Dari Osaka ke Nara - Part 14 - Kansai Trip

Thursday 12 October 2017

Assalamualaikum dan hai semua. Aku nak sambung cerita di Jepun yang dah masuk hari terakhir. Cepat betul masa berlalu. Yang lambatnya aku kalau bab update bog. Haha, tapi entry ni paling simple nak ditulis. Ibarat buku kanak-kanak yang lagi banyak gambar dari tulisan. Jadi kita enjoy!

Hari terakhir ni kami nak ke Nara. Osaka ke Nara jarak dalam 45km, jadi nak balik hari pun OK. Plan asal nak ambil Kintetsu Rail Pass, tapi tak jadi. Masa sampai di Kansai Airport, aku ada tunjuk itinerary dan mintak nasihat dari staff di Tourist Information Centre samada perlu atau tidak ambil pass tu. Dia kata tak perlu so ikutlah cakap dia yang pastinya lebih tahu.

We decide to wear baju kurung today!

Dari Namba, kami naik Kintetsu Line direct dan berhenti di Nara Station. Untuk tips lain cara nak ke Nara, boleh rujuk SINI

Senang je nak ke Nara, dan Alhamdulillah cuaca OK. Stesen Nara kecik je, tapi just for guidelines, korang cari exit ke Deer Park. The most exciting part about Nara adalah, compare to Osaka, Kobe dan Kyoto, sini dah autumn dulu! Means..daun dah banyak yang merah!! Yay!

Nara's Map - banyak temple dan muzium


Cantik dan bersih. So in love with this place!

Tak banyak aktiviti yang kitorang buat kat Nara. Itinerary pun cincai. Sekadar jalan ikut langkah kaki. Mana nampak ramai orang, kitorang ikutlah. Takde turun naik bas, train apatah lagi. Sebab tu tak ambil sebarang pass. Nara is a simple town. Tak sesak dengan manusia, cuma sesak dengan rusa. Wait. What?

Nara yang tenang jangan disangka tiada rusa


Di Nara memang ada banyak rusa. Aku try jugak google kenapa kat situ ada banyak rusa, tapi tak jumpa pulak jawapan. Rusa ada dalam longkang, bawah pokok, dekat bus stop, kat kaki lima. Yup, everywhere. Longkang sini memang dijaga kebersihannya sebab rusa suka berendam dan minum air dari situ. Dan rusa-rusa ni takdelah busuk sangat. Boleh petting dan bagi makan, tapi jangan bagi sebarangan. Beli lah deer food dari locals yang duduk-duduk di kawasan rusa bertumpu. Lagi satu, berhati-hati jugak, manalah tau rusa naik minyak.

Nampak lake yang cantik ni

Tempat yang sesuai untuk lepak makan bekal

Juga sesuai untuk termenung bajet ayu

Menung lagi bila nampak kedai banyak tutup


Di Nara ada banyak temple dan pagoda. Cantik dan klasik, macam dalam citer Avatar - Legend of Aang. Bergambar lah korang puas-puas situ. Kitorang bergambar memang banyak, tapi segan pulak aku nak upload gambar sebab semuanya gambar beramai-ramai.

The streets of Nara. Kurang sibuk berbanding Osaka. Ni masa kitorang jalan ikut signboard ke JR Nara Station.

Nara City Tourist Information Centre ni betul-betul sebelah JR Nara Station. 

Kami solat dekat sini. Tapi toilet cuma ada satu. Orang beratur panjang. Tempat solat dia pun kecik, muat-muat sorang. Aku rasa sekadar stor yang diubah suai. Tak kisahlah, janji boleh solat.


Other than that, tempat ni ada sofa boleh lepak-lepak. Wi fi pun laju.

Staf sini pandai cakap Inggeris

To be honest, jalan-jalan Nara ni sekejap je. Lainlah kalau korang masuk semua muzium dan temple dia kan. By Asar macam tu dah selesai, dah tak tau nak buat apa. So, kitorang pun menung dekat Tourist Centre. Tanya yang lain-lain, ada apa-apa nak shopping lagi ke? Tempat teringin nak pergi? Suddenly someone come up with idea nak tengok Universal Studio. Jadilah, walaupun tak masuk.

So kitorang pun naik JR ke JR Universal Station berdasarkan route map kat stesen keretapi. Time ni memang blur lah, sebab benda tak plan kan. Tapi hasil kerjasama 4 kepala, tambah pulak dengan info dari staf kat Information Centre, sampai lah jugak walaupun teragak-agak nak tukar train dan pilih gerabak. Nama pun tourist kan, tak sesat tak feel.
Dah 15 tahun rupanya usia USJ ni

Ramai gak tanya, nape tak masuk USJ. Sebenarnya, keadaan kewangan kurang mengizinkan. Lagipun kitorang ni bukan hantu themepark. Lagi-lagi yang baju down biru tu, naik roller coaster bodoh-bodoh pun dah menjerit macam orang gila. Tapi bila dah sampai depan ni tetiba rasa menyesal. Hah, tulah manusia! Apakan daya, hari dah petang. Rugi kalau masuk. Lagipun pakai baju kurung nak naik roller coaster mau terbongkar semua rahsia. Haha.

Orang Jepun dan kostum berpisah tiada. Nampak yang kiri pakai baju lembu. Kanan pakai baju Angel. Korang nak masuk USJ pakai gitu ke?

Oh ye, untuk pencinta Hard Rock, kat sini ada Hard Rock Cafe ye, Anies. Eh tersebut nama plak.

Siapa kata gadis dari setinggan tak boleh sampai Jepun? *Pinjam ayat iklan Fernleaf*

Next time kalau ada rezeki ke Osaka lagi, aku memang nak masuk USJ. Next time tu bila tak tau lah haih. Kena kumpul duit dan menabung lagi.

Nanti sambung story k. Thanks for reading.

Part 13
Part 12
Part 11
Part 10
Part 9

39 comments

  1. apeni!! petik2 nama org... sedak tawwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..saja nak seru nama ko. hantar wasap x reply.sampai anfield dah ke?

      Delete
  2. xde jual sate rusa ka kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kalau ada pun tak sanggup nak makan.

      Delete
  3. Bestnya jalan2 jepun..
    Nanti pergi lagi..
    Ajak hakak sekali ye 😆

    ReplyDelete
  4. Kita pun tahu Nara sebab rusa je. Tak tahu pasal benda lain. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bandar yang unik kan? orang kat sana tengok rusa cam kita tengok kucing je

      Delete
  5. Bersih betul jepun kan. Cantik park dia Dan Risa Tu mmg sihat2 semuanya

    ReplyDelete
  6. cantik pemandangan kat sana.
    part 'pakai baju kurung naik roller coaster terbongkar semua rahsia' tu memang kelakar

    ReplyDelete
  7. Proud of you gadis-gadis Malaysia berbaju kurung..
    Pasti senyum sendiri bila baca blog Sal.. ;-)

    ReplyDelete
  8. berbaju kurung. how ohsem it was, sal :)

    ReplyDelete
  9. Mcm waktu autumn pula daun2 pokok tu. Ni yg buat berkobar nak ke jepun pula. Kena terjah blog sal semula kalau ada rezeki ke sana.

    ReplyDelete
  10. Firstly kena ucap tahniah kerana berjaya menyiapkan 14 episod...fuh bukan senang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, dekat setahun jugaklah. nasiblah, stail taip entry panjang-panjang, tu yang lama

      Delete
  11. yang kedua, bila nak pasang iklan adsense...hahaha lari tajuk ni...rugi blog travel tak ada iklan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, blog sendu. nak taruk iklan pun tak layak

      Delete
  12. menarik rupanya nara ni, ada rusa berkeliaran begitu saja...kalau kat malaysia dah kena sembelih dah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, unik. biasa bandar ada anjing ngan kucng je

      Delete
  13. mungkin ada undang-undang protect haiwan ini agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, rasanya rusa dah duduk tempat ni dulu sebelum orang start buat rumah

      Delete
  14. View cantik. Best kalau nak lepak2.

    Nasib baik rusa tu tak nampak rupa bentuk longkang kat Malaysia...huhu

    ReplyDelete
  15. rusa tu lepas bebas je ek. tak berak merata la kot tu. negara jepun kan mmg bersih kan. teringin nak tengok sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak. taik rusa ni macam taik kambing

      Delete
  16. MENARIKNYA KISAH TRAVEL SAL KE NARA..NTAH BILA NK DPT KE SANA

    ReplyDelete
  17. baca blog akak pepagi rasa macam dah sampai jepun.. tetiba kena pi kerja, terus balik penang.. sadis

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sabar Firah. biasalah baca blog feeling macam dah sampai. akak selalu gitu

      Delete
  18. okey lettew.. derang pakai costume derang, korang pakai baju kurung.. derang tak de.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, ada gak orang Jepun yang berkenan tengok baju kitorang

      Delete
  19. Cantik manis semuanya berbaju kurung. Xde pakwe jepun yg terpikat ke? Mana tau dapat yg ala2 kimuya takura ke hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...aduh. sekejap sangat kat jepun ni. Klau lama mungkin dapat sambar sorang. Haha

      Delete
  20. Pelik jugak ek....bila rusa boleh berkeliaran mcm tu...tak payah pegi zoo hihi...
    Banyak jugak tempat solat kat Jepun rupanya ye Sal. Eh! Korang pakat pakai baju kurung ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...dh plan awal2. Saja pilih hari yg aktiviti agak light

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah