Ramadan ke 11 baru muncul entry ini

Friday, 22 March 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Haih, begitu lama tak update blog. Sebelum nampak anak bulan Ramadan sampai masuk fasa ke-2. Hahaha. Apakan daya, sis busy.

Ramadan Day 1 - bersahur dan berbuka seorang diri. Ikutkan boleh saja berpuasa di rumah mak aku yang hanya 20 minit perjalanan dari rumah, tapi itulah aku lagi suka stay rumah suami sebab dekat dengan MRT. Bulan puasa ni bos aku beri kelonggaran balik pukul 4 petang, tapi kena masuk pukul 8 pagi. Bos aku juga bermurah hati bagi work from home 2 kali seminggu. Beli juadah di bazaar saja. Nasi lemak ayam berempah. Nasi dan ayam sedap, sambal saja yang mengecewakan. Terawih di rumah sebab badan lemau. Aircond opis sejuk! Ke sejuk sebab tak makan? Wallahu'alam.

Ramadan Day 2 - last day PJJ! Patutnya encik suami sampai dalam pukul 4 petang, tapi sebab gerak lambat dari Dungun, pukul 6 lebih baru sampai di pejabat. Mintak tolong adik ipar pergi ambil. Nak masak, baru perasan barang dapur banyak dah habis. Goreng bihun favourite En.I. Aku beli murtabak, air tebu dan agar-agar di bazaar. Kecewa lagi sebab agar-agar pulak tak sedap kali ni. Anak-anak adik ipar makan sikit je letak balik. Terawih di rumah lagi sebab En.I kepenatan. 

Ramadan Day 3 - Aku masak telur masin masak lemak cili padi untuk sahur. WFH. Cuaca panas sungguh. Sakan aku mendobi. Sebab dah penat mendobi dan mengemas barang En.I balik dari kursus, kita berbuka kat luar. Malamnya En.I je gi terawih. Aku terawih di rumah sendirian.

Restoran Kudu, Chow Kit. Ada orang tu teringin nasi kandar dari kat Pulapol lagi

Ramadan Day 4 - Adeh, nampak 'anak bulan'. Baru nak panas enjin berpuasa. Balik kerja, goreng bihun je untuk En.I. Alhamdulillah suami aku ni jenis simple je bab makan.

Ramadan Day 5 - Keluar gi Aeon top up barang dapur. Kawan En.I bagi lauk daging salai masak lemak untuk berbuka. Yay tak payah masak.

Ramadan Day 6 - Berbuka rumah mak dengan adik-beradik aku yang lain. Abang-abang aku je tak dapat datang. Anak-anak saudara excited jumpa Pak Tam diorang setelah sekian lama. Solat maghrib, Isyak dan terawih berjemaah di rumah. Sayangnya aku cuti solat. Rindu nak jemaah ramai-ramai dengan famili. Plot twist : Sorang pun tak ingat nak amik gambar. 

Demi nak bagi entry cantik, aku letak jugak gambar lama. LOL

Ramadan Day 7 - MC sebab tak sedap badan. Mana badan tak lemau. Opis sejuk macam di kutub, di rumah panas macam kat gurun. Nasib baik ada lebihan lauk dari berbuka rumah mak yang aku simpan dalam fridge. Aku bekalkan untuk En.I berbuka di tempat kerja sebab dia shift malam. 

Ramadan Day 8 - WFH, so masak Udang Salted Egg untuk En.I. Alhamdulillah En.I kata sedap. Berani dia kata tak sedap. Hahaha

Ramadan Day 9 - Tak sempat masak untuk En.I tapi ada sumbangan makanan berbuka di opis. Alhamdulillah, rezeki.

Ramadan Day 10 - Kembali berpuasa. Yay! WFH, jadi dapat masak ayam masak kicap extra halia untuk En.I bawak bekal berbuka. Sekali En.I buat surprise belikan lasagna dari Zus. Suami aku ni kadang-kadang tak boleh dijangka. Kau ada, berbuka lasagna! Lauk ayam masak kicap simpan sahur. Malamnya pergi terawih di surau flat. Lain betul vibenya berbanding surau dan masjid kawasan perumahan rumah parents. Rindu pulak.

Entahlah korang baca tidak, tapi tak kisahlah. Aku tulis sini sebagai memori sendiri. Kenangan pertama kali berpuasa sebagai isteri. Penat, tapi seronok. Adakala menguji kesabaran. Zaman aku bujang dulu, bertahun-tahun berbuka di surau sahaja sebab mak abah aktif sebagai AJK. Boleh dikira dengan jari berapa kali masak.

OKlah, selamat berpuasa semua! Terima kasih kepada blogger yang selalu share menu. Dapat jugak idea nak masak apa. Apa pun, sama-samalah kita berusaha mengelak pembaziran makanan di bulan Ramadan. 

Ingat pepatah ni.. Tak pandai masak takpe, asal jangan berniaga di bazaar Ramadan..

44 comments

  1. Seronoknya suami dia dah ada disisi....eh apa palk x baca ni akak siap tinggalkan jejak ni...hari2 tinjau kat sini kot2 ada update terbaru...

    ReplyDelete
  2. hi Sal.. salam ramadhan.... wah tahun berpuasa ngan cik suami, alhamdulillah...memori kan...moga sihat2 selalu key

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa. Sedap menu dalam talam tu.

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa Sal...seronok boleh WFH...cuaca panas sekrg ni...

    ReplyDelete
  5. yeahhhh ingat pepatah tu.. dan ada baca byk juga peniaga yg merungut jualan byk merudum (yelah org nak berjimat sbb hidup makin kerasss skrg)

    ReplyDelete
  6. gambar lama?
    tapi bkn gambar jaman atok woy kan?

    ReplyDelete
  7. cuaca panas skrg mmg x leh bincang
    ko siap lps berbuka
    peluh mencurah2
    belum solat lagi tu...
    lps solat cari kipas dulu...
    waduhhhh ujian sungguh laa kan ramadan kali ni

    ReplyDelete
  8. salam ramadan , selamat menjalani ibadah puasa

    ReplyDelete
  9. Baca jer tulisan Sal.
    Lagi suka sahur sarang daripada sahur di rumah emak ya? Hehe.

    ReplyDelete
  10. Kihkih…baik, akak ikut pesanan akhir tu.
    Special entry ni sebab ada penampakan suami Sal (ke dah pernah letak?).
    Apa pun, selamat melalui pengalaman pertama Ramadan sebagai isteri.

    ReplyDelete
  11. macam sedap lak dengar menu gulai telur asin tu. nak buat la nanti.salam kenal dari LM

    ReplyDelete
  12. Ramadan 11 baru muncul entry pun rajin buat summary dari 1st day tu. Kadang menu berbuka ni unpredictable. Ikut mood, ikut selera dan ikut keadaan. Kalau ada orang memberi, kita pun cuti masak gitu. Seronok kan dapat berbuka ramai dan bertarawih dengan family. Saya pun tarawih di rumah je dengan encik suami. Untung kan dapat suami yang tak cerewet, jenis terima je apa yang kita masak. Alhamdulillah...
    Pepatah last tu betul sangat. Tahun ni je banyak hal kuih di Bazar.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih, satu perkongsian yang menarik... Ya la kita dpt tahu cerita dari para sahabat semua.

    ReplyDelete
  14. kita baca je coretan awak cuma kadnag2 tak sempat nak tglkan komen ehehe... gigih dia imbas balik ramadhan first day smpai terkini... :p

    ReplyDelete
  15. Selamat berpuasa Sal & Encik Suami.
    Salam Nuzul Quran 1445H.

    ReplyDelete
  16. salam ramadhan .. selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  17. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

    ReplyDelete
  18. p/s salam aidilfitri mek. maaf 0-1 ehh...
    salahhh... 0-0🥹

    ReplyDelete
  19. Kadang2 smp tak tau nak masak apa dah bila tiap2 hari kena masak 2-3 juadah utk berbuka dan sahur 😅 Selamat Hari Raya Sal & suami, maaf zahir & batin ✨

    ReplyDelete
  20. tentu pengalaman berlainan berpuasa sebagai seorg isteri kan. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga ye sal

    ReplyDelete
  21. Walaupun bulan puasa dah lama habis tapi saya baca sampai habis wak. Haha..btw Selamat Hari Raya Aidilfitri ya.

    ReplyDelete
  22. Salam kak Sal. Lama dah saya tak datang sini. Terkejut tiba-tiba tahu kak Sal dah kahwin dan ada suami. Semoga bahagia selalu <3

    ReplyDelete
  23. dan bila dah habis syawal, baru terjah sini.. hehehe

    ReplyDelete
  24. Hai cik Sal... Semoga sihat awlalu🌹🌹

    ReplyDelete
  25. Entri raya puasa xde ke sal? ni dah nak raya haji ni... hehehe.. take care puan sal

    ReplyDelete
  26. samalah kita bizi nak update blog susah.. janji kita update utk kenangan sndri

    ReplyDelete
  27. Selamat hari raya haji sal.....lama tak up[date

    ReplyDelete
  28. Ada juga cerita diary Ramadan 1445H Sal.
    Mrs. A langsung tiada haahaaha

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum Sal. Apa kabar?! Semoga sihat² selalu hendaknya. 😊 Salam AidilAdha Maaf Zahir & Batin.. 😄

    ReplyDelete
  30. Tulis untuk memori sendiri tu mmg betul. Org baca atau tidak itu citer kedua hihii.. Insyallah peninggalan blog ini akan dibaca oleh anak-anak dan cucu cucu nanti :D

    ReplyDelete
  31. okla rumah suami dekat dgn MRT.. bos bagi work from home 2 kali seminggu .. balik kol 4 ptg.. dah cukup baik sgt dah tu :D
    kesian nya kempunan nak makan nasi kandar dri pulapol lagi.. banyak tak dia makan hahaha..

    ReplyDelete
  32. Dah lama tak tgk makanan dihidang dalam pinggang atas dulang macam tu.. rindu zaman kecik kecik dulu :D

    ReplyDelete
  33. Lamanya bertapa ni sal. mengomel le lagi... hehehehe

    ReplyDelete
  34. Letak dalam dulang camtu menggamit memori zaman saya kecik2 dulu kat kampung pah.

    ReplyDelete
  35. Moga menjadi isteri yang solehah

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum Sal..
    Lama tak jumpa di blog.. Eh apeni masih cerita Ramadhan, hehehehe ;-)

    ReplyDelete
  37. Ke manalah perginya puan Blog ni.. Hihi.

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum sis, sis apa khabar sekarang?

    ReplyDelete
  39. Salam tahun baru 2025 Sal. Rindunya dkt Sal. Semoga Sal sihat² saja hendaknya. ;)

    ReplyDelete
  40. kak sal... semoga kak sal sihat2 selalu

    ReplyDelete
  41. lama nya senyap.rindu kat sal

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah