10 perkara yang kita pelajari dari kejayaan Man United memenangi Bangkok Century Cup

Thursday 14 July 2022

 

1. Merasa jugak Man United sinar kebahagiaan selepas musim yang penuh kedukaan. Biarlah mereka gembira. Kami fan Liverpool tak kejam

2. Selain skill, menjaringkan gol itu memerlukan tuah. Player biasa-biasa pun boleh score kalau dapat peluang dan player sehebat Mohamad Salah pun kena akur bila bola terkena palang.

3. Tiada istilah 'friendly' dalam perlawanan Man United vs Liverpool. Aku mengharapkan ada gaduh-gaduh tapi sayangnya takde. Perlawanan sengit jugak, bukan sekadar atas padang, malahan dalam kalangan peminat. Nasib kau lah kalah pre season pun kena bahan.

4. Kelibat Harry Maguire sangat 'dirindui' fan team lain. Kecewa aku dia takde dalam line up.

5. Youngsters Liverpool yang aku ramal menyinar season depan : Harvey Elliot, Fabio Carvalho (new signing dari Fulham) dan Isaac Mabaya.

6. Youngsters Man United yang nampak cam power : Zidane Iqbal (bukan anak Zinedine Zidane!). Aje tak logik Zizou nak benarkan anak dia main kat Man United. 

7. Kemerosotan prestasi Roberto Firmino (Liverpool) dan Anthony Martial (Man United). Keduanya dulu pemain hebat tapi tiada apa yang kekal di dunia ini. Harap Firmino akan jumpa rentak sewaktu mula-mula main untuk Liverpool dulu. Martial gi main jauh-jauh.

8. Jersi baru Liverpool tu cantik walaupun corak minyak petrol tumpah. Hampir goyah ikrar aku tak nak beli baju baru.

9. Defence Liverpool masih lemah dan mengharap Virgil Van Djik sahaja.

10. Aku rindu Sadio Mane dan Divock Origi, tapi itulah bola sepak. Pemain datang dan pergi. Macam awak tinggalkan saya.

23 comments

  1. Mengapa nama trofi Bangkok Century Cup?
    Baca sahaja ulasan Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlawanan persahabatan yang diadakan di Bangkok. kenapa digelar 'Century Cup' tak pasti lah pulak. Piala suka-suka saja, tak mengubah ranking atau hakikat yang Liverpool power. haha

      Delete
  2. peminat tegar tiasa cakna soal sukan ni kan sal

    ReplyDelete
  3. wahh..! suka baca review point by point mcm ni. setuju dengan point no.2 dan no.3 tu..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan. nombor 2 tu sakit hati betul tengok bola tak masuk-masuk. padahal dekat depan gol dah

      Delete
  4. wow kena bahan sampai 4 gol bolos. Takpe liverpool semuga lain kali boleh menang...eh ada lawan lagi ke..#bukan peminat bola jadi selalu kena tinggal ETS...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi lawan Jumaat ni kat Singapore. Hehe. masih game pra musim.

      Delete
  5. Yang no 2 tu memang setujulah..

    ReplyDelete
  6. pandainya dia tgk bola..kak ayu bola2 ni memang harapkan Ian je la.. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Pandai tengok aje. Suruh sepak pun tak kena

      Delete
  7. Abe kie x berapa minat tengok bola. Cuma tgok highlight di youtube je...

    ReplyDelete
  8. MU ini termasuk klub bola hebat dari dulu bahkan berdekae an ya. Selalu saja menjadi pemenang ataupun unggulan dalam suatu laga.
    Selamat ya M.U

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..penyokong Man U. Sayang juga prestasi Man U menurun akhir-akhir ini

      Delete
  9. wahh..jarang tengok club2 popular liga inggeris main di asia tenggara....cantik jersi Liverpool..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..dah jarang sekarang ni. dulu selalu jugak diorang datang Malaysia

      Delete
  10. Haritu tengok jugaklah jeling sikit sikit sambil buat kerja. Ingatkan lepas Salah dan player baru masuk tu ada goal, rupanya takdak. 4-0 jugak. Even friendly pun jangan santai sangat..mengharapkan goal jugak sebenarnya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course. lagi-lagi lawan musuh tradisi. Salah memanjang salah aim la. kalau tak boleh jugak kurangkan gap kepada 4-2 ke. takdelah malu sangat

      Delete
  11. MU tetap di hati walaupun terseok seok

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak die hard fan MU. Jangan marah ye selalu kutuk M.U. Hihi

      Delete
  12. perghhh die hard fan ni ... bagi la can sket dekat MU nak menang tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..bagi can la tu. asyik kalah je. kesian pulak

      Delete
  13. kita kagum sal minat bola..dulu2 time sekolah je minat dan hafal nama footballers ni, dah tua ni tak layan dah..asyik layan keladi aje..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dah tua gak. haha. tapi takde hobi lain. layanla bola

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah