Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Lelaki Ini

Wednesday, 27 September 2017


Lelaki ini...
Yang percaya kau adalah seorang yang menarik,
Yang gelisah andai pakaianmu melampaui batas,
Yang resah andai lenggok langkahmu menarik perhatian,
Yang risau bila kau berhias berlebihan.

Lelaki ini..
Yang kononnya kuat dan gagah,
Sebenarnya lemah saat melihat air matamu mengalir,
Sebenarnya goyah kalau kau terluka.
Sebenarnya sakit kalau kau menderita.

Lelaki ini..
Akan mempertahankan kau dari bahaya,
Dengan segala kudrat yang ada.
Akan menentang sesiapa yang cuba menyakiti,
Namun ada kalanya kau salah sangka.
Kau anggap kawalannya tak masuk akal.
Kau anggap kawalannya menyekat kebebasan.
Kau sangka dia benci
Sebenarnya dia sayang.

Lelaki ini..
Yang bila berjanji dia penuhi,
Yang bila kau pinta dia tunaikan.
Walau ada kala hajatmu keterlaluan.
Namun kerana dia sudah berikrar,
Akan menyayangimu sejak hari pertama kau muncul dalam hidupnya.
Lelaki ini, berusaha,
Walau tercabar upaya,
Walau keringat lesu mengalir,
Namun saat kau tersenyum manja,
Dia lupa penat lelahnya.

Lelaki ini...
Jarang menyatakan sayang,
Adakalanya ternampak berang.
Adakala dia terlampau tegas,
Sehingga buat kau rimas,
Namun dia setia menemani di sisi,
Jatuh bangunmu dia ada di situ.
Kadang-kala dia memujuk,
Terkadang dia mengutuk,
Namun sindirannya buat kau bangkit,
Kerana lelaki ini pernah berpesan,
Dari kesakitan kita membina kekuatan.

Lelaki ini..
Yang kau panggil Abah, Ayah, Papa atau Daddy,
Yang menjagamu dari kau kecil lagi.
Lelaki ini patut kau sayang sepenuh hati.
Tapi kenapa,
Makin kau meningkat dewasa,
Makin kau lupa,
Pada insan yang merotan untuk mengajar,
Yang melupakan keseronokan demi memberimu kehidupan.
Padamu dia sandarkan harapan,
Tak, dia bukan harap menumpang senang,
Dia cuma ingin lihat kau berjaya,
Supaya bila tiba saat dia menutup mata,
Dia tahu dia dah besarkan seorang insan berguna
Dia tahu ada seorang yang akan mendoakanya di-sana....

~Nukilan buat semua anak-anak di dunia .Terutama sekali Aku~


*Entry Repost* 
Read More

Dia kawanku

Thursday, 25 February 2016

*Entry repost - untuk seorang kawan*

Dia adalah kawanku...
Manusia macam kita.
Bila dihina sakit hati,
Bila ditegur sakit telinga.
Walau dia tahu dia buat silap,
Walau tahu jalan yang dipilih membawa ke arah kesesatan,
Tapi dia tetap ulang maksiat yang sama
Seolah-olah dia kebal api neraka.

Dia adalah kawanku,
Dan aku tidak mahu terlalu cepat menilai
Tapi yang halal itu jelas.
Yang haram lagi jelas.
Dia nampak.
Dia tahu
Tapi dia masih membiarkan dirinya hanyut.
Aku menegur
Dia angguk
Namun takde apa yang berubah.
Nasihat aku tak berendah.

Dia adalah kawanku.
Yang sangat memahami
Yang sangat aku sayangi.
Aku tidak mahu kehilangan dia
Aku tidak mahu dia menjauh
Aku takut aku tak ada untuk menyambut tangannya saat dia jatuh.
Tapi aku takut teguran ku yang berulang
Membuahkan benci dan dendam.
Takut andai dia makin hanyut
Tiada tempat untuk dia berpaut

Aku adalah kawannya
Aku juga banyak dosa
Kadangkala leka dalam lagha,
Tunduk pada nafsu dan keseronokan dunia.
Tapi aku tak sanggup tengok dia tengggelam.
Saat dia bercerita aku hanya diam
Tapi diamku tak bererti restu.
Aku cuba memahami dia.
Benar, berubah bukan mudah.
Bila dosa besar itu sudah serasi,
Jadi sebahagian dari diri.
Tapi hatiku galau
Risau.
Seriau
Kalaulah maut menjemput dia saat dosa itu sedang dinikmatinya,
Kalau taubat tak sempat dia jamah
Adakah aku pun bersalah?

Aku adalah kawannya.
Yang buntu dan keliru.
Bila kutegur dia hanya bisu.
Aku hanya mampu berdoa.
Di atas tikar sejadah,
Pernah juga di depan Kaabah.
Aku tidak mampu berkongsi dosanya.
Kerna dosaku sendiri tak terkira.
Ya Allah,
Kirimkan hidayah-Mu untuk kawanku itu.
Bukakan hatinya untuk berubah
Kalau pun bukan dengan bantuanku.
Moga dia akan kembali ke jalan yang diredhai-Mu.

Kawanku,
Andai coretan ini kau baca
Kau akan faham apa aku rasa.
Teguranku kerana aku sayang.
Kerana aku tak nak kau terus alpa.
Berubahlah..
Andai kau tak peduli aku yang risau
Atau masyarakat yang mencerca.
Andai kau tak terfikir betapa sayunya hati Ibu ,
Hati keluargamu andai tembelangmu terbongkar,
Kau berubahlah untuk dirimu.
Selamatkanlah jiwamu dari kemurkaan Allah.
Selamatkanlah tubuhmu dari azab api neraka.
Sesungguhnya Allah maha Pengampun.
Lagi maha Penyayang
Berubahlah kawanku.
Sebelum Izrail mengetuk pintu


-Something yang aku tulis masa mula-mula buat blog ni dulu-

Read More