100 Wish List Part 2 - Edisi Bersyukur

Monday, 10 October 2016

Assalamualaikum semua. Masih menyahut cabaran Huda untuk 100 Wishlist, tapi kali ni aku nak buat pembaharuan sikit. Hari tu dah buat Part 1 kan? Part 2 ni special sebab Edisi Bersyukur.

Kenapa Edisi Bersyukur? Sebab aku nak nyatakan perkara-perkara yang aku teringin dari dulu, some of it dari kecik, dan sekarang dah jadi kenyataan. Bukan nak berlagak, tapi more like - counting my blessings. Hey, tangga pertama kebahagiaan adalah bersyukur, kau tahu?

  1. Belajar di USM
  2. Dapatkan segulung ijazah. Senyuman Mak Abah masa my konvo adalah priceless
  3. Menjejakkan kaki ke Tanah Suci - Umrah tahun 2013
  4. Tengok my brother capai cita-cita dia nak jadi doktor
  5. Tengok my sis masuk universiti
  6. Dapat abang ipar dan kakak ipar yang baik
  7. Ada anak-anak saudara yang aku sayang macam anak sendiri
  8. Ada kerja yang stabil dan slowly moving up
  9. Naik kapal terbang - umur 25 baru merasa!
  10. Keberanian memandu (tapi ni masih berusaha mahirkan diri)
  11. Kereta sendiri, walaupun Myvi saje 
  12. Ada blog sendiri dan dapat kenal ramai kawan-kawan alam maya
  13. Melancong ke Australia
  14. Pegang dan tengok Kanggaru
  15. Pegang dan tengok bunga Tulip
  16. Tengok Dolphin
  17. Pergi Universal Studios - Singapore 
  18. Pergi Movie World - Gold Coast, Australia
  19. Jejakkan kaki ke Sydney Opera House 
  20. Tengok rumah warna warni di Brighton Beach
  21. Melancong ke Sabah - Dah ke KK dan Sandakan
  22. Melancong ke Sarawak - Dah ke Miri dan Sibu
  23. Tengok Liverpool FC masa diorang datang Malaysia
  24. Snorkelling di Pulau Perhentian
  25. Gi Pasar Siti Khadijah - antara pasar unik di Malaysia
  26. Tengok teater di Istana Budaya
  27. Buat persembahan untuk opening Sukan SEA 2001
  28. Naik tram.
  29. Naik tuk tuk kat Thailand.
  30. Tidur hotel 5 bintang - merasalah masa kerja Petrosains dulu 
  31. Petik jagung kat ladang. Hehe. Penangan fanatik Smallville
  32. Bergambar ngan Johan As'ari - nasiblah korang, aku memang minat dia OK!
  33. Kenal someone yang banyak beri aku kenangan manis walau tak kesampaian kisah aku dan dia. Dia pun dah bahagia ada keluarga sekarang. It's OK, awak.. Ewah, jiwang plak ko!
So, ada lagi 34 nak kena setelkan. Edisi apa pulak ni ? Edisi Siasat? Edisi Khas? Ha..kita tengok nanti ye. Mengkome apa lagi? Moh le join!!!


48 comments

  1. Bagus tau Sal ni, ada edisi bersyukur lagi! Tahniah! Tahniah! Kerana tahu bersyukur ^_^

    Alhamdulillah! Apa yang diimpikan jadi kenyataan. Moga-moga lebih banyak lagi yang diimpikan tu menjadi kenyataan ya Dik Sal!

    Tapi yang tak boleh blah no. 32 tu. Akak tak tahulah kenapa akak ter'mencemik' membacanya. Adakah sebab akak tak suka Johan As'ari atau kenapa ya? Susah nak jawab ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh mak kau hijau! Pengomen no. 1 rupanya hari nih ~_^

      Delete
    2. haha..tahniah ye. up entry terus ada yang komen. tanjat mak kau hijau jugaklah

      Delete
  2. Alhamdulillah Sal,dpt pe yg sal nak..
    snorkling pulau perhentian tu mmg best..

    ReplyDelete
  3. Sementara masih bujang ni Sal....lenjan ajelah ke ceruk mana yg ko nak Sal....sok dah ada anak, ramai pulak bala tentera nak kena bawak haha

    ReplyDelete
  4. tumpang gembira dengan kejayaan sal

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..banyak dah tercapai, syukur..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah banyak juga yang dah tercapai tu

    ReplyDelete
  7. yg nombor 23 tu kena tkr ke anfield plak pasni hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi, MAS dah berkolaborasi..3 tahun je kontrak.kena pantas.nak kejar Mane ni

      Delete
  8. Masya-Allah tak siap lagi dik oii!
    Huda baca pun senyum simpul ni:)
    Apa pun kakak doakan mana yg belum kesampaian akan tercapai juga hendaknya
    Terutama yg last (for this part/N3) sebab nak sambung lagi kan kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha...kak zakie mengelat...

      tapi betullah...sengih sampai telinga saya baca entri ni...

      Delete
    2. nak habiskan part 3 tu kira wishlist gak lah..haha

      Delete
    3. wah ada part 3 ke? banyak tu wish. tp memang kalau kita listkan memang banyak. proud of you

      Delete
  9. no 27 tu ... seriously? Sal buat persembahan apa? hebatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, persembahan 'human formation'..yang biasa kita tengok kalau opening Sukan Sea ke, olimpik ke..

      Delete
  10. no 10 - didoakan diberi keberanian dan kemahiran serta keselamatan dalam pemanduan ye. Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyalah Huda, boleh kita road trip..ngeh ngeh

      Delete
  11. ni 1 tu iols jeles okay.

    iols nak masuk USM - tapi ntah le tak ingat masa mohon tak jadi mohon ke atau permohonan masuk status tidak layak utk usm... huhuhu kecik ati.

    terus boikot tak nak apply usm dah. ha ha ha...

    eh ye ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berjodoh ngan USM nak buat macamana..janganlah merajuk. boleh lagi apply kalau nak..haha

      Delete
  12. minat USM sebab pengaruh citer alisetan.

    ha ha ha

    ReplyDelete
  13. Wah beebagai edisi gitew ye, ada yg dah tercapai ada yg blm, biasalah tak semua Allah beri masa hidup di dunia.

    ReplyDelete
  14. No. 13 Huda tak komen pulak
    Itu kan kampung no. 2 Huda tak kan Sal tak tahu
    Lain kali ikut aje belakang dia hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...kampung Huda tu Melbourne. Dah pergi dah. Nak g tempat lain plak

      Delete
  15. edisi syukur tu tebaik...more to come Insyallah...syukur sentiasa!

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah....
    sal dah lama x singgah blog nieyl :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk la nieyl..huhu.blog sendiri pun tk berupdate

      Delete
  17. Alhamdulillah... sesi bersyukur sudah, sesi syukur selalu ada tak ? muhahaha

    ReplyDelete
  18. No 33 tu.. tak pe lah kak.. yang manis tu tetap ada, walaupun yang manis tu tak lagi milik kita.. nak pinjam bahu boleh ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahu akak kecik je Zaf..tulang je takde isi.haha

      Delete
  19. No 10.. keep on driving.. nanti lelama mana tahu jadi road gengster pulak.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi gangster kena g penang la..baru taiko.haha

      Delete
  20. No 27 tu persembahan apa tu ? nak tengokkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena naik mesin masa lah gi tahun 2001. sebab kat youtube pun takde..huhu

      Delete
  21. N 24 tu sukaaaa ! tak leh move on dengan pantai kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..even Krabi pun tak secantik perhentian

      Delete
  22. no 33 tu..in shaa Allah Sal pasti akan jumpa someone yg membahagiakan nanti

    ReplyDelete
  23. no 12 tu mmg YES..dari blog juga dapat kenal Sal

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah