Hotel Review - Tun Fatimah Riverside, Melaka

Thursday 8 October 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Aku kembali atas kecaman permintaan netizen supaya mengupdate blog. Amboi, kalau rindu mengaku jelah. Haha.

It's been a while tak solo holiday. Sekali-sekala nak nikmati masa bersendirian. Ada orang kata aku pelik, ada kata aku berani. Tak kurang juga yang kata aku sedih lagi menyedihkan, tapi kisahlah pulak aku. 😏

Destinasi pilihan aku adalah Melaka. Alang-alang aku balik Muar. Dari Muar ke Melaka aku naik bas je. Aku memang tak suka driving. Malam pertama di Melaka aku menginap di Tun Fatimah Riverside Hotel, Jalan Munshi Abdullah. Berhadapan dengan Panggung Bangsawan Melaka dan mestilah di tepi Sungai Melaka.

Entrance hotel

Nak ke TFRH, kalau drive cari je Tun Fatimah Riverside Hotel kat Maps. Tapi kalau naik Grab, search Best Western Wana Riverside. TFRH ni dulu dikenali sebagai Wana Riverside. Entahla dia tukar nama sahaja or tukar pengurusan, tak dapat nak interview mana-mana pekerja hotel. Musim Covid19 ni manusia semua tak borak lama-lama dengan stranger macam dulu-dulu. 

Suasana lobi


Deko lobi TFRH ni klasik dan mendamaikan


Aku sampai pun dah pukul 5 lebih, so terus check in. Takde orang lain pun masa tu so urusan berjalan lancar. Aku dapat bilik tingkat 6, tapi tulah punyalah hujung dia bagi aku. Adush, patut aku request bilik dekat dengan lif.



Aku book Deluxe King Room, double bed. Tido sorang so nak bergolek sesuka hati. Harga RM85 melalui booking.com. Mahal sikit sebab aku amik yang free cancellation and full refundable. Musim Covid19 ni bukan boleh jangka. Buatnya tetibe PKP or larangan rentas negeri, dah tak boleh nak pergi. Burn duit macam gitu je. Rugi weh. Nak murah book direct by website hotel . RM75 je. Oh ye, mana-mana hotel di Melaka akan caj extra RM2 untuk heritage fee.

Bathtub takde ye. Ada shower sahaja. Tapi tak kisahlah, janji private bathroom. 


Bilik ni tak sediakan kettle. Nak air panas ke sejuk ke, ambil dekat water dispenser.

Aku memang request river view. 

Yang aku suka tentang hotel ni:

- Staf yang peramah
- Aircond sejuk
- View menarik
- Katil yang selesa. Bantal empuk, selimut tebal. Memang lena tido
- Channel TV boleh tahanla. Tapi aku tak tengok sangat. Stream bola kat HP sebab channel sport takde.
- Parking disediakan. Free pulak tu.
- Banyak attraction within walking distance. Dari segi lokasi layak dapat thumbs up. 

Yang aku tak suka:

- Tak ada hot water. Menggigil aku mandi.
- Wifi kena bayar. RM5 untuk semalam. Aku amik pun sebab data dah nak habis. Nasib baik laju. 
- Teruskan membaca

Yang bikin seram.......:

Ha... Tido hotel sorang-sorang ni kena consider risiko gangguan misteri nusantara. Sebab tu aku tak stay kat hotel ala-ala heritage dan ada deko perabot lama. Nanti aku sendiri terbayang bukan-bukan.

Teringin tido hotel klasik macam Heeren Boutique Hotel ni tapi tak berani gi sorang. Harga pun  kayangan. Kredit image : TripAdvisor

Ikutkan aku nak ambil hotel mur mur je tapi last-last aku pilih TFRH sebab provide sterika. Sape suruh pakai tudung bawal, kenala gosok. Tak nak gosok lain kali pakai tudung saji. 

Malam tu sebelum tido, aku call front desk request iron. Ingatkan dia akan hantar ke bilik, tapi rupanya kena turun kat bilik iron kat tingkat 5. Aku pun takde fikir banyak terus je pergi. Sekali tu dia, bilik iron dekat hujung sekali. Aku rasa level 5 tu macam takde orang duduk langsung. In fact, aku rasa macam aku sorang je duduk kat hotel tu. Wuwuwuw. Nak nangis. Sape suruh gi holiday time musim Covid19 kan. Weekdays lak tu. 

Salah sebuah bilik kat situ dah diconvert jadi bilik untuk iron. Takde perabot lain melainkan 2 iron board dan 2 iron. Pintu ke bilik air nasib baik ditutup. Masa gosok baju aku dok terbayang tiba-tiba ada entiti berdiri kat pintu la, terbayang pintu bilik air terbukak or tiba-tiba bunyi air mengalir. Imaginasi. Haha. Aura seram buat meremang bulu tengkuk. Gambar?  Memang tak la aku nak ambil. 

Aku gosok cepat-cepat dan terus balik bilik tanpa menoleh ke belakang lagi. Alhamdulillah aku tak diganggu apa-apa. Segala perasaan takut tu sebab aku sorang-sorang. Kalau ada kawan maybe tak rasa sangat. Tu jelah. Hurm..seram tak u olls? Ke beshe-beshe je? 

So..rekemen ke tidak? Entahlah. If korang OK dengan mandi air sejuk, wifi kena bayar dan bilik iron terpencil, then go ahead. Other than that, aku takde complain. 

So, itu jelah review dari aku. Nanti aku share lagi aku gi mana, makan dan beli apa. Thanks ye sudi baca review ikhlas dan telus aku. Jumpa next entry! 

50 comments

  1. Ayat intro tu tak tahan 😂

    Samalah kita, Sal. Akak kalau bermalam sorang2, akak prefer kalau semua dalam bilik tu dalam range vision akak. Bior plain pun tak pe. Janji malam2 tak terbayang yang bukan-bukan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Biarla deko simple je kan. Sebab perabot antik ni selalu banyak sejarahnya.

      Delete
    2. Huhuhu betul berlapis-lapis sejarah dan cerita silamnya 😂

      Delete
  2. Berani betul pergi seorang.
    Saya boleh mandi air sejuk. Hehe. Cuma bahagian Wi-Fi kena bayar itu yang rasa berat hati.

    ReplyDelete
  3. seronoknya cutu2 kat melaka sal

    ReplyDelete
  4. hal adik kak ana,lamatak muncul kan, ermmm lepas baca review Sal ni rasanya kak ana tak boleh nak stay sini sebab tak ada ayaq paneh, aircond sejuk gedi lak tu ye, lebih sedih wifi kena bayar kedai mamak pun pree ye dak :) tapi kisah seram Sal tu kira boleh bayanglah kalau kak ana pun cuak gak weekdays stay hotel sengsorang ni. Alhamdulillah semuanya wokay2 je kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tak jadi apa2. Kadang2 rasa seram tu perasaan sendiri je. Saya pun rasa wifi patut bagi free je. Bukan ramai sangat pun guest

      Delete
  5. wahhhhhh sal kg kat muar ke.... awat tak ajak akak balik sama...hehehehe

    Berani ya dok hotel sorang-sorang tapi hotel tu nampak best le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Berani tak berani sangat. Musim covid ni seriau sikit sebab orang tak ramai

      Delete
  6. Yeay! Sal sudah kembali. Lama nau menyepi. hihi

    Kita pun kalau stay hotel suka request view yang cantik. kalau stay hotel tepi pantai mesti nak seaview. kalau tak tepi pantai dapat river view pun dah puas hati dah. kurang suka city view. hihi

    teringin juga stay hotel macam heeren boutique hotel tu. Tapi kalau harga kayangan, kita simpan dalam mimpi. kotlah boleh sampai kayangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga kayangan kalau split berdua mungkin boleh lagi. Tapi kalau sorang telan liur jela

      Delete
  7. bilik nmpk selesa, view cantik...cuma carpet kurang berkenan sikit..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish, kak nohas suka corak carpet cmane?

      Delete
  8. best ni, nampak selesa dan tenang je. terima kasih atas perkongsian

    Jemput singgah www.rancangantivi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih untuk komen. Insha allah akan balas kunjungan

      Delete
  9. tak suka jugak kalau kena pergi iron jauh dari bilik ni..huhu
    thanks review :)

    ReplyDelete
  10. kalau laa kau tahu hotel ni dulu cam ne.... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak baca tapi malas fikir. Hotel melaka mana je yang takde hantu. Haha

      Delete
    2. 'hotel' umah sy x de momok 😆😆😆😆

      Delete
    3. tu umah kt Anfield laa🙈🙈🙈

      Delete
    4. Umah ko kat anfield tu berhantu dh sebab lama tak balik

      Delete
  11. kalo roboh kota melaka
    papan dijawa wak dirikan.. ehh seram pulak nk sambung fantun nih :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau roboh kota melaka, sultan melaka nak duduk mana?

      Delete
  12. Cantik hotel river view...tapi tapii seramnyaaa duk sorang eh.. Beranii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bujang macam tula. Kena belajar berani. Huhu

      Delete
  13. lama tak jalan2 melaka sejak pkp ni.

    ReplyDelete
  14. ehehe nxt time nak p yang heritage kayu2 tu hello2 la eh..
    dah lama tak tidoooo hotel. sob sob !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke.. Bulan 12 kita gi staycation jom (confident betul aku dah habis pkp time tu)

      Delete
  15. wahhhh syok jugak travel solo! tapi tak rekemended pulak hotel tu ekk..takpe, sal da share ni kira bagus juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak recommend. Ada sikit jela kureng. Kalau orang tu boleh terima takpela

      Delete
  16. Terpikat pula dengan hotel klasik tu. Mana tahu harga kayangan turun separuh, sebab tak ada pelancong datang dari versea...hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tengah turun tu sis. Musim PKP ni banyak hotel buat jualan murah

      Delete
  17. Kat Melaka banyak resort atau hotel yang guna perabot antik😁
    Banyak pilihan... Kalao cikbunga pi nhan anak anak bunga, mesti nak carik yg ade kolam😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kolam banyak tutup pkp ni. Kalau nak book call dulu untuk check

      Delete
  18. hahahaha tak ada water heater tu mmg big no la. hahaha.

    apapun memang hebat la sal boleh g sorang.
    cayalah kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka je huda, kalau saya gi oversea sorang2 tu baru betul hebat. Hehe

      Delete
  19. Nampak selesa dan kemudahan dia pun agak lengkap. Bolehlah consider ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh terima kekurangan hotel ni rasanya sesuai untuk famili

      Delete
  20. Wah! bestnya bilik katil besar ya Sal.
    Apaaa.. takde air panas hahaaa... mau tak mandi pagi mrs. A kalau cenggitu.
    Suspen la Sal baca kisah di bilik iron tu terbayang filem seram huhuhuuu.
    Spoillah bilik iron di kawasan nak kena bersiap pulek nak pergi iron.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nak gi iron kena pakai tudung n lengan panjang semua. Part bilik iron tu yang buat spoil

      Delete
  21. lawalah bilik dia, nampak selesa!
    paling penting menghadap rover view

    ReplyDelete
    Replies
    1. River view tu kalau nak better request siap2 masa booking

      Delete
  22. InsyaAllah kalau ada rezeki. Boleh datang sini heheh btw salam perkenalan.follow sini ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Thanks follow sini. Nanti inshaallah saya balas kunjungan

      Delete
  23. Akak hari tu pergi sensorang tapi duduk kat Ibis Melaka...lepas tu dengan Dania akak duk hotel area Jonker Walk tu...itu tak rekemen sebab memang x best giler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibis Melaka best gak kan kak SA? Area jonker walk tu ada orang kata tak rekemen sebab bising

      Delete
  24. nampak view la.. memang cantik biliknya, nanti singgah melaka boleh stay sini

    ReplyDelete
  25. Cantiknya hotel ni serba serbi nampak.bersih dan deco pun cantik

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah