Saturday, 17 November 2018

Sonata Salju di Jeju - Part 4

Assalamualaikum semua. I'm back!!!

Rasanya dekat 3 bulan tak jenguk blog ni. Buat yang tertanya-tanya aku hilang ke mana, hakikatnya aku ada je kat sini. Masih sihat Alhamdulillah dan bahagia bersama keluarga tercinta. Masih bekerja di tempat sama dan berkawan dengan orang yang sama. Cuma itulah, malas mungkin.

Tak tahulah kenapa setelah sekian lama aku rasa nak blogging. So marilah sambung cerita Jeju.

Allrite, lepas menikmati keindahan berjalan-jalan di Hutan Jeolmul, Anne nak bawa kami melalui 'Mysterious Road'. Apa yang misteri sangat jalan ni?


Sesiapa yang minat dengan fenomena 'Ilusi Optik' mesti akan rasa kagum dengan jalan ni. Jalan ni nampak macam menaik, tapi kalau ikut logik graviti, kita nak naik bukit kenalah tekan minyak ye tak? Instead of tekan minyak, Anne free gear tapi kereta still boleh berjalan ke hadapan. Sebabnya adalah jalan tu sebenarnya menurun, tapi nampak macam menaik disebabkan keadaan sekeliling.

Kami ceria walaupun kehujanan

Singgah kejap beli susu pisang viral

Kejap je kami kat sini sebab perut dah kelaparan. So, sebelum ke destinasi seterusnya kami singgah makan di kedai yang sama kami makan hari pertama sampai.


Lepas makan gi shopping pulak. Kami ke Jeju Dongmun Traditional Market.



Disebabkan aku ni first time sampai Korea, so agak teruja la nak beli FM dengan keychain Korea macam dalam gambar atas ni. Tapi menurut Siti yang dah pernah ke Seoul-Busan, dia kata harga souvenir di Jeju agak mahal. Kalau ikut logik, nak import dari mainland ada kos tambahan, so bolehla faham kenapa mahal. Tapi ada jugak FM dan keychain trademark 'Jeju'. Kalau yang tu berbaloi korang beli kat sini. Kat Seoul ke Busan ke Pyong Yang ke tak jumpa dah.


Kalau nak souvenir yang berbaloi dan rare, belilah makanan berasaskan limau macam jam, kordial, teh ataupun coklat. Kenapa limau? Ha..kalau korang nak tahu, Pulau Jeju ni terkenal dengan kandang harimau ladang limaunya.


Nak lagi rare beli limau terus. Tapi kalau nak beli untuk bawak balik ke Malaysia janganla beli awal-awal. Nanti rosak pulak. Beli untuk makan sendiri takpe.

Keadaan dalam pasar Dongmun. Diorang ni pasar basah ke kering dia gabung je sekali. Tapi pasar diorang bersih. Ni aku puji.


Makanan goreng-goreng macam ni pun ada jual. Untuk pengetahuan korang, nak cari kedai makan yang ada cop 'Halal' di Jeju adalah mustahil. Anne kata kat Jeju ni bilangan muslim sangatlah sedikit. Boleh bilang dengan jari agaknya, tu pun orang-orang luar yang bekerja kat situ macam diorang. So orang di Jeju takde pendedahan tentang agama Islam, so obviously diorang tak tau pun halal tu apa. Nak makan kat gerai-gerai macam ni kenalah bertanya. If korang ni memang super strict bab makanan mungkin kena fikir banyak kali.

Oh ye, selain dari limau, makanan yang famous di Jeju adalah babi hitam. Black pork merupakan antara industri terbesar di Jeju. Hahaha, sorrylah buat tekak korang kembang. Tapi ketahuilah itulah perasaan aku bila navigate pasar ni. Kena hati-hati melangkah, lagi-lagi di kawasan berair. Elakkan tangan tu dari dok meliar nak pegang semua gerai takut terpegang oink oink dah satu hal nak korek tanah nak samak.

Jangan mintak gambar gerai babi hitam kat aku ye. Kitorang jalan cepat-cepat bila lalu area diorang. Kahkahkah.

Situlah jual ikan, situlah jual babi. Ah babi betul. Hahaha. Nasiblah, kita gi negara orang kenalah hormat culture dia. Pandai-pandaila nak hidup

Setelah membeli souvenir dan melihat suasana pasar Dongmun, Anne bawak aku ngan Siti ke Jungang Underground Shopping Centre. Sib baik bukan jongang. Terasa hakak yang bergigi besi masa tu. The Makciks tak nak ikut sebab time tu hujan lagipun diorang dah banyak membeli. So kami bertiga jelah. Dekat je boleh jalan kaki.



Sini dijamin takde babi. Manusia berperangai babi aku tak jamin.

Kat Jungang ni selain dari baju-baju dan beg, kat sini ada banyak kedai jual skincare dan makeup Korea. Kalau korang yang memang suka pakai produk Korea bolehla usha kat sini.

Lepas settle shopping di Jungang, kami kembali ke Dongmun sebab nak balik ke hotel. Patah kaki dah menyopping. Perut pun dah lapar.

Dinner malam ni adalah pizza. Aku makan pizza ni dengan harapan bangun-bangun pagi nanti kaki aku jadi panjang dan kulit flawless cam awek KPop kat kotak pizza ni

Banyak pulak diorang ni order. Mana habis wei!

Malam tu lepak bilik je layan bola dan susu pisang

Credit gambar : http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

Actually, selain dari gambar, nak say thanks to Siti jugak sebab kebanyakan isi cerita ni aku cedok dari blog dia. Hahaha. Dah hilang ingatan weh.

Insha Allah aku akan sambung next entry secepat mungkin. Thanks for reading!

19 comments:

  1. Menarik! Nak datang sini kena isi perut dulu siap-siap atau bawak bekal. kalau tak kelaparan nak cari kedai makanan halal.

    ReplyDelete
  2. ingat bila tanpa kalah so far, dah xnk muncul lg...yelah org nk fokus smpi mei kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. Ko ingat aku Klopp ke. Tapi cam susah la. City power bebenor

      Delete
    2. masalah liverpool sejak zaman babylon adalah, bila dia power rupanya ada yg lbh power. bila byk shoot on target tetiba keeper 'leeds united' terer... eh ehh😆

      Delete
  3. Susu Pisang sedap.x.. bestnya baca perjalanan sal.di jeju

    ReplyDelete
  4. Ala kenapa akak tak nampak kedai sovenir tu kat dongmun market....huhuhu kena repeat le nampaknya. Padahal sebelum pergi dah baca blog siti untuk info yang berguna sebelum ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah kak, x ada rezeki. Tapi kalau diberi peluang sy pun nk repeat Jeju

      Delete
  5. Jongang market terjebak beli face mask yang murah. Ada kawan terjumpa face mask 10,000 won dapat 5 paket hah harus lah akak kirim belikan. Tak kisah brand murah asalkan face mask. opsss

    ReplyDelete
  6. Hi, i need your help to blast my crowdfunding campaign for my studies expenses.

    https://messarah.blogspot.com/2018/11/my-crowdfunding-campaign.html/

    ReplyDelete
  7. Masa dekat Jeju tak sempat pun tengok underground mall dia.

    ReplyDelete
  8. Banyak betul jenis-jenis limau tu mana satu yang sedap agak-agaknya tu.
    Hahahha... win lah babi betul tu

    ReplyDelete
  9. Wah.. buah kegemaran saya..limau tu.. Kalau sayalah ke sini memang hari-hari makan limau.. hahaha.. semua produk berasaskan limau saya cuba..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

 

Template by BloggerCandy.com