Melbourne Part 11 - Seeing Star

Monday 7 March 2016

Assalamualaikum semua! Meh, kita sambung cerita Melbourne. Selesai berkeretapi di Puffing Billy, kitorang pun balik ke rumah RZ. Tapi before that kitorang drop AK dulu, sekaligus berakhirlah kontrak dua hari kitorang. Kalau hari sebelumnya kitorang singgah makan di Bali Bagus, kali ni kitorang decide untuk dinner kat rumah je. Balance spaghetti pun banyak lagi.  Yang paling aku suka duduk negara sejuk ni, lauk biar atas meja gitu je pun tak basi. Tak payah asyik nak perangat. Jimat gas. Tapi nak makan panaskan la, jangan pemalas sangat mengalahkan aku.

Settle makan, malam pun masih muda lagi. Takkan nak tido wei, tak remaja la! Hahaha. RZ ajak pusing-pusing bandar Melbourne. So, kitorang pun OK je. Memandangkan dalam itinerary Siti ada mention nak pergi Melbourne Star, so we oll pun decide nak ke sana.

Melbourne Star adalah sejenis Ferris Wheel, ala menda bulat yang korang naik kat fun fair tu lah. Lebih kurang Eyes On London jugak. Ia terletak di kawasan Docklands. Dibuka setiap hari dari pukul  10 pagi sampai 10 malam. Harga tiket boleh tengok SINI. Kinda pricey, lagi-lagi bila convert, tapi kalau korang nak tengok view Melbourne dari ketinggian 120 meter, then why not. Boleh tengok as far as 40 kilometres away. Satu pusingan lengkap mengambil masa 30 minit.

Melbourne Star ni terletak berhampiran Harbour Town. Harbour Town bukanlah sebuah town, tapi nama sebuah mall. Kat sini macam Midvalley lah gais, nama je valley tapi bukan lembah. Kalau u olls naik public transport, boleh naik City Circle Tram dan berhenti di station Docklands Drive. This one free, tapi korang kena check timetable. Kalau di luar waktu operasi, korang boleh naik Tram No. 70 dari Flinders Street Station dan berhenti bila nampak Harbour Town. Kalau dari Bourke Street, naik tram No. 86. Senang je.

Since we olls naik kereta, cabarannya adalah mencari parking. Parking kat Melbourne City ni sebenarnya senang nak jumpa. Lagi-lagi malam weekdays sebab diorang ni bukan macam kita, suka merayap malam-malam. Yang payahnya adalah nak make sure tempat tu betul-betul dibenarkan parking dan tempoh berapa lama kita dibenarkan park. Setiap tempat parking ada signboard yang agak tricky nak baca. Kena baca betul-betul kalau tak nak kena saman. Ada yang kau boleh parking malam sahaja, ada yang boleh parking tak lebih 2 jam, ada yang free at certain time only..Sayang aku tak snap gambar, kalau tak boleh tunjuk kat korang.

Kitorang parking kat open space, so keluar kete je nampak.. Akak terus snap le dik oi..


Kitorang tak naik, tapi boleh pergi sedekat ini untuk ambil gambar.

Harbour Town ni OK gak kalau nak shopping, tapi sama macam Harbour Town, Sydney, diorang ni pun bukak kul 10 sampai kul 6 je. Kalau datang malam macam ni ada few je bukak macam kedai makan ngan kedai game. Masa kitorang dok tangkap gambar ada lah sorang staf kedai game ni kuar n borak-borak. Friendly orangnya, tapi sayang slang Aussie begitu pekat susah nak faham. Kat Harbour Town ni nak cari makanan halal memang senang.


Jenuh adjust elak tiang nak nampakkan bentuk star untuk korang.

Rugilah ada go pro tak guna..

Settle ber selfie bagai, kitorang pun balik. Sebab hari esoknya aku n Siti ada journey yang agak jauh. Tapi, kitorang berdua jelah.

Aku mention kat RZ, kalau dapat tangkap gambar depan Etihad Stadium, aku teringin jugak. Tapi, sayang tak jumpa pulak jalan. Actually, Etihad bukanlah termasuk dalam wishlist aku. Ada apa dengan Etihad Stadium? Etihad Stadium ni ada tiga tak silap aku. Satu di Melbourne (Melbourne FC), satu di New York (New York FC) dan satu lagi di Manchester (Manchester City FC). Nama sama sebab ketiganya milik keluarga Arab yang merupakan pemilik kelab-kelab bola sepak tersebut. Bukan apa, nak tangkap gambar depan tu pastu upload kat FB. Mesti kawan-kawan aku ingat aku gi tengok match kat Manchester. Tulah, niat buruk kan, tu pasal Tuhan tak berkenan!

Gambar Google. Jauh beza ngan Etihad Manchester sebenarnya

Tapi, katakanlah aku gi Melbourne dua tahun lepas confirm aku carik gak Etihad Stadium Melbourne sebab pemain favourite aku David Villa dulu main satu season ngan Melbourne FC. Mana tau ada rezeki jumpa. Pergh, mau sawan aku.

Aku minat giler dia ni woi..Tapi time aku gi Melbourne, dia dah ke New York FC la pulak. Kalau aku gi New York , adakah dia akan ke JDT?

Sal ni citer pasal travel pun nak selit bola. Bosan betul lah! Hahaha. OK lah, aku janji sambungan citer Melbourne ni tak bosan. Ni pun taip laju-laju tau demi korang yang dok tanya bila nak sambung.

Till then, thanks for reading..

Part 10
Part 9

42 comments

  1. terharu tau nak cari shot paling cantik untuk dapatkan star.. muhehehe

    apa ?? ke JDT ??? hahahaha.. selalu lah ea akak tengok match tanpa penat.. mihmihmih

    ReplyDelete
  2. Baru nak tanya mana view dari atas sebab saya skim through je entry ni. Bila baca balik, tak naik rupanya. hihihi.

    ReplyDelete
  3. rugilah tak dpt selfie depan stadium..saja ja perangat sal.hahaha..Insyaallah nex time pegi cari smp jumpa.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm..next time tu bila lah ye.haha.tkde rasa terkilan sangat sebab bukan fan kelab tu pun

      Delete
  4. gayat gak kalau nak naik tu kan SAL, kalau kak ana lah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang gayat tak digalakkan naik

      Delete
    2. tapi kalu tak naik rugi la plak rasa nyer.
      aida ni kategori gayat teramat sgt, sal.

      Delete
  5. bestnyeerr...selagi xnaik kt ats tu berani ler ngaku xgayat... time nk naik confirm bergolak perut aihhh...

    ReplyDelete
  6. Ky ni jenis gayat juga. Memang tak naik lah benda2 tinggi..

    ReplyDelete
  7. London Eye best Sall tk rasa gayat langsung sbb dia besar, duduk ramai2 sembang2 je, tpi jgn tengok bawah dilarang sama sekali haha

    ReplyDelete
  8. bila lah kaknoor nk sampai Melbourne ni kan mcm best je jalan2 girls only kann

    ReplyDelete
  9. bila lah kaknoor nk sampai Melbourne ni kan mcm best je jalan2 girls only kann

    ReplyDelete
  10. seronoknya...sy tak berpeluang lagi pegi oversea

    ReplyDelete
  11. wow Kak Sal.. seeing star katanya =)

    ReplyDelete
  12. CT da buat kat draft ni tapi x up lagi.. boleh plak laptop ting tong.. haih..

    ReplyDelete
  13. baca tajuk entry tu ingatkan tengok bintang2 kat langit, ferris wheel rupanyaaa. wtak sangka ramai jugak ye yg datang ferris wheel ni memalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang datang malam, view cantik ada lampu-lampu

      Delete
  14. seronok nyer sal :)
    bertuah badan.

    ReplyDelete
  15. Kahkahkah sempat juga menyelit citer bola kat hujung2 :)

    ReplyDelete
  16. Kena hati2 gak ye nak parking,..tak leh ikut sedap je ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau parking kat blog kita kira lamsam kak.. sehari rm15.. amacam ??

      Delete
    2. amboi, lagi mahal dari parking kat pavilion ni..

      Delete
  17. Seronoknya tengok adik gi bercuti....

    ReplyDelete
  18. Adoiii...sabo jerlah baca blog org fanatik bola hihi...
    Nape gi berdua ngan Siti jer Sal? Yg lain nape tak ikut.

    ReplyDelete
  19. ohhh ferris Wheel tu ke..kalau ke sana..maybe skip kot tempat ni ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau malam ok kot kak JM, setakat sightseeing.tapi x payah naik

      Delete
  20. mak aih..parking dah byk..tetapi byk versi lak...agak susah gak kalau main masuk je

    ReplyDelete
  21. laaaa x naik ke,..baru nak tahu pengalaman dalam gondola tu

    ReplyDelete
  22. kat Gold Coast pun aa mall namanya Harbour Town...barang? mmg best sbb harga agak murah mampu beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, HT sini konsep sama macam kat GC..tapi kat GC besar lagi

      Delete
  23. kah kah kah sian Sal..itulah niat x baik ah cari jalan x jumpa

    ReplyDelete
  24. Replies
    1. lebih kurang la..tapi rasanya besar lagi

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah