Tuesday, 21 March 2017

Braces Journey Part 4 - Lepas 40 Hari

Aku datang ke braces review pertama dengan hati yang berbuku. Mana taknya, awal-awal doctor dah warning yang geraham bongsu belah kiri aku perlu dicabut. Rujuk ENTRY INI. Damn it, aku dah buat-buat lupa sebab tak sakit! So, misi aku hari tu adalah membodek doktor cari alternatif lain. Perit wo nak recover lepas operate.

Braces review yang pertama tak banyak renyah. Tak sampai sepuluh minit. Doktor pasang power chain kat gigi belah bawah. Ia sejenis getah elastik bentuk bulat yang dipasang di atas arch wire untuk merapatkan gap antara gigi. Dalam kes aku, doktor pasang dekat tempat gigi yang rongak tu je. Power chain aku jenis clear.  Sekali pandang memang tak nampak.

Benda kaler hijau tulah power chain

Lepas pasang power chain, doktor tanya lagi pasal minor surgery wisdom teeth aku. Aku tanya balik, perlu ke buat since tak sakit. Doktor cakap, sama je, tak sakit hari ni, sakit esok. Takut jugak aku bila lama-lama pakai braces nanti, bila braces tarik gigi ke belakang, dia menolak ke depan. Gulp! Tapi sebenarnya aku tipu doktor. Sekali-sekala gigi bongsu belah kiri aku ni buat hal jugaklah. Tapi tak kronik macam belah kanan. Belah kanan masa belum buang dulu, asal gosok gigi je berdarah. Dia punya menangkap ke kepala tu, rasa nak mengamuk je.

Jadi, aku pun bersetuju untuk operate dengan berat hatinya. Takpelah, untuk diri sendiri.

Balik dari pasang power chain, aku dah start rasa tak selesa. Nasib baik aku amik cuti. So..kembali makan bubur dan makanan-makanan yang aku makan masa first week pakai braces. Kepala pun dah start berdenyut. Tapi aku gagahkan jugak petang tu pergi tukar minyak hitam ngan oil filter keter. Adoi..duit lagi. Makin sakit kepala. Kah kah.

Tapi jangan risaulah, sakit sehari dua je. Weekendnya aku gi kenduri kahwin dah makan ayam dengan gembira.

Minor surgery aku akan dibuat bulan depan. Rasa cam sedih dan forever alone je kena gi sorang-sorang. Takkan nak mintak member amik cuti kot. Adik aku takde. Nak bodek-bodek Mak akulah, harap dia sanggup. Yelah, operate tu lama..takut dia bosan.

Day 1

Day 40

Bila tengok dalam gambar ni cam nampak progress. Haha. Korang rasa? Since powerchain aku jenis clear, memang tak kelihatan.

OKlah, doakan minor surgery aku berjalan lancar dan aku dapat recover dengan mudah. Jumpa next entry.

43 comments:

  1. dgr citer sal pun dah ngeri, nk minor operate kat gigi..aaaaahhh
    anyway be strong girl semoga Allah permudahkan urusan sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cantik memang kena sakit sikit..huhu

      Delete
  2. ngeri kan, dulu pun saya pernah gak hadapi semua ni. minor operate dll. paling tak best time makan. how i hate the experience

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..tapi bila tengok ada perubahan, hepi lah jugak.cuma bab banyak x boleh makan tu yang x best

      Delete
    2. betul, mmg nampak perubahan tu sal. sabarlah lagi k

      Delete
  3. DAH SELESAI SEMUANYA KANSAL MOGA SEMAKIN MANIS SENYUMANNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh lagi nak selesai kak PI..hehe. thanks anyway..pas ni meluat lah orang tengok saya dok tayang gigi kat blog.hihihi

      Delete
  4. semoga dipermudahkan ye sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah..terima kasih atas doa

      Delete
  5. kalau nk sy tlg teman - silalah roger ...

    hari apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari khamis, 6hb.Huda kan kerja. Xpelah, lagipun jauh nak datang Ampang.pagi lak tu

      Delete
  6. nampak perubahannya... bertabahlah ye kak.. hek2

    ReplyDelete
  7. Sal - seriously lah nampak perubahan...

    berbaloi rasa bila tgk ada perubahan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak dah perubahannya sal, alhamdulillah berbaloi dengan pengorbanan

      Delete
    2. oh..korang pun perasan ye.ingat mata sendiri yang menipu. Alhamdulillah.

      Delete
  8. semoga dipermudahkan urusan..bertabahlah, lepas ni gigi dah teratur & cantik..

    ReplyDelete
  9. cepat juga tu... tak sampai 10 minit je...

    jaga2 makan nooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..hang jangan buli aku makan epal lagi tau.kah kah

      Delete
  10. laju juga tu perubahannya... kalu dulu rs nyer mkn 2 thn jg laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh lagi ni..baru nak start rata bahagian depan.gigi still muncung.kau perasan kan aku tak reti nak senyum sangat masa bergambar hari tu

      Delete
  11. Kwn kite baru je after surgery buang gigi bongsu. Seminggu jugak la baru boleh makan dgn normalnye. Hehe

    ReplyDelete
  12. Kiranya nak mengelat tak berhasillah ni ye Sal hihi... Kenapa nak kena teman Sal? Bukan dpt masuk pun orang tu kalau teman.
    Tak sia sialah ye Sal puasa ayam itik lembu semua, day 40 gigi dah ada perubahan. Seronoklah tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok Mak..berbaloi jugak menderita kena jaga makan.haha

      Delete
  13. Replies
    1. Insha Allah..thanks for the doa, abang MKL

      Delete
  14. Replies
    1. tak cantik...sebab tu pakai braces.haha

      Delete
  15. Replies
    1. mana ada putih...tu lighting je tu

      Delete
  16. Replies
    1. jauh lagi perjalanan..tapi moga tercapai hasrat

      Delete
  17. Replies
    1. thanks...semangat jugak rasa bila nampak perubahan

      Delete
  18. bab gigi ni sape je yang tak takut. tambah pulak kalau ada surgery2 ni hahaha

    ReplyDelete
  19. Akak doakan dari jauh jelah, Sal. Moga semuanya selamat dan berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak Farrah..baru lepas operate semalam

      Delete
  20. Ada nampak perubahan positif di situ 😄

    ReplyDelete
  21. Mesti rengsa nak makan kan? Huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cantik kena korban? lol!!cantik kewww *gaya Azwan Ali*

      Delete
  22. doc gigi memang keje diaaaa nak cabot je kan ?? hehehe.. xpe kak.. tabah nanti dah maaakin gojes =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiyo..nak tunggu gojes tersiksa..haha

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com