Train Romantik dan Hutan Buluh - Part 12 - Kansai Trip

Monday 11 September 2017

Assalamualaikum semua! Mood aku tengah membuak-buak nak sambung cerita Jepun ni so marilah kita. Hari ke 5 kami nak ke Kyoto lagi, so ambil JR West Kansai Area Pass

Mula-mula meh aku cerita cara nak beli JR Pass. JR Pass boleh beli siap-siap di Malaysia. Dia akan bagi resit. So, bila sampai sana just tukar di kaunter JR yang ada dekat airport. Macam kitorang, beli di booth di Isetan KLCC. Harga adalah 2,200 yen. Harga ikut yen tau, tapi boleh bayar pakai RM bergantung kepada kadar tukaran wang. JR Pass ni hanya untuk tourist. Boleh je beli di Jepun, tapi nak jimat masa dan duit yen, lagi senang beli di sini. Nak beli online boleh klik JTBOnlineMalaysia

Sebelum beli, kena standby :
1. Fotostat Passport
2. Tarikh pass akan digunakan. So, plan your itinerary before beli.

JR Pass adalah untuk individu, so tak boleh tukar. So far takdelah kitorang sampai kena check, but we never know kan, kot lah random. Insha Allah kalau aku jumpa JR Pass hari tu aku share gambar in the next entry

JR Pass ni ada macam-macam jenis. Mana satu nak diguna bergantung kepada tempat korang nak pergi dan itinerary. Nak lagi info boleh baca sini : Japan Pass Guide

Since dekat dengan tempat kitorang duduk tak ada JR station, so kenalah naik subway dari Namba Station ke Umeda station. Kansai Thru Pass 2 Days kitorang dah expired dan subway tak boleh pakai JR Pass. Teragak-agak nak beli tiket manual walaupun ada option bahasa Inggeris. Biasalah, nama pun tourist. Hehe. Dah sampai Umeda, jalan ke Osaka JR Station. Tapi time ni dah pandai sikit navigate Osaka station sebab dah puas sesat. Ewah. Kononlah, ajak pergi lagi sekali confirm sesat lagi. Kah kah.

240 yen dari Namba ke Umeda(Connected to JR Osaka Station). Tiket train yang comel sangat. Lagi kecik dari tiket bas mini kaler pink tahun 90-an

Lupa nak bagitau, pagi hari ke-5 ni kami nak naik Sagano Romantic Train u olls. Eh ingat akak tak romantik ke? Luaran je nampak brutal OK. Nak ke sana, kami naik JR dari Osaka Station direct ke JR Kyoto Station. Kalau aku kaya dah naik bullet train lagi sekali, tapi macam membazir pulak sebab dah ada pass. Dari JR Kyoto Station, naik JR Train lagi sampai ke Umahori Station.

Nak ke Umahori Station dalam 20 minit. Lama rasanya duduk dalam train. Awal-awal tu view dia bosan, nampak rumah-rumah je, then lama-lama akan masuk area kampung. Tengok luar tingkap dah nampak sawah padi dan sungai. Teringat filem Embun, Aqasha ajar Umi Aida tanam padi stail Jepun. Eh ke situ plak. Haha.

Keluar dari Umahori Station terus rasa angin sejuk. Tempat ni berkabus dan dikelilingi bukit. Sebab tu sejuk. Menggelupur bukak beg ambil Down. Still sejuk. Tabahlah. Haha. Tapi Subhanallah, view dia cantik giler. Udara pun fresh. Kena jalan sikit dari Umahori Station ke Kameoka Torokko Station.

Ko kenapa dik? Sakit pinggang sebab duduk lama dalam tren ke atau tak tahan baju berat berlapis-lapis. Haha. Time ni cakap pun mulut keluar asap

Boleh bergambar kat sawah padi!

The view dari Tingkat 2 Stesen Kameoka. Aku lupa ambil gambar stesen dari luar.

Ada kedai souvenir

Sementara tunggu Romantic Train, aku macam biasa bila sejuk je mulalah bladder buat hal. Padahal control tak minum air tuh. Aduh. So, aku pun gi toilet. Terkejut aku tengok toilet dia walaupun bersih sebab toilet cangkung ye u olls! Air takde, so kena isi air dalam botol kat sinki. So, ketahuilah bahawa toilet di Jepun ni variety. Ada tandas duduk yang moden dan siap ada air, pakai suis elektrik tu. Ada jugak tandas duduk takde air, so sebelum bukak zip tu check lah dulu ye. Toilet klasik ala-ala kat kampung pun ada jugak. Nasib baik hajat kecil, kalau hajat besar memang aku tahan balik town Kyoto. Haha.

Kalau belum beli tiket, boleh beli di kaunter. Tiket dia ada timing, tak boleh main redah je.  


Kitorang beli tiket awal, sampai je terus beli kat airport. Sebenarnya kalau beli awal boleh dapat seat. If lambat kena berdiri. Harga tiket 620 yen dewasa, 310 yen kanak-kanak.

 Dah sampai! See..ada pakcik yang jaga ye, ko jangan macam-macam, kena wisel nanti

Sepanjang perjalanan boleh nampak Hozugawa Ravine. Ada sungai jernih yang mengalir kat tengah-tengah jurang ni. Memang cantik. But to be honest lagi cantik kalau datang masa autumn dah full swing. Time kitorang ni daun pun belum merah lagi. Insha Allah, kalau ke sini lagi nak try naik boat menyusuri Sungai Hozugawa sekali.

Naik je terus cari seat, sebab kat tiket ada nombor

 If nak adventure dan banyak masa naiklah bot ride selama 2 jam



Kitorang naik sampai ke Arashiyama Torokko Station. Turun kat sini sebab nak tengok the famous hutan buluh. Train ride ni tak silap aku dalam 15 minit. Entahlah, seronok menikmati view luar. Sebab memang sangat cantik.

Manusia ramai, so pendamlah impian nak syot cantik macam dalam iklan. Itu semua dusta. Haha
 
Tips nak gambar cantik tanpa gangguan, shoot dari tepi. Haha. Tapi takdelah secantik if berdiri tengah-tengah jalan.

Dari sini kitorang proceed je ikut lautan manusia. Jalan je terus sampai jumpa jalan raya dan ada bus stop.

Singgah makan kat 'warung' belakang bus stop. Aku yakin halal sebab takde daging or ayam dalam menu. Just ikan dan sayuran. Pekerja dia pun boleh berbahasa Inggeris. Kitorang tanya ada alcohol atau wine ke tak, dia jawab takde. Tapi bila kitorang nak beli satu desert ni dia kata direndam dengan sakae (arak Jepun). So, apa-apa pun korang nak beli kat Jepun kena tanya dulu. Walaupun kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang. Gambar takde sebab aku tengah pening nak adjust cmane nak makan pakai chopstick. Stress woi kedai makan kat sini takde sudu garpu. So, nasihat aku buat korang yang tak pandai, bawaklah sudu garpu sendiri. Aku makan nasi campur cendawan apa entah. Lagipun orang ramai, kitorang pun duduk menyelit kat tembok tepi longkang. Tapi longkang kat sini takde bau dan bersih, so takde masalah putus selera mahupun putus terpaksa.

Dah makan, ke mana kita? Macam biasa sebab aku blogger malas nak tulis blog panjang berjela, korang tunggulah entry seterusnya. Hahaha. Till then, thanks for reading!!

Part 11
Part 10
Part 9

44 comments

  1. macam mn sawah padi kat sana..nmpak cantik bergambar kat sawah tu.. sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taulah nak describe cmane, tapi sawah padi kat Jepun agak kering.

      Delete
  2. air sungai dia jernih ye.. wana hijo..best ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna hijau sebab keliling tu pokok belum kuning lagi.ada yang pergi time dah full autumn, air sungai nampak warna merah dan kuning.lagi cantik

      Delete
  3. mmg syok layan view dari train romantik...lawa..

    ReplyDelete
  4. Alamak! Ruginya tak dapat bergambar dengan bamboo kat Arashima tu tapi takpalah, janji ada juga gambar walau dari tepi katanya ^_^

    Sawah padi kat sana pun cantikkan, Sal padahal melambak aje sawah padi menghijau kat negara sendiri. Tapi itulah, kalau travel ni memang semua pun nampak cantik je di pandangan mata. Itu yang kejap-kejap nak ambil gambar buat kenangan. Yalah bukan senang nak datang selalu walaupun promosi terbang menerbang ni selalu aje ada ^_^

    Lepas ni bila nak bersambungan kisah seterusnya? Kena tunggu balik dari travel obersi lagikah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..amboi, kalau ikut hati nak taip hari-hari tapi tulah bila banyak dah lupa, lambat sikit menaipnya. balik trip obesi dah ada cerita baru, lagi lupa nanti.

      promosi terbang menerbang memang banyak, promosi tukaran wang asing je yang berapa ngam.haha

      Delete
  5. Cantiklah gambo depan kebun buluh tu Sal. Masuk sangat dgn warna baju hang tu....

    Tulah....bila travel ni, malasnya bab bab nak terkucil tp toilet tak mcm toilet kat Malaysia....mmg spoillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, asalkan bersih dan ada air, lantaklah mak nak bilik air cmane pun.

      kena pesan sesape nak amik gambar kat sini jangan pakai baju hijau gelap, nanti tenggelam

      Delete
  6. train mcm tu slalu ada dlm komik jepun... tp knape x de kt mesia? whyyyyyy

    ko ada jumpa rebung x kt hutan buluh tu? bw laa blk boleh buat msk lemak rebung kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. x kuasa nak petik .kat malaysia pun aku beli rebung kat Tesco je. haha.tulah, orang sini x cukup rpmantik agaknya

      Delete
  7. Syoknya awak cuti Jepun. part bawa sudu n garfu tu kelakar.hehe.. tapi betullah naya gak kan tak reti guna chpstick

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu pun ye jugak..haha.suap nasi memanjang jatuh je, orang dah habis makan kita tak siap lagi.

      Delete
  8. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete
  9. melalui gambar2 TB ras atertarik betul nak pi sana.. tapi tak tahulah bila lah berkesempatan.. huhu

    ReplyDelete
  10. Cantiknya viee dr romantic train tu Sal. Bambo forest tu pun cantik sangat. Bila lah nak ke jepun pula ni.

    ReplyDelete
  11. wah ada sawah padi jgak yer kat sana. Ingat bandar je semua. And gambor kat buluh2 tu cun sangat. Good tips ambik gambar dari tepi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..Kyoto pun ada kawasan kampung. saya pun ingat bandar sahaja, rupanya sama macam kita kat sini kan

      Delete
  12. cantik gambar kat buluh tu sal. kalau kat sini, ular selalu duduk kat buluh. sana camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, tak terfikir pulak.takde pulak nampak warning atau signboard, tapi kawasan tu berpagar.

      Delete
  13. jauh benar bejalan. Bawa diri baik baik

    Ada baca orang yang selalu mengembara makin matang dan bijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah sis, sambil kembara sambil belajar dan rasa makin kerdil diri ni.doakan saya tak lupa bumi yang dipijak

      Delete
  14. cantiklah pokok2 buluh tu, kalau orang tak ramai boleh bergambar lompat bintang dekat situ kan tapi orang mesti ramai punya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni memang tumpuan, so tak mungkin dapat gambar macam dalam iklan..haha

      Delete
  15. Replies
    1. view jepun, orang jepun, teknologi jpun..semua ohsem

      Delete
  16. Replies
    1. tahun ni mungkin tak..but we never know kan..hehe

      Delete
  17. Memang sungguh romantik la pemandangannya...

    ReplyDelete
  18. Bila baca post Sal memang tak pernah tak berangan.. Terasa diawangan, best sungguh Sal.. Bersih yang amat.. Pemandangan cantik.. Cuaca pun best.. Hurrrmmm LZ pasang angan-angan dulu pergi ntah bila...

    ReplyDelete
  19. park dulu sini, nanti ada rezeki kena study bebetul

    ReplyDelete
  20. cantiknya view dia... buluh dia gatai dak ? heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..buluh rasanya memang gatal kot. Ni buluh jepun rasanya lagi gatal teruk. Haha

      Delete
  21. Cantiknya jepun..best gak sekali sekala ckp mulut keluar asap ni

    ReplyDelete
  22. fuh kalau ramai macam nimemang tak best la nak ambil gambar kan

    ReplyDelete
  23. bersih ja nampak tempat mereka

    ReplyDelete
  24. nampak menraik pula train pakai kerusi kayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut train romantik kenalah kusyen empuk..haha

      Delete
  25. thanks dik for writing, terhibur sungguh akak baca. keep it up! :-)

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah