Fantastic Beasts - is it really that fantastic?

Monday 21 November 2016

My philosopy is that when you worry, your suffering is twice

Lama rasanya aku tak tengok wayang. Sangat lama. Tercetusnya idea aku untuk tengok 'Fantastic Beasts and Where to Find Them' ni pun sebab member aku cancel plan karok last minute. Alang-alang aku dah siap, takkan nak duduk rumah je. So, next thing I know, aku dok layan movie ni sorang-sorang kat TGV KLCC. Dating dengan diri sendiri apa salahnya. *batuk* forever *batuk* alone


Filem terbitan Warner Bros ini diinspirasikan dari novel dengan tajuk yang sama karya penulis terkenal J.K Rowling. Ia diarahkan David Yates, pengarah francais filem-filem Harry Porter sebelum ini.

Berlatarbelakangkan tahun 1920-an, filem ini mengisahkan Newt Scamander, lakonan Eddie Redmayne yang singgah di New York dalam perjalanan ke Arizona. Newt merupakan seorang pengkaji binatang-binatang ajaib dalam dunia ahli sihir. Kehadiran Newt di New York kebetulan diikuti siri-siri kejadian menggemparkan di mana 'bayangan hitam' menyebabkan kerosakan rumah dan jalanan. Mary Lou (Samantha Morton) percaya yang ia adalah perbuatan sihir dan cuba membongkar kehadiran ahli-ahli sihir yang bersembunyi di serata kota New York.

Dalam satu kekecohan, Newt telah tertukar bagasi dengan seorang lelaki bernama Jacob Walowski (Dan Fowgler) dan menyebabkan makhluk-makhluk ajaib dalam bagasi Newt terlepas. Dalam usaha Newt mencari kembali makhluk-makhluk tersebut , dia terpaksa meminta pertolongan Jacob yang merupakan seorang muggle iaitu manusia tanpa kuasa sihir. Situasi ini menarik perhatian dua beradik, Tina (Katherine Waterstone) dan Queenie (Fine Frenzy) yang juga merupakan ahli sihir seperti Newt.


So..nak tau berjaya ke tidak Newt cari balik makhluk-makhluk ajaib dia yang terlepas dan siapakah dalang sebenar di sebalik 'bayangan hitam' dahsyat yang menakutkan warga New York, korang kenalah tengok sendiri.

Filem ni memang fantastic bagi aku. Typical Harry Porter style. Permulaan yang light, ada elemen comel dan kelakar dan slowly develop ke konflik yang lebih berat dan deep. Pelakon semua memainkan peranan yang baik. Aku memang peminat Eddie Redmayne sebab aku rasa lakonan dia hidup dan dia ada penampilan menarik walaupun tak sekacak pelakon British lain. Ah..must be his accent. Cuma watak Collin Farrel sebagai Mr.Graves buat aku teringat pada watak dia dalam Fright Night.

Sinematografi dan CGI tak payah dipertikaikan, filem macam ni memang makanan pengarah-pengarah seni dan special effect di Hollywood. Peminat filem-filem fantasi pasti akan suka filem ni lagi-lagi peminat Harry Porter kerana watak Newt pernah disebut dalam buku dan filem tersebut. Tapi yang tak pernah tengok pun tak ada masalah nak faham.

So, where can I find myself a Niffler?

Hope you enjoy my review! Nanti dah tengok share lah ye best ke tidak. Till then, thanks for reading!

47 comments

  1. Dating dengan diri sendiri x salah x salah x salah langsung! Yang salah tu kerusi yang bebanyak kat panggung wayang tu... keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..baguslah kerusi banyak. time sy g tengok cerita ni panggung hapir penuh. So takdelah rasa alone sangat. kiri kanan ada orang

      Delete
  2. Saya enjoy baca entry ni. Orang lain saya tak tau.

    ReplyDelete
  3. Dating dengann diri sendiri ? Alaa... tak pe.. nanti call Zaf naa.. Zaf teman

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sebab last minute kan.takkan nak terjah je member.lagi pun tak semua orang suka keluar pagi-pagi ni

      Delete
  4. Last sekali tengok wayang cerita Dr Strange... yang ni pun macam cara gak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tu best tapi jalan citer slow sikit , sapa tak saboo boleh tido.. hehehe

      Delete
  5. save dulu, nak baca dgn tenang, skrang tgh busy with my paper, ta ta

    ReplyDelete
  6. Saya baca review pengkritik filem barat. Mereka kata cerita ni tak follow sangat pun buku yang diadaptasi tu.
    .
    Ceritanya pun tak berapa sampai. Tak sampai tahap sepatuttnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, lain orang lain pendapat.tapi saya rasa buku ni best je

      Delete
    2. ops..bukan buku, filem.buku tak pernah baca

      Delete
  7. yang saya baca review orang, tak follow sangat buku asalnya ya. tpi saya enjoylah baca review sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah tak sama, sebab spin off, bukan direct adaptation

      Delete
    2. hihi mestilah bukan direct adaptation ek. takpe yang penting hiburan kita

      Delete
  8. Wahhh.. pasti box office filem nie..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. best jugak..rasa lebih yakin dengan diri lepas tu

      Delete
  10. Dah lama x masuk panggung..dulu sensorang jadik je

    ReplyDelete
  11. Tix wayang makin mahal tu yg malas nk layan tggu kuar kat astro

    ReplyDelete
  12. Kaalu ke pangging mmg berbaloi layan cite mcm ni

    ReplyDelete
  13. Dah lama sangat tak masuk panggung akak ni, Sal. Tak tahu pun apa movie terbaru di pasaran sekarang ni. Akak pencinta Astro, ulangkali tayang pun akak tetap tengok tanpa komplen banyak!

    Kiranya kalau ikut review Sal ni, bestlah cerita ni ya.

    ReplyDelete
  14. di kelantan x de cinema, jd tgok di internet je la..

    ReplyDelete
  15. Aritu last tgk Dr Strange celebrate birthday hero besaq... hhehhehe

    ReplyDelete
  16. Baca entry cam best! Sal jom tengok sekali lagi ngan mummy.. hehehee

    ReplyDelete
  17. Mula2 tgk macam beauty and the beast tp fantastic beast rupanya.. heheheh

    ReplyDelete
  18. Mu kasi brape ******* utk movie ni?? Rs2 ada sequel ke nnt?

    ReplyDelete
  19. bab tengok sensorang dah biasa sangat dah. lagi x terganggu.

    bagi kita, not bad la cuma macam x sabar nak tnggu sequel dia. Eddie Redmayne comel! yes, dia x sekacak macam laki lain macam kak Sal cakap, tapi dia ada aura sendiri kan. dah la menang Oscar. kau hado. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap sequel pun best jugak..macam Harry Porter

      Delete
  20. Mummy dah tengok! Best sgt!... Berbaloi bayorr tiket mahal untuk panggung Atmos tu.. hehehhe

    ReplyDelete
  21. Suka tengok budak kecik yang suka mencuri barang2 berkilat tu..comel sgt!

    ReplyDelete
  22. Kalau filem JK Rowling memang best. Sejak busy kerja ni memang kadang2 sy pun tgk wayang sorg2 gak. Timing dgn kawan2 dh x sama sbb masing2 busy ;p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  23. Tak tengok lagi cerita ni..

    Dah jrg tgk di wayang download ja...Tapi entah bila dpt tengok nya huhu

    ReplyDelete
  24. Mcm cerita hayalan je Sal....best ke?

    ReplyDelete
  25. Nak sangat tengok filem ni! Semalam half day kerja so plan nak pergi tengok. Lagipun murah kan hari rabu. Tapi tetiba ada kerja lain pulak. Huhu.
    Macam kena tengok kat astro best je.. Kalau ada..

    Btw, siqah follow sini ye. Salam perkenalan :) Jumpa blog ni sebab cerita kat jepun. Hihi.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah