Ramen Ayam-Ya di Sunway Velocity

Saturday 11 February 2017

Assalamualaikum! Sape sini suka makan Ramen? Ramen ni macam Mi Sup lah jugak konsepnya di mata aku. Entahlah, bab makanan Oriental ni aku bukan pandai sangat. First time makan pun masa aku gi Jepun tahun lepas.

So, bila si ND ajak aku gi makan Ramen Ayam-Ya di Sunway Velocity Mall, aku tak menolak. Sorong papan tarik papan, suruh makan saya makan, tapi badan macam papan. Marvelous..marvelous! *Inilah akibatnya kalau orang tua banyak tengok Upin Ipin*

Apa yang specialnya Ayam-Ya ni? Well, masa aku kat Kyoto aku makan di kedai yang sama. So, kira ni throwback lah. Lagi-lagi bila ND cakap, geng-geng gi Jepun hari tu ada sekali. Dah  macam reunion padahal baru lagi kot balik dari sana. Semua drama Oshin tau!

Sunway Velocity ni mall baru, terletak di Cheras, lintas jalan je dari LRT Maluri. Memang dekat ngan rumah aku. Kelebihan mall ni adalah perkhidmatan buggy macam kat padang Golf tu yang merayau kat kawasan parking, so korang boleh tumpang dari kereta nak ke lobi dan vice versa. 

Kedai Ramen Ayam-Ya ni terletak dalam Aeon, tingkat bawah sekali. Mati-mati aku ingat restoran macam kat Kyoto tu. Hahaha.

Tempat duduk banyak juga walaupun aku pergi hari Sabtu

Menu yang ada. Terpulang korang nak makan Bento atau Ramen. Jangan mintak Sushi pulak!

Tapi kat sini tak jual air. So, korang bawaklah air siap-siap or beli air botol/tin dalam supermarket Aeon



Yang empat orang tu je gi Jepun, lain tu kawan kepada kawan. Takpelah, tumpang sekaki. Lagi ramai lagi meriah

So, sedap ke tidak? Bagi aku OK jugak. Tau tak aku makan Bento ngan Ramen! Nafsu betul. Tapi pastu menyesal Ramen tak habis sebab dah kenyang sangat. Huhuhu. Rasa berbeza dengan yang aku makan kat Kyoto. Yelah, yang masaknya pun orang lain.

Sape-sape yang teringin nak try makanan Jepun tu bolehlah try kedai ni. Tapi rasa berbeza berbanding yang aku makan kat Kyoto. By the way, Spicy Ramen tu tak pedas pun.

Thanks for reading! Nanti aku sambung story Jepun OK. Jauh lagi nak habis..


Ni cerita sebelum pakai braces. Minggu sebelum tu pergi makan Seoul Garden dan kenduri Pizza Hut kat opis. Makan puas-puas sebab tahu lepas bergigi besi nanti banyak kena pantang.

34 comments

  1. Sedapnyaaa. Selalu tengok dalam anime, depa mesti makan ramen. Hukhuk

    ReplyDelete
  2. MESTI SEDAP MI RAMEN TU KAN SAL XPERNAH RASA LAGI

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi singgah Velocity..hari tuh lalu jer..inshaAllah kalau berkesempatan nak try jgk haha

    ReplyDelete
  4. Macam menarik je.. maybe one days boleh gi sini..

    ReplyDelete
  5. tu la tggu jugak next entry Jepun tu, patut la makan dgn gumbira, before pki braces ye..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni gigi belum berpagar..makan dengan senang hati

      Delete
  6. Tak pernah mkn ayam-ya. Mcm menarik, oday nk try juga..

    ReplyDelete
  7. Bab badan macam papan tu yang syiok tu,...metabolisme tinggi...leh enjoy food banyak2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ni kira super power gak lah.haha

      Delete
    2. Hahahah betul-betul! Akak naklah ada superpower cenggini :)

      Delete
  8. Belum pernah rasa, tapi tengok foodnya memang menggoda

    ReplyDelete
  9. baru je wak mamam mee hotplate kat tesco siang tadi., hikhik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tesco mana tu wak? mesti tesco ampang nih...

      Delete
  10. aiyooo sejemput je mi dia...kenyang ke tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kenyang la makan sampai 2 pinggan u olls..haha

      Delete
  11. my anak buah kata , mee tu nama org melayu . org jepun dan korea panggil ramen . bendanya sama ... bagi sis , janji blh mkn ... sedap tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, betul tu..ramen tu nama aje. mi nampak macam mi kuning biasa tu je

      Delete
  12. waa'laikumussalam. nasiblah Sal gtau kat blog ni kena bawa air sendiri 😄 jadi, dorang yg bminat nak p mkn sana boleh siap2 bawa air sdiri

    ReplyDelete
  13. Hakak mmg jarang makan benda benda gini Sal kecuali sushi. Malas nak cuba. Takut tak sedap.... rugi je nanti hihi....



    ReplyDelete
    Replies
    1. alah mak, macam mi kari je rupanya..nama je Ramen, dalam bahasa Jepun glamer sikit.

      Delete
  14. Banyak juga pilhan menunya.
    Boleh cuba nanti.
    Salam kenal. Done follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks follow dan singgah..done follow balik

      Delete
  15. Macam sedap je tu, selalu tengok dalam cerita kartun dengan dalam game. tak pernah rasa lagi haha.

    ReplyDelete
  16. wah! pernah try kat tokyo haritu. boleh pergi try ni

    ReplyDelete
  17. Nanti SS turun kl nk sjak dia ke sini la 😬

    ReplyDelete
  18. emm, nak pi sushi king lah..huhu..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah