Review : Jupiter Ascending

Wednesday 11 February 2015

I have more in common with a dog than with you, Your Majesty...

I like dogs! I've always love dogs!


Aku, sama macam jutaan yang menonton filem ni, datang kerana dua nama tu : Channing Tatum dan Mila Kunis. Dah lama tak tengok either one of them beraksi di pawagam, terutamanya Tatum. Minat dia since filem Step Up dan She's The Man. Renungan mata kaler hijau dia tu, terus sampai ke kalbu tau. Ini soal citarasa, kak MD tak faham...hehehe.

Sinopsis: 
Filem ini mengisahkan Jupiter Jones (Mila Kunis) yang tersepit dalam perebutan ke atas planet Bumi antara tiga beradik dari kerajaan Abrasax iaitu Balem, Titus dan Kagil. Balem telah menghantar sekumpulan askar alien untuk membunuh Jupiter, tetapi telah diselamatkan oleh Caine Wise (Channing Tatum), askar manusia dengan DNA serigala. Caine telah diupah oleh Titus, untuk membantu Jupiter. Dari situ, bermulalah pengembaraan Jupiter ke angkasa lepas untuk menuntut haknya sebagai waris diraja kerajaan Abrasax. Tapi apa yang diorang tak tau, tiga beradik tu masing-masing ada perancangan sendiri. Somewhere along the mission, Jupiter dan Caine jatuh cinta, tapi layak ke askar upahan nak bercinta dengan permaisuri? Siapa sebenarnya yang jahat antara tiga beradik tu? Apa yang best sangat planet Bumi ni sampai jadi rebutan? Kenapa dalam berbilion manusia kat bumi ni diorang pilih Jupiter Jones? Nak tau cerita, pergilah tengok sendiri ye..hehehe.

My Review:
Dari segi visual effect dan scene battle memang takde masalah. At some point aku siap terfikir, ni filem Michael Bay ke? Dah roll credit baru tau ni filem adik-beradik Wachowski. Jalan cerita dia awal-awal memang agak complicated, tapi bila dah sampai tengah barulah faham. Skrip dia menepati skema filem sains fiksyen, tapi ada jugak babak-babak kelakar. Channing Tatum ngan Mila Kunis bagi aku bukanlah pasangan yang serasi sangat. Bolehlah layan filem ni kalau korang suka filem ala-ala John Carter, Thor the Dark World dan Guardians of the Galaxy. Aku bagi 3.5 bintang.

p/s: Nasib baik sempat tengok cerita ni sebelum Cinta keluar.

104 comments

  1. Teringin gak nak tengok, tapi rasanya tunggu kat TV je kot.... citer macam ni kalau Sha tengok kat panggung, memang berdengkur jawabnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha..jgn berdengkur kuat sgt...sis JM pun kalau cter x menarik mmg boleh terlelap tapi bila tgk cter transformer hari tu nk terkucil pun tahan ahaha

      Delete
    2. haha...tp saya x prnh tertidur dalam wayng lagi.sebab rasa rugi kot dah bayar tiket.tak best pun layan jelah..

      Delete
    3. Akak pernah tidur dengan lenanya masa tengok citer Jepun Bunshinsaba - memang rasa rugi tidur sebab dah bayar. tapi bosannya citer tu buat akak rasa rugi tengok!

      Delete
    4. Haa lagi satu tertidur masa tengok Harry Potter 4. Akak hanya ingat tengok scene Victor Krump, komen kat kawan mak aii bosar gagahnya,..terus ZzzZzZZZZzzzz.

      Delete
    5. hahaha..dalam wayang kan gelap, sejuk..sedaplah tidur.kak Farrah tidur sampai habis cerita ke?lama tu...

      Delete
    6. ingatkan ros je yang fikir akan zzzzz dalam panggung, rupanya ada jugak geng. hihihi

      Delete
    7. rugi la..dh bayar p tdo hihi
      better beli cd ka tgk astro first ka.. nk tertdo pon xpa hihi

      Delete
    8. hehehe sebab tu kena pi tengok citer yang bebetul nak tengok..
      kalo yang so so memang menguap laaa

      Delete
  2. SS dah lama tak layan citer2 camni... Tak de geng nak gi tengok... Sob Sob Sob... Tunggu download ajelaaa.. Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de geng? HH kan ada..kalau JM dekat..i sanggup teman kan

      Delete
    2. haha, SS nun jauh di selatan nu ha..cmane nak temankan

      Delete
    3. saya boleh tman gak.. tapi setakat pintu masuk ja..

      Delete
    4. Baikk anto sampai tempat parking aje...

      Delete
  3. Kadang2 terpikir bila Malaysia nak keluarkan filem sains fiksyen yg betul2 menggugat fikiran penonton yg semakin cerdik?? Tak kan cuma berlegar filem cinta, samseng dan entah apa-apa itu saja...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm...last saya rasa ada filem macam tu adalah Misi XXRay.hahaha

      Delete
    2. hihi cicakman kan ada hakahak

      Delete
    3. haha..cicakman tak cukup sains fiksyen lah, kalau elaborate lagi mesti best!

      Delete
  4. dah aim dah nak tengok cerita ni. tapi tak tau lah nanti sempat pi tengok ke tak. huhu

    ReplyDelete
  5. x berapa suka citer2 mcm ni... :)

    ReplyDelete
  6. Jupiter jones ... Nama macam trio detektif la..

    ReplyDelete
  7. Suka tgk tatum dlm the vow.. aww hensem. Harap this weekend dpt la tgk. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kan..suka gak tengok dalam the vow sambil dok mengutuk heroin dia sebab 'bodoh' sangat.hahaha

      Delete
    2. Hahah.. dh tgk memang hensem la tatum. Memang cair la. Hehehe.

      Delete
    3. Eh..sy pon minat diaa..pengsan en suami kalu tau..hahahah

      Delete
    4. Eh..sy pon minat diaa..pengsan en suami kalu tau..hahahah

      Delete
  8. Dapat juga akhirnya dia pi dating dengan si Channing Tatum bertemankan Mila Kunis :) Yalah, akak masih tak faham kenapa Sal jatuh cinta kat si Tatum ni. Takda lelaki lain ke yang ada sepasang mata redup berwarna hijau? Ish...yalah, bab citarasa kita tak sama!

    Akak pun kurang sikit cerita macam ni. Bila baca sinopsis pun boleh ngantuk apatah lagi kalau menonton di pawagam! Tapi akak baca habis ek entri ni, takda skip pun cuma menguap bab sinopsis jerk *_*

    P.S. Akak dah hantar email. Komen Sal pasal email tu akan ter'expose' pulak tapi akak dah delete tadi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tenkiu.nanti saya check email ye.saya memang tak pandai mengulas filem.menguap ek?orang tak suka filem sains fikdyen memang rasa ngantuk je citer gini.

      Delete
    2. Bukan sebab Sal tak pandai review tapi dari sinopsis cerita pun akak dah mengantuk. Memang bukan genre akak cerita macam nilah. Hahaha.....

      Delete
    3. haha..faham-faham. I is suka cerita mengarut gini. Hhaha

      Delete
    4. semua cita mengarut kak sal hihi

      Delete
  9. Replies
    1. gi lah tgk Nani.kalau best bagi tahu sis JM..kalau x best..humm...bagi tahu kawan2 heee

      Delete
    2. kalau tak best, diam kan je. hihihi

      Delete
  10. dah lama x tengok wayang ... tunggu kluar astro lah ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan Ros.. memang dah lama tak jejak panggung. husband tak minat..

      Delete
  11. babak kelakar je..babak romantik x de ke hihihi..matilah kena kutuk lepas nih hiksss

    nk pegi tgk tapi x de teman..kalau si SS tu dekat leh dating ngan beliau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..romantik tu adalah jugak.tapi entahlah, saya rasa chemistry diorang tak kuat sangat.hehe

      Delete
    2. Amboiiiiiii! Nak part beromen aje JM... Ha Ha Ha...

      Delete
    3. hahaha..jiwang karat lah kak JM ni..part tu ada, tapi telah ditapis oleh FINAS. kihkih

      Delete
    4. haip..ZF kecik lagi, jangan campur...hihihi

      Delete
    5. hahhaha.. jiwa kak Jm ni lembut ni.. tu yang nak part romantik jer :)

      Delete
  12. ni klu nak tahu best ke idak , kena lah pi tgk . lain org lain citarasanya kan . kdg kita rasa best tapi org katatak best lak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..betul..sebab citarasa orang tak sama

      Delete
  13. anak2 kaknoor mmg suka sngt lah ceta macam ni tapi kaknoor tak kot, biasalah slera dah lain

    ReplyDelete
  14. Haritu hampir nak tertengok cerita ni..tapi kawan pulak tak berkenan..tak jadilah nak tengoknye..hehe

    ReplyDelete
  15. salam jumaat..menarik teview filem ni mantap sekali...

    ReplyDelete
  16. salam jumaat..menarik teview filem ni mantap sekali...

    ReplyDelete
  17. suka channing tatum jugak adus siapa tak suka diaaa.. tapi biasa2 saja.. ada yang lagi CT suka..
    tengok step up tp dalam tu xdela jatuh cinta sngt.. dalam the vow yang wow wow wow..

    dload la nanti citer ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..nak tau jugak.sape jejaka misteri itu?

      sakit hati la tengok the Vow tu, dalam tu dia romantik giler.n I was like...come on lah perempuan, Channing Tatum kot!haha..kalau akak, 'eh, kau laki aku? OK!'.

      Delete
    2. tak tau lah tok nenek dia asal dari mana..huhu

      Delete
    3. suka chris pine oaaaauch hensem.. and si tua robert downey <3 <3 miahahaha

      Delete
    4. robert downey mmg hensem...

      Chris pine..tak pernah tengok lagi filem dia.tapi tengah menanti Jurassic World nanti...hehe

      Delete
  18. hai kak.. komen kat blog kiteeee salah nama huwaaa T.T
    mohon banje makan lepas ni =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak...mintak ampun lah..kadang-kadang excited sangat nak komen tak sedar salah typo..huhu.ampunkan kami penunggu gua..ampunkan kami penunggu gua..

      Delete
    2. hahaha CT dan Scha lain benar tu

      Delete
    3. hahaha..kan.nak kena gi blog CT jap lagi mohon maaf zahir batin

      Delete
    4. Heheheh akak ada baca entri tu. Tapi akak tak pelik bila Sal tertukar. Akak masa mula2 kenal dua gadis chomel ni pun tend to confuse. Dahlah selalu blogwalking blog diorang lebih kurang time yang sama,..siap kena betulkan allignment kepala..jap ni Scha..OK yang ni CT :)

      Delete
    5. bukan saya sorang jelah kan?haha..confuse kan?padahal nama lain benar beza.sebab cara menulis lebih kurang sama kot?

      Delete
    6. Kak Sal : ahahaha dendanya senang saja.. banje bibimbap please =D

      Kak Farrah : uish gitu sekali kena tune ke kak ? miahahaha..

      Delete
    7. haha..bibimbap tu apa?suruh belanja boleh, suruh buat memang tak lah...hahaha

      Delete
  19. Sy dh lama xg tengok wayang...mcm best jer citer nih kan hihiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dh tgk citer ni...tp nmpk xserasi gndingan diorg tu..tp still suka tatum...heheheh

      Delete
  20. Inilah cite yang nak sangat tengok hari tu....Baca sinopsis pun dah tahu tak sedap hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...takdelah sampai tahap tak sedap langsung. OK je, kalau suka citer-citer macam ni..

      Delete
  21. saya xbrap minat cita ni..bab2 planet lak...
    saya suka mcm final destination. mcm cita ganas2 tu.. xpon jenia siasat2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak stress la kalo citer kejap-kejap orang mati ni.lagi-lagi kalau mati tragik...tapi cerita penyiasatan akak suka..kak Sal kau kan gila Superman,cite alien, planet, superhero..memang suka lah

      Delete
    2. Makkk oiii selera mengganas saje... He He He...

      Delete
    3. tulah, ganas rupanya ZF ni...nampak cam wanita Melayu terakhir je..

      Delete
  22. aritu nuffnang ada kasi tiket utk tgk cite ni tp ntha cm ne tetiba nuffnang cancel so x dapek laa nk nengok nyerr

    ReplyDelete
  23. uu, timm suka john carter..hoho..bolehlah kot nnti nak lyan cite ni,, channing tatum best dlm she's the man..cute..hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai..dalam She's the man memang cute walaupun watak dia cam blur je..

      Delete
  24. Sci-fi films ni kira not my cup of tea. Citer2 macam ni selalu buat akak bikin cerita lain dalam kepala. Huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memerlukan imaginasi yang tinggi..haha.probably bila kena concentrate tu yang kepala dah start buat cerita sendiri

      Delete
  25. bila lah nak tengok wayang ni. ada yg sya tunggu torrent je kang

    ReplyDelete
  26. kalau refer guardian of the galaxy sebagai contoh, maknanya filem ni bukan makanan aku

    ReplyDelete
  27. Jemput join mini ga by nina + anies.

    ReplyDelete
  28. Boleh juga layan menonton citer ni nanti.. Thanks sharing Sal.. :)

    ReplyDelete
  29. DA TGOK..MOVE BESHH...
    hhe oh laki tu dri filem step up ea..ptt la mcm biasa nmpk tp xtau filem apa..hehe

    ReplyDelete
  30. MaK Aii..banyaknya komen2...
    kalau layan best jugak ni

    ReplyDelete
  31. Tak kenal 2 nama tu.
    Hehe..
    Saya bukan kenal sangat retis2 ni.

    ReplyDelete
  32. selain buta bola,bola retis hollywood gak.apatah lg filem sains fiksyen.mmg tak pandai nk layan.sejak ada anak kecik ni 4h lama tak masuk panggung.pencen sekejap.hehe

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah