Assalamualaikum semua!!! I'm back!!! Alhamdulillah, aku, Abah, Mak and adikku Ikah dah selamat kembali dari menunaikan umrah pada hari Sabtu, 11 Mei yang lepas. Serius best tak terkata..rasa tak puas 10 hari tu. So, untuk tatapan you olls semua, I olls akan kongsikan pengalaman buat umrah kali pertama ni...dari KL-Mekah-Madinah-KL balik. Ini Part 1, sebab catatan perjalanan kali ni panjang berjela, maka kita buat macam drama bersiri gitewww.
Perjalanan dimulakan usai Subuh Selasa 30 April. Abg.Ngah, Kak Long n Abg. Dollah yang antar kitorg ke Balai Berita Bangsar. Dalam kul 7 dah sampai, pastu naik bas yang disediakan untuk ke KLIA. Sampai KLIA, cari ahli-ahli rombongan yang lain, ambil boarding pass dan check-in luggage. Alhamdulillah..segala urusan dipermudahkan. So, sementara tunggu flight, kitorang pun bersiap-siap pakai ihram, solat sunat dan ambil tag dari petugas.
Flight kitorang berangkat kul 12 tengahari. FYI, aku adalah antara insan terpilih yang selalu 'mabuk' kalau naik kapal terbang. Tapi alhamdulillah, kali ni aku steady je dalam penerbangan yang hampir menelan 9 jam. Maybe long-distance ok kot? Hehe, anyway dalam flight aku tak buat apa pun melainkan tidur. Bila time makan aku makan smbl tengok video 'panduan umrah' yang disediakan kat tv comel kapal terbang.
Sampai je kat Airport Jeddah dah pukul 4 ptg. Means waktu kat sini 5 jam lewat dari waktu Malaysia. Urusan kat imigresen airport Jeddah takdelah semudah dan seramah di KLIA. Kecut je aku tengok pak Arab tu cop passport aku macam nak tak nak je. Tapi, alhamdulillah the entire Ar-Rayyan (nama travel agencies kitorang) group berjaya melepasi halangan awal ni dengan jayanya. Tapi yang lawaknya Ikah la, masa on the way ke arah bas yang kitorang naik dia bagi passport dia kat sorang 'pekerja airport' ni. Kononnya dia nak tolong kitorang cari bas tapi haru plak bila dok kena kejar dia nak dapatkan balik passport adik aku. So, moral of the story jangan bagi passport unless pada petugas di belakang kaunter. Okies???
Crowd at balai ketibaan |
Masih boleh tersenyum lepas insiden 'passport dibawa lari'..Kena bebel ngan Mak pun budak kecik ni tak heran. |
On the way ke Kota Mekah kitorang banyak tidur je. Mutawwif kitorang, Ustaz Ali pun memang biarkan kitorang rest. Only bila dah sampai Tanah Haram baru kitorang dikejutkan..Tanah Haram adalah kawasan di mana hanya orang Muslim je dibenarkan masuk. Perasaan aku masa ni jangan cakaplah kan...dok sengih je sambil baca talbiyah (bukan salbiah ye). Dan perasaan bila pertama kali nampak Masjidil Haram walaupun dari jauh tak dapat aku nak ulas dengan kata-kata. Subhanallah!!
Bandar Mekah di waktu malam |
Kitorang pun sampai ke tempat penginapan kitorang, Hotel Mira Ajyad..dalam 200 meter dari Masjidil Haram. Lepas makan, kitorang pun check-in hotel. Aku diuji buat kali pertama di sini..bila beg aku tak boleh dibuka. Family members lain pakai combination sama, tapi semua tak ada masalah. Hajat di hati nak salin baju dan tudung since dah berlengas dari KL terpaksa aku pendamkan. Aku tawakal je..ambil wuduk dan berkumpul bersama jemaah lain kat luar hotel. Waktu ni dah hampir pukul 10 malam.
Umrah yang first ni kitorang ikut Mutawwif, Ustaz Sufian. Alhamdulillah...tawaf dan sai'e berjalan lancar. Orang pun tak berapa bersesak-sesak. Hanya lepas kitorang selesai semua baru orang bertambah ramai.
Gara-gara keletihan, dan beg tak boleh dibuka..malam pertama aku di kota Mekah, aku tidur pakai jubah.
Bersambung..
Salam Sal..akak godek semua entri yang lama..tertarikh nak baca kisah Sal buat UMRAH ni sbb akak pun ada plan last year early 2013 tatapi terpaksa si batalkan kerana PEREMPUNA bujang tiada MAHRAM tidak di benarkan buat UMRAH..sedih sgt..
ReplyDeleteBerapa harga pakej dgn Ar-Rayyan ni eh..dulu akak try dgn ANDALUSIA..
saya pergi bawah company..harga 5 ribu lebih.tak sure kalau individual macamana.nanti sy cari nametag umrah saya hari tu kot ada contact number saya pas kat kak JM.
Delete