Kekuasaan Allah di Kobe - Part 7 - Kansai Trip

Tuesday, 28 March 2017

Assalamualaikum semua! OK, meh sambung cerita di Kobe. Kobe ni sekali pandang, takde siapa sangka ia pernah dilanda gempa bumi yang amat tragis. Gempa yang terjadi pada tarikh 17 Januari 1995, pada jam 5.46 pagi itu dikenali sebagai the Great Hanshin Awaji. Seramai 6,434 orang maut; 43,792 cedera, manakala 249,180 buah rumah rosak. (Sumber : http://www.dri.ne.jp/en) Gempa berdurasi 20 saat, pada skala 6.9 Mw itu antara yang paling dahsyat dalam sejarah Jepun.
(Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Great_Hanshin_earthquake)

So, lepas je turun dari Mount Rokko, kami meneruskan perjalanan ke Earthquake Museum, Kobe. Aku dah buat research, so ada 3 cara aku kenal pasti dari Rokko Cable Car ke Earthquake Museum.

Option A : Turun di Iwaya Station
  1. Naik bas nombor 16.
  2. Berhenti di hentian bas Nada Kuyakushomae. Aku pernah mention yang bas di Kobe ada skrin yang display bus stop yang seterusnya, tapi dalam tulisan Jepun. 
  3. Cari stesen train Shinzaike Station
  4. Naik Hanshin Line to Iwaya Station
  5. Jalan kaki dalam 850 m ke muzium
Yang ni kitorang reject sebab banyak kena jalan. Bukan malas, takut sesat atau salah bus stop.

Option B : Turun di Kasuganomichi Station
  1. Naik bas nombor 16.
  2. Berhenti di Rokko Station, iaitu stesen tren kitorang sampai tadi.
  3. Naik Hankyu-Kobe line to Kasuganomichi Station
  4.  Jalan kaki dalam 1.3 km ke muzium
Yang ni kitorang reject jugak sebab 1.3 km nampak jauh. Hahaha. Ni sebab malas. Jujur.

Option C : Naik bas, turun dekat dengan museum.
  1. Naik bas nombor 16.
  2. Berhenti di stesen bas JR Rokkomichi. Senang nak detect bus station ni sebab besar dan memang banyak bas berhenti kat situ.
  3. Naik Kobe City Bus no. 100.
  4. Berhenti bila dah nampak muzium.
Yang ni obviously menjadi pilihan kitorang. So, jomlah ke bus stop masa sampai tadi dan cari bas no. 16.

See..kat bahagian depan bas tu ada screen yang bagitau next station. 

Berhenti kat sini

Pastikan tunggu di platform yang betul

Kelemahan naik bas ni, kena tunggu lama sikit berbanding tunggu tren. Boleh plak time ni bladder aku buat hal. So, main terjah je masuk bangunan ni, tengok-tengok ada toilet. Haha. 


Petunjuk kitorang untuk turun di Kobe Earthquake Museum ni adalah gambar yang aku dah print awal-awal. Harus diingat, kat Osaka yang namanya muzium tu tak semestinya rupa macam bangunan dahulukala, bumbung pagoda semua tu ye. Masa nampak muzium ni kitorang siap tertanya-tanya, betul ke tidak. Dah lepas bus stop baru kalut nak turun. Jalan jauh sikit, tapi takde masalah sebab cuaca just nice.

Bangunan muzium tu macam ni. Dalam gambar nampak macam bangunan tengah construction..padahal memang rupa dia gitu.

Earthquake Museum dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sampai 5.30 petang, kecuali hari Isnin dan petang tahun baru. Bayaran masuk adalah 600 yen.

Kalau nampak signboard ni, maknanya kalian di tempat yang betul

Masuk sahaja, macam biasa, akan disambut oleh awek Jepun yang akan tunjukkan kita kaunter tiket. Satu jelah yang tak best muzium ni, tak boleh ambil gambar.

Antara tarikan paling menarik dalam muzium ni bagi aku adalah 'Earthquake Simulator', di mana pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan gempa bumi. Selain tu ditayangkan juga dokumentari yang menceritakan kembali timeline, damage, survival, dan bagaimana penduduk Kobe membina kembali kehidupan dan bandar kecil mereka setelah gempa bumi tersebut. Sedih pun ada jugak bila tengok. Bayangkan kalau jadi pada kita atau keluarga kita.

Berada di muzium gempa bumi ni membuatkan aku bertambah kagum dengan negara dan masyarakat Jepun. Budak-budak umur baya Shin Chan dah diajar menghadapi situasi gempa bumi. Teknologi seismic diorang canggih, boleh mengkaji kebarangkalian berlaku gempa bumi di tiap-tiap kawasan dan meramal bila ia ada potensi untuk berulang. Eh..time tu tetiba takut dan fikir macam-macam. Huhu. Sebab tu orang-orang Jepun cenderung hidup secara minimalis. Mereka kena sentiasa bersedia untuk berpindah. Aku perasan jugak di kebanyakan tempat awam di Osaka dan Kobe, ada anak panah yang menunjukkan arah tempat perlindungan kalau-kalau terasa gegaran.

Meet Aya Shimada, volunteer di Kobe Earthquake museum. Survivor too!

Kebanyakan staf dan volunteer kat sini adalah survivor earthquake tersebut. So, aku perasan bila diorang explain pasal exhibit, mata diorang macam berair sikit. Terkenang, mungkin. Termasuklah Aya Shimada yang bawak tour tempat ni. Actually, Kobe Earthquake Museum ni tak sediakan guide, tapi since waktu ni orang tak ramai, so Aya datang dan tegur kitorang. Dia explain macam-macam. Memang friendly dan fluent berbahasa Inggeris. Dia pernah stay di Malaysia, so comel je bila dia try cakap Melayu.

Tempat ni bagi aku memang kategori must visit. Banyak benda korang boleh belajar. Besarnya kuasa Allah, bila tengok antara negara termaju di dunia pun lumpuh bila dilanda bencana. Ujian buat mereka, panduan buat kita.

Memandangkan waktu Asar dah dekat, kitorang nak berkejar ke suatu tempat ni. Kali ni pun naik bas lagi. Tunggu kat depan institut ni. Baik betul Aya tu, siap temankan kitorang sampai ke bus stop pastu tengokkan time table. Bas kat sini punctual katanya, pas tengok time table kat bus stop, boleh patah balik tunggu dalam building sebab tak tahan sejuk. Haha. Dalam hati skeptical jugak..iye ke punctual? Tapi memang betul. Impressed!

Tunggu bas berhadapan bangunan ni. Uniqlo di mana-mana.

Dari muzium, kami naik bas ke Sannomiya station. Boleh naik bas no. 100 atau 101. Sannomiya ni stesen utama di Kobe. Untuk ke Kobe Mosque (Masjid Kobe), korang boleh pilih untuk jalan kaki dalam 1.0 km, naik City Loop Bus atau naik teksi. Kitorang macam biasa, sampai je kat stesen Sannomiya, terus tanya Tourist Information Centre, cara yang mudah nak ke sana. Jangan ingat non-muslim tak tau Masjid Kobe. Cuma tulah, kalau nak tanya non-speaking English people, kenalah print gambar dengan tulisan bahasa Jepun siap-siap. Konsep Flash Card ini ditaja oleh Scdha Sein *iklan jap*

Tapi City Loop Bus ni tak boleh guna Kansai Thru Pass. Setiap kali naik, fare dia 260 yen per ride. Unless korang beli Day Pass, 660 yen. Ini bergantung pada itinerary korang. If tempat korang nak pergi tu banyak yang City Loop Bus cover, then untung beli bus pass ni. Travel ke Jepun kena banyak kira-mengira. Tapi kalau setakat beza sikit, tapi lebih mudah dan cepat, jangan kedekut sangat ye. 

Staff kat tourist Information Centre tu suggest naik teksi je since kitorang ramai. 260 yen x 4 = 1,040 yen. Naik teksi dalam berapa ratus yen sahaja. Aku lupa plak. So, mari gedik naik teksi. Barulah Kobe Drift.
 

Inilah dia Masjid Kobe! Ia siap dibina pada tahun 1935 dan merupakan masjid tertua di Jepun. Masjid ni menyimpan banyak cerita menarik. Antaranya, pernah menjadi tempat perlindungan sewaktu Kobe dibom pada tahun 1945. Seluruh Kobe musnah, kecuali rumah Allah ini. Begitu juga sewaktu gempa bumi pada tahun 1995. Hebat kan? Allahu. Memang rasa sebak gila bila tengok masjid berdiri megah di negara yang minoritinya bukan muslim. Memang syukur tak ABC (Allah Bagi Cuti) time datang sini.

Sorry aku tak tangkap gambar dalam masjid, sebab ada orang lain waktu ni. Khuatir menggangu privasi diorang. Sayang dah terlepas waktu solat berjemaah. Kalian kalau ke sini, planlah elok-elok. Ada rezeki boleh berjemaah kat negara bukan Islam, rasanya boleh buat air mata menitik.

Perasan tak dalam entry ni kitorang tak makan dari tadi. Dahsyat tak? Haha. Kebiasaannya keliling masjid mesti ada kedai makanan halal. Begitu juga kat area Masjid Kobe ni. Kitorang makan kat kedai Pakistan (ke Bangladesh? Or India?) berhampiran masjid. Sedap!! Ke sedap sebab lapar. Huhu. Mana entah gambar. Aku rasa aku ada amik, tapi belek-belek fail tak jumpa. Adoi la...

Lepas makan, ke mana kita? Nanti sambung cerita ye..Thanks for reading!

Part 6
Part 5
Part 3
Part 2
Part 1

71 comments

  1. seronok baca apa yg sal cerita, sejrah ttg earthquake tu mcm mn rakyat jepun nak naik semula selps bencana alam tu, very hard to say dgn kata2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, diorang yang mengalami je faham.tapi memang kagumlah tengok.

      Delete
  2. kalau time travel memang tak best kalau asyik nak ke tandas. tp kita still kena minum utk elak dihidrasi. anyway, cantikla kobe ni. teringin gak nak ke jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang..tapi kalau sejuk tulah dilemanya.tekak cepat kering, tapi kalau minum kang, nak buang pulak..

      Delete
  3. xdpt tgok gmbar dlm masjid, design seni bina dia macam mn, dpt tgk kubah dlm masjid jadik laaa
    hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...segan amik gambar dalam masjid tu sebab orang ramai.kang diorang ingat kita amik gambar dia plak

      Delete
  4. Kalau survivor kejadian yg cerita balik mesti feel dia tu akan lebih dan sampai dekat kita jugak kan? Ujian besar buat mereka masatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..lagi-lagi kalau yang cerita tu ada kehilangan ahli keluarga sebab gempa tu.kesian je..

      Delete
  5. Rajin ko buat research negara orang tu sebelum nak pergi ek Sal. Hakak ni kurang rajin bab itu. Mau sesat barat agaknya kalau hakak dipertanggungjawabkan bab tu Sal hihi...

    Satu lagi hakak ni bukan minat gi muzium mcm tu Sal. Agak agaknya selain muzium apa lagi nak cari kat Jepun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. muzium ni best kak..macam pusat sains sebenarnya, bukan macam muzium negara tu.Haha, gi negara orang tengok orang lah best..pastu makan..

      Delete
  6. mmg aim nk g masjid ni insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah..memang cantik masjid ni. Kuasa Allah, kena bom, kena gempa pun masih kukuh.

      Delete
  7. alhamdulillah sal berjaya masuk kobe mosque ni.

    sbb ramai kengkawan g - masjid ni dah tutup - sebab luar waktu solat dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kitorang sampai ni orang baru lepas solat Asar rasanya. tulah, kena bajet timing.

      Delete
  8. kalau laa malaysia ni sering kena gempa (nauzubillahi minzaalik) rasanya makan bertahun jg laa nak pulih... tp mmg betul laa ckp org... kalau org jepun ni mostly muslim, diorg boleh jd muslim yg hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..tu sebab ada pepatah 'aku lihat muslim di negara bukan Islam'. nilah contohnya. rakyat Jepun sangat berbudi bahasa dan pembersih. Sifat yang orang Islam kadang2 lupa

      Delete
  9. bahagian luar masjid x amik juga ke? syg nyerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku selalu gitulah..teruja sebab dah sampai, lupa amik gambar

      Delete
  10. Salam Jumaat, dik Sal. Maaflah baru sekarang sempat singgah ke mari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ahad (hari komen ni saya baca)..Takpe, saya faham akak sibuk. Thanks singgah sini

      Delete
  11. Huhuhuhu dah sampai Part 7. Jenuh akak nak study nih... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tu pun guna gear 2 je kak..xpe, take your time

      Delete
    2. Kena ikat kepala cam budak2 jepun buat ni....menelaah entri Sal 😊

      Delete
    3. menelaah beriya-iya..mana tau lepas ni samai.ewah

      Delete
  12. Bestnya berpeluang selami sejarah Kobe dan lihat bagaimana mereka bangkit semula.

    ReplyDelete
  13. Pernah tengok dokumentari mengenai masjid Kobe ni...memang besar kuasa Allah kan,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. besra kuasa Allah yang memberi izin saya sampai ke Kobe..Alhamduliilah

      Delete
  14. rs typo ke minoriti ke majoriti bukan muslim?., hehe2

    naiss kobe city., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks tegur Wak..emo sangat bila menaip, terus typo..

      Delete
    2. Kihkihkih nampaknya akak yang membaca ni pun teremo sama sebab tak perasan langsung major ke minor 😝

      Delete
  15. hebatnya Kuasa Allah....tiada siapa mampu mengelak...

    rugilah mereka yang tidak percayakan akan Hari Pembalasan (kiamat)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu..tengok gempa je dah kecut perut..kiamat esok x tau cmane

      Delete
  16. Bas di sana sangat tepat...kita di Malaysia pun dah semakin improve cuma bila tersangkut kesesakan memang tak dapat buat apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib public transport..bila bagus takde sape puji.kerosakan teknikal sikit, berbakul kena sumpah..haha

      Delete
  17. kalau ada gambar mungkin tak ramai yang akan masuk...

    sebab dah tengok gambar...

    jadinya memang kena masuk dan rasai sendiri...feel lagi mendalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Arz..lagi menarik bila kita tertanya2 apa ada dalam tu.tapi bagi saya, tak rugi masuk muzium ni

      Delete
  18. perancangan yang rapi...memang hebat siap ada 3 cara lagi untuk ke museum kobe ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke Jepun memang kena rancang dengan rapi..kalau tak memang sesat.tengok map keretapi je dah pening

      Delete
  19. ramah rupanya orang mereka melayan pengunjung

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...rasa tenang je hati.walaupun ta pandai bahasa inggeris, tapi gigih nak bag kita faham

      Delete
  20. Memang best gi Jepun kan..... setiap sudut bersih je...

    ReplyDelete
  21. orang jepun ni terkenal sebagai orang yang bersistem. kalau berlaku disaster diorg cepat2 build up balik. bagusnya dapat ke muzium earthquake diorg

    ReplyDelete
  22. Seronok la dpt berkunjung ke Jepun. Untung sangat. Negara yang bertamadun dan sopan

    ReplyDelete
  23. Bookmark dulu... later on comeback... Cik sal dah tuko alamat opis ke? Kalu ada alamat baru email SS boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tukar SS..masih alamat yang sama.

      Delete
    2. Tapi alamat email lain? 🤓

      Delete
    3. alamat sape yang lain? saya ke ss?

      Delete
    4. Cik Sal ada alamat email lain ke? Alamat opis yg lama still SS simpan... Noted!

      Delete
  24. ok. noted. lepas ni kalau ke mana2 Negara orang nak print gambar sekali tulisan dorang siap. senang nk mintak guide kan.

    kuasa Allah kan. rumah dia jugak yang tetap teguh berdiri. itu pun ramai lagi yang tak Nampak kekuasaan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..lagi2 negara yang orang dia x pandai cakap Ingeris.haru nak explain

      Delete
  25. sekali pandang, muzium tu macam bangunan yg sedang construction :)

    ReplyDelete
  26. Ada banyak option... Kalu tak faham jugak tak tahu laa nak cakap apa kan... ha ha ha... Japan ni susah nak sesat kalu ikutnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun ni kena study betul-betul dan kena buat pilihan transport yang tepat.Salah nanti rugi masa dan duit je

      Delete
  27. Tetiba ada iklan flash card... kah kah kah... hadoiiii... lawak betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.credit is given when it's due. ada 'ilmu travel', kita pajang-panjangkan. moga manfaat kat orang lain yang membaca

      Delete
  28. Hebatkan masjid tu... Yang lain semua gegar tapi masjid masih kukuh... Sama cam yg kat Acheh tu.. Hebat kuasa Allah...

    ReplyDelete
  29. baguskan survivor volunteer jd guide, mesti lagi best..penuh penghayatan..bestnya dapat masuk masjid ni, dulu pergi dh lewat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkejar jugak nak datang sini..sayang tak dapat solat jemaah je

      Delete
  30. ni antara negara-negara Allah izin bentuk muka bumi yang cantik..
    hehe bagus Kak Sal kasi tiga-tiga cara hahaha yang jalan banyak tu memang reject laaaaaa tak kose..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..samalah kita.kalau boleh nak keluar ketapi terus ada kat situ.tapi tak mungkinlah. kat Jepun tu berjalan jelah keje

      Delete
  31. bladder buat hal ke memang timing dia ? ngeh2

    ReplyDelete
  32. haah.... macam building under construction.... ada jugak ea.. huuuu

    ReplyDelete
  33. Allahu.. besarnya kuasa Allah, tika bangunan lain musnah, rumah Allah tetap terpelihara

    ReplyDelete
  34. Untung dapat merasai jejak kki kat Kobe.. nak jugak kalau diberikan keizinan... in sha allah

    ReplyDelete
  35. Time travel ni rasa lapar tu kurang boleh mkn je apa ada tp kalau kat msia mulut asyik nk kunyah jek...senang nk cari mknanan halal cari masjid mesti ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, biasa kat masjid memang senang cari makanan halal.tapi biasalah time travel ni, boleh je ajar perut tu bertahan. cuba kalau kat sini..sikit-sikit lapar. haha

      Delete
  36. Transport kat jepun ni mmg efisyen sgt kalau tahu arah mmg in shaa allah x sesat..klau kat msia? Suka lg drive sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, yang penting kena gigih baca map n tanya orang.

      Delete
  37. sebak membacanya..itulah kebesaran Allah kan, masjid tetap teguh berdiri walaupun dilanda gempa bumi

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah