Tuesday, 19 May 2020

Rekemen Movie - 24 filem tahun 2004 paling aku minat

Assalamualaikum dan hai semua. Entry ni aku dedikasikan khas buat kaki movie yang selalu datang blog ni. To be honest aku rindu nak tulis movie review ajet-ajet pengkritik filem yang kritis, puitis, padahal menggelitis tapi sayangnya tak dapat ke wayang sekarang ni. Tak dapat rekemen filem baru, kita rekemen la filem lama.

Ada orang tak suka tengok filem yang sama berulang-ulang. Ada orang pulak kalau filem tu dia minat, dia akan tengok ulang-ulang walaupun dah hafal dialog. Aku adalah golongan kedua. So, aku compile list filem zaman aku muda remaja baru nak mendaki puncak menara gading iaitu 2004. Kenapa 2004? Sebab pagi tadi aku ternampak trailer remake antara filem favourite aku dari tahun tersebut. Benci betul aku orang buat remake ni. Tak ada idea dah ke? Bagi aku filem remake adalah kemalasan abadi.

So, here's the list. Jangan cakap akak tak payung..

1. The Butterfly Effect

Rekemen untuk peminat Ashton Kutcher dan penggemar filem psikologi thriller campur time travel. Habis tengok confirm pening kepala. Hahaha.

2. Confession of a Teenage Drama Queen

3. 30 Hari Mencari Cinta - Indonesia

4. Veer Zaara - India

Filem ni walaupun agak slow tapi lagu-lagu dia sedap. Suara Lata Mageshkar tu membuai telinga

5. House of Flying Daggers - China

6. Hingga Hujung Nyawa - Malaysia

7. Taegukgi - South Korea

Aku bukan peminat filem Korea dan kurang suka filem perang, tapi filem ni aku tengok sebab Won Bin Oppa. Saranghaeeeeee. Hensem teruk dia ni.

8. A Cinderella Story

9. Kung Fu Hustle -  China/ HK

10. 100 Days With Mr Arrogant - South Korea

11. The Notebook


12. Puteri Gunung Ledang - Malaysia

13. Buli - Malaysia

Ini antara filem yang aku dah hafal dialog dan aku still gelak walaupun dah banyak kali tengok. Sayang betul Afdlin dah tak buat filem lagi sekarang. Bagi aku dia genius. Biasalah, peminat Liverpool memang power. Eh tetibe

14. Beautiful Boxer - Thailand

15. Hum Tum - India

16. White Chicks

17. Art of The Devil - Thailand

18. New Police Story - HK/ China

19. Lemony Snicket's a Series of Unfortunate Events

Jangan confuse dengan version bersiri di Netflix. This one ada Jim Carrey. Walaupun dia nampak cam annoying tapi bagi aku dia telented actor. By the way, bukan remake ini yang mendatangkan kemarahan aku.

20. Stepford Wives

21. Fida - India

22. Mean Girls

23. Trauma - Malaysia

24. 13 Going on 30

Jennifer Garner comel sangat dalam filem ni u olls. Baju pun cantik-cantik. Masa tu memang terkejut tengok lakonan dia sebab si Garner ni famous dengan watak agen CIA tendang pungkok (dibaca:kickass) dalam siri Alias. Aku paling suka scene menari 'Thriller' kat parti. Masa ni Mark Ruffalo belum jadi Hulk lagi.

So, korang pernah tengok tak filem-filem yang aku list kat atas ni? Kalau belum, aku rekemen korang tengok. Kalau dah, jemput share pendapat korang. Pendapat masing-masing Best aku kata, mungkin saja filem sampah di mata orang lain. Hahaha

Tu jelah nak membebel. Thanks for reading dan selamat menonton!

36 comments:

  1. Memang best 13 going 30. Lagi satu minat lakonan Tom Hanks You've Got Mail tu. Memang ada cerita tiap tahun tengok sekurang-kurangnya sekali macam cite Leap Year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cite Leap Year saya x pernah tengok lagi. Nanti nak cari

      Delete
  2. ciksal.. mmg selera kita berbeza hahaha. dlm byk2 senarai movie tu wak baru je nonton taegukgi - best jugak

    ps. nnti pas pkp kita tgk movie sama2 la ye.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Bagus la banyk beza. Boleh wak tengok filem di luar kebiasaan.

      Delete
  3. Saya dalam banyak banyak ni paling suka the notebook. Alah romantik gitu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang romantik. Kita yang single ni sendu jelah. Hahaha

      Delete
  4. kungfu hustle tu dah banyak kali tgk pun masih boleh gelak sakan dgn lawak lawaknya.

    ReplyDelete
  5. Taegukgi best. Filem korea kalau cerita perang memang best macam kita pun didalamnya. Kedua pelakon pun akak suke tu yang suka tenguk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really? Nanti nak cari lagi filem perang Korea yg best

      Delete
  6. tak mampu pulak saya menonton sebanyak ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la tonton semua dalam sehari. Memang tak la mampu. Hehe

      Delete
  7. kungfu hustle tu best..kelakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Paling suka part kena kejar landlady tu, siap ada side mirror.

      Delete
  8. macam banyak tak pernah tengok ni. yang pernah tengok cerita hujung nyawa tu dengan 100 days with mr arrogant. kelakar citer ni. suka tengok. Nak ulang tengok lagi pun tak bosan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100 days tu masa filem korea mula2 masuk Malaysia. Memori tengok dengan kawan2 kat uni. Padahal saya x minat cite korea sangat

      Delete
    2. samalah.tengok dengan kengkawan..seronok tengok reramai

      Delete
  9. Awak patut buat list ni di awal pkp cik sal munge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kan. Tapi walaupun pkp tak disambung kita still lebih digalakkan duduk rumah kalau xde keperluan untuk keluar. Lepas raya boleh layan on weekend.

      Delete
  10. sekarang dah tak boleh tengok. hi hi hi

    ReplyDelete
  11. The Notebook paling fav :) tgk banyak kali dah tapi tetap menangis.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2020/04/ebook-review-eblys-by-fatinilam-sari.html

    ReplyDelete
  12. Kebanyakkannya dah tengok.. ada a few je yang tak pernah tengok..

    ReplyDelete
  13. uurm 2004 ni baru tingkatan 2 hehe.. time tu xdak access sngt nk tngk movie. kena tunggu ayah pinjam dvd kat kawan2 dia baru ade dpt tngk o yang kat astro jela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan movie dalam list ni tahun 2005 ke atas baru dapat tengok. Beli cd kat perangin mall. Rindu Penang haih

      Delete
  14. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. banyak filem yang best2 nih
    hehehe

    ReplyDelete
  16. Banyak list Sal ni ada yang Mrs. A dah tengok tapi banyak gak yang tak tengok lagi.
    Mrs. A pun jenis yang kedua, suka tengok movie yang disukai berulang-ulang kali walaupun jalan cerita dah tahu, dialog dah hafal tapi kadang-kadang tu tetap gak nak berebut channel hahahaaa...

    ReplyDelete
  17. banyak antara movie yg saya dah tgk dan suka. kungfu hustle tak pernah tak lucu

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liverpool dah menang liga baru nampak muka. Haha

      Delete
  19. saya suka lemony snicket's ... like kartun macam ipin dan upin

    ReplyDelete
  20. 30 hari mencari cinta tu paling tak boleh lupa. member laa ms tu, dia minat giler dengan SO7 n paksa2 sy suh tgk cerita ni. tp tgk cd je laa bkn ajak tgk wayang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soundtrack album dia pun best kan. Aku semua cite ni tengok cd or tv. Time ni x berduit sangat nak tengok wayang. Haha

      Delete
  21. Veer Zaara tu pernah tgk .. Yang lain2 ingat2 lupa hehehe ..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com