Wednesday, 4 February 2015

8 filem Melayu 80-an favourite aku

Sebut saja filem Melayu 80-an, apa yang akan terbayang di fikiran korang? Kalau aku, automatically akan nampak flashes of fesyen rambut kembang, seluar ketat, mekap tebal dan lagu-lagu pop jiwang atau rock kapak.

Tak ramai golongan muda yang suka filem-filem 80-an ni. Mungkin kerana cara bercakap macam baca skrip dan jalan cerita yang predictable. Pastu some of the cast bukannya pandai berlakon pun. Probably diorang diangkat sebagai hero atau heroin kerana populariti sebagai penyanyi, sebab diorang 'ada rupa' atau berani beraksi daring.

Aku dilahirkan dalam tahun 1980-an. Masa kecik-kecik manalah pandai tengok filem, tengok kartun tahulah. Back in the 1990's, masa aku sekolah rendah, stesen-stesen TV selalu tayang filem-filem 80-an time hari raya. Sekarang pun ada gak ditayangkan kat TV atau melalui Astro. Actually, aku dapat idea buat entry ni masa tengok salah satu dari 8 filem ni.Ce korang teka yang mana satu?

1.Bukit Kepong

Filem yang dibuat berdasarkan kisah benar - Tragedi di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada tarikh 23 Februari 1950 di mana balai polis tersebut telah diserang oleh komunis. Antara pelakon utama filem ini adalah Tan Sri Jins Shamsuddin dan Dato' Yusof Haslam. Filem ni walau tak sehebat filem-filem perang orang putih, namun korang kena tengok sebab ia adalah filem sejarah. Oh by the way, tapak balai polis ni ada lagi, aku pernah tengok sekali masa kecik dulu. Lama rasanya tak ke Bukit Kepong walaupun ramai sedara kat sana *off topic plak!*



2.Kami

Kekuatan filem ni of course pada soundtrack dia, yang menggunakan lagu-lagu Allahyarham Sudirman Hj.Arshad memandangkan Allahyarham merupakan pelakon utama. Filem tentang persahabatan dan survival dua orang anak gelandangan kat Kuala Lumpur yang sure boleh bikin nangis daa.. Al -fatihah untuk Allahyarham Sudirman Hj.Arshad

3.Rahsia

Filem lakonan Norkumalasari, Shukery Hashim dan Yusof Haslam. Seram wei, filem ni boleh membuatkan 'Nang Nak' nampak cam filem untuk budak-budak je. Serius! Anak patung dia lagi angker dari 'Annabelle'. Aku tengok sekali je, 20 tahun tak habis takut lagi.

Kalau korang berani, tengoklah filem 'Misteri Rumah Tua'. Diorang kata ni lagi seram. Sebab ni filem Indonesia. Norkumalasari antara pelakon utamanya. OK, next!!!

4. Ali Setan

"Tipah tertipu bang, Tipah tertipu!".

Ali tengah dok fikir, siapalah yang telah menipu Tipah sehingga Tipah tertipu, tertipu terTipah

Filem komedi romantik lakonan Azmil Mustapha dan Ogy Ahmad Daud yang memang sweet. Part favourite aku masa Ali troll Asmidar kira kunci kat bilik dekan. Memang nostalgic zaman aku belajar kat USM dulu gigih ajak kawan-kawan usha tempat-tempat diorang shooting babak dalam filem ni. Tinggal kenangan jelah..pokok yang diorang ukir-ukir nama tu takde dah.

Too bad Ali Setan 2 tak best! Watak Asmidar pun digantikan dengan pelakon lain.

5. Azura

Filem asal lakonan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud ye, bukan remake yang ada Neelofa tu. Ait, Ogy lagi? Percayalah, walaupun in real life dia nampak macam over, tapi dari dulu sampai sekarang, lakonan kak Ogy tak pernah mengecewakan aku. Dia mewarisi kecantikan Allahyarhamah Saadiah dan merupakan pelakon yang sangat versatile.

6.Mat Gelap

Yang ni aku cheating sikit, sebab actually ia ditayangkan di pawagam pada tahun 1990, tapi aku assume dia mesti shooting dalam tahun 1989. Kan? kan? Hahaha. Filem lakonan Imuda, Liza Othman, Zahim Albakri ni agak unik ia digabungkan dengan animasi kartun lukisan Imuda sendiri. Rasanya, ni filem Melayu pertama yang buat percubaan macam ni. Apa kau ingat Imuda pandai nyanyi lagu "Rilek Brader" sahaja kah? Dia dulu hero filem tau!


Terasa tua bila buat lawak "Bosan tahap Mama Bosan", tapi adik-adik tak faham .OK, sedih!

7.Mekanik

"Orang putih ke, orang biru ke, orang coklat ke..kan kita semua orang Malaysia"

Dialog legend Susan Lancaster. Dak-dak sekarang kenal ke Susan Lancaster ni? Ala, yang bawak watak Kak Ngah dalam drama Keluarga Iskandar tu... Dalam filem ni turut terdapat cameo by Allahyarham Mokhtar Dahari. Hero filem Mekanik ni, Azmil Mustapha jugak. La ni, katanya dah join tabligh.

8.Darah Satria

Oh, ini bukan komik kungfu ala-ala Pedang Setiawan atau Dendam Kesumat yang harga $2.50 tapi ramai sanggup kumpul duit belanja sebab nak beli tuh. Ni filem perang lakonan Aman Shah masa muda. Hensem woooo dia ni dulu-dulu. Sekarang pun hensem lagi, cuma agak gems. Hehehe.

Filem-filem atas ni senang je nak jumpa kat youtube. Pandai-pandai lah cari. Mungkin boleh mengenang nostalgia zaman muda kalian. Hahaha, tuan punya blog tak bertanggungjawab jika ada jiwa yang kacau nanti ye.

p/s: Gila-gila Remaja tak masuk list sebab aku kureng sikit filem tu, hahaha. Hati kau keras, Sal!

Till then, thanks sudi baca. Pendapat u olls?


81 comments:

  1. Kalau saya sih senangnya tonton film P. Ramli mbak, apalagi yang judulnya anakku sazali :D, salam kenal ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem-filem p.ramlee memang bagus...kalau x, xkan popular sampai ke Indonesia salam kenal jugak :)

      Delete
    2. woww org dari indonesia pon suka nonton cita p ramlee ya..

      Delete
  2. kak ana punya faveret masa tu Ali Setan le, kan main cita-cita nak sambung study kat USM masa tu huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. .tercapai tak cita - cita akak nak jadi Asmidar?

      Delete
  3. suka filem Bukit Kepong dan Kami...lagu Pelangi Petang..sedihnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu tu memang kena dengan filem Kami kan..

      Delete
    2. Filem Kami tu adalah filem yang tidak laku... Hanya popular selepas Sudirman meninggal..

      Delete
    3. really?standard lah manusia ni, bila dah meninggal baru orang nak appreciate.Filem-film P.ramlee pun orang kata banyak macam tu

      Delete
    4. besa la.. bila dah xda makin popular lak..

      Delete
  4. samalah kita kak sal...bukit kepong...wanie suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi citer tu jarang tayang kat tv...huhu

      Delete
  5. Filem Mat Gelap ni aku ingat dengan watak Mama Bosan je. Aku tak tau macam mana watak Mama Bosan ni boleh jadi legend kat sekolah time aku dulu. Mungkin rambut dia kot? Haha.

    Apa pun, filem-filem 80'an ni memang mampu menggamit nostalgia generasi kita membesar. Walaupun secara teknikalnya filem 80'an tak sepower filem sekarang macam suara dubbing yang tak sync dengan pergerakan bibir, sekurang-kurangnya filem 80'an masih ada yang power macam filem Kami dan Mat Som.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah..mat som.tu pun best jugak. Adaptasi komik dato lat.
      Memang famous Mama Bosan. Cara dia bercakap tu ala-ala diva gitu..

      Delete
    2. hahaha...teringat ngn kwn sekolah sy...ktorang pggil dia mama bosan...sbb filem tu laaa...

      Delete
  6. Alah.....mak mana suka tengok cita perang perang kecuali Darah Satria tu. Setuju dgn ko dik.... hensem Pak Aman dulu dulu tu, menggigil tengok hihi....heroin dia Lydiawati kannn....

    Azura ngan Suara Kekasih paling best weyh.....fefeeling dia tu rasa mcm mak pulak yg jadi heroin hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suara kekasih ni yang mana satu? M.nasir ngn Ogy tu ke?amboi Mak Jilap fefeeling heroin gitu.
      Haah. .time tu Lydiawati muda lagi . comel je dia di sisi Aman Shah yang hensem tak hengat. Haha..kecik2 dah gatal aku ni.

      Delete
    2. Apa barang M Nasir..... Suara kekasih Oyg ngan Azmil Mustafa ler.... sama mcm Ali Setan 1

      Delete
    3. haa tu dia Okje... nk jdi heroin plak..

      Delete
    4. kak OKje: la...ye ke.hahaha, tak pernah tengok that one lah.

      Delete
  7. Bukit kepong..layan habis citer ni...semua pun best..

    ReplyDelete
  8. alamak..sis JM ni kurang minat sikit filem melayu...jika di ulang tayang di Astro tu mmg tak layan..jadinya no idea huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya memang suka filem Melayu ni.lagi2 yang lama.

      Delete
    2. yup, tak tahu diam aje lah kan..salah cakap kang lagi confuse..hehe

      Delete
  9. Sama lah. Semuanya suka. Memang tak miss tengok kalau ada tayang kat tv

    ReplyDelete
  10. Masa muda2 dulu saya pernah juga tonton filem Melayu. Tapi bila dah tua2 seperti sekarang kalau orang beri tiket free untuk tonton filem sekarang yg entah apa2 tu saya mesti tolak, hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem sekarang memang banyak yang ntah apa2...huhu

      Delete
  11. suka lagi-lagi KAMI. Deep betul cerita dodulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu scha...sy dulu smpai nanges tgk citer tuhh....terutama scene sudirman beli nasik yg letak kuah dgn ikan goreng tuhhh...sedihhhh...huhuhuhu

      Delete
  12. Semua tu saya pun suka.. nostalgia juga tu.. :) :)

    ReplyDelete
  13. Bila sebut filem melayu 80an... Yang terlintas kat fikiran SS adalah AR Badul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Badul filem-filem dia enjoy la jugak. Kelakar.macam filem-filem Os.

      Delete
    2. ado...ado...sihat lagi.baru bulan lepas gi misi bantuan banjir.hehe

      Delete
  14. Replies
    1. Dalam kehidupan ini...yang terindah..Ewah, ternyanyi pulak. Haha

      Delete
    2. Saya tak suka yang well done.. He He He..

      Delete
    3. zaman kecik2 dulu suka layan xita p ramlee.. cita zamn 80 an ni sampai sekolah menengah la... tapi skrg ni dah xminat dah.. xtaw pasai pa...mybe sbb dah boleh taw jalan cita kot

      Delete
  15. Akak suka cerita Ali Setan and Mekanik..huhu
    Nampak sangat peminat azmil mustapha....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang hensem.....lakonan pun versatil..

      Delete
  16. film tahun 80 an tentu dapat mengenangkan pada masa-masa itu dimana akak masih muda dan baru jatuh cinta, maka film tersebut dapat mengenangkan hati.

    sukses follow blog dan twitter-nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks akak..nanti kalau online pakai pc saya follow balik ye . pakai handphone ni susah sikit

      Delete
  17. Fiza suke cite ali setan ngn darah satria.. lagu dia pun best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darah Satria tu macam pernah tengok tapi tak ingat langsung dah jalan ceritanya.
      Ermmm...

      Delete
  18. Sal tengok cerita apa ni yang sampai mengimbau kenangan filem 80-an? Tipah tertipu ke?

    Akak tengok semua filem yang Sal senaraikan ni. Masa ni akak ala-ala Mia Sara nak menginjak remaja tau. Of courselah kisah cinta harus masuk dalam senarai. Dulu Azmil tu kalau tengok berlakon cerita Ali Setan ke,Mekanik ke rasa macam hensem sungguh! Bila tengok Jamal berlakon dalam Azura pun, kecur air liur nak jadi girlfriend dia....Bukit Kepong tu 18kali akak tengok, 18kali juga akak nangis. Akak ni memang hati tisu sikit...

    Errr....filem Adik Manja kenapa tak masuk senarai? Jangan ditengok pada badan Dharma Harun AlRashid sekarang...dulu-dulu masa muda aduhai hensem dan tinggi lampai tau! Menjejes lagi air liur tengok ketampanannya dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik manja bukan 70 an ke?haha..best gak yang tu.saya tahu dharma hensem kak dulu..Sekarang pun still boleh tahan..akak tengok x adik manja returns? Hadoi la...kecewa mak cik.ingatkan best..

      Delete
    2. jarang tayang kat TV..lagipun filem tu dah lama...

      Delete
    3. adik manja ade kot tengok.. kalo tengok pun mesti tak tengok sampai abes..

      Delete
    4. Eh, Adik Manja 80-anlahkan! Akak ingat masa tu akak zaman sekolah rendah, baru pandai menggelitis. Hahaha!

      Adik Manja Returns akak tak tengok sebab tak tahan tengok Dharma sekarang :)

      Delete
    5. Lokasi pengambaran Adik Manja buat di pusat bahasa UKM di Lembah Pantai. Masa masuk Matrikulasi UIA tahun 90an (skrg sdh jadi pusat bahasa kembali) baru perasan ada bbrp lokasi yg sama dlm filem Adik Manja.

      Delete
  19. pergh Kak Sal huhuhu.. CT tahu bukit kepong n azura aje.. tapi dak penah tengok sampai abes.. 80an dok lahir lagi huuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uit takkan Ali Setan pun x pernah tengok?haha..nanti try tengok filem Kami.

      Delete
    2. Ali Setan tau la ada filem tu tapi tak pernah tengok
      hahaha..

      Delete
    3. Selain drp dialong "tipah tertipu", dialog lain yg menjadi sebutan "umpan ayam.. ayam makan kacang..??" Hahahaha

      Delete
  20. sis suka filem azura, ali setan, gila2 remaja...sbb jiwa sis mcm ala2 jiwang karat kan :)

    ReplyDelete
  21. Semua saya tak pernah tengok. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah sayang.. awak generasi adik adik memang..

      Delete
  22. Ramai yang suka tengok cite2 lama including yang kat rumah ni.
    Tapi, saya tak camtu. Saya jenis cepat bosan dengan benda yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ok je..asalkan ada gap..kalau keap sangat pun bosan

      Delete
    2. Kak Shikin jiwa moden.. tengok Suami saya perfect 10 hehehe..

      Delete
  23. cerita Bukit Kepong memang sedih...berjujuran jugakla air mata bila melayan...sedih mengenangkan nasib mereka... T T

    ReplyDelete
  24. Like! untuk Ali Setan, Mekanik dan Kami.
    Rahsia tu ngetops sangat kann dulu...citer horror plg best la time tu kekdahnya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..horror la jugak walau teknologi tak secanggih sekarang kan..

      Delete
  25. ada gak cita yg xpernah tgk.. Kami, rahsia..cita yg xbrapa famous kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang tayang kat TV..terutama filem Rahsia

      Delete
    2. tak penah tahu ada filem Rahsia kak..

      Delete
    3. filem tu macam brutal sangat...ada scene kepala tertusuk ngan besi pagar...ewwww.mungkin sebab tu TV tak berapa nak tayang.kat youtube ada, gi lah tengok kala berani..hehe

      Delete
  26. sebahagian yg disenaraikan tu sy suka tgk...masa kecik2 dulu...sonok tgk...hihihi

    ReplyDelete
  27. owh betul tu lama tak tengok cerita macam ni di tv.

    ReplyDelete
  28. ali setan lah yg jadi kegemaran zmn tu . azmil mustafa tu dah jadi pelakon yg laris dah . byk filem ada muka dia ... alhamdulillah , sekarang dah jadi org warak ... nak gak try tgk misteri rumah tua ...

    ReplyDelete
  29. sy suka driving school sbb lawak hahahahaa time tulis ni pun da gelak belom tgk lagi hahaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca komen pun gelak gak..hahaha.cite tu memang kelakar!

      Delete
  30. Anatara filem yg fight dgn Bukit Kepong waktu Festival Filem Malaysia 3 waktu tu ialah filem Pemburu arahan dan lakonan Ahmad Yatim.
    Filem keluarga/drama yang mendapat sambutan ialah filem Abang arahan dan lakonan Rahim Razali.
    Jangan lupa lakonan mantap Emam Manan dgn aksi silatnya dalam filem Matinya Seorang Patriot.
    Filem2 komidi spt Da Di Du, Toyol, Tuan Badul, Penyamun Tarbus dll juga turut mewarnai industri filem tahun 80an. Syabas kepada karwayan filem zaman itu.

    ReplyDelete
  31. saya juga peminat dan pengumpul filem melayu lama2 era 70-80 dan 90an... antara koleksi filem2 RARE yg ada pada sy seperti dendam perawan bunting, perjanjian syaitan, ranjau sepanjang jalan, jasmin, jeritan batinku 94, penagih dadah, diambang kasih, sumber ilhamku, cahaya sakti, ribut dihujung senja, tsu feh sofiah, ujang, mat som, bila hati telah retak, dendam dari pusara dan lain2... begitu juga dgn drama 80an seperti syyy dari episod awal, rumah maut, kealam misteri, kedai antik, dan lain2.. sesiapa yg juga pgumpul filem2 lama dan ingin bertukar2 cerita boleh whatsapp sy dinombor ni.. 0172560213

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com