Sonata Salju di Jeju - Part 3

Tuesday 21 August 2018

Assalamualaikum semua! Ya Allah lamanya blog aku ni terabai. Dari Raya Aidilfitri membawa ke Raya Aidiladha kekdahnya! Entah apa yang aku sibuk pun aku tak tau lah wei. Hahaha

So, hari kedua di Jeju, pagi-pagi lagi kitorang bangun untuk breakfast. Di Hotel Champion ni, breakfast disediakan. Tapi menu yang ada hanyalah roti, telur goreng (ada tukang masak perempuan berbangsa Korea yang gorengkan upon request), coffee, orange juice, baked beans dan cereal. Memandangkan takde menu berasaskan daging, yakin sahaja lah semua ni halal dan makan dengan tenang.

Dewan makan

Gambar dewan makan kosong ni aku ambil sehari sebelumnya. Dekat hotel ni ramai traveller Malaysia lain dan semuanya macam kitorang, ikut Jeju Muslim Travel. Lepas makan, kitorang siap-siap tunggu Ann datang amik.

 Cuaca kurang baik. Hujan renyai-renyai

Tempat pertama kitorang pergi pagi tu, Saebyeol Oreum

Sebagai seorang tourist yang clueless, aku tak buat research awal pun Saebyeol Oreum ni tempat apa. Korang nak tau bacalah bawah ni.


Memandangkan hujan, memang turn off la nak amik gambar. Ann kata tempat ni lagi lawa time musim panas. Musim sejuk, lagi-lagi hujan memang takde orang, tapi since dah masuk itinerary, pergi jelah. Bila aku tengok google image memang cantik tempat ni walaupun setakat dipenuhi bunga lalang.

Walaupun dalam gambar tak nampak, tapi hujan agak kasar sebenarnya time ni

Hujan mencurah-curah, tapi masih nak pose gedik. Haha

Next, kami dibawa ke Jeolmul Forest. Macam nama kugiran 90-an pulak, Jelmol. Tapi tu Jelmol - Rinduku Tiada Berteman. Rindu aku? In case korang lupa, trip aku ni Trip Patah Hati. So, meh tengok, sape teman aku nak rindu-rinduan kat Jeju ni.

View dari dalam kereta on the way ke Jeolmul Forest. Salji di mana-mana.

Nak masuk ke Jeolmul Forest ni ada bayaran. Harga dalam Ringgit Malaysia tu korang convert lah sendiri ikut rate semasa. 

Saranghae!

Aku rasa time musim panas or kalau hari tak hujan, boleh berpiknik atas pangkin-pangkin kayu tu.

Berjalanlah sejauh mana kaki korang larat nak melangkah

Salju di danau rindu

 Rasa macam dalam cerita seram pun ada dengan kabus ni

 Ada log cabin kalau u olls nak menginap

Kami bertiga je masuk. The Makciks tak nak ikut

Sebelum balik, boleh bersihkan salji pakai alat ni. Bukan air yang keluar tapi angin. Kau tengok angin punya kuat sampai aku macam nak tumbang. Hahaha, takdelah. Aku memang sentiasa tak balance, takde kena-mengena pun

So, dah keluar masuk hutan next kita ke mana? Tunggu aku punya next entry ye. Thanks for reading!

34 comments

  1. Alahai kalau cuaca elok mesti dapat banyak snap gambar kan... itu maknanya kena pergi lagi ni Sal ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haish! lama dah cik Sal tak hapdate pi bercuti lagi ka?

      Delete
    2. Bukan bercuti. Dilanda virus malas je

      Delete
  2. padang tu, kalau menghijau letak seekor lembu hitam putih ko ckp kt NZ pn org akan percaya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nk cakap kt Liverpool je. Tengok org percaya tak. Eh

      Delete
  3. Kalau datang kena dengan musim dan cuaca yang best, mesti cantik tempat-tempat ni.

    ReplyDelete
  4. bestnya salji tu... buat abc sedap ni hahahaa

    ReplyDelete
  5. rindu pulak Onnie goreng telur tu.. strict dia sorang sbijik ja hahahaha.. cheq x amek pun gambar tempat makan turun melenggang tak bawak apa hehe..

    ReplyDelete
  6. Suka tengok gambar Sal dan pemandangan Jeju..
    Rasa ingin terbang ke sana..

    ReplyDelete
  7. Bila baca ni teringin Pula mama.nak ke Sana.. salmjgn risk blog mama pun dah kelaut dah

    ReplyDelete
  8. Nice gambo....

    tak sejuk ke sal.... huhuhu ....

    #kupeluksweatersuda

    ReplyDelete
  9. iya sal sibuk bebeno beno dah...
    aiols cuti 2 bulan tak jumpa sal langsung

    caittt...hihi

    ReplyDelete
  10. helloooo heloooooo kakak wer r yiuuuuu...

    ReplyDelete
  11. Cantiknya gambar2 semua.. mesti best ni :)

    ReplyDelete
  12. Salji. . . Best dpt pegang ni.. .

    ReplyDelete
  13. cantik tempat dia..syioknya dpt ramas2 salji..dok mlysia ramas ais kacang jer..hihi..

    ReplyDelete
  14. canteknya pemandangan. suka duk tgk org g korea. tunggu hadam jepun baru ingat nak jejak ke sana. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun pun best. lagi suka jepun dari Korea,tu sebab g sana dulu

      Delete
  15. bestnya pergi Korea musim salji.

    ReplyDelete
  16. salam sis sal..
    wahh syioknya main salji..

    ReplyDelete
  17. wak tenok gmbr salji pon mcm sejuk jeer., huhuhu

    ReplyDelete
  18. Pergi bercuti ka kak sal. .Lama xupdate blog. ..Hihi

    ReplyDelete
  19. jeolmul forest ni tak de pi pun. Atau dia tak termasuk dalam itenary JMT ke?

    ReplyDelete
  20. Walaupun sarapan yang sama je hari-hari tapi akak suka sebab dapat makan mushroom soup dia yang sedap rasa macam makan kat mushroom soup piza hut. Pekena kopi dia yang cinonit je bekasnya sampaikan hari2 mesti nak pekena kopi dia yang sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun duduk hotel ni ke? nice gak la makanan dia. Yakin halal jugakvsebab takde yang berunsurkan daging

      Delete
  21. Alhamdulillah..walaupun hujan masih cantik untuk bergambar dengan bebunga lalang tu, eh akak suka la bunga lalang kalau berbunga putih banyak2 tu nampak cantik sangat. bestnya dapat tengok salji

    ReplyDelete
  22. Cantiknya walaupun musim sejuk dan hujan..
    Macam pernah tengok je log tu dalam drama.. huhuhu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah