdelah teruk mana Mak..mula-mula je. Belah ayah memang keturunan rahang kecik.Ramai dlm keluarga saya ada masalah jongang ni. Tapi dalam adik-beradik, saya sorang je.

      Delete
  14. Replies
    1. *Cheeeeeese* senyum tayang braces kat SS. hehe

      Delete
  15. ada ada buah pakai braces ni... Macam seksa memula... Tapi dah lama lama biasa katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, pakai braces ni patut masa muda..dah masuk 3 series baru pakai so lambat sikit progress

      Delete
  16. Ohhhh sakit rupanya ya sal pakai braces ni? tengok orang paki relaks je hehehe. happy la nanti bila tengok perubahan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah sakit sangat. biasa sakit sehari dua je lepas ketatkan.tapi lama-lama OK je

      Delete
  17. Orang pakai braces, biasanya sure control makan kan. Macam Sal jugaklah. Cuma please jangan kurus sangat please :D

    Tak sabar nak tengok perubahan Sal nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh memang tak nak lose weight banyak sangat..don't worry.controll makan benda keras je.benda lain macam biasa. hehe

      Delete
  18. pernah dulu kala, diri sendiri nak pakai braces.
    tapi tu la,mak abah masa tu xde cukup pendapatan.
    hasrat anak ini diketepikan...
    dah tua gini, tak kose dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya..tapi walaupun dah tua, buatlah juga.sementara bujang ni takde komitmen sangat

      Delete
  19. Xpela..mula2 je sakit skit..sbb bru kan.. Bila dh lama n serasi ok lah tu.. Ye lah.. Bendasing duk dlm mulut kan..


    Tp sabar itu indah..nnti msti gigi cantik.. Lya gg x cantik jgk.. Tp dh mls nk buat tua2 ni (tua sgt k??๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…).. Sbb lya kna lalui proses komplicated .dulu sekerat jln jer.. Pastu besi tu smua tpksa buang sbb msa tu nk operate tumor otak.. Lps dh smbuh..x samb2 utk gg..sbb sibuk berulang hosp..kluar msk spital smpai skarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah lya, lya ada keperluan lain nak difikir. memang,kalau ikutkan dah tua ni malas nak buat.tapi bak kata akak kat opis ni, cantik sikit naik pelamin esok.hihi..

      Delete
  20. dulu, ada niat juga nak pakai gigi besi. tapi, kena pantang makanan. i is can't ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..boleh kurus tau.the best part, kulit jadi flawless..haha

      Delete
  21. tak baiknya gelar orang mcm tu..part pelat tu yg tak tahan..sekarang dah ok kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahlah..sebab dia rasa dia cantik kot, so boleh bagi gelaran kat orang macam saya. Semoga gigi saya bila dah baik nanti, saya tak jadi orang macam tu.

      Delete
  22. Kena pakai paling lama 2 thn kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, baru 4 bulan tapi rasa cam dah 4 tahun..haha

      Delete
  23. Bila pakai braces ni mmg kena betul2 jaga pemakanan..tgk di jihan tu selepas dah pakai braces makin berseri so sal pun kena sabar lah ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. saba gak ni..Alhamdulillah x kena ulser

      Delete
  24. Ahahah lawak! Takut tersungkit eh

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com