Cukuplah sehari ni je keje opis...

Monday 25 April 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Allahu, berhabuk blog ni. Makin hari makin malas nak update blog. Apa lah nak jadi.

Hari ni aku kerja opis sebab ada photoshoot hari raya. Dah 2 tahun takde photoshoot raya tau. Rasa rindu pulak dengan kawan-kawan opis. Sebenarnya aku tak berapa rapat dengan kawan-kawan department sekarang sebab sempat kerja dengan diorang tak sampai setahun, tetiba Covid19 melanda. Dapat pulak bos yang OK dengan bekerja secara remote, so sebahagian besar dari kami masih sambung bekerja dari rumah sampai sekarang. 

Alhamdulillah photoshoot department berjalan lancar. Bos besar kata nanti keluar kat suratkhabar. Aku pulak lupa nak tanya tarikh bila. Esok lah kot.

Hari ni datang opis dapat banyak goodies. Antaranya sampul duit raya dan kuih raya ni.


Dapat semperit dan chocolate chip cookies ala Famous Amos. Ada 3 flavour - Red Velvet, Original dan Walnut Oat. Sampul duit raya tu dari team radio Media Prima. Cantik pulak sampul duit raya tu. Sayang nak bagi orang. 

Plan asal aku, balik kerja nak ajak sorang member ni berbuka sekali tapi dia kata tak nak. Hurm.. Ikutkan hati tak nak ajak dah lepas ni. Bukan apa, selama ni dia dok cakap sedih berbuka puasa kat rumah sewa sorang-sorang. Pastu stress keje. So, aku ajak lah berbuka sekali, pastu boleh tengok-tengok baju raya. Tak beli pun takpe. Cuci mata, borak-borak tenangkan fikiran. Tapi dia tak nak, aku nak buat cmane.

Walaupun geram, tapi aku faham lah orang ada kemurungan ni memang macam tu. Aku pernah ada dalam situasi dia. Asal orang ajak keluar, ada je alasan aku. Nasib baik ada jugak kawan-kawan aku yang tak putus asa dan tak biarkan aku terus hanyut memendam sorang-sorang. Aku doa orang-orang yang ada masalah mental seperti kemurungan sentiasa dikelilingi orang-orang yang memahami dan sabar dan semoga cepat pulih.

So..dah takde geng nak berbuka puasa, kita balik jelah rumah. Lagipun aku ABC, bukannya puasa. Hehehe. Cuma aku pening kepala sebab tengahari makan megi je. Perut masuk angin. Sape suruh eksyen tak makan nasi. Kononya 'kalau puasa boleh je tahan'. Aku lupa yang bila puasa tu berkatnya lain. Nasib baik naik LRT dapat duduk. Beg dahlah berat, bawak kuih raya sampai 4 botol. 

Ingatkan nak singgah Jalan TAR, cuci-cuci mata, tapi tak daya dahlah. Naik LRT direct jelah balik rumah.

Penat betul badan. Dah lemau kan, 2 tahun keje dari rumah. Dah manja. Aku kena banyakkan exercise macam berjalan sebab aku ada masalah kolestrol. Ramai orang kurus ada masalah ni.

Dahlah hari ni banyak kerja. Memang letih. Lepas tumpang sekaki berbuka dengan famili tadi pun dah tertidur kejap, tapi sebab adik aku kejut suruh kunci pintu dia nak pergi Terawih langsung hilang mengantuk aku. Dah pening kepala balik. Teringat blog yang dah lama tak berupdate. So, bangun jap coret-coret di sini.

Entahlah bila lagi nak kerja opis lagi. Tunggu jamuan raya pulak kot. Haha. Tak pun tunggu hantar surat resign. Haih..hati tu teringin nak kerja jauh dari rumah, nak belajar berdikari, tapi tak suka driving. Ko ingat semua tempat dalam Malaysia ni ada public transport macam KL! Lama sangat ni duduk dalam zon selesa. Tu yang jadi malas menternak kolestrol.

Tak pun aku ni kena gi bercuti la. Takde sesape nak pinang aku pergi travel ke? Sila hantarkan cadangan anda. Kena dengan bajet dan tempat, kita onz! Local boleh, oversea pun OK kalau tak banyak terma dan syarat.

Kau dah kenapa, orang sibuk nak raya kau sibuk nak travel. Aduh...

28 comments

  1. Tapi ada je waktu raya pergi travel.. Boleh je. Lepas ni makan nasi tau walau abc Sebab bila dah masuk angin.. Nak baiknya makan masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak PC. pagi ni pun sakit kepala lagi. nasib baik work from home. nak travel time raya, kesian pulak kat mak ayah

      Delete
  2. eh orang kurus pun banyak kolestrol ke laaa ahkak ingat orang triple G ni lagi le kuat menternak kolestrol. Ayoyo ama.... jom le kita buat trip pi sabah pi jenguk amie nak tak....apa macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kurus pun sama sebab dia ingat dia kebal, so makan tak jaga. Kena jugak tengok kak Amie tu busy ke tidak. roger dia dulu

      Delete
  3. Lamanya bekerja dari rumah..opis Kak SA i dah takde dah WFH ni.,...physical working dah...ikutkan akak pun nak travel..tapi project tengah jalan makanya akan sibuk la lepas raya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja saya takde projek besar kak. libatkan daily publication je. asalkan suratkhabar publish, tak kisahlah nak kerja dari mana pun

      Delete
  4. datang ofis dapat kuih raya...bestnya...akk dah lama x travel...local pun x, semlm buat e-filing, tengok boleh deduct income tax..hee..rugi x gi travel last year..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak. saya claim semua duit kami stay homestay, hotel etc. rasanya tahun depan dah takde exemption dah

      Delete
  5. BOLEH JALAN2 ZIARAH KAWAN2 RAYA NI SAL

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan-kawan pun balik kampung. nak beraya rumah kak PI lah

      Delete
  6. Replies
    1. aku nak simpan untuk Klopp

      Delete
    2. utk Ulla 2.0 dia ni pun kena simpan jg

      Delete
    3. Eh of course. Kena buat statue untuk Ulla jugak

      Delete
    4. i'm so glad!...... (sambung la)

      Delete
  7. untungle orang dapat kuih raya. Tahun ni KJ cuma beri kad raya je. Kalau yang sebelum ni dapat kurma sepaket free.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan bos yang bagi pun, tapi kawan opis. KJ busy la kak, tak sempat order kuih raya

      Delete
  8. Wah! ada photoshoot raya mesti kena pakai baju raya kan.
    Yelah cantik-cantik sampul duit raya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Mrs. A. Tapi saya pakai baju raya simple je. Gambar ada di entry terbaru

      Delete
  9. Badan terkejut tiba tiba kena kerja lebih masuk office. Kalau ABC makan meggi rasa meragam pulak kan. Padahal kalau puasa okay je. Betullah tu, berkat orang puasa lain. Takpelah Sal, orang tak sudi mungkin tak selesa untuk dia atau ada hal lain. Kita doakan yang baik baik. Lumayan dapat macam macam tu. Memang sayanglah nak guna sampul duit raya cantik cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak makan tu. Rasanya kalau lunch macam biasa Ok je. Badan dah jadi malas. Taulah kerja dari rumah kalau ngantuk boleh baring

      Delete
  10. Alhamdulillah rezeki dapat kuih raya, ada sesi foto, seronok bila ada aktiviti macam tu. Betul tu, sekarang nak drive lain macam jemnya.. InshaAllah dipermudahkan urusan travel tu sama2 kita doakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sesi foto, dapat jumpa kawan-kawan opis. Urusan travel tu harap ada rezeki dapat pergi ke Australia, negara favourite

      Delete
  11. Cantik-cantik sampul duit raya tu.. Alhamdulillah rezeki kuih raya..

    ReplyDelete
  12. hahahaha.. bdn dh manja ketaik sgt ni. sila google maksud tu. dulu ada jugak kwn serumah mcm ni masa study tp tak pernah tahu dia kemurungan. ingatkan suka menyendiri.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah