Penulis Yang Disayangi Tuhan - Perkongsian Buku

Saturday, 9 April 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Seperti yang aku janjikan, ini perkongsian buku Penulis Yang Disayangi Tuhan yang aku terima dari Kak Ujie hasil cabutan bertuah segmen 'Nak Buku Percuma?'

Judul :PENULIS YANG DISAYANGI TUHAN

Penulis: Bahruddin Bekri

Bilangan m/s: 388

Genre : Fiksyen

Penerbit : Jiwa

Tahun Terbitan: 2021 

ISBN:9789671826096

Sinopsis : Novel pertama karya Usamah mendapat sambutan yang hangat sampai kehidupannya bertukar menjadi senang dan mewah. Sehinggalah suatu hari, Joe Penapi-seorang pengkritik terkenal mengkritik novel kedua dan ketiga tulisan Usamah hingga menyebabkan jualan novel tersebut jatuh merudum dan syarikat penerbitnya gulung tikar!

Serta-merta, hidup Usamah jatuh miskin hingga dia terpaksa hidup di kawasan setinggan. Semangat menulisnya juga hilang. Usamah mahu keluar daripada kemelut  kesusahan ini, lalu dia meminta bantuan Johari Salim, seorang penulis legenda.

Namun hendak mendapatkan semula semangat menulis bukannya mudah. Johari Salim menetapkan syarat pada Usamah untuk bertemu dengan lima bekas penulis hebat bagi mengetahui rahsia mereka. Dalam masa yang sama, jiran-jiran Usamah, warga Indonesia tanpa permit, memerlukan bantuannya daripada terus menjadi mangsa peras ugut.

Dapatkah Usamah mengembalikan semangat menulisnya? Apa rahsia yang dikongsikan lima penulis tersebut? Dan bagaimana pula nasib jiran warga Indonesianya itu? 


Kali pertama baca review novel ni di blog Kak Ujie, aku memang dah tertarik nak membacanya, tapi sebab ada lambakan buku tak berbaca dalam simpanan, aku hold dulu. Terperap buku tu dalam cart Shopee. Tapi kalau rezeki tak ke mana, sampai jugak novel berwarna ungu ni ke tangan. Tapi ada syaratnya ...  perlu membaca dan membuat perkongsian dalam masa sebulan dari tarikh buku diterima. Memandangkan hidup aku lately begitu mundane..so challenge accepted!

Awal-awal aku nak bagitau yang aku tak mahir menulis ulasan buku. Bagi aku tak semudah membuat ulasan filem mahupun ulasan perlawanan bola sepak kerana membaca perlukan imaginasi. Apa yang aku nampak dan faham, belum tentu sama dengan orang lain. Ewah.

So, here goes, aku tulis dalam bentuk point lah ye

  1. Menjadi seorang penulis adalah tanggungjawab yang besar. Hasil tulisan seorang penulis boleh membawa ke syurga, ataupun neraka.
  2. "Dalam dunia ni, duit umpama air di dalam tangki. Sekiranya kita cuai menutup pili, setitis demi setitis pasti air akan habis walau sebesar mana pun tangki itu. Apatah lagi kalau kamu membuka pilinya sepuas hati." Antara dialog yang aku suka dalam novel ni, tentang pentingnya berjimat cermat di waktu senang.
  3. Sabar adalah sifat yang paling penting bagi seorang penulis. Sabar bila dikritik, sabar ketika menulis dan sabar kalau tulisan tak mendapat sambutan.
  4. Penulis yang baik adalah yang mampu mengubah emosi manusia
  5. Satu penipuan akan membawa kepada penipuan yang lain. Ini merujuk kepada 'lakonan' jiran-jiran Usamah, warga Indonesia tanpa permit yang pura-pura ingin berbaik dengan Usamah kerana menyangka dia adalah polis yang ingin menangkap mereka. 
  6. Novel ni juga mengajar tentang ilmu dan teknik penulisan secara tidak langsung. Penulis karya kreatif sesuai baca novel ni
  7. Semakin banyak proses yang perlu dilalui, semakin baik hasilnya. Contohnya misi Johari Salim pada Usamah, ada pengajarannya tersendiri di setiap langkah.
  8. Nafsu dendam dan marah itulah yang merosakkan manusia.
  9. Walaupun menulis dengan niat yang baik, ingin memberi pengajaran, tidak perlu berlebihan dalam menulis tentang kejahatan dan keburukan watak-watak. Contohnya filem-filem Malaysia. 90% adegan negatif dan maksiat, adegan insafnya 10% sahaja.
  10. Nak jadi penulis yang disayang Tuhan? Menulislah dengan asas Tauhid dan menerbitkan keinginan manusia mencari redha dan rahmat-Nya.
Cukuplah 10. Rekemen ke tidak? Hihly recommended! Paling sesuai dibaca penulis karya kreatif yang ingin menjadi penulis yang disayang Tuhan. Aku suka gaya bahasa dan plotnya yang senang difahami. Watak-wataknya juga digambarkan dengan baik. 

Boleh beli buku ni di Shopee Jejak Tarbiah, Bookcafe atau mana-mana portal jual buku online kegemaran korang. Di kedai fizikal aku tak pasti, sebab dah lama tak ke kedai buku. Novel yang unik dan banyak pengajaran dan ilmu tentang penulisan.

Siapa yang dah baca buku ni, sharelah review korang pulak di ruangan komen. Ataupun kalau korang ada cadangan buku yang lebih kurang sama bolehlah rekemen. Terima kasih sudi membaca perkongsian aku.

32 comments

  1. dahsyat tu. kritik je boleh bankrupt! kalau mcm tu kite kritik novel stephan king laa... ntah2 tambah kaya ada laπŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pengkritik hebat, bukan level Gary Neville. haha

      Delete
    2. dia kat valencia pun cacamerba

      Delete
    3. barang yang lepas, jangan dikenang

      Delete
    4. sebaliknya brg yg lepas msk muzium / history channel

      Delete
  2. Kisah fiksyen rupanya.
    Baguslah suruh menulis kerana untuk disayangi Tuhan.
    Teruk betul Usamah jatuh miskin sampai duduk setinggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel mestilah kena dramatik, barulah pembaca rasa kesian

      Delete
  3. Terbaik Sal..beri motivasi utk bangkit semula dgn berguru dgn mereka yg hebat..kikis sikap negatif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. motivasi untuk saya jugak. ada masa tu, 'terasa' pulak dengan apa yang ditulis

      Delete
  4. Hebatnya Sal punya ulasan!
    Tahniah. Setuju sangat tentang 'sabar' itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. Saya main tibai je. Refer entry orang lain jugak

      Delete
  5. Akak ada novel ni kawan bagi. Tapi dalam kotak, tak punggah keluar lagi... aiseyy kena balik ambil ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil kak. novel ni best. pendapat saya la

      Delete
  6. wah terbaik ulasan sal...menulis novel mmg xmudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. saya ni menulis cerpen pun tak pernah. hehe

      Delete
  7. Terbaik dan menarik perkongsian Sal ni πŸ‘πŸ½
    Senang nak baca bila guna poin. Orang tak baca buku ni, tapi dapat ambil sikit manfaat dari pembacaan kita pun dah cukup bagus. Itulah tujuan berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Ujie. cubaan menyambut cabaran sebaik mungkin. harap yang membaca entry ni mendapat manfaat

      Delete
  8. oh, penulis buku bahrudin bekri teman sekampus akak dlu sbb senegeri kan.. knp pulak akak x perasan eh dia ada buku baru sbb akak mmg friend dgn dia di fb.. eh lupa akak yg dh lama x main fb.. menarik jugak punulis yg disayangi tuhan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Saya rasa dia ada jugak novel lain. Orang pun x ramai aktif di FB. Dah pindah ke tik tok n IG

      Delete
  9. Good job Sal, review buku dengan baik. Banyak yang boleh diambil dalam buku ni. Dari sinopsis tu pun dah tertarik. Bila dah berjaya, senang betul orang jatuhkan kita kan. Nak berjaya bukan mudah, kena usaha dan sabar. Secara tak lansung, pembaca juga akan menjadi penulis yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul Fizah. Bila watak Usamah tu ajar student dia, kita pun belajar sekali. Harap perkongsian memberi manfaat

      Delete
  10. Macam dramatik je novel ni...mana nak carik erk..rasa nak baca la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Shopee ada. Kebanyakan kedai buku online pun jual

      Delete
  11. Sebenarnya dah lama tak baca buku penulisan kreatif macam nih..kena start balik baca nih..skrg nak menulis pun kaku..thanks Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. nak menulis di blog pun kadang-kadang rasa hambar takde idea

      Delete
  12. suka gila point no. 2 dengan no. 9 tu...ok terus klik link shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap penulis buku bagi saya komisen. hehe

      Delete
  13. Tulisan Bahrudin Bekri ni bagus. Buku-buku sebelum dia banyak yang bagus. Gaya dia lain dari penulis chintan chintun banyak konflik ada sesuatu didalamnya yang buat kita berfikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku cintan-cantun saya dah lama berhenti baca. baguslah ada penulis macam ni. takdelah pembaca bosan

      Delete
  14. Novel ini selalu lalu laalng depat mata Sha.. Tertangguh tangguh untuk dibaca.. Lepas baca review Sal ini, macam nak kena baca jugalah.. tq Sal.. sha cuba cari kembali semangat membaca..

    ReplyDelete
  15. lama dh tak baca penulisan kreatif mcm ni, harap org yg berkarya mcm ni terus menulis sehingga ke akhir hayat. baca dh ada semangaat masuk dlm jiwa

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah