The Forest - menyesal tengok!

Friday 15 January 2016

Jumaat yang lepas, my BFF cik ND tetibe wasap aku ajak tengok Dilwale sekali lagi. Memandangkan aku dengan bongkaknya mengklasifikasikan Dilwale sebagai overrated, aku agak berat hati nak bersetuju. So, dia pun suggest movie lain which is The Forest. Aku pulak sibuk sehari suntuk, takde masa nak check out trailer ke, sinopsis ke. Aku mengiyakan aje dengan zero knowledge.

So, malam tu pas balik kerja, ND amik aku dan adik aku. Kitorang tengok kat Galaxy Ampang je, dekat ngan rumah. Tak kuasa dah malam-malam nak gi jauh-jauh. Masa dalam kereta ND inform yang filem ni citer omputih, tapi berlakon kat Jepun. Dia ada bagi details lain jugak, tapi entahla, aku terlampau letih dan mengantuk nak hadam apa dia cakap. Sorry, beb! Hahaha.

Sampai wayang, masa beratur nak beli tiket, still ada second thought nak tengok Dilwale or Ip Man 3, tapi entahla, since dah awal-awal plan nak tengok The Forest, kitorang proceed je. Tapi kemudian...aku menyesal! Kenapa menyesal? Bacalah sampai habis...


Filem ni mengisahkan pasangan kembar seiras Jess dan Sara, dual role lakonan Natalie Dormer. Jess telah dikhuatiri hilang di hutan Aokigahara, also known as the Suicide Forest yang terletak di kaki gunung Fiji, Jepun. Sara percaya kembarnya masih hidup, jadi dia membuat keputusan ke sana untuk mencari Jess. Awalnya dia meminta tolong penduduk tempatan, tetapi rata-rata enggan masuk ke sana kerana Aokigahara merupakan tempat di mana ramai orang pergi untuk membunuh diri. Mereka percaya ada semangat 'Yurei', yang membuatkan sesiapa saja yang masuk ke hutan tersebut akan berimaginasi perkara-perkara menakutkan lalu mendorong mereka untuk melakukan perkara di luar sedar.

Sewaktu di hotel, Sara bertemu dengan Aiden, lakonan Taylor Kinney yang merupakan seorang wartawan. Aiden sedang menulis rencana berkaitan Aokigahara. Aiden mempelawa Sara untuk bersama-sama dengan dia dan pekerja sosial bernama Michi, lakonan Yukiyoshi Ozawa untuk masuk ke dalam Aokigahara. Michi merupakan sukarelawan yang memujuk orang-orang yang masuk ke situ supaya membatalkan hasrat untuk membunuh diri.

Whatever you do, stay on the path (baca dengan accent Jepun yang pekat)

Menariknya cerita The Forest ni adalah, Hutan Aokigahara tu sebenarnya wujud! Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca pasal hutan yang terkenal tu kat SINI. Tak ada apa nak dipelikkan, kerana Jepun merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kadar bunuh diri yang tinggi. Bagi penduduk kat situ, terjumpa mayat tergantung dalam hutan ni adalah perkara biasa.

So, Sara jumpa ke tidak kembar dia Jess? Ke Jess memang dah mati? Betul ke hutan ni berhantu? Siapa Aiden? Siapa Michi? Filem ni merupakan genre yang aku suka. Orang putih panggil 'mindf**k'. Forgive my language, tapi memang itu istilah dia. Sebuah filem yang agak memeningkan kepala dan kau yang menonton pun tak tau benda tu betul ke hanya bayangan watak dalam filem.

"Turn around, Sara...."

Tau sebab apa aku menyesal? Sebab cerita ni sangat seram dan banyak terkejut!! Aku memang tak boleh blah dengan hantu dari Asia, terutama Jepun. Hantu omputih takpe, seram cmane pun aku boleh hadap. Ada satu scene tu memang aku tetibe rasa nak keluar dari panggung tapi buat-buat berani jugaklah. Tengok sambil tutup muka. Hahaha. "Menyesal tak tengok Dilwale", aku cakap kat adik aku.

Hasilnya,2 malam berturut-turut aku tak boleh tidur! Terbayang-bayang je depan mata. Nasib baik tengah-tengah malam ada bola, so aku ada alasan kenapa aku tidur depan TV, lampu bukak lak tu. Nak cover, nak mengaku malu. Entahla, aku je kot yang penakut. Adik aku ngan ND OK je..

Korang kalau berani dan tak sakit jantung , bolehla layan filem ni. Best pada pendapat aku, tapi nak suruh tengok lagi sekali memang tak lah.

So, ada berani ke nak tengok??

OKlah gais, nanti free sembang lagi na.. Sayonara!

64 comments

  1. menyesal tenok sbb seram giler keeew ciksal tuuuh., harhar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyesal sebab seram tu yg mahal tu :)

      Delete
    2. hahaha...memang menyesal lah wak, pas tengok, nak tidur pun tak lena

      Delete
    3. menyesal sebab seram..?? hik2.. okey, nanti boleh pi tengok lagi genre macam ni.. ;p

      Delete
    4. best..tapi takdelah best giler

      Delete
  2. Replies
    1. saya suka, tapi tulah, banyak sangat mome-momen sakit jantung

      Delete
    2. Saya pun tak suka cerita terkejut cam ni tapi tak ada apa nak dikaitkan dgn kehidupan seharian

      Delete
    3. actually the forest ni jalan cerita dia deep jugak...lebih kepada filem psycho instead of hantu.

      Delete
  3. selamat bertemu kembali....teman lama bercuti...

    ReplyDelete
  4. Memang conform lah x tengok... Sempat tgk trailer dia jer..
    X sanggup nak menakutkan diri sendiri yang memang penakut nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...filem ni memang bukan untuk yang penakut

      Delete
  5. FILEM SERAM MENGGNGGU KETENANGAN MLM MMG XINGIN NAK TENGOK...LETIH JER DIRI DUK TERBAYANG-BAYANG KAN SAL..

    ReplyDelete
  6. lately rajin juga buat review dak sal ni ye

    ooo..nyesal tengok sebab seram ke
    kalau ko yang lebih berani pun takut
    lagilah akak ni yang penakut tak hingat! tetiba meremamang baca review ko ni
    masa tengok preview cite ni aritu, tak rasa seram
    rupanya seram ye...ishh. memang tak tengoklah
    tatut bak kata aisyah! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...saya memang selalu buat review filem..bahan entry blog paling senang nak dikarang. sy suggest akak x tengok cite ni..mau menangis dalam wayang tu

      Delete
  7. Berapa bintang kasi kat The Forest ni, Sal?

    ReplyDelete
  8. Uishhhh, bolehlah saya tengok cerita ni nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah suka cerita seram macam ni ye? baik-baik tau, jantung gugur kutip sendiri..hehe

      Delete
  9. Assalam. Kalau suka genre seram.. kita geng. Cer baca alfatihah dan 3 qul.. sure lena.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak suka genre seram..ni dah tertengok tanpa sengaja

      Delete
  10. I like this kinda of genre... kak, sekali lagi jom... mihmihmih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, tp pastu zaf kena teman akak tido, teman akak gi bilik air..sanggup ke?haha

      Delete
  11. genre yg saya n anak buah suka . klu tak blh tidur tu perkara biasa bah ... hahahhaaa ... budak tak serik you !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orang yang berani tak rasa pape kot citer ni..sebab kawan-kawan saya yang lain rileks je.

      Delete
  12. kalau akak, mati idup balik i tak kan nak tgk cite anto ni.. sakit jantung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak janganlah mati idop balik..tu seram..hehehe

      Delete
  13. tak cukup kuat nak tonton..lagipun xsuka sangat cerita hantu ngan bunuh2 ni.. terkejut kerap sangat nanti.. hehe...

    ReplyDelete
  14. kak aiza tak suka tengok filem seram.. semangat tak kuat.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, saya pun tak suka...i dah tertengok, nak buat cmane

      Delete
  15. glory glory man united, glory glory man united
    glory glory man united, as the reds go marching on on on!

    eh..eh.. salah rumahlah! maklumlah terlebih excited
    tengok bola malam tadi...haha
    balik dulu ye :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...sanggup kak YY datang blog saya demi nak membahan..huhuhu.keji, keji wei!

      apa-apa pun, walk on with hope in your heart..kalah perkara biasa, menang tu yang luar biasa..haha

      Delete
    2. haha...jangan marah naa. gurau2 manja
      dah lama tak layan bola. sekali tengok menang pula
      orang pertama teringat, sal. haha

      Delete
    3. hahaha..saya dh buat entry baru pasal kekalahan tu.kak YY boleh sambung bahan kat sana.bangga gak ni ada orang ingat kite.

      Delete
  16. assalamulaikum... hai sal maaf nah tak jenguk sini... ada masalah sebelum ni dah ok ada peluang main blogwalking

    ReplyDelete
  17. Ish! Ish! Ish! Tak sangka akak rupa-rupanya Sal ni penakut! Tak jadi akak nak belanja tengok movie cerita seram!

    Akak baca takdalah seram mana tapi sebab Sal kata seram alahai sampai tak mahu termasuk panggung, tertengok cerita ni dua kali, teruja pulak akak nak tahu cerita ni. Kalau download free, belum ada lagi ek? Hehehe!

    ReplyDelete
  18. Saya dan anak2 memang penggemar filem horror. Salah satu sebabnya dalam hidup saya dah banyak kali berdepan dengan misteri tak terjawab. Anak2 pula walau tak pernah jumpa hantu seperti saya tapi kalau sebut filem horror memang mereka suka. Nanti saya akan cuba tengok cerita ini, itu pun kena download dulu (rasanya sekarang tak boleh lagi..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. well..orang yang tk penakut tak rasa pape kot..kalau abg JR rasa tak seram jangan salahkn saya.sebab sy memang penakut.

      Delete
  19. saya memang suka tengok cerita thrill, aksi, sains fiksyen dan pelik. tapi macam sal juga.... fobia la pulak nak pi bilik air malam malam walaupun dah jadi lelaki tua...hehe...

    ReplyDelete
  20. Adeiii... baca entri pun dh seram... acaner...

    Bc plak mlm2 ni ha...
    Dua kali adoii

    ReplyDelete
  21. hehehe.. betul2.. kalau cite omputih boleh hadam lagi keseramannnya.

    ReplyDelete
  22. hahhahaha.. kan mummy dah cakap tengok Dilwale tak mo.. kan dah takut..hahahaha *gelak jahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah la plak tengok cerita sama kat wayang sampai dua kali..hahaha.tu yang proceed jugak tengok the forest

      Delete
  23. Mummy gelak orang.. mummy tgk citer Hantu Kampung Pisang pun dah nyorok belakang bantal..keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantu kampung pisang tak seram..kalau kak limah ye..enjit-enjit semut..usin...usin...

      Delete
  24. Mummy pun suka tgk misteri2 ni..tapi takleh tgk kat Panggung .. sbb nanti cepat kojol..hhahahahaha :p biasalah penakut tahap gaban..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sesuai penakut tengok citer macam ni kat panggung..nanti jerit sampai panggung sebelah boleh dengar..haha

      Delete
  25. Mummy pun macam Sal jugak..lepas tgk mesti xlehh tido malam..asyik terbayang2 je.. takpasal2 ajak hero2 tido sekali.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la jugak ada hero..saya terpaksalah berzikir sorang-sorang sampai terlelap.takkan nak gi tido ngan mak ayah plak.malulah...haha

      Delete
    2. Sama juga mummy....MD pun suka tengok cerita² seram ni tapi bila waktu nak lelap tu yang tak tahan...sebab asyik terbayang² jer.... hihi

      Delete
  26. Tak tengok lagi. Tapi Sha penakut juga kalau movie yang banyak terkejut & seram. Nak tengok tapi tengok dari balik jari, hehe

    ReplyDelete
  27. Salam singgah sini dik sal....akak suka tengok filem seram² ni...tapi bila nak lelap tu yang susah sebab asyik terbayang²....hihi

    ReplyDelete
  28. Dah tengok hutan Aokigahara tu dik sal....memang seram lah....

    ReplyDelete
  29. Hai sal... Arz memang kurang tgk cerita terkojot kojot cam ni. Bukan takut tapi ntah macam tak bawa makna. Tapi kalau macam cerita Mr freddy seperti komen di entri terdahulu mungkin tgk sebab dah lama layan.
    Ataupun cerita hantu kak limah pulang ke rumah hehe
    Apapun nice review

    ReplyDelete
  30. eeiiiiii...seram sal oiiiiii.....sy xleh tgk citer mcm ni...leh terbawak dalam mimpi...huhuhuuh

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah