Kalau tak kahwin, tak bahagia ke?

Thursday, 11 February 2016

AMARAN : Entry ini sangat serius dan hanyalah pendapat dan luahan peribadi. Mungkin ada yang bersetuju, mungkin ada yang akan bash. At the end of the day, this is my blog dan suka hati aku lah kan nak tulis apa..



Soalan yang paling aku tak suka itu ditanya lagi! Jemu, bosan, menyampah, meluat. Kecik je aku tengok kau ni!!! Aku gagahkan otot-otot pipi untuk senyum. Biarlah, mungkin dia betul ambil berat. Biarlah, mungkin dia pun nak aku bahagia. Tapi kenapa? Kalau tak kahwin, hidup tak bahagia ke?

Soalannya..bahagia kah aku hidup bujang? Tapi aku tahu, aku jawab lah macamana pun, aku tak akan menang.

"Aku bahagia, aku ada ramai kawan-kawan."

"Sampai bila? Kawan-kawan pun ada hidup dan keluarga dia sendiri."

"Aku bahagia, aku ada ramai anak-anak saudara yang sayangkan aku."

"Diorang akan membesar, dan ada tanggungjawab. Yakin ke, diorang akan jaga kau bila kau dah tua nanti?."

See? Jangan kata dengan orang lain, dengan diri sendiri pun belum tentu aku mampu nak jawab soalan tu. Kalau dikira masa ini, sekarang, memang aku bahagia. Yup, aku bebas nak travel sana sini tanpa izin sesiapa. Balik rumah aku boleh campak beg dan golek-golek atas katil, tanpa perlu fikir mulut-mulut yang kelaparan. Aku boleh kerja macam nak gila, sampai lewat malam, hujung minggu, ataupun bawak kerja balik, takde siapa yang akan merungut inginkan perhatian aku. Aku bebas nak pergi tengok wayang, karaoke, pergi stadium, naik gunung, masuk laut... Aku bahagia, terpulang korang nak percaya ke tidak.


Namun jauh di sudut hati, aku macam korang jugak, risau akan masa depan. Orang yang ada anak-anak pun belum tentu terbela nasib bila dah tua, apatah lagi yang sebatang kara. Tapi, takkanlah sebab tu aku nak kahwin? Sebab tak nak mati sorang-sorang?

Dan sejujurnya aku dah letih mengejar... Letih mencari. Letih dengan hubungan yang tak ke mana. Tak tahulah aku ni bila bab lelaki kalau tak malang, bangang.

Tapi kenapa aku masih berusaha? Aku hanya ada satu jawapan...sebab mak dan ayah aku nak aku kahwin. Full stop. Serius, kalau aku fikirkan diri aku, memang aku dah malas nak ambil tahu. Lantaklah, kalau ada, adalah.. Kalau takde, then mati sorang-sorang pun takpe. Like I said, orang yang ada anak-anak pun belum tentu terbela nasib bila dah tua.

Orang boleh cakap apa saja diorang nak. Contohnya, ada yang marah aku, kata aku dah tak yakin dengan Tuhan. Kononnya aku bersangka buruk. Tak, aku cuma dah tak yakin dengan diri sendiri. Lelaki baik yang aku jumpa, ramai. Sangat ramai. Cuma aku saja yang tak cukup baik di mata diorang.

Orang boleh cakap apa saja diorang nak. Kau ni memilih kot? Haruslah memilih, dari tersalah pilih kan lagi sia-sia. Sabarlah...nanti adalah tu. Repeat seribu kali sampai muntah!

Realiti, hanya andartu yang faham andartu...dan orang akan terus bercakap apa yang diorang nak

96 comments

  1. Biarlah mulut org berkata sbb mereka tak berada ditempat kita, akk kawin pun umur dah tua, yg penting kita berusaha Allah yg tentukan...

    InshaAllah pasti ada jodohnya nanti kerana Allah pasti datangkan ia pada waktu yg tepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tiba masanya nanti adalah.but well, kalau tk ada pun, it's not the end of the world,kan? pucuk pangkalnya hati..

      Delete
  2. insyaAllah pasti akan sampai jodohnya xpyh peduli apa kata org yg penting keputusan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, bahagia tu letaknya pada diri sendiri.pandai cari jalan nak bahagiakan diri sendiri, bahagia tu akan datang jugak kan..

      Delete
    2. terharu kak PI dalam dok sakit pun mai komen..semoga cepat sembuh kak

      Delete
  3. deep!.. I ni pun baru pertengahn 20an dah bernanah telinga.. yg faham tu ok lah, yg tak paham tu..langsung xmenjaga hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang betul-betul faham yang senasib je Syida.haha

      Delete
    2. laaa 20 an rupernya... he he he...

      Delete
  4. Mulut orang tak boleh tutup kak sal.... Takpe... Tak salah mencari yang terbaik untuk hidup kita... Mak saudara Sha tak pernah kawin dan sekarang ni umur dah cecah 40++ tahun .. sepanjang hayat dia jaga mak ayah dia je.... Lagi pulak bila dia mencari, adik beradik marahkan dia.... kesian jugak...

    Takpe... kebahagiaan hamba Allah ni lain2... Moga kak sal menemui kebahagiaan hingga membawa ke akad :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisahlah kan, Sha..janji bahagia dan tak menyusahkan orang.semoga mak saudara Sha tu akan dapat balasan sebaiknya kerana berjasa pada kedua ibu bapa.

      Delete
  5. Singgah sini Kak Sal . Jemput singgah blog saya. :)http://beehaazman19.blogspot.my/p/order-form-for-edit-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Beeha..Insha Allah nanti akak singgah ye

      Delete
  6. Kalau bagi kakak tak pernah nk tanya pun kalau mereka kawen lambat ke...sebab kakak tau perasaan mereka sebagaimana kakak dulu bila lmbat dpt anak ,bila ditanya kakak rasa stress,sedih brbagai perasaan rasa nak cili mulut dorang pun ada...hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, dengan orang lambat dapat anak pun saya kesian..so, betullah, orang senasib je faham each other..huhu

      Delete
  7. Kita merancang dgn cita2,Allah merancang dgn cintanya.Ada hikmah kenapa jodoh/rezki Kita ditangguhkan. Yakin dengan takdir Allah. Ingat tu jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat! Allah dah tulis skrip terbaik untuk kita.yakin sahaja dengan Dia, walaupun dh tak yakin dengan diri sendiri..huhu

      Delete
  8. Mulut orang ni mmg tak boleh ditutup... pedulikanlah perkara yg kita tak boleh kawal. Ajal maut, jodoh pertemuan tu kan ditanganNya, sesetengah manusia ni mmg hanya tau cakap je... sabarlah... Allah tu Maha Adil. Pasti akan ada yg paling terbaik buat Sal nanti... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks abang Khir..kita hanya merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang. Apa pun dia dah tentukan, akan terus berdoa dan bersyukur

      Delete
  9. Allah lebih mengetahui sis apakah hikmahnya. alone atau berkahwin masing2 ada ganjaran disisi Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..bahagian masing-masing.bumi Allah ni luas, setiap manusia ada cara tersendiri untuk berbakti dan buat pahala

      Delete
    2. betul tu sal. bahagia itu luas tafsirannya. saya ada kakak pun belum kahwin. kami akan sama2 jaga dia. pesanan utk anak2 saya utk jaga makcik mereka tu juga.

      Delete
  10. salam ciksal,
    wak tenok je dr jauh nih., hikhik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi wak, tengok je..at least bagila fantun satu

      Delete
  11. Mungkin dlm keluarga kakak ada yg senasib begitu buat kami pertanyaan 'bila lagi' atau 'tunggu bila' sangat sensetif. Tapi kakak selalu pesan anak-anak kakak jaga mak saudara mereka ini seperti mana dia akan jaga kami kelak.

    Allah juga yg maha mengetahui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak sebab memahami.yelah, kadang-kadang yang bertanya tu niatnya baik, nak ambil berat..tapi kita tak tahu soalan tu mengguris hati orang.

      yup,masa depan biarlah Allah yang tentukan.Dia ada, kita doa dan berserah je

      Delete
  12. Alaa.. sediha la baca... kadang terfikir nak lari jauh dari semua orang sebab nak ngelak solaan2 ni...

    Kita merancang, tapi bukan kita yang menentukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala zaf, janganlah sedih.Ini bukan entry mintak simpati, sekadar berkongsi apa yang tersimpan di hati..gitewww..be strong,girl! awak muda lagi, takkan nak gie up kot!

      Delete
  13. Sal, saya dapat rasa apa yang awak rasa.. sangat terkilan bila orang Tanya soalan "bila nak kawen" atau dengan kata-kata " awak ni memilih sangat". saya dulu kawen masa umur 28 tahun, tu dah kira lambat la, and I have to face all the critics dan kata-kata celupar tu. bukan kite tak nak kawen , kita dah mencari dah berusaha tapi tak kawen2 (tak akad nikah), last2 hubungan end up (break-up) tanpa melalui proses perkahwinan. Bosan tau mencari & terus berusaha tanpa ada jawapan. orang senang la cakap , tak nak kawen ke, apa ker, memilih sangat ker.

    Nak kawen mestilah kene memilih.. sebab nak bahagia untuk seumurhidup sampai ke jannah, bukannya nak kawen untuk sebulan dua bulan, so kene la memilih sebaik mungkin apa yang terbaik utnuk kite. Takkan la, tak pilih, tak tapis2, last2 lepas kawen baru tahu yang pasangan kite tu rupanya kaki judi, penagih dadah and macam-macam.. so, haruslah memilih.

    Orang yang tak pernah rasa kawen lambat atau tak kwen ni, dieornag tak paham. bagi dieorang, kalau berusaha pasti ada kejayaan. kepala otak die!

    takpelah sal, belum jodoh awak lagi. Jodoh tu kan hak Tuhan, Dia penentu segalanya. Awak jangan putus asa berdoa k dan berusaha (usaha dari segi doa). kalau awak nak tips, dekatkan jodoh, saya boleh bagi, tapi kalau nak lah, kalau tak ada ornag nak, malu la saya nak share..

    stay strong gurl, and stay positive!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot sis!betul tu, orang yang senasib je faham..orang lain pandai cakap je, bukan diorang yang lalui.share lah tips tu, of course la nak tahu. hehe. deep down, I'm still a normal girl who wants to be loved *.*

      Delete
  14. As for me...just enjoy hidup yang kita pilih...yang penting...jangan bahagia hanya dimata orang...kita yang tentukan hidup kita sendiri...orang melayu kalau pompuan tak bersuami dan ada anak..memang takkan bahagia..gitulah kata dan pandangan mereka...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kan.pernah dengar ayat gini "kesian dia tu tak kahwin-kahwin lagi". and I was like, nape pulak?suka-suka je nak judge orang bahagia ke tidak

      Delete
    2. Haaa tu belum dengar bila anak murid kecik cenonet cakap macam tu kat kita? Kesian kat cikgu tak kahwin lagi,...terpinga-pinga akak tau. Budak2 kecik mana paham semua ni,..so kita taulah mak apaknya yang tolong concern bagi pihak kita. Si anak dengar, dia pun tolong sedih sama ;D

      Delete
    3. betul..nampak sangat parents diorang yang nak tau..budak mana tau umur ke apa semua ni..macam anak2 sedara kata saya muda lagi dari mak sedara dia lagi sorang sebab dia dh kawin n ada anak walaupun baru 20 something..haha. comel je

      Delete
  15. sah henfon saya giler...
    saya dah post 4 komen hampagas... satu pun tak up...

    err... cik sal... tolong taja beli ipong satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kte pun pakai samsung kecik comel ni je.naik dah komen huda.semangat tul ye, pakai tepon pun jadi.thanks huda!tanpa anda, siapalah blog sal ni

      Delete
    2. LAaaa... Kata nak buang luar tingkap.. Dah buang lum? Keh Keh Keh..

      Delete
    3. hahaha..sape tu?huda ke?saya tak

      Delete
  16. setakat bertanya bila nak kawin - obviously langsung tak menyelesaikan masalah kaannnnn ...

    by the way - manusia yang terlebih concern tu kadang bukan "baik" sangat.
    memang sepsis suka menyibuk dan menyakitkan hati...
    kang blom kawin - Tanya bila nak kawen.
    dah kawen - Tanya bila nak beranak.
    dah beranak - bila nak tambah anak ...
    so the story keep on going...

    kepochi...

    ignore je orang camtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..baru ni sentap sangat sorang makcik ni seddap je sound my cousin yang lagi tua than me? "lambat sangat, tunggu apa?". nasib baik dia muka rileks je..tapi dalam hati siapa tahu..orang-orang senasib jelah yang tahu

      Delete
    2. Kalu org betul prihatin... Dia bariskan beberapa lelaki suruh cik sal pilih... pilih sampai cik sal mahu... he he he..

      Delete
    3. betul tu SS..inilah komen paling win abad ini!nak tweet boleh?haha

      Delete
  17. kalau tak kawin, tak bahagia ke?

    Tanya tengok - yang kawen tu semua bahagia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..jangan kahwin semata-mata nak ikut orang.pastu huru-hara..

      Delete
  18. kawen sebab tak nak sendirian di hari tua ...
    gerenti ke ko mati dulu sebelum anak ko/ laki ko?
    gerenti ke anak ko nak jaga ko bila ko dah tua?

    tak yah poyo sangat ...

    obviously - memang kita akan usaha jaga perkahwinan tu ... didik anak2 dengan harapan jadi orang berguna dunia dan akhirat ...

    tapi jangan risau - yang bujang pun ada bahagian yang Allah dah tentukan ...
    siapa nak menjaga dan siapa yang dijaga ... Obviously ALLAH KAN ADA ...
    ALLAH YANG JAGA KITA ..... BUKAN YANG LAIN ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang bujang pun ada bahagian yang Allah dah tentukan - setuju ngan Huda bab ni. As u said, Sal,..yg dah kahwin dan beranak-pinak tu, belum ada jaminan yang sakit pening dia terjaga, mati dia akan ada ramai yg uruskan...

      Delete
    2. yup..setuju sangat! Allah yang jaga kita, bukan manusia..

      Delete
  19. BY THE WAY ...

    kita ni memilih ke tak terpilih cik sal?
    hahahahadoiii...

    tapi 100% agree lah - kita njoy je hidup bujang kannnn...

    bak kata adik saya;

    yang bujang - enjoy hidup cara bujang.
    yang berdua - enjoy hidup cara berdua...
    yang dah ada anak - enjoy layan tak cukup tidur tak cukup rehat besarkan anak.

    ha ha ha...

    as for me....

    kita fikir yang baik-baik.
    hidup baik-baik...
    doa yang baik-baik...
    moga Allah beri kita kesudahan dan ketentuan yang terbaik di dunia dan akhirat, Insya Allah ...

    chill okay cik sal...

    senyum sikit .... ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nilai bahagia tu bergantung pada kita. Seorang, berdua,..semua Allah yang tentukan. Siapa kita nak pertikaikan,...senyum lebar sikit, Sal :)

      Delete
    2. hahaha...memang senyum lebar macam Joker dah ni huda, kak Farrah.just my random thoughts.entry dah lama peram dalam draft, baru pagi tadi habiskan sebab tengok dunia blog ni sendu je.kah kah kah.

      yang penting kita enjoy, pedulilah kalau orang lain tak percaya, kan ;p

      Delete
  20. Replies
    1. yup, bahagia tu letaknya pada diri sendiri.pandai cari jalan nak bahagiakan diri sendiri, bahagia tu akan kita jumpa

      Delete
  21. Replies
    1. hahaha..dengki sebab asyik travel kot?hehehe

      Delete
  22. Tgk tajuk entri, rasa terpanggil nak ke mari. Heh, menyinggah dr blog sis FAMF Tower :))

    Ni kak sal yg pg victoria dgn kak ct yg menaip tu kan? :))

    Betul tu, bahagia bukan terletak pd perkahwinan semata. Ianya ada dimana-mana. Huu

    Btw suka tgk ayt dkt gambar tu "I'm alone and I love it....Sobs" Sama jea mcm apa yg mekja rasa. hee, apapun selamat bekenalan kak ((:

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berkenalan mekja..penat perah otak nak fikir tajuk entry, tak sangka ada jugak yang tertarik nak membaca..hehe.

      yup, bahagia tu letaknya pada diri sendiri.pandai cari jalan nak bahagiakan diri sendiri, bahagia tu akan datang jugak kan..

      sayalah kak sal itu..yang entah bila la nak habis taip citer Melbourne..huhuhu

      Delete
    2. Hahaha tu namanya entry malar segar sepanjang tahun! Hi, mekja! Sampai sini dia jalan2. Blog tu bila nak kasik akak baca :)

      Delete
    3. haha, jangan sampai balik next trip tak habis lagi sudah

      Delete
  23. Kak Sal, saya bukan andartu tapi saya faham mana perasaannya bila orang tanya pasal benda-benda ni. Bila saya menjawab, selalu juga kena orang lain akan balas macam yang kak Sal cakapkan tu. Sedih sangat :(

    Macam saya ni, kira muda lagilah juga dan saya memang tak fikir pasal benda ni lagi. Bagi saya, itu hak saya. Orang lain tak payahlah menyibuk sangat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyibuk satu hal, keluarkan ayat-ayat mengguris hati satu hal lagi

      Delete
  24. Baru nak start jejak kasih Cik Sal... Tetiba plak amaran... Jap nak scroll...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...amaran je, biar yang baca tu jangan nak kondem je

      Delete
  25. Kat luar sana... Ramai orang ada anak... Tapi anak2 tak jaga pon mak bapak... Boleh jawap tak soklan SS nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau lah nak jawab SS..tapi katakanlah kita ada anak-anak esok, moga diorang tak buat macam tu.ita pun, kenalah jadi anak-anak yang baik pada ibu bapa kita

      Delete
  26. Jangan risau Cik Sal... Kita tak akan mati sorang2... Jiran2 pon tak kan tahan nak hidu bau mayat kite... Suka atau tak... Yang hidup akan kebumikan kita... Tak kan hari2 nak tutup hidung?

    ReplyDelete
  27. Single tak semestinya tak bahagia... Yes! I'm single... I'm happy! He He He...

    ReplyDelete
  28. sabar ye..macam saya dulu ramai je tanya bila nak kawen, takde kawan2 ke..tapi dah tertulis jodoh saya,,kenal 6 bulan terus tunang.umur 27 baru kahwin.

    ReplyDelete
  29. ada yang bahagia hidup sorang, ada yang tidak.... ada yang bahagia hidup berkeluarga, ada yang tidak.... begitulah putaran hidup dunia. ada bahagian masing masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersyukur apa yang kita ada, Insha Allah bahagia.

      Delete
  30. kawan2 saya pun ada lg gak yg belum kawen tp idok le spi nk nyibuk tanya derang bila nk kawen. maklum le jodoh dan ajal ni rahsia Tuhan. tak pe la doa panjang2 minta ditemukan ngan jodoh yg baik. niat tu dh betul dh utk penuhi hasrat parents.

    ReplyDelete
  31. walaupun sy kahwin awal sy ada kawan2 yg macam awak sal..sabar jer la..kata2 org ni bak vidalan mulut trmpayan payah kita nk tutup..asalkan kita happy..teruskan usaha n berdoa..Insyaallah jodoh tu rahsia Allah..Allah akan beri bila2 masa rasa bahagia perkahwinan tu..klu kahwin pun tak bahagia..dpt lelaki yg entah apa2..tak guna jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PK...biarla bahagia sengsorang dari sengsara berdua.ewah!

      Delete
  32. Dik....mak nak gelaklah baca entri ni....jangan kecam mak hokay....
    Nak gelaknya bukan apa, dalam serious ada jenaka gitu ko....hihi...

    Sal mal setuju dgn semua yg ko tulis tu, mmg senang banyaklah kalau tak kawen, balik jalan boleh terus golek golek atas katil. Tapi ada sampai satu tahap, mmg kadang kala rasa fed up dgn semua ni,biasa ar tu... nama pun kehidupan seorang manusia, lainlah kucing haha....

    Bis tu ko nak suruh mak meminang ke apa ni ? Hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..anak mak tu bila nak habis belajar?biar sayalah yg g masuk meminang

      Delete
  33. ini soal yang agak serius...susah juga nak beri pendapat.

    Bab Bahagia boleh dicapai pada bila-bila masa waktu dan tempat.

    tapi jangan berhenti berdoa dan sabar. Perancangan Allah itu adalah sebaiknya untuk diri kita sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik....

    ReplyDelete
  34. kalau tak kahwin tak bahagia ke? <----- jawapan > BAHAGIA sangat!!!!!!!!!!!! contoh sis JM ni lah...adus..bahagia!!! boleh travel ke mana sahaja hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. mana ada orang hidup nak derita kan sis JM...seronok tengok sis JM dah pusing-pusing dunia bersama ahkak SS

      Delete
  35. bagi sis JM lah kan..BAHAGIA or TIDAK bukan bergantung kepada kahwin or tidak...lebih luas erti bahagia tu..dpt kenalan dan kwn yg baik pun bahagia, dpt beli baju baru kasut baru kereta baru pun boleh bahagia..jgn ingat NAK BAHAGIA MESTI KAHWIN (NAMPAK FONT BESAR tu) HEHEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nampak kak JM..dapat blogging ni pun bahagia gak..hehe

      Delete
  36. kalau topik kahwin ni mmg sis JM excited sbb nak serang mulut2 celupar yg suka perli anak-anak dara lewat usia yg belum kahwin ni...ko dh kenapa 'hati ko sakit ke tgk aku belum kahwin..ko patut bersyukur masih ada suami..kang suami ko terpikat kat aku acaner...heheh..pedas tak jawapan tu

    ReplyDelete
  37. masyarakat kita terlalu sempit sgt lah pemikiran..zaman dah masuk era 2020 kot..cuba org yg mcm tu fikirkan berapa byk pahala yg di kumpul utk akhirat...jgn pahala yg ada makin berkurang

    ReplyDelete
  38. pedulik lah ngan orang mcm tu Sal..kalau layan boleh meroyan

    ReplyDelete
  39. kah kah kah..lelaki bangang tu kelakar..Sal!!! fikir mcm ni..sebenarnya Allah nak temukan Sal ngan perfect guy..serasi bersama, berkualiti dan lelaki yg tahu tanggungjawab sbg seorang suami bukan leh tangkap muat je. Allah maha mendengar..mohon kepadanya

    ReplyDelete
  40. sokong bak kata Sal!!! ada anak pun kalau kena campak ke rumah org tua2 apa cer? biasalah naluri mak ayah mesti akan risau akan kebahagian anak2..bagi mereka bila anak lambat kahwin..ahaaa penatlah nk tepis soalan2 dari kwn2 jiran2..

    ReplyDelete
  41. ahakssss...yg ni sis JM sokong 200% andartu akan faham andartu BUT I'M HAPPY!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..expect orang lain untuk faham, memang takkan terjadi sampai bila-bila.mentaliti sempit orang kalau tak kahwin tak bahagia ni memang lawak

      Delete
  42. Bergantung pada diri sendirilah, Sal. Kalau kita rasa happy, happylah hidup kita. Kalau kita asyik dok fikir 'kenapa aku aje tak kahwin-kahwin ni' dan dok stress mengenang masa depan, memang feeling lonelylah sesangat.

    Bukan senang nak tutup mulut orang. Ada tu bertanya sebab ambil berat dan ada tu memang gatal mulut dok sibuk nak ambil tahu hal orang lain. Akak faham perasaan Sal tu sebab akak dah rasa dua-dua - kahwin lambat dan bertemu jodoh akhirnya. Memanglah kalau ditanya sekarang, walaupun selepas berkahwin ni hidup sentiasa 'padat' dengan keluarga berbanding masa bujang, akak tak akan nak kembali melalui zaman bujang tu. Tapi tak bermakna juga kalau kita hidup membujang, tak pernah rasa senang dan hati tak tenang.

    Yang pentingkan Sal, enjoy your life. Nanti InsyaAllah kalau bertemu jodoh, tak akan ada ya masa senggang macam masa kita bujang-bujang. Minta maaflah. No 'me-me time' kalau dah berkahwin dan ada anak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang saya selalu cakap, pucuk pangkal diri sendiri..saya xde plak rasa lonely, instead saya rasa hepi je hidup single takde masalah.tulah, cuma orang sekeliling yang assume saya lonely buat saya rasa nak marah

      Delete
  43. Pendapat I la, single atau berduet kalau boleh je bahagia. Mintak dan mohon dari Dia, InsyaAllah ada la nanti Dia bagi☺ Jangan berhenti usaha dan meminta!

    ReplyDelete
  44. ini memang peperangan emosi those people yang still single.. but.. there must be a reason kenapa we are still single.. ada reason xdak saja2 haih tuhan buat kita single.. prince charming x lahir lagi kot.. ahahaha..

    and.. kalau akak da kawen.. x dapatlah kita ngedate guling2 atas rumput dulu kan ???? and sure.. we are going to be fine.

    ReplyDelete
  45. realiti yg perit utk ditelan tp hidup mesti diteruskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela, tapi letih sebenarnya asyik nak menjawab

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah