Review The Batman - Adakah ini filem Batman terbaik?

Thursday 21 April 2022

Aku stream filem ni di applikasi Astro Go melalui HBO Max. Durasi 2 jam 48 minit tu tak tertanggung rasanya untuk menonton filem yang 'gelap' dan berat seperti ini  di wayang. Bukan filem penuh warna-warni dan banyak karekter macam Avengers Endgame (3 jam 2 minit) atau My Name Is Khan (2 jam 45 minit) yang ada keindahan bandar San Francisco dan manis senyum Shah Rukh Khan. Kedua filem tu aku tak ada masalah untuk tonton di wayang walaupun lama.

They think I'm hiding in the shadow, but I am the shadow

Filem ini berkisarkan Batman/ Bruce Wayne yang masih muda, lakonan Robert Pattinson yang menggelar dirinya sebagai 'Vengeance'. Batman berkeliaran di bandar Gotham di waktu malam untuk menghapuskan kejahatan. Hanya Liuetenan Gordon (Jeffrey Wright) yang percaya pada kejujuran Batman dan selalu meminta pertolongan Batman membanteras jenayah.

Menjelang pilihanraya datuk bandar Gotham yang baru, salah seorang calon iaitu Don Mitchell telah dibunuh dengan kejam oleh 'Riddler' (Paul Dano). Liutenan Gordon meminta bantuan Batman menyelesaikan kes tersebut. Campur tangan Batman membawanya bertemu Cat Lady (Zoe Kravitz) dan membongkar korupsi orang-orang ternama di Gotham seperti Falcone ( John Torturo) dan Oz/Penguin (Collin Ferrel).

Satu demi satu pembunuhan kejam berlaku atas nama 'keadilan' dan sisi gelap keluarga Wayne mula terdedah. Siapa sebenarnya Riddler dan kenapa dia benci pada Bruce Wayne, korang kenalah tengok sendiri.


My Review?

Antara tarikan utama aku menonton filem ini adalah kerana pemilihan Robert Pattinson sebagai Batman. Lama sangat aku tak menonton lakonan dia sejak filem-filem Twilight 10 tahun dahulu. Aku rasa dia ni memang vampire in real life sebab muka tak makan usia langsung! Pattinson sebagai Batman / Bruce Wayne berbeza jika dibanding versi Val Kilmer, Christian Bale, Ben Affleck dan pelakon-pelakon filem Batman sebelumnya yang lebih matang, suka mempamerkan kekayaan dan sentiasa dikelilingi perempuan.

Walaupun asalnya aku skeptical, tapi aku puji pemilihan Robert Pattinson sebagai Batman. He nailed it! Aura misteri tapi penuh muslihat berjaya ditampilkan sebaiknya. Bukan dia sahaja, pelakon-pelakon lain pun berjaya menghidupkan watak-watak mereka. Aku paling suka babak Gordon dan Batman menyoal siasat Penguin. Hilang hensem Collin Ferrel disolek tua. 

Sinematografi dan syot filem ni pun cantik walaupun banyak bermain dengan tona gelap dan waktu malam. Aksi dan dialog seimbang. Takdelah asyik cakap takde gaduh atau scene berlawan yang terlampau lama sampai penonton bosan.


Riddler yang kejam tapi suka berteka-teki. Jauh berbeza dengan karekter Riddler lakonan Jim Carrey dalam Batman Forever

Filem 'The Batman' bagi aku adalah filem yang menarik dan berbeza dengan filem Batman lain. Dalam filem ini, watak Batman awalnya lebih bersifat detektif berbanding superhero. Kronologi filem juga simple, bila kita dibawa menyelesaikan satu demi satu teka-teki dalam merungkai misteri kemarahan Riddler.

Kita juga boleh nampak kesedihan Bruce Wayne sebagai seorang anak yang kehilangan kedua ibu bapa yang dibunuh dengan kejam. Filem ni ibarat backstory kepada kisah Batman. Bagaimana dia mula perkenalkan diri kepada penduduk Gotham, persahabatan dengan Gordon dan hubungan dengan pembantunya Alfred.

Satu sahaja perkara agak disturbing bagi aku iaitu background music yang hampir sama dengan 'Imperial March' filem Star Wars. Terutama bila scene car chase Batman dan Penguin. Terganggu mood bila terbayang muka Darth Vader dan Stormtrooper.

So..rekemen ke tidak? Definitely! Tonton jika korang memang peminat watak Batman terutama trilogi  Dark Knight dan Batman vs Superman Dawn of Justice. Adakah ini filem Batman terbaik? Kalau korang tanya aku, aku masih meletakkan 'The Dark Knight' di tangga teratas disusuli The Dark Knight Rises dan barulah filem ini. Pendapat masing-masing. Aku harap filem The Batman ada sambungan dan ditambah watak-watak ikonik lain seperti Joker dan Robin.

Korang ada ke yang dah tengok filem ni? Best ke tidak? Atau hambar dan gelap seperti gelapnya kota Gotham yang penuh bayang-bayang dendam..

31 comments

  1. xleh lawan the dark knight dgn joker yg mati tu kann., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Wak..Nolan buat best lagi. The dark knight still paling best bagi saya

      Delete
  2. Dulu suka tonton Batman, sekarang tinggal kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem Batman yang baru-baru ni banyak yang heavy. kena duduk mengadap betul-betul baru dapat

      Delete
  3. Comel pula awet muda macam vampire ye haha.. Betul kalau filem gelap ni nak tonton wayang tu bukan pilihan utama.. Pelakon pandai bawa watak misteri penuh muslihat baru ada impaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau filem gelap-gelap ni tengok kat wayang, tertidur nanti. tapi off course lah tengok wayang lagi best dari tengok di TV/ handphone

      Delete
  4. Byk versi filem batman, harap kali ni tak mengecewakan..thanks info review

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kecewa filem batman sekali je. yang batman vs superman. sebab watak lex luthor tu hampeh. this one villain dia ok

      Delete
  5. ulasan filem hebat menarik penonton

    ReplyDelete
  6. x tau laa knape sy x leh terima Zoey Kravitz sbg heroin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. chemistry kureng ke? tapi pendapat aku serasi je.

      Delete
    2. bukan. dia mcm tak sesuai jd pelakon hehehe better jd penyanyi mcm ayah dia

      Delete
    3. oh..mungkin dia nak tapau semua. versatil gitu

      Delete
    4. mentang2 la mak pak n pak tiri org hollywood...

      Delete
  7. Belum tengok lagi, excited nak tengok sebab ada Edward. Eh robert pattinson! Masa keluar trailer tu macam, eh macam tak sesuai je dia jadi batman..Kurung keding kot, jadi hero twilight okaylah..haha..pastu bila dah pakai mask, okaylah setuju lah sebab jaw dia macam trademark batman lebih kurang ben affleck. Last Batman keluar yang justice league dengan Superman tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya, jaw petak tu memang trademark batman kan? menarik jugaklah, sebab watak Batman dalam filem ni masih muda. Muka Edward tu pun nampak muda lagi. Rasanya Justin League lah yang last.

      Delete
    2. Baru tengok sikit movie ni. Agak slow awalnya dengan kronologi. Tengok Batman kemurungan, kita pun rasa terikut nak murung. Nanti sambung lagi.

      Delete
    3. Awal-awal dia slow sikit. Batman jadi Sherlock Holmes pula

      Delete
  8. Tak ikuti siri Batman..tapi suka kereta dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batmobile memang canggih dan functional. kalau wujud in real life, berapa jutalah harganya

      Delete
  9. Akak tidak ikuti semua himpunan kisah Batman jadi tidak pasti mana yang twrbaik.
    Filem yang akak rasa tidak nenarik ialah ketika Batman ada Robin dan Batgirl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye? saya suka yang tu sebab Robin tu comel.

      Delete
  10. Ahkak kalau tenguk movie batman ni emmmm mata memang akan terlelap sebab asyik malam je....hahahaha....emmm hampeh sungguh tapi kalau tenguk kat pawagam mungkin boleh tahan kut sebab sound track yang kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. batman memang selalu malam. kalau siang pun hujan tak pun mendung. tu sebab orang dia stress kot. x dapat matahari

      Delete
  11. Aduh! baca review Sal tak sabar pulak Mrs. A nak tengok dahlah vampire handsome jadi batman gittewww...
    Mrs. A pun paling suka the dark knight

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas raya nanti tengok la Mrs. A. Sekarang mesti busy buat kuih. Hihi

      Delete
  12. Dah ada dalam list.. tengah cari mood.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena concentrate tengok filem ni, kalau tak nanti tak faham

      Delete
  13. boleh tgk tapi apa kan daya. kalau tgk tv di rumah nanti ada laaaa suara mamamam amamamam maamama

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. Harraz pun nak tengok jugak

      Delete
    2. dia nk tgk benda lain. hahahha.. haruslah selak baju

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah