Dia kawanku

Thursday 25 February 2016

*Entry repost - untuk seorang kawan*

Dia adalah kawanku...
Manusia macam kita.
Bila dihina sakit hati,
Bila ditegur sakit telinga.
Walau dia tahu dia buat silap,
Walau tahu jalan yang dipilih membawa ke arah kesesatan,
Tapi dia tetap ulang maksiat yang sama
Seolah-olah dia kebal api neraka.

Dia adalah kawanku,
Dan aku tidak mahu terlalu cepat menilai
Tapi yang halal itu jelas.
Yang haram lagi jelas.
Dia nampak.
Dia tahu
Tapi dia masih membiarkan dirinya hanyut.
Aku menegur
Dia angguk
Namun takde apa yang berubah.
Nasihat aku tak berendah.

Dia adalah kawanku.
Yang sangat memahami
Yang sangat aku sayangi.
Aku tidak mahu kehilangan dia
Aku tidak mahu dia menjauh
Aku takut aku tak ada untuk menyambut tangannya saat dia jatuh.
Tapi aku takut teguran ku yang berulang
Membuahkan benci dan dendam.
Takut andai dia makin hanyut
Tiada tempat untuk dia berpaut

Aku adalah kawannya
Aku juga banyak dosa
Kadangkala leka dalam lagha,
Tunduk pada nafsu dan keseronokan dunia.
Tapi aku tak sanggup tengok dia tengggelam.
Saat dia bercerita aku hanya diam
Tapi diamku tak bererti restu.
Aku cuba memahami dia.
Benar, berubah bukan mudah.
Bila dosa besar itu sudah serasi,
Jadi sebahagian dari diri.
Tapi hatiku galau
Risau.
Seriau
Kalaulah maut menjemput dia saat dosa itu sedang dinikmatinya,
Kalau taubat tak sempat dia jamah
Adakah aku pun bersalah?

Aku adalah kawannya.
Yang buntu dan keliru.
Bila kutegur dia hanya bisu.
Aku hanya mampu berdoa.
Di atas tikar sejadah,
Pernah juga di depan Kaabah.
Aku tidak mampu berkongsi dosanya.
Kerna dosaku sendiri tak terkira.
Ya Allah,
Kirimkan hidayah-Mu untuk kawanku itu.
Bukakan hatinya untuk berubah
Kalau pun bukan dengan bantuanku.
Moga dia akan kembali ke jalan yang diredhai-Mu.

Kawanku,
Andai coretan ini kau baca
Kau akan faham apa aku rasa.
Teguranku kerana aku sayang.
Kerana aku tak nak kau terus alpa.
Berubahlah..
Andai kau tak peduli aku yang risau
Atau masyarakat yang mencerca.
Andai kau tak terfikir betapa sayunya hati Ibu ,
Hati keluargamu andai tembelangmu terbongkar,
Kau berubahlah untuk dirimu.
Selamatkanlah jiwamu dari kemurkaan Allah.
Selamatkanlah tubuhmu dari azab api neraka.
Sesungguhnya Allah maha Pengampun.
Lagi maha Penyayang
Berubahlah kawanku.
Sebelum Izrail mengetuk pintu


-Something yang aku tulis masa mula-mula buat blog ni dulu-

28 comments

  1. Replies
    1. huhu..adalah sorang kawan baik saya.hajat di hati nak bawak dia balik ke pangkal jalan walaupun diri sendiri masih tercari-cari.

      Delete
    2. niat murni tu da ok da, sal.
      moga usaha sal sukses.
      byk kan doa agar dia berubah.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. masih ada lagi teman DIA sebaik kamu,,, semoga ALLAH merahmati usaha kamu salbiahM

    ReplyDelete
  3. Semoga dia mendapat hidayah sebelum terlewat. Bukan mudah nak berubah tetapi indah dan bahagianya diri bila dapat melakukan perubahan itu. Mungkin dia masih tercari-cari dan belum tau kemanisan hidup berlandaskan jalan Allah ini!

    ReplyDelete
  4. INDAHNYA PUISI DOA BUAT SEORANG KWN..DOA YG TLUS IKHLAS ALLAH MENDENGARNYA INSYA-ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa aje kak PI...kena belajar lagi dari akak..hehe

      Delete
  5. kalau kita sayang kawan kita. kita mesti doakan dia. dalam diam tanpa pengetahuannya.

    kita tegur selembut sutera agar dia tak terasa.
    tapi hidayah itu milik Allah...teruskan berdoa dan berdoa untuk kawan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. tegur lembut dah, tegur sampai sentap pun dah..semoga dia akan berubah

      Delete
    2. doa kan aje Sal.
      serah kpd Allah.

      Delete
  6. Pengalaman saya, bukan mudah utk mengubah seseorang cuma dengan kata-kata. Tapi satu hari nanti dia akan berubah, biasanya lepas sesuatu insiden yg mengetuk pintu hatinya utk berubah...

    ReplyDelete
  7. Kalu cakap pon tak nak dengar... Cer pekik pakai speker masjid... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak dengar jugak tak tau lah kan..hahaha

      Delete
  8. Replies
    1. haah, entry repost..tak sempat taip entry baru, tapi nak blog berupdate.

      Delete
  9. Terbaek Cik Sal...

    Semoga Allah mudahkan ...

    ReplyDelete
  10. Allahu, baru je baca post sis Wardina pasal kematian ni. T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  11. takpe Kak Sal.. as kawan kita da tegur and buat apa yg patut..
    bahagian kita insyallah da lepas..

    ReplyDelete
  12. kita teruskan saja berdoa.. moga2 Allah kirimkan hidayah buat dia..
    and at the same time.. doakan kita juga tetap kekal dalam iman da redha-Nya..

    ReplyDelete
  13. jgn cari kawan.. carilah sahabat ye.. :D maksud cari sendiri ye..hahahhaa :P

    ReplyDelete
  14. mummy ramai kawan .. terutamanya kawan makan kawan.. tapi mummy ramai jugak sahabat yg selalu pinjamkan bahu tika hujan membasahi bumi.. :)

    ReplyDelete
  15. Moga kawan Sal cepat tersedar dari alpa dunia.. kalo tak sedar jugak hentuk je kepala dia kat dinding na.. :P

    ReplyDelete
  16. Insyaallah semiga sahabat cik sal bertemu jalan taubat..org yg kita sayang dlm kesesatan mesti kita pun terpalit sama.tp klu bukan dengan kemahuan dia sendiri nk berubah susah juga..hanya doa yg mampu kita kirim kan

    ReplyDelete
  17. Perghhhh... sesekali jiwang, mmg karat sungguh ko dik.
    Moga kawan tu terbuka hati untuk kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  18. Perghhhh... sesekali jiwang, mmg karat sungguh ko dik.
    Moga kawan tu terbuka hati untuk kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  19. InshaAllah...Allah maha mendengar & mengetahui, yg penting sal dah buat yg terbaik, teruskan berdoa utk kawan sal tu

    ReplyDelete
  20. Semoga kawan adik tu berubah ke arah yang baik...adik dah buat yang terbaik untuk dia...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah