Sonata Salju di Jeju - Part 5

Tuesday 20 November 2018

Assalamualaikum dan hai semua! Seperti yang dijanjikan, aku nak sambung cerita Jeju dengan rakus bagaikan dah tak ada hari esok.

Hari ketiga di Jeju, kami ke Jusangjeolli. Ada apa di Jusangjeolli?


Berdasarkan pemahaman aku, tebing Jusangjeolli merupakan batu gunung berapi yang terbentuk apabila Gunung Hallasan meletus lalu lavanya mengalir ke laut Jungmun. Lava yang menyejuk lalu mengeras telah membentuk formasi batuan bersegi sepanjang 2 km.


Teringat Melbourne pulak

Takde apa nak dibuat di sini selain tangkap gambar dan enjoy the scenery


Yang tukang tangkap gambar tulah Anne

Ada Ahjumma jual abalone. Makan gitu je OK takde masak-masak

Boleh jugak singgah beli sotong bakar dan aiskrim Hallabong di gerai-gerai luar ni

Settle kat sini, naik kereta ke destinasi seterusnya iaitu Cheonjeyeon Falls.


Bayaran untuk masuk

Ikut suka kome la nak gi paling jauh dulu ke paling dekat dulu ke

Kami pergi yang dekat dulu. Jadi ayuhlah ke kanan pusing

Tangga di sini agak curam dan berbatu. Kena hati-hati bila melangkah

Air terjunnya kat bawah tu ha

Tapi tulah, agak kecewa sebab tengok air keruh. Nak buat cmane, hari sebelumnya hujan lebat. Air terjunnya mengalir halus je.

Air yang tenang, jangan disangka boleh berenang

Tinggalkan air terjun pertama, mari yang kedua pulak

Syukurlah yang ini laluannya tak berbatu macam tadi

Sepanjang perjalanan nak ke air terjun ke dua dah boleh nampak sungai

Tu dah nampak air terjunnya tapi masih kena menapak

Mari kita ke bawah sana

 Yang kedua ni agak meriah walaupun air sedikit keruh

Nak senyum nampak gigi, malu sebab rongak. So terimalah senyuman super awkward dari aku

Air terjun yang kedua ni boleh bergambar dari atas pangkin yang dibina ni je, tak boleh berdiri atas batu macam yang pertama.

 Kat sini jangan memandai je melangkah. Ikut trail yang disediakan

Kami nak ke Seonimgyo Bridge pulak. Tak silap aku jambatan ni diukir dengan watak-watak dongeng rakyat Pulau Jeju

Kena menapak lagi. Kelihatan Kak Husna sedang memberi motivasi kepada Siti

Tak sure plak aku bridge ni malam-malam bukak ke tidak tapi ada lampu. Entahlah. Pergi membabi buta takde research macam ni lah

Maaflah sis takde mafla lain, so bawak jela mafla kepam Liverpool tu. Tapi tak sehebat mafla kakak kita si Anies tu sebab dah sampai Emirates. Emirates takpe, jangan ko gi Anfield tak ajak. 

So, adakah kami menyambung perjalanan ke air terjun ke tiga? Jawapannya adalah tidak sebab kaki dah tak larat. So marilah ke destinasi seterusnya. Ke mana tu? Ha...tunggu next entry OK. Thanks for reading.

Kredit gambar dan story mory : Siti Yang Menaip

22 comments

  1. weiii tebing tu mcm MV westlife heheheh ko tipu tebing tu kat ireland pun org percaya kah kah

    ReplyDelete
  2. anfield tahun depan anfield tahun depan... kita celebrate krn kemenangan BPL tahun depan...sapa nak ikuttt sapa nak ikuttttt

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Jangan ewwww sangat. Nak lawan pagi esok ni

      Delete
  4. Akak cuma pi air terjun yang dekat je lepas tu huhuhuhu tak larat nak naik bukit. Padahal yang ke 2 tu jalannya landai je. Yang pertama tu yang turun naik tangga huhuhu terus krem lutut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang memerlukan ketabahan kaki kan. Huhuhu.

      Delete
  5. Anne tu memang tangkas dan ligat buat kerja. Pandai posing pun ya. Bayangkan angkat beg customer berat-berat masa kat airport. Tip top lah kerja dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Bawak kete pun power. Reverse parking sempit padahal kete besar dia buat cam drive myvi je. Respect

      Delete
  6. Boleh nampak gunung rupanya dari atas jambatan tu. Masa saya pergi hari tu, tak nampak apa-apa sebab cloudy gila.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah cantiknya scene sal ambil

    ReplyDelete
  8. Makan Abolone mentah sejenis macam makan Sushi giteww...
    Jauh perjalanan luas pemandangan sakit lutut! adehhhh!

    ReplyDelete
  9. ya Allah view tu. subhanallah. cantik nya. seriussssssssssssssss

    ReplyDelete
  10. kakak..!!! haluuuu ada rumah ke tak ni ? hehe..

    ReplyDelete
  11. SubhanaAllah cantiknya Sal dan juga view.. hehehe..
    Sal makan ke abalone tu? Bagaimanakah rasa dia?? Ce citer sikit..
    kepam pun tetap kesayangan kan mafla tu.. hahahaha..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah