Orang Johor I/C Kolumpo

Friday 6 November 2015

Assalamualaikum semua! Korang ada tak kawan-kawan yang tetiba dengan bangga mengaku dia orang Johor lepas pasukan JDT menang Piala AFC? Aku rasa takde kot, sebab orang Johor akan tetap mengaku dia orang Johor, even before kewujudan JDT. Aku pernah dengar orang persoalkan, nape orang Johor obses dengan JDT? Well, let's just say yang diorang bangga dengan JDT sebab ia merupakan 'produk' dan inisiatif  Tengku Mahkota Johor. Bukan sebab nama Darul Takzim tu..percayalah kalau TMJ taruk nama yang takde bunyi Johor pun orang Johor akan tetap support. Kat kampung aku, makcik-makcik pun kenal Luciano Figueroa tau.

JDT ada sejarah dia sendiri dan bukanlah tiba-tiba muncul dari dalam tanah pada tahun 2012. Lain kalilah kita sembang pasal sejarah bola sepak Johor kat sini. Mendidih jugak bila orang quote 'orang Johor baru belajar tengok bola'. Bukan apa, aku kalau cakap pasal bola nanti tak jumpa butang 'publish'. Hahaha.

Yang penting korang kena tahu, JDT is a football club. Korang nak kutuk JDT? Silakan.. Tapi, tolong, tolong jangan kutuk Johor. Tak reti bezakan ke? Tak berkudis pun aku kalau korang kata 'penyokong JDT bangang', tapi kalau korang kata 'orang Johor bangang', that's another story... Berasap je telinga aku dengar, walaupun aku Johor celup je.


Johor celup? Ayah orang Johor, Mak orang Johor, atuk, nenek, moyang semua Johor.  Aku pulak dilahirkan dan membesar kat KL, walhal gaya selebet tak melambangkan identiti warga kota langsung. Eh..nak tengok I/C ke?

Dibesarkan oleh nenek membuatkan cara aku bercakap macam orang Muor sejati. Hujung ayat selalu ada 'ek'. Orang sebut besar, aku sebut 'beso'. Orang sebut hantar, aku sebut 'anto'. Vocab aku pulak kaya dengan perkataan yang non-Johorean tak faham contohnya cekoh, lokos, tubir, gelegor, peran dan gelobos. Hahaha..even adik-adik aku pun kekadang kerut dahi bila borak ngan aku. Diorang lain, tak duduk dengan arwah nenek masa kecik-kecik. Bila aku borak ngan sepupu or sedara-mara yang memang lahir dan membesar kat sana, aku boleh blend in dengan jayanya. Dan kalau korang nak tahu, orang Johor boleh detect tone 'orang Johor' yang lain. Susah nak explain, tapi actually orang Johor ada slang diorang sendiri.

Arwah nenek aku pernah cerita yang susur galur keturunan kitorang ni dari Bugis dan Bentan. Korang mesti pernah dengar cerita Laksamana Bentan yang menikam Sultan Mahmud dalam legenda 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang' kan? Kalau tak pernah, silakanlah cari filem tu kat youtube, takpun baca SINI. Aku tak pandai nak berlipur lara. Aku selalu cakap ngan adik-adik aku, patutlah kita ni degil dan suka memberontak, keturunan Laksamana Bentan rupanya. Adik-adik aku gelak je. Dan kami pun berhuhuhuhu sampai pagi.

Aku ni bukannya apa, last balik kampung masa Aidilfitri hari tu. Tu pun sekejap je. Insha Allah, weekend ni sampailah aku ke sana, negeri pelik yang orang dia pagi-pagi breakfast satay tu. Hahaha! Jangan rindu I tau!!!

Oh, by the way, aku rasa JDT hari tu menang nasib. Diorang bermain dengan baik tapi Istiklol FC bermain dengan lebih baik, cuma takde rezeki. Tapi itulah bola sepak. Possession dan goal attempt saja tak cukup, kena ada luck jugak. Aku bagi extra credit untuk Farizal Marlias sebab cekap jaga gawang dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan sebab nampak dah kurus. Gol bola leret Velasquez tu pulak memang padu dan mampu menipu Manuel Neur mahupun Iker Casillas. Well, a win is a win, right. Ingat senang ke nak sampai ke final. Lantak korang nak kata piala AFC low class, tak setanding ACL. Kalau dah memang busuk hati tu, JDT menang Club World Cup pun korang pertikaikan.

Eleh, ngan Istiklol boleh la, dengan Liverpool ce tengok, berkicap ke tidak...

Apa-apa pun, semoga objektif utama penubuhan JDT tercapai iaitu untuk memajukan bola sepak Johor. Semoga dapat tengok pemain menyanyikan lagu Negeri Johor dengan penuh semangat di Stadium Larkin dan bukan sekadar diam, atau langsung tak reti cakap Melayu! Semoga bakat anak-anak muda Johor dapat dicungkil. Semoga JDT tak jadi sekadar kelab kaya yang mampu membeli pemain ternama tapi kalau korang nak beli Torres aku dah standby borang transfer ke cawangan Senai.

Apa-apa pun, luaskan kuasamu. Terima kasih layan aku membebel kat sini.


80 comments

  1. salam jumaat...sal kalau bercerita tentang bola teruja mendengarnya...yg xminat bola pun akan jadi minat tiba2..mak kak usianya dkt 80 tapi minat sgt dgm bola tapi kak suka dgr berita pasukan kita menang bola jer...tahniah JDT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tulis pendapat saya je kak, bukannya pandai sangat pun

      Delete
  2. Apa pun org nak kata terpulanglah. Namun sebagai anak Johor jati mestilah kakak terkesan juga tak kiralah org kutuk JDT atau org Johor. Kami memang makan pisang cecah kicap cili tapi kami punya identiti sendiri. Kakak tak minat bola tapi dari dulu kalau Johor main memang kakak tonton (temankan bapak - dulu. sekarang temankan hubby kakak). Kami bangga dengan Johor termasuklah JDT sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah semangat yang kita mau! Ayuh, Johor!

      Delete
  3. sblm jdt vs liverpool...sila lwn bdk2 akademi liverpool dulu... berkicap cili ke berkicap kipas udang? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pasti kicap Rusia Cap Bas telah selamat diaibeeeekan pagi tadi.hahaha

      Delete
  4. ok laa tu mng 2nd cup... drpd x mng apa2 cuma yg x sedap bla mng free je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak kurang best part menang free tu kan..tapi a win is a win..hahaha.

      Delete
  5. Rasa macam unrelated sikit dengan post kak Sal, tapi saya rasa orang Johor memang bangga dengan anything yang related to Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab orang Johor lebih dikenali BANGSA JOHOR...

      Delete
    2. tu yang ramai tak faham.Ok apa, bangga dengan bangsa sendiri.as long as tk pandang hina orang negeri lain.Never forget your roots no matter what

      Delete
    3. Erre nk ty gak... bangsa johor bukan melayu ke?
      Ke all ethnic count as bangsa johor?

      Delete
    4. well..it's a term.to feel togetherness, tu je..orang je suka sangka bukan-bukan

      Delete
  6. Bola sekarang xsesuai nak menganbarkan kesukanan.. ianya lebih kepada bisnes.. kelab tempatan ni kalau betul nak perjuangan kesukanan xpayah nak beli pemain import.. seriously menunjukan org kita xbagus main bola... haha.. nak komen lebih2 kang kena kecam plak.. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen je Syida, bila lagi nak merasa jadi keyboard warrior.hihihi.beli tu beli jugak, tapi at the same time kenalah develop bebudak akademi jugak.yang penting pengurusan kena jujur dan kemas, takdelah bakat-bakat baru sia-sia je

      Delete
    2. Setuju kedua2 komen SM dan QA...

      Both are right... thing to think n act

      Delete
    3. somehow, you are rightlah syida

      Delete
    4. hahaha...Syida for Presiden FAM!

      Delete
  7. "Ko asal dari mana?"

    "Johor"

    "Tak nampak macam orang Johor pon"

    "Tak kan nak pikul Piala AFC baru nampak macam orang Johor"

    Kah Kah Kah...

    ReplyDelete
  8. Laksama Bentan dari Kota Tinggi... Acaner leh sampai Muo plak nih? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana boleh duduk kota tinggi, muntah darah nanti.hihihi

      Delete
  9. Pernah sekali TMJ jemput Haters makan... Penat masak banyak2... Tapi seko pon tak berani datang... Well Haters gonna hate... Such loser!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..cakap belakang je pandai semua tu

      Delete
    2. awat tak mai ? takut kena julab kot ehehe..

      Delete
    3. Gile nk p... kot ada racun dlm tu... hihihi...

      Delete
    4. Cuba tmj jemput bg wang tunai seribu sorang... mungkin ada yg p... hahaha...

      #Beranike

      Delete
    5. hahaha tu yg x pi tu.. kang balik asyik p toilet je keje ngeh3..

      Delete
    6. amboi u oll, mengata TMJ kitorang ye..dia belanja ikhlas tu.

      Delete
  10. SS lahir Johor... IC Johor... Lesen memandu je Kolumpo.. Keh Keh Keh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhee., samala kita SS., harhar2., ingatkn nak fantun gak kat sinih., tp takut tuanrumah mare ;p

      Delete
    2. huahua.. iols dlu time Selangor kuat bola ngaku gak orang Selangor.. dan dan bangga IC 10 ahaha.. skarang ni duduk menikus la..

      Delete
    3. wak lalat ni, nak pantun, pantu jelah..

      SYM: Selangor akan buat comeback..percayalah.hidup lagi Misi 33 tu..haha

      Delete
  11. kenapa orang johor cakap macam orang perak ye?/sebab akak dengan adik beradik pun kami cakap ada ek..belakang dia..hahah..gebor, antor, gobok.macam2 lagi la yang sama..mungkin ada sejarah berkaitan benda ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak..mana tau asal nenek moyang dolu-dolu merantau ke..

      Delete
    2. ehehe boleh la korang mula mengkaji =P

      Delete
    3. Oooo ek?

      Sy dpt "ek " tu sbb lama benar dok johor...

      Jgn riso... sy bangga ic 08...

      Hahaha

      Delete
  12. Akk tak minat sangat bola, tp klau tanya sokong mana mesti sokong pasukan JDT, walaupun bukan orang johor. suatu hari balik umah mertua, diorang mmg penyokong red worrior orang belah sana kan....kenalah duk diam2.hehehe

    ReplyDelete
  13. ayuh johor, luaskan kuasa mu johor... keep the blue flag flying high ! ehhhhh.
    ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, aku nak membahan tapi sebab Liverpool pun kalah, so diam je..hahaha

      yup, whichever team you support,support with pride!

      Delete
  14. haaaa tudia keluar dah sejarah susur galur ehehe.. CT pernah pegi Muar pepagi
    buta dari Bangi sebab nak makan sate kat tepi sungai tu alalala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu je sbbb nya???

      Mesti sate tu super sedap kan

      Delete
    2. rasa sate sama je hehe.. mcm yg akak bwk pun sedap =P eeeh..

      tp sbb rare.. pepagi makan sate tu yg nak experience tu.. ramai plak tu..

      Delete
    3. orang selalu datang pasal nak experience tu je..pelik la kot bagi orang yang tak biasa

      Delete
  15. saya orang perak tapi ic dah tukar alamat penang.

    bagaimana pun, bila johor menang piala afc, saya tumpang gembira juga... bolehkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je...kita sama-sama orang Malaysia kan,apa salahnya

      Delete
  16. tak elok budaya kutuk mengutuk begitu..

    ReplyDelete
  17. Aidil Zafuan dah ke JDT..ingatkan masih di NS..huhu..nmpk sgt x ikut perkembangan bola sepak negara..hihihi..

    suka pisang goreng cicah cili kicap..sedapp..

    ReplyDelete
  18. Byk lak haters negori Johor ni kan haha, papepun salute Raja Johor nampak ade function, klu x setuju sesuatu ckp depan2, sedia terima pendapat dan teguran, mesra rakyat., x delah mcm raja negeri lain duk menikus je dlm istana tu.. tgk krisis yg melanda negara skrng ni pun duk buat dunno je.. klu ade pun usaha yg dibuat sembarono, natijahnye rakyat marhen yg merana. Ape gune ade raja klu mcm tu ye dak huhu

    Jom Terjah: Fesyen dan Gaya Popular Lelaki Masa kini yang Simple lagi Murah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat...tu sebab rakyat Johor sayang dengan sultan diorang walaupun ramai yang mengutuk.

      Delete
  19. Asalam..bangga lah jadi rakyat Malaysia kan Sal..cintai negara kita...

    ReplyDelete
  20. uihhh orang johor rupanya saya orang nibong tebelllll.....tak aih...nak bagitau orang penang

    ReplyDelete
  21. Kathy asal sabah, tapi bila dah kawen orang johor dan duk johor beberapa tahun ni, memang dah rasa diri sebahagian Johorean juga walau bau2 bacang jer. hehehehhe. Kathy memang fans JDT sejak dolu lagi,terutama sejak TMJ ambil alih JohorFC menjadi JDT. Fans forever. JDT,luaskan kuasa mu.

    ReplyDelete
  22. papepun..tahniah pada JDT....xkesah la org nk kata apa...yg menang ttp menang...yg kalah tgk yg menang menjulang piala....haters? get a life hahahhaha

    ReplyDelete
  23. Mummy besaq ja kat Johor so bole kategori Johor tak.. atau Johor celup..heheheh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy macam saya la kot, Johor celup...hihi

      Delete
  24. Tq kerana bagi suggestion tentang Pyramid Rock tu..

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah daripada zero..sekarang bola sepak negeri Johor semakin bertambah baik...syukur..tidak mengapa dengan mulut mulut berkata bisa..silakan..bila mereka berkata kata itu bermakna mereka ambil tahu...subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman 90 an dulu, bola sepak Johor sama naik dengan KL, Negri Sembilan dan Selangor..tapi tu dululah.terima kasih TMJ naikkan balik pasukan bola sepak Johor

      Delete
  26. sis senyum je baca statement tu . anggap je la mrk jeles ... diaorg x tau ke klu sultan johor punya kekayaan tu dah blh tadbir JDT mcm sultan brunei ... sis ada begurau dgn my kakak : klu johor keluar malaysia , nak gak balik johor . manalah tahu sekolah n hospital free ... heheheee .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saya pun nak balik Johor, tapi IC 14 tak tau boleh ke tidak..

      Delete
  27. Luaskan kuasa mu
    Akak bangga jadi orang Johor

    ReplyDelete
  28. belajar sejarah hari ni ya...hihi

    ReplyDelete
  29. Replies
    1. typo plak..
      nyaris2 nk jdi org Johor...
      tapi x kesampaian...

      Delete
    2. nape...nyaris kahwin dengan orang Johor ke?hehehe

      Delete
  30. Sal, I lap you to the moon and back!

    Errkkk...tetiba ^_^

    Kita orang Johor memang bangga diri. Eh, mestilah nak bangga, negeri berdaulat tu! Walaupun katanya balik kampung sepurnama sekali, kalau ada bab-bab yang gatal mulut nak mengutuk orang Johor ni, memanglah nak kena lawan balik. Maklumlah keturunan Laksamana Bentan kita ni yerk, Sal... Keh3x.

    Dulu pun kawan-kawan akak selalu mencemburui akak tau dan katanya orang Johor ni ganas sebab keturunan lanun (Bugis). Eh, sukahatilah kita orang nak keturunan apakan! Bukan kita nak hapus keturunan yang lain-lain pun! Akak suka sangat dengan Bangsa Johor ni. Well, kalau yang lain tu takda, tak payahlah jealous! Rileks jerklah...takkanlah sebab kita guna Bangsa Johor, hati dah mendidih cemburu. Lain-lain tu nak guna Bangsa Kelantan ke, Bangsa Melaka ke, Bangsa Selangor ke, suka hatilah... kita tak cemburu pun!

    Hari-hari akak sakitkan hati colleague akak tau sambil kata - Alahai, tak sabarnya nak tunggu Johor jadi negara. Nanti kalau orang tanya 'what is your nationality?' Jawabnya - 'Err... I have two nationalities ~ Malaysian and Johorian!'

    Wakakah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboih...hahahaha.saya pun bangga dengan Johor, walaupun takat Johor celup je.saya harap Johor tak keluar dari Malaysia..huhuhu

      Delete
  31. HEBAK makcik makcik kampung sal tu kenla Luniani Fgueroa tu...kalau makcik kg sis JM..kenal UKE je....Sal kenal UKE hiksss

    ReplyDelete
  32. ahaahahah...Sal ...Sal...mmg minat betul bola eh...x nmampak butang publish katanya kalau sis JM dgr pasal bola..hurrmm sorry to say lah rasa nak tido je...x minat

    ReplyDelete
  33. ahahahah..keturunan laksamana Bentan ke? mesti garang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak garang kak JM, tapi sekali dia melenting memang boleh terbalik semua

      Delete
  34. akak lahir dekat pahang, besar dekat selangor
    johor selama hidup belum penah jejak
    tapi dah semua ngaku johor...dah ngaku bangsa johor jugalah! eh tetiba...hehe

    setahu akak, semangat kenegerian paling tahap kronik sekali, kelantan
    diorang duduk celah mana pun tak nak tukar alamat, still maintain kata duk kelantan
    setahu akak lah...sorry kalau silap

    johor ni plak...lately aje kedengaran
    no offence ye...
    cuma pada akak, salah tetap salah
    betul tetap betul...full stop. mana nak paham, pahamlah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. well, like I said, tak salah nak bangga dengan negeri sendiri, itu tandanya kita tak lupa asal usul.tp sifat berpuak-puak sampai memandang rendah orang lain tu yang salah.

      takpe, kita semua ada pendapat masing-masing kan

      Delete
  35. Situasi di gerai goreng pisang di Selangor

    "Mak Cik bg goreng pisang RM 3.00.Ada kuah kicap?"

    "Ada..nah.orang Johor ye?"

    "Ye,Saya" dengan bangganya :)

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah