Krabi Part 6

Sunday 23 October 2016


Assalamualaikum semua! Sebelum aku 'terbang' hujung bulan ni, aku nak cuba tamatkan entry Krabi. Bak kata Mummydearie, nak jadi travel blogger yang berjaya kenalah habiskan cerita-cerita yang terbengkalai tu. Haha.

Aku kat Krabi tak lama pun. 4 hari 3 malam je. Ikutkan tu pun dah lama, tapi since kitorang malas nak rushing, so travel pun slow and easy. Janji enjoy.

Pagi-pagi dalam kul 8.30 dah ada orang tour agency amik kitorang. Macam yang aku ada mention dulu, package ke laut ni boleh beli di Krabi sendiri or beli dari Malaysia. ND dah beli siap so tak payah fikir dah. Tapi kalau korang tak sempat and nak tengok option lagi banyak, harga pun boleh tawar-menawar, agency bersepah sepanjang jalan kat pekan Aonang ni.

Dari hotel ke pantai Aonang dekat je, tak sempat panas punggung dah sampai. We olls naik truck. Pengalaman baru, jakun kejap aku. Driver truck akan singgah amik orang lain jugak. Tourist macam kami.

Sebenarnya aku sangat teringin nak naik tuk tuk yang bagi aku adalah identiti unik Thailand. Tapi tak dapat. Aku anggap jelah truck ni tuk tuk version besar. Mana ntah gambar, kalau jumpa aku upload.. Haha.

Dah sampai pantai kena tunggu orang lagi, nak naik bot. Biasalah kan, mesti ada yang lambat. Berlindung kat statue ikan todak besar gilos kat pantai Aonang sambil tengok manusia berbondong-bondong naik bot.


Time aku ke Krabi ni memang musim panas kaw kaw punya. Tapi mat saleh steady je berjemur. Gila apa kau..tak takut kena heat stroke ke?

Bot dah sampai, kita naik lah. Ada family Melayu, ada Chinese, Caucasian. Destinasi pertama adalah Koh Tap, atau Tup Island.


Keistimewaan Koh Tap ni adalah laluan berpasir yang menghubungkan Tup Island ngan Chicken Island. Bila air surut laluan berpasir ni memang visible, tapi time kitorang lalu ni nak sampai ke pinggang gak lah air laut. Nasib baik bawak beg kalis air kaler oren tu. Gantung je kat leher dan jalan.

Jauh jugak jalan, and of course tak pakai selipar. Sakit kaki pijak pasir. Kalau korang tak tahan pakailah kasut getah yang orang pakai dalam air tu. Sambil wading tu, main-main air. Mana yang tak larat nak pergi to and fro, swimming je kat Tup Island tu, tak pun gi separuh dah patah balik. Kitorang sampai ke hujung dan patah balik tau. Kalau tak patah balik, confirm stranded, sebab bot kat Tup Island. Haha. Oh ye, nak lalu ni kena follow penghadang yang dibuat dari pelampung. Jangan terlebih sebab tepi-tepi tu laut.

Pengalaman unik yang berharga, sebab bukan selalu dapat rasa lalu tengah laut macam ni. Suatu tanda kekuasaan Allah s.w.t. Teringat kisah tongkat Nabi Musa membelah Laut Merah.


Aku amik gambar ni masa dalam bot. Dah macam pelarian dah masing-masing.

Naik balik bot, gi snorkeling plak! Tapi snorkeling takde gambar..haha. 

My honest review, snorkeling kat Krabi takde lah best sangat. Tapi maybe untuk pakej ' Four Island' ni je kot. Ada orang kata Phi Phi Island lagi best. Tanya aku, Sipadan or Redang still lagi banyak coral dan ikan-ikan cantik.


            
Koh Kai atau Chicken Island, bentuk macam ayam

Kemudian kami dibawa ke Poda Island untuk lunch dan picnic. Air kat sini sesuai untuk snorkeling dan swimming. Time ni aku dah malas nak amik gambar. Sama je macam pantai-pantai lain.

Tapi pantai yang last sekali kitorang dibawa iaitu Railay Beach memang cantik okay! Air dia somewhat hijau dan sini ada private hotel. Sayang betul masa aku kat sini separuh tu habis kat tandas je! Memang best mandi kat sini.

Pulau kat Krabi ni satu je aku menyampah, susah cari tandas. Kalau ada pun kena bayar 10 baht. Spesis aku ni tak reti membuang dalam laut, kena toilet gak baru nak keluar.






Pendapat peribadi aku, pulau-pulau kat Krabi memang cantik! Tapi cantik lagi Malaysia. Hehe.

Tour 4 Island ni kul 1 lebih habis dah. Kami pun dibawa naik bot laju balik ke Aonang, pantai mula-mula datang tadi. Lepas tu, we olls pun balik ke hotel naik trak. Sampai bilik, solat zohor dan rest kejap lah. Petang karang baru keluar balik.

So, malam terakhir di Krabi apa mau bikin. Jeng jeng jeng. Nanti aku sambung ye.

Thanks for reading. Doakan travel aku kali ni berjalan lancar ye.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5

46 comments

  1. Wah ! Kalau cam tu Perhentian lagi cantik la ea ? kikiki

    ReplyDelete
  2. mn pic yg pakai bikini bottom tu? hahahahahahha

    ReplyDelete
  3. ke mana pulk next trip tu Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah balik!!hehe. Insha Allah, nanti update

      Delete
  4. tamat la kisah ke krabi erkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa ada lagi satu or dua..sebab ramai tanya bajet

      Delete
  5. waaa.. cantik nyer krabi.. moga smali sana juga nanti heehehe

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam

    koh kai or chicken island tu mmg asal jadi mcm tu ke? ke ada ksh jgk disebaklik koh kai tu?? unik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la plak...abang bawak bot tu takde plak citer apa-apa

      Delete
  7. Malaysia lagi cantik..hehe.. hai kak sal.. lama xsinggah kacau kak sal.. cerita ostolia pun I x habis baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite ostolia pun tak habis taip lagi..kah kah

      Delete
  8. pernah ikut tour 4 island ni masa honeymoon dulu...penat yang amat, dari pagi sampai ke petang baru abis

    ReplyDelete
  9. wah bestnya, tahun depan trip shaklee ke krabi dan phuket

    ReplyDelete
  10. Kalau kata pulau kat Malaysia Cantik tak hadiah ke krabi....Jalan Jalan dalam Malaysia jela camni hehe bantu naikkan ekonomi negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kan..Malaysia pun tak kalah bab pulau ni. Tapi ni pendapat Sal je. tak taulah kat orang lain

      Delete
  11. Wah wah wah.....bestnya....ni kena masuk dln list to visit ni..hehe

    ReplyDelete
  12. Nasib baik ada entri baru. Ingatkan senyap aje dah terbang jauh melayang dibawa angin negara mana pulak!

    Ingatkan kat Chicken Island tu bolehlah buat chicken dance, rupa-rupanya tak boleh yerk. Ambil gambar ajelah kepala ayam tu ^_^

    Jalan dalam air tu macam satu perkara yang best aje sebab yalah, tak pernah lagi dibuatnya dek akak ni.

    Akak suka statement Sal. Walaupun cantik macamana pun, tempat di Malaysia lagi cantikkan ^_^

    Cakap perkara yang sama juga bila melawat ke negara-negara Eropah. Kehkehkeh ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kalau tempat tu ada kat negara-negara Eropah je, cmane nak compare ye tak..kena semat dalam hati - Malaysia lagi cantik. kena bangga dengan negara sendiri

      Delete
  13. Jadinya kena pakai swimming suitlah ek Sal sepanjang melawat pulau tu. Yelah nak kena meredah air pulak. Tak ke melekat kalau pakai Tshirt biasa...

    Lecehnya...
    Malaysia lebih cantik ke? Oh kalau gitu mmg eloklah tak yah gi Thailand hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai macam nak mandi sungai pun ok kak OK je..kalau pakai swimsuit tak pandai swimming pun poyo jugak..haha

      Delete
  14. masya Allah ... cantiknya.... harap dapat sampai satu hari nanti... Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah..teringin gak nak ke Thailand lagi ni

      Delete
  15. sal kena beli water shoes sal...

    nak tak? kat sport direct ada ... rm35 je

    ReplyDelete
  16. Part nak abiskan entry terbengkalai tu... adusss...
    * jeling jeling jay emm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kesian JM, asyik kena jeling je

      Delete
    2. Huhuhu apa nk jadi ngan dak JM tu iskkk

      Delete
  17. Dah ada laut buat apa cari lagi tandas cik sal? Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tak reti la membuang dalam laut ni SS

      Delete
  18. Seyes pulau kat malaysia lagi cantik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandangan I je SS. tak taulah orang lain. rasanya Sipadan ngan Redang lagi cantik

      Delete
  19. knape kt gmbr (lain) laut tu kaler biru kat sini kaler ijau? cer jawab sket ;-)

    ReplyDelete
  20. Patutlah sis JM x jadi travel blogger yg berjaya ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM blogger bergaya..hehe. takpelah JM, tulisan JM ikhlas dan banyak tolong orang. Tu lagi penting

      Delete
  21. Mesti gun sun block mahal nie.. Senyum tak rasa panas hahaha... Enjoy sungguh korang.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang memang camtu asal nampak kamera. senyum sokmo..hehe

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah