Salam Aidiladha 1443 Hijrah - Doakan Abah cepat sembuh

Sunday, 10 July 2022

Assalamualaikum. Hambar sikit raya tahun ni sebab 'Man of the House' jatuh motor Rabu lepas. Takdelah teruk, tapi luka nampak isi jugaklah. Kena time nak pergi solat Zohor, depan rumah jiran berhampiran surau. 

Kalut aku dan mak aku bawak ke klinik. Nasib baik work from home. Doktor check kalau ada patah, pastu inject tetanus dan cuci luka. 

Hari-hari seterusnya kami berdua lah jadi nurse tak bertauliah, tolong cuci luka. Kesian tengok Abah aku walaupun Abah aku jenis yang kuat tahan sakit. 

Tak dapat lah Abah solat raya haji tahun ni. Aku pun tak dapat. Biasalah cuti bulanan. Tak dapat puasa Arafah jugak. 


Juadah raya banyak jugak sebab akak aku anak dia 5 orang. Tengah kuat makan. Rendang daging, ayam masak merah, lodeh, nasi arab dan nasi impit. Tak sempat menganyam ketupat. 

So raya pertama aku pakej period pain+tak cukup tidur sebab nyamuk dan anak saudara aku tido lasak. Ada famili akak aku, meriahlah jugak. Tu pun tadi lepas makan, masing-masing salin baju dan pergi tengok orang korban. Tak sempat ajak bergambar. Aku sambung tido dalam setengah jam. Tu pun tak lena. KL hari ni cuaca panas betul

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang membaca. Semoga pengorbanan kita diterima Allah. 

Sakit hati baca pasal scam haji. Aku rasa orang tipu pakej haji ni jahat dia memang next level lah. 

Semoga tercapai impian kita nak ke Tanah Suci menunaikan rukun Islam ke lima. 

34 comments

  1. Kita sama- saa diuji kan...Mak Pah pun x sihat...akak doakan Abah Sal cepat sembuh...Salam Aidiladha buat Sal sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak SA. Semoga Mak Pah pun kembali sihat secepat mungkin

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga gembira bersama keluarga tersayang :)

    ReplyDelete
  3. Semoga abah cepat sembuh. Tidak seronok kalau tidak dapat jalan.
    Itulah terasa bila dapat pergi. Insya Allah satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..kesian Abah saya frust tak dapat pergi solat raya dan memeriahkan majlis korban di surau.

      Delete
  4. salam aidil adha dari Aida utk Sal sekeluarga.
    moga abah Sal cepat sihat 100% ye.

    ReplyDelete
  5. Salam aidiladha 1443H
    Semoga ayahnya cepat sembuh

    ReplyDelete
  6. mugo abah ciksal cepat sembuh aminn., selamat hariraya maaf zahir batin ye

    ReplyDelete
  7. SALAM AIDILADHA SAL N FMILI MOGA ABAH SAL SEGERA SEMBUH SEDIAKALA AMIIN

    ReplyDelete
  8. Salam Aidiladha 2022. Dah macam menu raya puasa tu. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. sekali-seala raya dapat berkumpul. tu pun tak lengkap takde kuih raya dan ketupat

      Delete
  9. Semoga abah sal cepat sembuh... bgtau dia rehat betul² kalau nk cpt sembuh ye.. org tua ni selalunya degil.. hihi... salam aidil adha sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe kakmim. kalau budak boleh dimarah. ni orang tua, marah kang derhaka

      Delete
  10. Allah.... sian abah! Semoga cepat baik luka nya tu... Pape pun selamat hari raya aidil adha ye buat Sal n family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak Ret. nak baik luka cepat kena duduk diam. tapi tulah. huhu

      Delete
  11. Syafakallah buat Abah Sal.
    Salam Aidil Adha juga setuju manusia yang tipu orang-orang tua tu jahatnya tak boleh nak hadam cisss! memalukan kaum wanita je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan..tak boleh hadam. Pompuan Malaysia dua tiga menjak ni macam-macam peel

      Delete
  12. Semoga Allah beri kesembuhan buat Abah Sal.

    Kesian sungguh kan yang kena scam haji tu. Moga Allah beri kekuatan jiwa kepada mangsa dan diberi pahala seperti orang-orang yang pergi menunaikan haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. kesiannya kan. dah semangat dah tu, bergolok bergadai. moga Allah gantikan duit mereka yang rugi tu dengan mahligai di syurga nanti

      Delete
  13. Assalamualaikum Sal.
    Semoga ayah Sal segera sembuh.
    Semua orang geram dan sakit hati dengan scammer tu. Apabila diteliti betul-betul rupanya agen-agen pun jadi mangsa sebab ada 'kepala'nya di atas. Sedih sangatkan. Menipu saudara seagama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian agen pun kena kejar, padahal diorang cuma buat kerja. entahlah, jahat dia ni memang next level lah

      Delete
  14. Allahuakbar....semuga abah sal cepat sembuh. Geram kan scammer haji tu. Katanya tahun 2019 pun dah pernah kena tangkap dek scammer haji juga tapi lepas. Yang geram tu duit yang di scamer tu pi mana bukannya dapat balik pada tuannya. Semuga Allah memakbulkan doa orang teraniaya yang berharap nak buat haji dengan memberi pembalasan kepada scammer tersebut agar tiada lagi orang teraniaya olehnya. Aamiin. Geram sangat....sian yang bergadai tanah nak pi haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya diorang bayar denda lepas dah. tak pun upah lawyer yang bagus. pastu ulang lagi pakai nama lain

      Delete
  15. Selamat Hari Raya Aidiladha buat Sla dan keluarga..
    Semoga abah Sal diberikan kesembuhan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  16. semoga abahnya cepat sihat...aamiin

    ReplyDelete
  17. semoga abah awak pulih sepenuhnya....inilah ujian yang perlu kita hadap dalam hidup ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. ujian untuk ayah saya, dan ujian saya sebagai anak jugak

      Delete
  18. semoga abah Sal cepat sembuh lukanya...wahh, meriah rayanya, ramai cucu dtg berkumpul...kesiankan mereka yg kena scam tu...mahal lak harganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..bila ramai tu senang sikit ramai yang bantu uruskan

      Delete
  19. Allahuakbar. Jatuh sikit pun dah risau, inikan jatuh motor. Kita ni yang tukang cuci pun terasa rasa sakit bila cuci luka. Semoga ayah Sal cepat sembuh lukanya dan kembali cergas. Aamiin...

    Selamat Hari Raya Aidiladha Sal. Meriah juga juadah yang ada. Seronoklah raya meriah sikit ramai yang balik. Raya ni memang jarang bergambar, cepat masing masing tukar uniform raya.

    ReplyDelete
  20. allahu kesia nya jatuh motor .. lagi2 bila org dah berumur ni semoga sihat la..

    ReplyDelete
  21. Allahu..baru baca hari ni...macam mana dengan abah sal sekarang? semoga beransur sembuh..ameen

    ReplyDelete
  22. semoha Abah lekas sembuh ya. Amiin..
    Abah... tetap semangat ya
    Support

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah