Umrah & Ziarah - Part 3

Thursday, 16 May 2013

Assalamualaikum...gigih betul aku menaip kat sini sejak balik umrah ni kan? Lepas gian actually sebab lama tak blogging. Lagipun, aku excited nak cerita pengalaman aku kat Tanah Suci kat korang semua. Biar korang semua excited nak gi jugak. So, before proceed, baca la dulu Part 2 and Part 1.

Day 3 - 2 May

Hari ketiga di Kota Mekah, rombongan kitorang dibawa untuk ziarah. Sadly, aku lupa check bateri, so tak dapat tangkap banyak gambar sebab kamera dah kong. Takpelah, tempat-tempat ni korang boleh google image je.

Tempat pertama yang kitorang pergi adalah Jabal Tsur. Kat sini ada Gua Tsur, tempat Rasulullah s.a.w bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar semasa perisitiwa hijrah ke Madinah. Kagum dengar cerita tentang puteri Saidina Abu Bakar bernama Asma' mendaki bukit dalam keadaan hamil demi nak hantar makanan kepada ayahanda beliau dan Nabi s.a.w. Teringin nak jadi seorang wanita 'kuat' dan teguh macam Asma'.

Lepas tu kitorang ke Padang Arafah pulak, tempat jemaah haji wukuf pada 9 Zulhijjah tiap-tiap tahun. Kalau bukan musim haji, tempat ni biasa je, tapi kalau musim haji penuh dengan khemah-khemah dan jemaah haji dari segenap pelusuk dunia. Kat sini terletaknya Jabal Rahmah, diriwayatkan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa selepas masing-masing dicampak ke muka bumi. Tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa terutama dalam soal *ehem* jodoh. Tapi bagi aku, bukan yang belum kahwin je patut berdoa kat sini. Yang dah kahwin, beranak-pinak hatta bercucu sekalipun kenalah berdoa supaya keluarga aman dan tak berpecah-belah. Barulah bahagia dunia akhirat, tak gitu Pak Munawer?


Caya tak aku panjat sampai atas? Kat puncak Jabal Rahmah didirikan satu tugu putih. Ada gak manusia yang taksub , gi berdoa megadap batu.. Sepatutnya kita berdoa mengadap kiblat. Pada Allah yang Esa.

Selesai di Jabal Rahmah, kitorang dibawa melihat tempat-tempat yang menjadi 'persinggahan wajib' jemaah haji seperti Mina, Mudzalifah dan tempat melontar jamrah. Tapi tak turun, tengok dari dalam bas saja. Kemudian terus proceed ke Miqat Jaaranah untuk berihram. On the way balik, lalu Jabal Nur, di mana terdapatnya Gua Hira', tempat Rasulullah s.a.w mendapat wahyu pertama.

Bas kami sampai di hotel sebelum azan zohor. Kemudian jemaah yang dah berihram menunaikan umrah. Since yang wajib kitorang dah buat, umrah kedua ni diniatkan umrah sunat atau umrah badal, which is buat untuk orang lain.

Alhamdulillah, umrah ni dapat kitorang selesaikan. Terima kasih Allah..

Kesian Mak..kepenatan tapi tetap layan kitorang nak bergambar
 Day 4 - 3 May

Hari Jumaat...memang takde apa-apa aktiviti yang disediakan hari ni sebab kalau nak gi Solat Jumaat kena gi awal. Kalau tak, nanti takde tempat.

Masjidil Haram lepas Subuh


View dari Tingkat 3 sementara menanti solat Maghrib

Jam besar depan pintu King Abdul Aziz. Petunjuk kalau sesat..huhu.

Thanx for reading..nanti kite sambung lagi.

1 comment

  1. Subhanallah..bestnya...teringin sangat nak ke sana..Pernah dgr pasal doa cepat jodoh di Jabal Rahmah tu..huhhu..tapi belum kesampaian

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah