Skyscraper Movie Review

Tuesday 24 July 2018

If you can't fix it with duct tape, then you are not using enough duct tape



Assalamualaikum dan hai semua. Mashaallah lamanya tak update blog. Dari musim raya membawa ke musim bola sampai ke musim durian. Ingat nak sambung cerita travel tapi keadaan tak mengizinkan so mari buat movie review.

Last week aku tengok filem ni. Faktor utama menonton filem ni adalah The Rock. Hahaha. Lagipun aku suka genre action thriller campur a bit of elemen kekeluargaan.

Skyscraper mengisahkan Will Sawyer (Dwayne Johnson aka The Rock) seorang pesara tentera yang kini bertugas sebagai penganalisis keselamatan bangunan tinggi. Tugasan terbaru beliau adalah menguji sistem keselamatan 'The Pearl' milik usahawan Hong Kong, Chin Han (Zhao Long). The Pearl, pencakar langit tertinggi dunia dikatakan bangunan paling canggih dan selamat ; telah terbakar secara tiba-tiba. Will Sawyer telah dituduh menjadi dalang kebakaran tersebut tetapi beliau tidak boleh lari kerana ahli keluarga beliau iaitu isteri (Neve Campbell) dan sepasang anak kembarnya terperangkap dalam The Pearl.


So nak tau berjaya ke tidak Will Sawyer selamatkan keluarga dia dan siapakah dalang sebenar kebakaran tu korang kenalah tengok filem ni. Best. Serius aku tak tipu. Banyak letupan, aksi dan scene yang buatkan korang gayat.

Aku suka plot twist dia walaupun awal-awal cerita dah boleh detect siapa musuh dalam selimut. Ending dia jelah simple sangat tapi babak-babak lain dah disusun cantik so boleh abaikan je minor defect tu. So..rekemen ke idok? Highly! Sila tonton please.

OKlah, thanks for reading!

p/s: Bangunan terbakar panggil bomba, hati terbakar nak panggil siapa?

45 comments

  1. hati terbkar kita siram dgn aiskrim or ais kacang, hiks..
    tgk thriller dia boleh tahan mcm best hah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..idea menarik. hati terbakar makan aiskrim ke cendol ke, sejuklah dia

      Delete
  2. ko dgn the rock mmg x leh di pisah kan hahahaha... eh byk tanya laa plak... hati dah terbakar, pdm laa sendiri mengada2 hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga hati tak terbakar dengan liverpool season ni. hehehe

      Delete
  3. hari tu en.laki kita ada ajak nengok citer ni.. sampai ke sudah tak dating2.. comfim tggu kat astro first je laaa hahahaa

    ReplyDelete
  4. 'hati terbakar nak panggil sape'
    panggil laa zul arippin hhahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. zul aripin dah ada makwe. tak naklah. hahaha

      Delete
  5. last weekend layan antman.
    berkira-kira mana nak tgk.
    anak-anak vote utk antman, sal :)

    hati terbakar, makan mcflurry durian mcD :) hi hi hi hi

    ReplyDelete
  6. nak tgk tp xde kesempatan lagi. aduiiii

    ReplyDelete
  7. tak sempat lagi nk tgok filem ni.. byk jugak filem yg tak sempat sebenarnya :)

    ReplyDelete
  8. typical je cerita ni tapi maybe cgi effect dia nampak power betul hehe

    KAK SAL RINDU SCHAA TAKKKK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..new mom! rindu pun stalk kat twitter jelah. haha

      Delete
  9. Sibuk ye sekarang..saya pun. menulis blog pun kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah sibuk sangat..takde mood dan malas menguasai

      Delete
  10. Replies
    1. alamak huda..kite gi tengok lepas keje. cmane nak ajak

      Delete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. banyak gak citer menarik bulan ni.. dan tengok hotel transylvania je hehe.. yang lain xdak geng nak teman. nak tengok mission impossible =(

    ReplyDelete
  13. Selamat bersiaran Sal.. Lama LZ tak singgah blog Sal..
    LZ pun suka cerita lakonan The Rock, banyak unsur kekeluargaan dan action.. Filem ni LZ belum sempat tonton.. Baca dulu review Sal then baru decide nak pi tengok jika ada kesempatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal pun lama tak update blog n jalan2 blog kawan-kawan. Rindunya lah nak merapu

      Delete
  14. Oh! skycrapper best ek! bolehlah Mrs. A bagitahu kat kids nak pilih tengok citer ni nanti. Last week tak tahu citer apa nak tengok so terus tak tengok hahaha...

    Hati terbakar takde ubat dipasaran la Sal kena ubati sendiri cia..cia..cia...

    ReplyDelete
  15. Tidak ada siapa yang tahubila hati terbakar ?

    ReplyDelete
  16. kin dah tengok! agak seriau jugak la bila the rock buat aksi2 yang menggayatkan tu. huhu

    ReplyDelete
  17. Sebelum baca apa apa nak Komen dulu.


    Oh tidakkkk Tak tengok lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti tengoklah..eh jap, cite ni still tayang ke?

      Delete
  18. Memang suka semua filem lakonan the rock

    ReplyDelete
  19. yuuuhuuuuu Kak Sal.. where r yiuuuuu...

    ReplyDelete
  20. Ohhh rekemen sangat sangatlah ni ek....
    Tp masalahnya hakak bukan suka filem aksi ni Sal... ganas hokey! Mak is romantik hahahaha

    ReplyDelete
  21. Mummy suka the rock tu..Idola! hahaha Badan sasa, jiwa ada taman, lakonan mantap.. baik yg aksi dan mahupun watak bapa.. hahaa best best! kena tgk movie ni..

    ReplyDelete
  22. Mama baru tgk cierita ni.. kecut perut you

    ReplyDelete
  23. sekarang bomba pon xleh diharap., silap2 6 org bomba terkorban gara2 nk selamatkan hati kamu yg terbakar., eyhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.kalau macam tu, biarlah saya selamatkan hati sendiri

      Delete
  24. x dan nak tgok movie ni mase dia kua tu..huuuu

    ReplyDelete
  25. tak tengok lagi filem ini walaupun kita minat the rock.. adakah kita terlupa pasal filem ini.. musykil ini.. hahaha..
    meh nak tolong padamkan hati yang terbakar tu..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah