Perhentian Solo Trip Day 1.1 - Long Beach, Memburu Sunset dan Merenung Bintang

Saturday 9 July 2022

Sambung dari SINI

Once dah sampai Long Beach, aku rasa macam Edward Pattinson terdedah pada matahari atau hantu Melayu yang dibacakan Yassin. Macam nak terbakar! Panas sangat padahal dah pukul 3 petang. Mak aih. Aku rasa kedudukan Long Beach ni menghadap matahari. Sebab tu kalau nak tengok sunrise Pulau Perhentian, tengok di Long Beach. Nampak tak betapa poyonya bila kau 'Puteri Lilin' tapi nak bercuti tepi pantai.

Kalau dibandingkan dengan Coral Bay, pantai di Long Beach pasirnya lagi putih dan halus. Airnya pun lagi jernih. Cuma sini ramai mat saleh dan foreigner berjemur. Kena tundukkan pandangan mata. Gituuu.

Resort hujung sekali dalam gambar di atas adalah Mimpi Perhentian. 

Plan asal aku datang sini nak mandi laut, so meh cari port. Last time aku ke Pulau Perhentian 10 tahun dulu, stay di Long Beach tapi sumpah dah lupa nama chalet kitorang duduk tu. Lain betul rupa Perhentian sekarang. Dah banyak high end resort di Long Beach. Antara yang famous adalah Mimpi Perhentian dan Bubu Resort. Kalau mampu dan inginkan keselesaan bolehlah cuba. 

Nama pun Long Beach, so pantai di sini memang panjang dan pilihan penginapan lebih banyak. Harrera Perhentian popular di kalangan surfers. Kalau nak berkhemah menghadap laut pulak boleh pilih Awatif Campsite. Segalanya terpulang pada bajet dan kemampuan. Teringin nak cuba khemah tapi trauma mengkarung aku 10 tahun dulu belum hilang lagi (refer previous entry) lagipun aku tak cukup berani. Rasa macam anytime je orang boleh masuk.


Berkayak antara aktiviti popular di Pulau Perhentian. Siap ada yang transparent lagi. Kalau ada kawan boleh gak cuba. Aku sorang tak berani. Tau-tau kang sampai Golok.

Ada surau awam. Tak masuk pulak tengok

Ni kalau malam confirm meriah macam Uptown yaww

Sini pilihan makanan lagi banyak, tapi standard harga pulau. Oh by the way walaupun orang selalu cakap bawak cash banyak-banyak sebab pulau takde mesin ATM, tapi ni kan tahun 2022.  Ada kedai boleh bayar pakai QRPay. Kena ringan mulut tanya.  Tapi kalau kau nak bayar pakai debit or credit card memang kena jeling maut lah. Nanti tahun 2032 kita revisit Perhentian lagi kot lah dah boleh. Haha. Still, digalakkan bawak cash kotlah line internet ting tong atau kedai tu hanya terima cash sahaja.

In the end aku hanya duduk tengok orang. Swimming? Abaikan sebab panas sangat. Aku pakai topi, sunglasses dan facemask. Dah rupa Kevin Bacon dalam filem Hollow Man. Dahlah orang tengok aku pelik bajet aku patuh SOP sangat. Kat Perhentian ni SOP ke laut dah sebab open air.

Duduk kejap bawah pokok kelapa ni tapi pastu takut buah kelapa jatuh atas kepala so tukar port. 

Dah tak jadi swimming, tukar plan jalan hujung ke hujung tapi sebab panas batalkan niat. Kalau panas sangat aku mudah sakit kepala. Nanti kalau tak sihat dah spoil nak snorkelling esok


Aku guna Long Beach Camp ni sebagai marker laluan balik. Aku ni senang sesat.

Dalam pukul 5 lebih aku pun pulang ke Coral Bay ikut laluan sama. Tak produktif pun aku lepak kat Long Beach ni sebab tengok laut je tapi at least dah feed my curiousity. Lupa dah kononnya tadi kata nak naik boat taxi. Kali ni berselisih dengan lebih ramai orang so tak takut dah. Lagipun bila dah tahu jalan rasa sekejap.

Nampak laluan ni on the way balik. Ada apa ek di sebelah sana. Laluan ni nampak 2 kali ganda lagi seram dari laluan Coral Bay-Long Beach.

Boardwalk Pulau Perhentian

Jangan risau, aku tak lalu pun boardwalk tu sebab nampak sunyi sangat. Balik aku google rupanya kalau jalan dari situ boleh sampai Kampung Nelayan. Ada apa di Kampung Nelayan? Next entry kiter cerita.

Sampai Coral Bay, pergi minum dulu. Haih banyaknya aku minum minuman bergula di Perhentian ni. Misi cut sugar gagal.

Decide untuk swimming di depan Sharila Resort sahaja. Sebelum tu, balik chalet dulu sebab nak gi toilet dan top up sunblock. Sekali korek-korek beg, eh mana sunblock aku? Suddenly aku teringat masa keluarkan facemask di Long Beach rasa macam ada benda jatuh. Masa tu tengok bawah tak nampak apa-apa pulak. Menyumpah diri sebab tak tengok betul-betul.

Sunblock tu aku transfer dalam botol plastik kecik transparent sebab malas bawak sebotol besar. Nasiblah, sunblock putih, pasir pun putih. Dahlah mahal. Aku beli yang safe untuk coral reef.  Terpaksalah beli baru di salah sebuah kedai berdekatan chalet. Akak kedai tu pun pelik nape tak bawak dari rumah or beli di mainland so aku pun ceritalah yang aku ni loqlaq. Nasib baik ada jugak brand 3W. Harga di Shopee berapa ringgit je, beli di sini RM 19.

Dipendekkan cerita, dah dapat sunblock baru kita pun pergilah berenang

Air jernih boleh nampak ikan walaupun tak pergi ke tengah sangat

Beli casing handphone waterproof tapi susah yakmat ambil gambar underwater sebab air berombak. Menyesal tak sewa GoPro.

Penat berendam, lepak tepi pantai tunggu matahari terbenam

Air surut. Mandi masa ni memang tak sedar makin lama makin ke tengah.

Masa kat pantai ni aku lepak dengan satu keluarga Melayu. Aku bodek dan panggil dia akak walaupun nyata dah bercucu sebab nak mintak tolong tengokkan beg masa aku gi berenang. Hahaha. Takdelah. Aku gantung je beg di longue chair dekat dengan tikar diorang picnic. Sambil mandi sambil pandang-pandang. 

Coral Bay ni banyak jugak batu-batu karang kecil. Meredah air tu kena hati-hati. Nak seronok berendam ni kat Long Beach sebenarnya. Mandi waktu petang, air tengah surut. Air tak dalam so tak perlu life jacket dan snorkel mask. Tapi kalau nak jugak boleh sewa dari chalet. Aku bawak goggle je dari rumah. Boleh nampak ikan kecik-kecik. Teaser sebelum snorkeling esoknya. 

Ingatkan nak capture sunset tapi terlindung dek awan

Langit dah nak gelap, aku pun balik chalet. Mandi dan solat Maghrib. Dah kebuluran.



Berjalan di pantai malam-malam ni kena hati-hati sebab banyak sauh bot. Tak boleh bayang kalau tercucuk. Naya oi

Coral Bay sunyi je bila malam. Lagi pulak non peak season. Kalau ada pun yang meriah, Ombak Dive Resort sebelah Fatimah Chalet. Ramai mat saleh stay situ selain Senja Bay Resort.


Fireshow? Nope! Duduk atas longue chair tengok bintang pun nikmat. Lagipun terkenangkan laluan tadi, siang pun dah takut. Malam apatah lagi. 

Duduk KL langit banyak pencemaran cahaya, mana nampak bintang ni semua. Pusat Karaoke Bintang Gemilang nampaklah. Aku hairan kenapa orang tak senaraikan 'Stargazing' sebagai salah satu tarikan di Pulau Perhentian. 10 tahun dahulu, ingat lagi kitorang duduk keliling unggun api sambil tengok bintang-bintang. Zaman muda sangat. Tapi dulu Long Beach tak happening.

Next time lah. Nak tengok jugak fireshow tu. Next time tu bila? Entahlah

Actually kalau fireshow tu depan chalet aku pun, aku tak tengok sebab dah ngantuk sangat-sangat. Sebelum pukul 10 dah terlena. Mula-mula panas tapi terjaga tengah malam sebab sejuk. Mamai-mamai bangun cari kain buat selimut. 

Oh by the way, berani ke tidur chalet sorang-sorang? Awalnya rasa takut dan fikir bukan-bukan jugak sampai aku ambil towel dan tutup cermin. Tidur bukak lampu bukanlah pilihan sebab aku tak boleh tidur terang. Alhamdulillah semuanya OK. Malam pertama takde misteri nusantara atau yang sewaktu dengannya. Harap malam kedua pun sama

24 comments

  1. Bersemangat beli goggle sendiri.
    Rupanya Sal suka berenang dan laut.
    Ya mungkin Sal datang tahun depan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goggle tu memang dah lama ada. Suka sangat air walaupun setakat tahu berenang kuak katak. haha

      Delete
  2. Swimming kat pulau kat tepi-tepi pun dah boleh nampak ikan kan Sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. ikan-ikan dahlah jinak. geram betul

      Delete
  3. Terasa bahang panas matahari laut.
    Sal berani tidur sendiri di chalet ye. Tabik spring untuk Sal.
    Kak Amie takut heheheee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut jugak mula-mula. bukak alquran di handphone sampai tertido. hehe

      Delete
  4. Pantai dia bersih air dia membiru ....cantik sungguh. Suka juga lepak tepi pantai api tak tahan kalau panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah saya. Puteri lilin tapi ada hati nak bercuti di pantai.

      Delete
  5. apsal x bole pakai debit or cc sedangkan QR pay bole? hahaha mesin lebih kurang je kot :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesin cucuk kad tu diorang takde. Lagipun tak silap saya, mesin tu kena ada landline dan internet yang kuat kan? Betulkan kalau saya silap

      Delete
  6. Eh.. Samalah kita tak boleh tidur kalau terang..
    Suka baca perkongsian Sal bercuti ini.. Kalau ada peluang teringin juga nak ke Perhentian ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manalah tau kan, ada rezeki nanti. Hehe. Tido mesti gelap, walau takut macamana pun

      Delete
  7. suka baca & tgk entry cuti2 Sal....cantik2 pic nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak MA. Nanti ada masa saya sambung lagi

      Delete
  8. itu kacamata yang hitamnya indah nian ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. sudah berbelas tahun kaca mata hitam itu dan saya susah senang bersama. hehe

      Delete
  9. kayak transparent tu nampak best...thrill je...

    ReplyDelete
  10. Cantiknya warna laut kat long beach ni. kalau datang dengan geng boleh jugak naik perahu transparent tu kan. Trending betul. Best jugak santai sorang sorang tepi pantai layan view. Hehe..
    Nasib baik jugak sunscreen ada jual kat situ. Nak tak nak kena beli jugak walaupun mahal. Bestnya pandai berenang. Mungkin nak touch screen guna casing tu susah kot Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak. touch screen senang. cuma bila air bergelora, handphone tu pun ikut terangkat. takde pandai sangat berenang Fizah. kuak katak je

      Delete
  11. Subhanallah, memang Pulau Perhentian sebuah pulau yang antara yang tercantik dalam dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Shikin. ramai cakap setanding oversea

      Delete
  12. Allahu, rindu sangat nak bercuti kat pulau! ikutkan hujung bulan ni husband da beli tiket ke terengganu sambut birthday, tapi sebab nak viva phd 1 ogos, burn dah tiket dengan hotel..tu pun akak tak tahu la ke mana dia nak bawak sebenarnya..surprise katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..good luck viva. nanti share ye gi holiday mana

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah