Monday, 29 June 2020

Jalan-jalan KL - Hop On Hop Off

Assalamualaikum dan hai semua. Allahu lamanya tak update blog. PC kat rumah ni rosak. PC office pulak kena control by company's domain, so tak boleh access blog. Blog aku punya suci murni ni pun tak lepas. Sedih akak. Ni computer rumah dah repair baru boleh menulis dengan riang gembira.

Cuba teka siapa orang terakhir date dengan aku sebelum PKP, juga orang pertama ajak aku date lepas PKP? Mestilah orang yang aku mention kat tajuk entry ni kan. Jumpa-jumpa je terus bagi hadiah belated birthday gift. Terharu akak. Thanks a lot bebeh!

Botol air dan facemask connector

Thanks ajak aku jalan-jalan naik bas Hop On Hop Off (HOHO). Anies ni antara kawan yang aku kenal dalam dunia blogging pastu terus jadi rapat in real life. Maybe sebab dua-dua minat travel dan penyokong tegar Liverpool.


Punyalah semangat dua-dua pompuan ni pakai jersi Liverpool. Ikutkan nak bawak bendera sekali tapi takut kena suruh turun. Haha. Dahlah naik free.

Kebetulan HOHO bagi promo naik free sampai 30.6.2020 untuk warganegara. Since nak cuti-cuti oversea tak boleh, kita cuti la dalam negeri dulu. Nak sembang rentas negeri tapi hakikatnya Kolumpo pun belum habis explore.


KL HOHO ni ada 2 route, so kita naik City Route dulu since tu je bas yang dah ada


Cuaca mula-mula panas. Gigih aku dok tenyeh sunblock. Tapi KL susah dijangka. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya...

Bukan selalu ada selfie dengan KLCC

Tudung kelepet ni kan trademark

Cubaan membuat simbol 19. Apa yang 19 tu Anies? Aura ke-19 ke? Hehe. Jangan marah ha..

Tempat lepak zaman remaja

Trophy parade tanpa trofi



KL agak lengang. Tak semeriah sewaktu sebelum Covid. Petaling Street masih ditutup. Seronok naik HOHO ni bila tengok bangunan-bangunan bersejarah. Sambil-sambil terkenang sejarah sendiri jugak.

Bas akan patah balik ke hentian pertama sampai tadi.

Then kita naik Garden Route plak

Tengok je Menara KL, tak berhenti pun. Naik HOHO free ni dia tak singgah di setiap stop macam biasa. Just lalu je. Kalau berenti pun 2 saat.

Istana Negara. Ada jugak yang bergambar kat situ tapi bukan group kitorang la. Bas ni lalu je


Taman Burung

Dataran Merdeka

Ride yang second route ni kitorang dah tak amik gambar sangat sebab masing-masing dah kebulur. Alhamdulillah cuaca baik, kalau hujan, kena masuk dalam area bas yang berbumbung. Tak best la kan. Korang nak tau lebih lagi bas HOHO KL ni boleh klik SINI

Kalau u olls nak kenal lebih lanjut dengan Anies pulak klik Anies&You

Blogger lain kalau rasa nak dating dan berkenal-kenalan bolehla drop komen selalu. Mana tau lama-lama boleh jadi kawan in real life pulak. Till then, thanks for reading ye gais! Stay Safe!


34 comments:

  1. ronda2 KL naik bas..bestnya FOC..lain rasanya tengok dari atas..

    ReplyDelete
  2. Percuma naik bas HOHO ya?
    Ada melawat blog Anies. Seronok kongsi minat sama.

    ReplyDelete
  3. untunglar ade kawan dating..

    nk updet blog pakai henpon kan bole jugak ? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai henpon x best la wak. Lambat

      Delete
    2. kjap, nk tmbh pickup line meletop..
      erra: apa beza klcc dgn u
      awie: klcc mahal, i murah
      erra: salahh.,
      .
      .
      erra: klcc utk rakyat msia, u utk i., hahaha

      Delete
    3. Masalahnya kenapa awie murah? Mahal kot harga tiket konsert dia

      Delete
    4. hahaha., gurau2 je tuuh., awie is a humble guy., ;p

      Delete
  4. Huntungnya dapat round2 kl free

    ReplyDelete
  5. tudung bawal kelepek jugak legend hehe

    ReplyDelete
  6. ho ronda2 jl naik hoho dgn anis ya sonok ho

    ReplyDelete
  7. bestnya dpt kawan dr dunia blog jgk..
    blh jd bff plak tu! seronok..

    ReplyDelete
  8. Seronok pusing2 KL naik bas xde bumbung. panas lit lit pun takpe. kami sejak pindah klang dah jarang masuk KL.

    ReplyDelete
  9. wah.....ahkak baru je berangan nak naik HOHO tapi belum ada rezeki.bestnya.

    ReplyDelete
  10. WoW! bestnya playing tourist naik HOHO.

    ReplyDelete
  11. Alaaaaa tak ajakkkkk
    tak tau pun HOHO ni free sampai 30/6 haritu

    harga biasa dia boleh tahan mahal juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan Huda busy. Kalau nak keluar wasap jelah. Sal x tau jadual Huda cmane. Huhu

      Delete
  12. jom naik HOHO kat Tokyo pulak hahahahahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sebut Tokyo. Terguris hatiku ini

      Delete
    2. alololo abam Mane.... meh laa tgk ni. ada org dah terguris hatinya. tlg amik kn first aid

      Delete
    3. Abam Mane dh menang PL x ingat aku dah. Haha

      Delete
    4. tu laa lengkali minat laa JDT😅

      Delete
  13. Bestnya jalan2 naik bas takde bumbung tu !

    ReplyDelete
  14. Wahh bestnya dapat ronda KL naik bas takde bumbung. Cam kat London dah rasa hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk g london tak dapat, so cuti-cuti Kolumpo jela

      Delete
  15. best jgak naik HOHO ni.. saya suka pusing dulu 1 pusingan..
    lepas tu baru decide nak turun mane. suka time dia lalu kl sentral..
    cantik bangunan tinggi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bawak akk naik kt penang plak. Hehe

      Delete
  16. Tak pernah merasa lagi naik nas yang takde bumbung ni. Lori takde bumbung je yang kita mampu. Hehe

    ReplyDelete
  17. Kemain dia berdating..
    Siap pakai baju liverpool.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dating pakai baju sedondon dengan suami, suami takde. So dengan anis jela. Haha

      Delete
  18. 2017 dh start naik HOHO KL tp naik kt kl sentral.. memang semua tempat dia akan stop sekejap tp sbb covid kot bas lalu saja

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com