Melbourne Part 10 - Puffing Billy!

Sunday 31 January 2016

Assalamualaikum semua!

Jom, sambung cerita Melbourne! Selepas puas berflora cinta dekat Warratina Lavender Park dan Tesselar Tulip Festival, kitorang move on ke Puffing Billy pulak. Puffing Billy ni pun salah satu tarikan pelancongan utama di Melbourne. Ada apa dengan Puffing Billy? Keretapi? Eh...eh, seketul manusia bernama Salbiah ni tak puas ke hari-hari naik tren gi kerja sampai kat Australia pun sibuk nak naik keretapi.

Puffing Billy ni bukan keretapi moden biasa ye kawan-kawan. Sewaktu diwujudkan pada tahun 1900, ia beroperasi menggunakan enjin stim, dan masih mengekalkan cara yang sama sampai sekarang! Elemen old fashioned masih dikekalkan untuk menarik perhatian pelancong.


Kalau you all nak naik Puffing Billy ni, boleh pilih nak naik dari stesen Belgrave atau naik dari stesen Lakeside. Harus diingat yang keretapi Puffing Billy hanya ada beberapa trip je sehari, so plan your trip betul-betul.  Pastikan korang check time table untuk mengelakkan kekecewaan.

Tambang? Boleh check sini.. Tu yang basic, kalau korang kaya macam Dato' Seri Vida bolehla join event diorang. Murder mystery tu macam best aje!

 Pondok jual tiket pun klasik

Kitorang memilih untuk naik dari Belgrave. Kalut lah jugak, sebab sampai situ je ada lagi 15 minit keretapi nak jalan. Memandangkan ada diskaun kalau beli pakai student card, we oll mintak AK yang belikan tiket. Tapi, syarat dia mestilah student card universiti kat Australia. Harvard, Yale, MIT mahupun USM tak laku ye. Instead of $51.50, kitorang bayar $41.00 per person. Mahal? Maybe, tapi bagi aku dan Siti, alang-alang dah sampai, lanyakkan aje! Bukan selalu kau sampai Melbourne. Entah-entah ni first and last.


Puffing Billy ni hanya aku dan Siti saja yang naik. AK, Acik Y dan RZ tak join. Diorang takpe, lama lagi nak duduk Melbourne. Aku ngan Siti misi now or never. Hahaha.

Train dah nak jalan, terus naik dan cari tempat duduk. Korang kalau tak sempat tangkap gambar kat Belgrave, jangan risau sebab kalau tiket return akan balik ke sini jugak.

Can we go now, mate?
 Yeah, sound!

Naik Puffing Billy kalau nak dapatkan ultimate experience kena duduk julur kaki macam ni. Tapi kalau tak nak, duduk je kat seat, takde masalah.

Kukuh betul jambatan ni walaupun dibuat dari kayu. Time lalu ni cuak la jugak. Hati-hati time tangkap gambar. Kalau kamera atau handphone jatuh ke bawah mau menangis.

View dalam keretapi

First pit stop - Menzies Creek. Tak berhenti lama pun..Sekadar sempat nak feeling Kuch Kuch Hota Hai sebabak dua

"Mein ja raha hoon, Rahul".. dan Rahul membalas.. "Dey..poodah!!"

Translate : "Aku pergi ye, Rahul.."
" Dey...pigi dah!"

Jom, sambung perjalanan...last pit stop, Emerald. Eh..macam nama Emerald City, bandar dalam cerita Wizard of Oz pulak!

Aku tak ingat amik gambar ni kat Emerald ke kat Menzie's Creek. Yang penting, acik tu sporting..

Keretapi Puffing Billy ni berhenti rehat kat Emerald agak lama jugak. 20 minit tak silap aku. Mungkin diorang nak bakar kayu untuk fuelkan enjin, ala macam dalam filem-filem koboi tu. Tapi kan, masa sampai kat pekan Emerald ni, aku terus terkesima. Sebijik macam town yang aku biasa tengok dalam citer omputih tu!



Memang comel, rasa nak pindah duduk sini. Tenang je rasa. Kat sini kitorang jalan-jalan je, tengok orang yang tak berapa nak ada. Masuk kedai, keluar kedai. Tak beli apa pun. Nak jalan jauh-jauh dari stesen keretapi takut sesat pulak.


Dah dengar bunyi hon keretapi, kita pun gi lah naik tren balik. Ni last trip patah balik ke Belgrave. Kalau tertinggal, pandai-pandai lah..


 Nah, belanja selfie. Sakit gak montot duduk kat tingkap tu. Nasib baik peha banyak isi. Kah kah kah.

Abaikan muka comot. Yang penting antara tempat wajib pergi kat Melbourne dah settle.

Sampai stesen Belgrave, sempat la aku ke toilet jap amik wuduk. Tak solat lagi wei! Singgah kejap kat souvenir shop pastu cepat-cepat keluar dari situ sebab Puffing Billy kul 5 macam tu dah tutup. Aku ngan Siti main redah je cari jalan nak ke parking lot. Rasanya sampai tadi turun kat tempat lain. Balik keluar tempat lain pulak. Actually, sementara aku dan Siti naik Puffing Billy, Acik Y, RZ dan AK lepak je dalam kereta. Sanggup diorang tunggu we oll, lama giler tu! Sampai tertidur. Nasib baik ada bekalan spaghetti dan cuaca sejuk, so lena je nak tidur dalam keter. Kali ni pun, bentang sejadah kat parking lot je untuk solat.

Time tu memanglah teringat segala cerita tentang orang Islam yang kena kacau sebab pakai tudung or solat di tempat awam. Yelah, jauh di sudut hati tu, takut lah jugak walaupun dah pernah buat sebelum ni. Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Dah settle solat, masing-masing pun dah letih, so marilah kita pulang ke bandar Melbourne. Malam masih muda waktu kitorang sampai ke bandar. Takkan nak tidur kot...

Nak tau kitorang buat apa? Lagi penting, nak tau orang Melbourne malam-malam buat apa? Kita sambung nanti na..Tengok sendu ke happening.

Till then, thanks for reading..  

Part 9

55 comments

  1. blog ct pun kisah ni blog sal pun sama hihihi... suka2 baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nak buat cmane, dah pergi together katanya

      Delete
    2. bhahaha betui2.. da jalan sekali.. critanya pun sama sajalahkan..

      Delete
  2. Mesti happening kan..kan...hihi..

    ReplyDelete
  3. Bestnya, keretapi enjin stim! Choooot! Chooottttt!

    ReplyDelete
  4. Bestnya... saya suka Melbourne... jauh perjalanan luas pengetahuan kan Sal... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tengok tempat orang boleh belajar banyak benda

      Delete
  5. dah bookmark dah.. nnt nak baca lagi n refer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ke melbourne ke?hehehe, penyibuk tul ni

      Delete
  6. Kereta pai macam pernah baca dah kisahnya tapi tak ingat dekat mana. Cantik sangat! Saya teringin juga nak naik kereta api macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kat europe lagi banyak yang lagi klasik n view lagi best..jom! jom!

      Delete
  7. Ishhhhh, typo memanjang! *kereta api*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nasib baik komen publish terus, kalau tak mesti tak perasan

      Delete
  8. wahhh...berjalan makan angin!!

    lama x jenguk blog ni...lain dah..:)

    ReplyDelete
  9. Kalau pergi oversea lagi jangan lupa ajak pokcik temankan, jadi body guard pun Ok lah, hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi pokcik, bodyguard kang mahal plak kena bayar..hehe

      Delete
  10. WAH.. SYOKNYA... belikan souvenir kat fifie 2.. hihi tq sal.. rindu sal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..fifie tu, lamanya tak update blog..sihat ke?

      Delete
  11. Duduk atas tingkap tu yang paling best ! Hehe. Rare experience tu. Kalau buat kat Malaysia habislah ada yang naik free, kihkih :P

    ReplyDelete
  12. Apahal pulak si Rahul ni tetiba keluar kat sini.... Kalau Hugh Jackman, fahamlah juga!

    Ngeri akak tengok railway tu. Masih ada hati lagi korang duduk julur kaki macam tu. Auw, seriau!

    Sesekali pergi obersi, apa salah bayar mahal. Duit kita, kita gunalah. Kalau orang guna, lagi sakit hati.

    Eh, apahal ni keluar topik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..keluar topik tu, macam faham je kenapa.

      ala kak, jambatan tu kukuh la.kenalah julur kaki barulah feeling cam zaman dolu..zaman sherlock holmes!

      Delete
  13. Nice... terhibur sgt entri ni...

    ReplyDelete
  14. Saya rindu nk ke australia lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun..tapi nak ke tempat tak pernah jejak.Perth or Adelaide jom!

      Delete
  15. teringin nak ke sana tapi belum berksempatan...bestnya !!

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    ReplyDelete
  16. teringat lak lagu citer hindustan SRK nyanyi ats ketapi tuhh...chiayaa chaiyaaaa...chaiyaa chaiyaaaaa....hhahahahha

    ReplyDelete
  17. Apsal gambar yang last.. Sitiroro cam koala tak cukup tido tuh? He He He...
    * Matikk laaaa carik pasal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...mujur dia tak perasan.ala, saja wat muka gangster kat stesen ketapi.cam cite Tamil

      Delete
  18. Agak2 lepas turun dari duduk kat tingkap tu... Montot menjadi anjal tak Cik Sal? Keh Keh Keh..

    ReplyDelete
  19. Gambar yang cik sal sensorang tu... dah macam kajol dlm kuch kuch hota hai... kalu pakai sari sambil bawak bag adidas ke polo.. memang sebijik... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kalau sekali ngan selendang merah,memang tetiba keluar lagu hindi..

      Delete
  20. Malas nak baca entri entri mengembara ni tau, bukan dpt gi pun. Sudahnya meleleh ayaq liuq...

    ReplyDelete
  21. Malas nak baca entri entri mengembara ni tau, bukan dpt gi pun. Sudahnya meleleh ayaq liuq...

    ReplyDelete
  22. fefeeling tengok gambar train atas landasan kayu tu...kacau pula tangan yang pegang kamera kat depan tu wakakaka....mesti tangan SYM kan? sibuk dia sekarang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..bukan.tu tangn orang lain.haah, busy SYM sekarang..blog pun tak berupdate

      Delete
  23. bestnya naik tren pemandangan pun cantik jew
    http://saidatulshyd.blogspot.my/

    ReplyDelete
  24. oookay.. entry Puffing Billy iols on the way.. dok alter draft.. wakakaka..

    ReplyDelete
  25. dah baca entry kak siti pasal train ni! next time kalau saya dpt pegi melbourne, mmng kena pegi sini!

    ReplyDelete
  26. 20 minit tu lama jg laa.... pefeeling omputih sekejap naa

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah