Assalamualaikum dan hai semua! Haih, begitu lama tak update blog. Sebelum nampak anak bulan Ramadan sampai masuk fasa ke-2. Hahaha. Apakan daya, sis busy.
Ramadan Day 1 - bersahur dan berbuka seorang diri. Ikutkan boleh saja berpuasa di rumah mak aku yang hanya 20 minit perjalanan dari rumah, tapi itulah aku lagi suka stay rumah suami sebab dekat dengan MRT. Bulan puasa ni bos aku beri kelonggaran balik pukul 4 petang, tapi kena masuk pukul 8 pagi. Bos aku juga bermurah hati bagi work from home 2 kali seminggu. Beli juadah di bazaar saja. Nasi lemak ayam berempah. Nasi dan ayam sedap, sambal saja yang mengecewakan. Terawih di rumah sebab badan lemau. Aircond opis sejuk! Ke sejuk sebab tak makan? Wallahu'alam.
Ramadan Day 2 - last day PJJ! Patutnya encik suami sampai dalam pukul 4 petang, tapi sebab gerak lambat dari Dungun, pukul 6 lebih baru sampai di pejabat. Mintak tolong adik ipar pergi ambil. Nak masak, baru perasan barang dapur banyak dah habis. Goreng bihun favourite En.I. Aku beli murtabak, air tebu dan agar-agar di bazaar. Kecewa lagi sebab agar-agar pulak tak sedap kali ni. Anak-anak adik ipar makan sikit je letak balik. Terawih di rumah lagi sebab En.I kepenatan.
Ramadan Day 3 - Aku masak telur masin masak lemak cili padi untuk sahur. WFH. Cuaca panas sungguh. Sakan aku mendobi. Sebab dah penat mendobi dan mengemas barang En.I balik dari kursus, kita berbuka kat luar. Malamnya En.I je gi terawih. Aku terawih di rumah sendirian.
Ramadan Day 4 - Adeh, nampak 'anak bulan'. Baru nak panas enjin berpuasa. Balik kerja, goreng bihun je untuk En.I. Alhamdulillah suami aku ni jenis simple je bab makan.
Ramadan Day 5 - Keluar gi Aeon top up barang dapur. Kawan En.I bagi lauk daging salai masak lemak untuk berbuka. Yay tak payah masak.
Ramadan Day 6 - Berbuka rumah mak dengan adik-beradik aku yang lain. Abang-abang aku je tak dapat datang. Anak-anak saudara excited jumpa Pak Tam diorang setelah sekian lama. Solat maghrib, Isyak dan terawih berjemaah di rumah. Sayangnya aku cuti solat. Rindu nak jemaah ramai-ramai dengan famili. Plot twist : Sorang pun tak ingat nak amik gambar.
Ramadan Day 7 - MC sebab tak sedap badan. Mana badan tak lemau. Opis sejuk macam di kutub, di rumah panas macam kat gurun. Nasib baik ada lebihan lauk dari berbuka rumah mak yang aku simpan dalam fridge. Aku bekalkan untuk En.I berbuka di tempat kerja sebab dia shift malam.
Ramadan Day 8 - WFH, so masak Udang Salted Egg untuk En.I. Alhamdulillah En.I kata sedap. Berani dia kata tak sedap. Hahaha
Ramadan Day 9 - Tak sempat masak untuk En.I tapi ada sumbangan makanan berbuka di opis. Alhamdulillah, rezeki.
Ramadan Day 10 - Kembali berpuasa. Yay! WFH, jadi dapat masak ayam masak kicap extra halia untuk En.I bawak bekal berbuka. Sekali En.I buat surprise belikan lasagna dari Zus. Suami aku ni kadang-kadang tak boleh dijangka. Kau ada, berbuka lasagna! Lauk ayam masak kicap simpan sahur. Malamnya pergi terawih di surau flat. Lain betul vibenya berbanding surau dan masjid kawasan perumahan rumah parents. Rindu pulak.
Entahlah korang baca tidak, tapi tak kisahlah. Aku tulis sini sebagai memori sendiri. Kenangan pertama kali berpuasa sebagai isteri. Penat, tapi seronok. Adakala menguji kesabaran. Zaman aku bujang dulu, bertahun-tahun berbuka di surau sahaja sebab mak abah aktif sebagai AJK. Boleh dikira dengan jari berapa kali masak.
OKlah, selamat berpuasa semua! Terima kasih kepada blogger yang selalu share menu. Dapat jugak idea nak masak apa. Apa pun, sama-samalah kita berusaha mengelak pembaziran makanan di bulan Ramadan.
Ingat pepatah ni.. Tak pandai masak takpe, asal jangan berniaga di bazaar Ramadan..
Seronoknya suami dia dah ada disisi....eh apa palk x baca ni akak siap tinggalkan jejak ni...hari2 tinjau kat sini kot2 ada update terbaru...
ReplyDeletehi Sal.. salam ramadhan.... wah tahun berpuasa ngan cik suami, alhamdulillah...memori kan...moga sihat2 selalu key
ReplyDeleteSelamat berpuasa. Sedap menu dalam talam tu.
ReplyDeleteSelamat berpuasa Sal...seronok boleh WFH...cuaca panas sekrg ni...
ReplyDeleteSelamat berpuasa
ReplyDeleteyeahhhh ingat pepatah tu.. dan ada baca byk juga peniaga yg merungut jualan byk merudum (yelah org nak berjimat sbb hidup makin kerasss skrg)
ReplyDeletegambar lama?
ReplyDeletetapi bkn gambar jaman atok woy kan?
cuaca panas skrg mmg x leh bincang
ReplyDeleteko siap lps berbuka
peluh mencurah2
belum solat lagi tu...
lps solat cari kipas dulu...
waduhhhh ujian sungguh laa kan ramadan kali ni
Selamat berpuasa ramadan
ReplyDeletesalam ramadan , selamat menjalani ibadah puasa
ReplyDeleteBaca jer tulisan Sal.
ReplyDeleteLagi suka sahur sarang daripada sahur di rumah emak ya? Hehe.
Kihkih…baik, akak ikut pesanan akhir tu.
ReplyDeleteSpecial entry ni sebab ada penampakan suami Sal (ke dah pernah letak?).
Apa pun, selamat melalui pengalaman pertama Ramadan sebagai isteri.
macam sedap lak dengar menu gulai telur asin tu. nak buat la nanti.salam kenal dari LM
ReplyDeleteRamadan 11 baru muncul entry pun rajin buat summary dari 1st day tu. Kadang menu berbuka ni unpredictable. Ikut mood, ikut selera dan ikut keadaan. Kalau ada orang memberi, kita pun cuti masak gitu. Seronok kan dapat berbuka ramai dan bertarawih dengan family. Saya pun tarawih di rumah je dengan encik suami. Untung kan dapat suami yang tak cerewet, jenis terima je apa yang kita masak. Alhamdulillah...
ReplyDeletePepatah last tu betul sangat. Tahun ni je banyak hal kuih di Bazar.
Terima kasih, satu perkongsian yang menarik... Ya la kita dpt tahu cerita dari para sahabat semua.
ReplyDeletekita baca je coretan awak cuma kadnag2 tak sempat nak tglkan komen ehehe... gigih dia imbas balik ramadhan first day smpai terkini... :p
ReplyDeleteSelamat berpuasa Sal & Encik Suami.
ReplyDeleteSalam Nuzul Quran 1445H.
salam ramadhan .. selamat berpuasa...
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
ReplyDeletep/s salam aidilfitri mek. maaf 0-1 ehh...
ReplyDeletesalahhh... 0-0🥹
Kadang2 smp tak tau nak masak apa dah bila tiap2 hari kena masak 2-3 juadah utk berbuka dan sahur 😅 Selamat Hari Raya Sal & suami, maaf zahir & batin ✨
ReplyDeletetentu pengalaman berlainan berpuasa sebagai seorg isteri kan. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga ye sal
ReplyDeleteWalaupun bulan puasa dah lama habis tapi saya baca sampai habis wak. Haha..btw Selamat Hari Raya Aidilfitri ya.
ReplyDeleteSalam kak Sal. Lama dah saya tak datang sini. Terkejut tiba-tiba tahu kak Sal dah kahwin dan ada suami. Semoga bahagia selalu <3
ReplyDeletedan bila dah habis syawal, baru terjah sini.. hehehe
ReplyDeleteHai cik Sal... Semoga sihat awlalu🌹🌹
ReplyDeleteEntri raya puasa xde ke sal? ni dah nak raya haji ni... hehehe.. take care puan sal
ReplyDeletesamalah kita bizi nak update blog susah.. janji kita update utk kenangan sndri
ReplyDeleteSelamat hari raya haji sal.....lama tak up[date
ReplyDeleteAda juga cerita diary Ramadan 1445H Sal.
ReplyDeleteMrs. A langsung tiada haahaaha
Assalamualaikum Sal. Apa kabar?! Semoga sihat² selalu hendaknya. 😊 Salam AidilAdha Maaf Zahir & Batin.. 😄
ReplyDeleteTulis untuk memori sendiri tu mmg betul. Org baca atau tidak itu citer kedua hihii.. Insyallah peninggalan blog ini akan dibaca oleh anak-anak dan cucu cucu nanti :D
ReplyDeleteokla rumah suami dekat dgn MRT.. bos bagi work from home 2 kali seminggu .. balik kol 4 ptg.. dah cukup baik sgt dah tu :D
ReplyDeletekesian nya kempunan nak makan nasi kandar dri pulapol lagi.. banyak tak dia makan hahaha..
Dah lama tak tgk makanan dihidang dalam pinggang atas dulang macam tu.. rindu zaman kecik kecik dulu :D
ReplyDeleteLamanya bertapa ni sal. mengomel le lagi... hehehehe
ReplyDeleteLetak dalam dulang camtu menggamit memori zaman saya kecik2 dulu kat kampung pah.
ReplyDeleteMoga menjadi isteri yang solehah
ReplyDeleteAssalamualaikum Sal..
ReplyDeleteLama tak jumpa di blog.. Eh apeni masih cerita Ramadhan, hehehehe ;-)
Ke manalah perginya puan Blog ni.. Hihi.
ReplyDeleteMana sal ni?
ReplyDeleteAssalamualaikum sis, sis apa khabar sekarang?
ReplyDeleteSalam tahun baru 2025 Sal. Rindunya dkt Sal. Semoga Sal sihat² saja hendaknya. ;)
ReplyDeletekak sal... semoga kak sal sihat2 selalu
ReplyDeletelama nya senyap.rindu kat sal
ReplyDelete