Assalamualaikum dan apa khabar semua..
Macam yang aku janjikan, aku nak buat satu entry khas gambar-gambar suasana malam di Gold Coast. Suka tak? Suka tak? Dalam entry-entry yang lepas gambar semuanya di siang hari. Tak caya, cuba korang usha balik :
Gold Coast Part 1- Intro
Part 2 - Currumbin Wildlife Sanctuary
Part 3 - Sea World
Part 4 - Movie World
Part 5 - Harbour Town
Entry ni bersambung dari kitorang balik dari Harbour Town. Memandangkan ni malam terakhir kitorang di Gold Coast, so kenalah pulun merayap tengok night life kat sini. Ceh! Cakap macamlah malam-malam sebelumnya habis berjalan terus balik rumah tidur.
So, sambung cerita malam tu..pas solat Maghrib, kitorang terus bersiap-siap untuk explore Surfer's Paradise. Pergi on-foot je, tapi kalau nak naik tram pun boleh. Dekat negara yang sejuk ni, biasanya badan larat nak jalan jauh-jauh sebab tak berpeluh. Kalau kat Malaysia, jalan 50 meter je dah berlengas satu badan.
Macam yang aku janjikan, aku nak buat satu entry khas gambar-gambar suasana malam di Gold Coast. Suka tak? Suka tak? Dalam entry-entry yang lepas gambar semuanya di siang hari. Tak caya, cuba korang usha balik :
Gold Coast Part 1- Intro
Part 2 - Currumbin Wildlife Sanctuary
Part 3 - Sea World
Part 4 - Movie World
Part 5 - Harbour Town
Entry ni bersambung dari kitorang balik dari Harbour Town. Memandangkan ni malam terakhir kitorang di Gold Coast, so kenalah pulun merayap tengok night life kat sini. Ceh! Cakap macamlah malam-malam sebelumnya habis berjalan terus balik rumah tidur.
So, sambung cerita malam tu..pas solat Maghrib, kitorang terus bersiap-siap untuk explore Surfer's Paradise. Pergi on-foot je, tapi kalau nak naik tram pun boleh. Dekat negara yang sejuk ni, biasanya badan larat nak jalan jauh-jauh sebab tak berpeluh. Kalau kat Malaysia, jalan 50 meter je dah berlengas satu badan.
So, nak ke mana kita?
Of course lah nak ke pantai sebab aku dok merengek-rengek nak tengok Lautan Hindi depan mata. Mentang-mentanglah suka tengok citer Hindi, lautan Hindi pun si Sal ni kalut nak tengok. Entah apa-apa kan!
Actually ni bukan first time kitorang ke pantai Surfer's Paradise. Hari pertama sampai Gold Coast lagi kitorang dah ke sini. Tapi, kali ni aku ada misi. Aku nak pegang air Laut Hindi!
On the way ke pantai tu tengok ramai orang dok berkumpul depan shopping mall Centro Surfer's Paradise. Sebagai seorang yang busy body, haruslah aku ajak diorang mencelah di kalangan orang putih yang ada untuk tengok apa yang depa dok kerumunkan.
Rupa-rupanya ada juggler dok buat freelance show. Apa entah nama dia, aku dah lupa. Dia cakap yang dia ni memang travel around the world untuk perform macam ni. Sekadar harapkan 'derma' dari penonton. Respect giler kot! Kalaulah aku boleh tinggalkan kerja makan gaji pastu buat something yang aku betul-betul passionate, mesti awesome kan! Tapi bukan sebarangan orang mampu. Aku harap mamat ni berjaya sebab dia memang ada talent sebagai performer. Esok-esok dah menang Australia's Top Talent (ada ke show nama tu?), janganlah lupa kat aku. Haha... what the what?
Habis tengok show mamat ni, kitorang pun teruskan perjalanan. Lalu pulak depan muzium Ripley's Believe It Or Not. Korang pernah tak tengok rancangan tu? Pengacara dia adalah abang Superman favourite aku di zaman remaja iaitu Dean Cain. Muzium ni tak termasuk dalam itinerary , so kitorang tak masuk. But just in case korang ke Gold Coast, pastu jenis yang suka benda-benda unik, ajaib dan mistik, mungkin boleh usha tempat ni. Nah, ni link official website dia : Ripley's Surfers Paradise Odditorium
Kita tangkap gambar jela sebagai kenangan
Senang je nak cari muzium Ripley's ni. Berdekatan dengan Cavill Mall. Susah-susah tanya je orang. Muzium ni merupakan antara tarikan di Surfer's Paradise.
Signboard ke Muzium Ripley, depan shoplot Adidas
Jalan lagi dan lagi, kitorang pun jumpa signboard ni.
Ha, tu dia, dah nampak laut depan mata tetibe aku cuak. Mana taknya, ombak menggulung tinggi! No wonderlah pantai ni jadi port terbaik untuk surf.
Tapi aku beranikan jugak diri untuk pegang air tu. Dahlah pakai kasut! Memula memang plan nak pakai selipar. Tapi sebab tak tahan sejuk aku sarung je kasut. Kau ada gi pantai pakai sweater tebal ngan kasut tutup penuh? Hahaha.
Yang penting, aku dah beranikan diri menyentuh air laut kat Gold Coast ni walaupun dok terbayang kalau tetibe disambar ombak, orang kena cari aku plak instead of MH370.
Posing keras macam patung sebab kesejukan!
Ramai gak mat saleh lepak sini malam-malam. Nak je aku suggest diorang tengok pantai kat Malaysia pulak..You should see Redang and Manukan, people!
Siapa diorang ni? Dok lambai-lambai aku, nak ngorat le tewww. Ops, jangan perasan ye Sal! Orang-orang kat Gold Coast ni memang peramah dengan tourists. Lagi-lagi 'penarik beca' macam diorang ni. What? Beca? Well..kinda. Kalau kat Malaysia orang kayuh beca semua tua-tua, tapi kat sini pengayuh beca dia orang muda-muda. Cool kan? So, malam-malam bila tram dan bas dah tak beroperasi bolehla naik beca nak berjimba-jimbut kat Surfer's Paradise ni. Kitorang tak naik pun, usha dari jauh je.
Lajunya babe! Takat kamera biasa-biasa aku memang tak mampu nak capture gambar.
Settle jalan-jalan dan last minute shopping, kitorang pun balik ke apartment untuk packing barang sebab esoknya kitorang nak tinggalkan Gold Coast. Sedihnya, sebab seronok sangat kat sini. Tempat dia happening. Orang-orang dia pun friendly.
Habis Gold Coast, kitorang ke mana pulak? Balik Malaysia? Sambung jalan-jalan kat Australia? Ke pergi negara lain pulak? Ha...nak tau, tunggu next entry lah. Saje buat korang saspen. Hihihihi.
Nota Penting: Balik Malaysia tetibe rasa nak google peta Australia. Rupa-rupanya laut yang aku kalut nak sentuh tu bukan Lautan Hindi, tapi Lautan Pasifik. Lautan Hindi tu laut antara benua Asia ngan Australia. Malunya makcik, salah bagi info kat geng travel.
Tu jelah kot, kali ni. Aku tengah kumpul info untuk budget Gold Coast. Harap sabar menanti.
Thanks for reading, guys!













