Assalamualaikum dan hai semua!
Korang mungkin tak rindukan aku, tapi aku sangat rindu nak membebel kat blog ni. Sibuk hanyalah satu understatement untuk si bujang macam aku. Lainlah kalau ada anak dua, tiga. Boleh juga buat alasan tak ada masa.
Tapi nak kata tak sibuk, aku sibuk la jugak. Walaupun tak dapat buat aktiviti kegemaran : travel. Tak dapat terbang ke luar negara, kita cuti dalam negara jelah ye.
Bulan 7 hari tu, aku ke Pulau Kapas, Marang, Terengganu bersama keluarga. Sewa homestay di area Kelulut. Sebab ramai, lagi murah dan selesa dari ambil hotel atau resort. Untuk snorkeling pulak, kami ambil pakej dari Perza Boat Pulau Kapas
Ambil pakej private ni lagi selamat di musim covid ni sebab boleh booking the whole boat. Jadi, takdelah bercampur dengan entah siapa-siapa. Plus point ada 2 staf yang akan jaga sepanjang berada di tengah laut. So agak terjamin bab safety. Memang puas berendam, sampaikan anak-anak sedara aku tak nak balik. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang kami berada di sana. Memang terbakar kulit, tapi ok lah kan kalau hujan cmane nak mandi laut. Aku memang rekemen korang yang nak ke Pulau Kapas ambil pakej dengan Perza Boat.
Sempat jugak ajak Anies pergi majlis meraikan kejayaan Liverpool menang liga buat kali pertama sejak 1990, bersama Media Kopites Malaysia iaitu sekumpulan peminat die hard Liverpool yang bertugas dalam bidang media. Well most of it la. Walaupun terpaksa patuh SOP, event ni tetap berjalan lancar dan happening.
Event ni sebelum Aidiladha. Raya haji tahun ni pulak agak hambar sebab tak dapat sembahyang raya di masjid. Sekadar tengahari tu kami anak beranak buatla homemade steamboat. Ala-ala Seoul Garden gitu. Gambar lupa nak amik
Sejak PKP ni tak banyak peluang jumpa bff aku, ND dan SR. Masing-masing sibuk. Lagipun SR ada anak kecik. Nak lepak luar lama-lama, malas nak pakai facemask memanjang. So baru-baru ni aku angkut diorang staycation dekat Platinum Suites@Swiss Garden Residence, Bukit Bintang masa cuti Awal Muharam. Sebab dapat masa satu malam saja, kalau tidak boleh juga nak merentas negeri. If berkesempatan aku share review tempat ni. Apa yang aku suka dan apa yang kurang berkenan di hati.
Selain dari itu, aku menjalani kehidupan macam biasa. Ada jugak benda tak best yang jadi tapi benda tak best macam biasa aku malas nak cerita.
Salam Awal Muharam untuk semua. Thanks for reading!
p/s: Terkial-kial guna template blogger baru ni
Mereka yang minat aktiviti laut mesti suka dapat habiskan masa berenang dan snorkeling
ReplyDeleteYezza. Kami semua macam tak nak balik
Deletebiasala ciksal benda x best berlaku hanyalah menjadikan kita matang dlm kehidupan nih., chewahhh., ;p
ReplyDeleteHehe. Memang la hidup ada pahit manisnya. Kita simpan la yang pahit. Kongsi yang manis2 aje
DeleteSalam maal hijrah..seronok bercuti bersama keluarga, snorkeling di laut biru..
ReplyDeleteseronoknya sal coti2 jalan2 ke teganu
ReplyDeleteseronoknye dapat bercuti.
ReplyDeleteSalam maal hijrah
ReplyDeletenak ole ole? hahahaha larikkkkkkk
ReplyDeleteDatang rumah, aku gorengkan keropok
Deletex boleh. kena patuh SOP. social distancing. lg satu EPL nk start. den nak blk Liverpool da... hahahahahahahahahhahahahahahahhahahah
DeleteKesian abam Mane saya kena covid. Huhuhu
DeleteSaya juga tak dapat pergi makan angin sebab terlalu sibuk mencari hawa dingin bagus dan murah untuk rumah saya
ReplyDeleteNi namanya sambil menyelam minum air. Komen sambil iklan. Haha
DeleteHai sal🌹🌹
ReplyDeleteCikbunga drop here
Thanks singgah cik bunga. Insya Allah akan balas kunjungan
DeleteKira sibuk juga tu lama tak update blog. Ini pun sekalikan je banyak cerita kan. Cambest la pakej tu tapi itulah kita kurang mandi laut dan agak aquaphobia gak lah. Anyway, salam maal hijrah. marilah kita membiasakan dengan new interface dahsboard blogger baru.
ReplyDeletePakej tu memang ok lagi-lagi kalau bawak keluarga besar. Saya suka mandi laut. Rasa tak nak balik.hehe
Deletepakej macam ni memang seronok bawa satu family. Baru meriah gitu. Kena repeat lagi tu tandanya Sal :p
DeleteBestnya bercuti ke pulau sambil snorkerling.
ReplyDeleteMrs. A pun tak suka template blogger yang baharu its complicated huhuhuu....
Ramai jugak tak suka ye. Tak mesra pengguna macam yang dulu
DeleteHai cik Sal🌹🌹
ReplyDeleteSemoga sihat selalu👍👍
seronok nya dapat cuti2 dengan famili macam ni..
ReplyDeleteSaya sudah lama tak ambil cuti pergi makan angin..
ReplyDeleteBiasala tu, busy business
DeleteSyoknya Sal cuti2 dengan keluarga.
ReplyDeleteAkak pun tak suka blogger yang baru ni, tapi apa boleh buat...
Kalaulah boleh guna yang lama, tapi apakan daya
DeleteSeronok dpt cuti2 satu familia.
ReplyDeletestay safe selalu.
Thanks Mrs. Pip. U too
DeleteSibok lah jgk Tu. Dpt travel dlm Ng pun dah best...xde lah hidup bosan sngt mcm iolls nih. Nak travel risau keselamatan anak. Huhuhu
ReplyDeleteRisau la jugak keselamatan anak2 sedara. Tu yang amik pakej private. Apa2 pun tak bergaul orang sangat
DeleteHai Sal🌹🌹😍
ReplyDeleteHai Sal! Rindulah kat Sal. Sorry akak dah lama tak jalan2 sini. Mood blogging dan blogwalking terjun ke laut dalam.
ReplyDeleteBestnya cuti-cuti satu family!
Samala saya kak. Update blog adalah 3 bulan sekali. Bukan laut lagi dah masuk Marina Trench
DeleteLiverpool and MU
ReplyDeleteWe'll never walk alone awal pagi tadi punya cerita huhuhuu...
Lunyai kena bahan.
Haha. Sama2 masuk gua.
DeleteCikbunga dtg melawat🌹🌹
ReplyDeleteoitttt Liverpool dah mng yeepiyel kali ke patblas pon ko x update lg ke
ReplyDeleteAku dah update oooiii. Haha
Deletesyoknya pergi pulau..walaupun dalam negara aje, tetap puas hati...
ReplyDeletewah bestnya gie jenjalan dengan keluarga kan. Akak baru nak jalan-jalan dengan kakak sekali covid 19 makin naik tak berani le bawa warga emas ni. Kena le cuti kat rumah je.
ReplyDeleteMasa ni covid dah reda. Facemask pun belum diwajibkan pakai
DeleteRumah blog sekarang leceh lah. Dah le kita jenis malas nak update sekali dia lagi susah bila nak update lagi le kemalasan akak melanda lebih teruk. hehehe leceh le
ReplyDeleteHuhuhu kan. Rasa malas tu memang dah ada, dia menambah2 lagi
Deletemmg bulan2 7/8 ritu ramai kan ke pulau2.. tapi mak xmo pi..
ReplyDeletetak dapat nak plan trip.. memang duduk rumah jela..
La.. Nape x roger. Hehe
DeleteBagus juga ada personal boat mcm ni. Safety first
ReplyDeleteOf course mama. Kita jaga kita kekdahnya
Deleteaaa terengganuuuu! saya suka sangat negeri terengganu, tpi tula lama dah tk kesana sejak 2017
ReplyDeletenk gi ganu nk tgok pantai cantik, makan sedap, tgok jambatan baru ><
Doa la supaya covid cepat habis supaya boleh jalan-jalan balik macam dulu
Deleteentah bila boleh bercuti2 dlm malaysia lg.. memang nk pi ganu melawat makcik
ReplyDelete