Umrah Part 2 - Tingkat 2 Masjidil Haram

Wednesday, 15 May 2013

Assalamualaikum...
Sambung baca dari Part 1

Day 2 - 1 May
Hari kedua kami di sini, tak ada apa-apa acara yang diatur oleh pihak agensi. Jadi, kitorang bebas nak buat aktiviti sendiri. Kitorang pun saja usha kedai-kedai yang ada kat sekitar hotel. Agak kagum sebab peniaga-peniaga Arab kat sini pandai berbahasa Melayu. Dengar slang Arab diorang ada masanya rasa nak gelak je. Saja aku usik kecek Kelate, diorang tengok aku pelik tapi cepat-cepat buat muka confident. Tapi kata Mak n Abah, banyak kedai tepi-tepi jalan dah dirobohkan sebab Mekah tengah renovation. Takpelah, yang ada ni pun aku dah rambang mata. Belilah sikit-sikit yang berkenan di hati. Oh, bytheway beg aku telah 'dikopakkan' oleh Mak. Yayyyy!!!

Macam-macam ada...

Erkkkk....

Memandangkan ada masa, kitorang decide untuk 'merasa' Tingkat 2 Masjidil Haram before Zohor. Cool...dapat tengok Kaabah dari atas. Sayu hati bila nampak Kaabah, bila lihat ramainya umat Islam beribadah bersama-sama tanpa mengira pangkat dan kewarganegaraan, bila kita sedar banyak sejarah perjuangan Nabi Ismail, Nabi Ibrahim dan Rasululllah s.a.w terukir di sini. Tapi satu pesanan Abah yang aku pegang. Jangan berdoa pada Kaabah, tapi berdoa pada Allah.

Banyak area under renovation

One thing about cuaca Mekah adalah ia lagi panas dari Malaysia. Tapi panas kat Tanah Arab, panas berangin, bukan panas lembap. Kalau berpeluh pun sekejap je dah kering. Dan sebab humidity level yang rendah, badan dan persekitaran kurang berbau. Mungkin kerana ketidakhadiran wap-wap air yang memerangkap bau dan menggalakkan pembiakan bakteria. Ewah, dah bunyi macam iklan Febreeze! 

Kat Masjidil Haram tong air zam zam ada di mana. Cawan pakai buang turut disediakan. Minum directly kat sini lain rasanya dari minum yang orang bawak balik ke Malaysia. Rasa air zam zam  agak masin  kerana tinggi kandungan mineralnya. Iyelah kan, air dari sumber bawah tanah. 

Meet my dearest Abah ('',)

Malam pun tak sejuk sangat, kitorang boleh makan aiskrim lagi.

Bab makan tak ada masalah sebab Hotel Mira ni ramai pekerja dari Indonesia. Bahan masakan pun pihak ArRayyan bawak dari Malaysia.So, memang kena dengan selera orang kita.

OK, nanti sambung lagi..thanx for reading

2 comments

  1. SAl:..boleh ambik gambar eh dalam masjidil haram..ke bawak kamera dan ambil gambar secara tersembunyi..terigin akak nk ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya pergi ni tak strict sangat.ktorang tangkap gambar secara terang-terangan takde masalah.just kena tengok keadaan je takut jemaah lain tak suka.jangan posing lebih-lebih dahla..

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah