Melbourne Part 4 - Churchill Island Heritage Farm

Saturday 31 October 2015

Assalamualaikum dan hai semua! First of all, aku nak ucap takziah kat blogger Qaseh Vee, yang baru kehilangan bonda tercinta. Al-fatihah untuk arwah Hajah Mangiah binti Haji Abdullah, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kemudian, dapat pulak berita sedih yang Blogger Siti Yang Menaip pula kehilangan ayah. Semoga Allahyarham Shuhami bin Sulaiman tenang di sana. Al-fatihah untuk arwah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Siti dan kak Qaseh Vee kuatkan semangat dan tabah menghadapi ujian Allah ini.

Buat yang tak tahu, Siti adalah partner travel trip aku ke Melbourne. Update entry ni memang teringat kat dia je.

OK lah, jom kita sambung cerita sebelum makin banyak yang aku lupa. Selepas solat Jamak Zohor Asar dekat Cape Woolamai, we oll meneruskan perjalanan ke Churchill Island Heritage Farm. Perjalanan mengambil masa around 10 minit. Satu perkara yang menarik on the way ke Churchill ni, korang berpeluang tengok wallaby/ kanggaru liar dan arnab-arnab gemuk berlari keriangan di kiri kanan jalan. Tak sempat nak snap gambar, tapi memang ada seekor wallaby, ke kanggaru entah steady je berdiri tepi belukar, tunggu nak lintas jalan! Tapi jangan berangan la nak jumpa Koala, diorang duduk atas pokok je.

Dah sampai!

Beli tiket dulu
Besar jugak!

Aku ni tak pernah sampai New Zealand, tapi tetap jugak nak mention yang tempat ni cantik macam kat New Zealand..haha

 Langit biru..Subhanallah!

Sebab terlampau cantik, aku tak bother nak edit pun gambar.

Demo memerah susu lembu. Boleh hands-on kalau berani. Aku? Spesis penggeli!

Brader yang sama..nak buat demo lain plak. 

Apa dia buat kat kambing biri-biri tu? Adakah ni upacara khatan? Adakah aku berpeluang merasa pulut kuning kat Philip Island ni? 

Sebenarnya, proses ini dipanggil 'Sheep Shearing'. Menurut cerita brader ni, orang dulu-dulu shear bulu kambing biri-biri ni pakai pisau je. Sekarang dah moden, pakai la mesin. Steady je dia pegang kambing biri-biri tu macam tu. Cik biri-biri tu pun pasrah menyerah diri untuk dibotakkan. Dah biasa agaknya.

Penting untuk buang bulu sheep ni sebab ia takkan berhenti tumbuh. Kalau tak buang, nanti sheep tu akan nampak gemuk dan berat. Macam korang lah, tak potong rambut dan kuku mesti rimas. Bezanya, bulu kambing biri-biri ada gunanya. Bulu u olls? Hahahaha

Yang baju merah tu adalah budak-budak sekolah. First time tengok golongan aborigines, atau orang asli Australia.

Bulu biri-biri ni banyak gunanya. Antaranya untuk buat kot musim sejuk dan kasut Ugg.

Biri-biri yang dah botak. Korang jangan risau, nanti tumbuh balik.

Ni buat kari sedap nih!

Yang aku faham, Churchill Hertitage Farm ni adalah untuk menunjukkan cara hidup dan aktiviti perladangan di Australia kepada pengunjung. Selain dari tu, korang boleh step back in time dan lihat rumah lama zaman Victorian. Sesiapa yang suka deko ala Inggeris boleh ambil inspirasi dari sini.

Dapat bilik macam ni, memang feeling Elizabeth Swann dalam Pirates of the Carribean lah u oll!

Settle menikmati cara hidup farmer kat sini, kitorang pun move on ke destinasi seterusnya. Ke mana tu? Tunggu..

Thanks for reading, gais! 

Part 2
*Autopublish. Busy weekend ahead!*




88 comments

  1. Tq kerana siarkan bahagian ini....teman akan ke melbourne bulan dis 2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. have fun ye abang MKL..Melbourne memang best!

      Delete
    2. abe MKL dah finialize itie ke

      Delete
    3. udah le tu...anak abang MKL ada sorang kat sana

      Delete
    4. ada anak kat sana best laaaa ada tour guide.. senang je sebut mana nak pi hehe..

      Delete
  2. harap sal terus menulis...dapat le merasa pengalaman sal sebelum saya bertolak pada 13 dis 2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, akan buat apa yang saya mampu.semoga dapa membantu

      Delete
    2. 13 dis? alaaa abe MKL terbang dulu then followed by me ;p

      Delete
    3. kak JM nak ke mana pulak nih..

      Delete
    4. pakat2 terbang depa ni kak.. kita terbang apa ? duit yang terbang hehe..

      Delete
    5. kita tumpang baca jelah...tu pun kalau blog update *jeling-jeling JM

      Delete
  3. Replies
    1. depends jugak..kalau suka tengok nature dan binatang akan rasa berbaloi.bagi saya berbaloi sangat!

      Delete
    2. berbaloi Uncle !! boleh perah susu.. oohemgi xkan lupaaaaaa la..

      Delete
  4. Cantik pulak deko ala2 inggeris. Boleh buat idea hias bilik :)

    ReplyDelete
  5. kalau kaknoor tak sangup lah nak keladang macam ni bukan apa kaki tak kuat nak berjalan
    u all orang muda boleh lah salute utk Sal dan the gang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah letih sangat kaknoor, sebab cuaca best..pastu view cantik.Mak kawan Ct tu steady je jalan ngan kitorang

      Delete
    2. kamon KakNoor.. you can do it hehe.. ladang ni nampak je cem bukit2.. da masuk xde rasa penat pun..

      Delete
  6. Wah.. untung lah sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita untung juga kak
      tak pergi pun dapat berangan cam pergi...hehe

      Delete
  7. biri2 dh hilang baju tebalnya...proses gunting bulu tu dibuat musim panas kot...sian juga kambing sejuk xberbulu...

    ReplyDelete
  8. teringat kat Cik CT.. Al Fatihah utk ayah dia yg dah pun kembali padaNya.. Nasib baik Kak Sal tak letak gambar ngan Cik CT, klu x I all cam nak nanges ja *cengeng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks guys, bagitau kat sini.dah wasap dia tadi..kesian dia.semoga dia kuatkan semangat

      Delete
    2. terima kasih semua.. bahagia ada kawan2 yg ambil
      berat macam uols.. Suida hang jangan nangis.. kang ceq nangis lagi hang tanggung..

      Delete
    3. siti...tumpang sedih atas kehilangan ayahanda tercinta
      be strong ye yunk
      akak rasa sedih juga...

      Delete
  9. Biri2 tak berbulu! alahai buruk plak nengok.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...togel gitu
      rupa alien dah bak kata afif

      Delete
  10. Wah dah letak blog archive disitu.. TQ kak sal nah.. boleh lah i all terjah entri lama klu terlepas.. I all ni kan suka komain semua entri2 U ols... Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, I letak pun atas permintaan you olls!

      Delete
    2. i request dari dulu kak.. tula senang orang nak terjah u.. kata famous kan skarang ? hahahaha

      Delete
    3. yeah...finally kan
      senang nak terjah! hehe

      Delete
  11. Akak... ayah SYM dah kembali menemui Sang Pencipta semalam... al fatihah untuk arwah ayahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam? Innalillah...thanks bagitau, dear..nanti akak wasap CT.kena edit lah kot entry ni

      Delete
  12. Macam NZ even tak pernah sampai jugak.. haha....

    Abis kurus bebiri setelah digondolkan...

    ReplyDelete
  13. K wa tak pergi pun sini..huby kata susah nak kejar Amsyar nanti..sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni luas..hehe.mungkin susah nak pegang kalau dia excited tengok demo perah susu atau sheep shearing tu.tapi....padang luas tu buat saya pun rasa nak berlari gak...hahaha

      Delete
    2. ayam katek turkey semua free diorang lepaskan.. pakat kejar hahaha

      Delete
  14. rasanya wak penah smpi sini sblom gi philip island tgk penguin kerdil tuuh., sorg2 dgn amoii hepun., :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amoi hepun?amboi, keyboard wak pun rosak ye...

      Delete
  15. Teringin nak tengok biri-biri. Mesti comel! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haip Farah.. kat Canada xdak ka ? selalu kat area2 countryside bukan selalu ada ke..

      Delete
  16. seronok dia ye berjalan! hihihi...scenery kat kawasan dia nampak cantik...walaupun farm...

    p/s : salam takziah jugak buat kak Qaseh Vee & sahabat, CT

    ReplyDelete
  17. sal, ada pic biri2 yg lepas kena cukur tu x? nk tgk...kot dah togel ke ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah, ce baca lagi sekali

      Delete
    2. Kesianlah tengok biri-biri tu togel! Terus hilang gebu-gebasnya!

      Delete
    3. kalau ekotkan badan diorang keding je kak.. dah kena ketam bulu tu haaaa..
      yang gemok tu bulu je..

      Delete
  18. p/s murah x susu fresh kt situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x survey la plak...murah kot..even kat supermarket pun murah gila, apatah lagi kat farm

      Delete
    2. ada eh dia jual susu kat situ ? sebab tak pernah berminat nak minum susu jadi x aware..
      but yes.. kat mart pun murah gilaaaaa.. murah dari cekelat..

      Delete
  19. salam kenal...akak singgah dari blog yy...

    Seronoknya jalan2

    ReplyDelete
  20. takziah pada CT dan Qaseh Vee...moga roh mereka dicucuri rahmat.....aminnnn

    ReplyDelete
  21. cantik bulu kambing tu sal...mcm lembut jerrr.....tp kalau sy pikir banyak kali nk pegang....coz jenis penggeli jugak...terutama binatang berbulu......hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bulu-bulu ni takpe, tapi kalau bergetah macam lembu tu memang geli..hehe

      Delete
  22. Ya Allah, cantik sungguh view kat tempat yang 'macam New Zealand' tu! :)

    ReplyDelete
  23. Salam belasungkaw buat Sis Qaseh Vee & Dik CT. Moga mereka tabah.

    ReplyDelete
  24. Aisey,..tercicir 'a' pulak! *belasungkawa

    ReplyDelete
  25. Semoga dik siti tabah dgn ujian ini...
    Allahuakbar... mmg speechless...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah Kak Huda.. maceh akak datang umah itew =P
      saja gitau kasi kakak2 lain jelly ahahaha

      Delete
  26. yeay berapdet hehehe.. CT jugak yg terkial2 ketinggalan ni.. Kak Sal nye entry sempoi je..
    kalo baca entry CT hahaha berbuih mulut panjang lebar =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak terkejar-kejar update entry ni, sibuk kat opis, weekend ada wedding cousin plak.tu yang entry simple semacam.tak berupdate kang blog sunyi sepi plak

      Delete
  27. serious Churchill Island lawa gila.. on the way nak sampai pun lawa !! tak cukup la weh 2 jam tak cukup..
    terkejar2 ahahah.. akak ni org suruh perah susu tu tanak plak dia.. kalo kat Malaysia ada nk buat ? hewhew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat cmane, akak tu penggeli..hihi

      Delete
    2. sebenarnya geli jugak.. tapi tau kalo kat Malaysia xdak nya nk buat.. baik buat hahaha

      Delete
  28. Tq..Ada masa tulis le tentang Pyramid Rock di Philip Island..

    ReplyDelete
  29. syoknya tgk binatang semua tu....

    ReplyDelete
  30. bulu kambing pelbagai kegunaan bole buat...

    ReplyDelete
  31. salam tak ziah buat mereka berdua dan al-fatihah kepada arwah..ye betul..org yg lalui mesti lagi sedih...sabar ye kawan-kawan

    ReplyDelete
  32. behave lak wallaby tu..x main melintas je..dia andang dulu kiri kanan ada kenderaan ke tak..koala pemalas..asyik nk tdo je..geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallaby memang aktif sikit...tak sangka dapat tengok yang liar.terkejut kejap

      Delete
  33. wahh...view di farm ni cukup menenangkan fikiran..kalau otak serabut dengan msalah..dapat bersantai kat sini masalah tu jatuh bergurguran heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak JM..tengok laut tu lagi, dengan angin sepoi-sepoi bahasa dia, memang sempoi lah..

      Delete
  34. geli nak pegang tetek lembu or nak perah susu hehehe...pakai lah sarung tangan Sal...best apa..picit2 kuar susu heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada sarung tangan..pegang tetek lembu tu geli lah...

      Delete
    2. weeeeei kekakaks adus hampa dua ni hahaha..

      Delete
    3. hahaha..haippp..budak bawah umur tak boleh baca

      Delete
  35. akak suka betul dok tengok orang cukur bulu kambing tu
    kalau tengok tv pasal cukur bulu biri-biri ni
    mesti dok pasang niat nak rasa buat...hehe
    entah terlaksana ke idak =)

    tapi cantik ye tempat dia
    kalau akak pun terus terjatuh cinta dengan suasana tu
    memang cantik sangat

    ReplyDelete
  36. montok2 kmbing dia..hehe..ada bau kmbing x biri2 sana??

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah