Assalamualaikum semua! Jom, kita sambung kisah di Twelve Apostles. Seterusnya kami dibawa ke Loch Ard Gorge.
View dari atas.. Ramai gak manusia
Tabah menapak tangga ke bawah
Berhenti jap amik gambar. Menahan sejuk je, tak mampu pose dengan sempurna. Haha
Tangga yang agak tinggi.
But the real challenge adalah pasir dia. Pasir basah tapi bila pijak dia 'sedut kaki'. Macam pasir jerlus pulak.
Menyaksikan keindahan ciptaan Allah di depan mata. Beautiful place. Rasa nak celup-celup kaki tapi realitinya nak keluarkan tangan dari poket sweater pun tak mampu. Sezuuuuk!

Loch Arde Gorge mendapat namanya dari kapal Loch Ard yang karam di kawasan tersebut pada tarikh 31 Mei 1878. Daripada 18 penumpang, hanya dua sahaja yang terselamat iaitu Tom Pearce dan Eva Carmichael. Sewaktu tragedi tersebut, Tom telah berenang hampir sejam untuk menyelamatkan Eva yang berpaut pada serpihan kapal dan membawanya ke pantai.Mereka berlindung di dalam gorge (gua) semalaman.
Romantik kan.. macam drama Sanay Wala Nang Wakas pulak!
Ha, aku tau korang pun macam aku gak, kaki tengok hindustan. Mesti tertanya-tanya apa terjadi kat dua orang anak muda ni. Adakah mereka menari-nari Kaho Naa Pyar Hai sementara menunggu pertolongan? Adakah mereka berkahwin dan hidup bahagia selepas diselamatkan penduduk kampung? Atau mereka dikacau lanun macam kisah Elizabeth Swann dan Will Turner dalam Pirates of the Carribean?
Aku tanya Mitch dan dia jawab selepas tragedi tu, Eva balik ke kampung dia di Ireland dan Tom meneruskan hidup macam biasa. Sekian. Apalah Eva ni..aku tengok gambar atas tu Tom macam hensem je. Kah kah kah. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca SINI. Still a better love story than Twillight!
Tak jauh dari situ ada Shipwreck Walk, tapi kitorang tak turun. Aku tengok gambar google, lawa gak tempat tu. Selain dari Twelve Apostles, Loch Ard Gorge dan Shipwreck Walk, korang boleh juga ke London Bridge dan Gibson Steps. Tempat ni kitorang tak pergi.
Kalau nak tengok banyak lagi gambar menarik kat Great Ocean Road ni, bolehlah tumpang baca travelog Huda kat SINI. Kalau pergi time musim panas, dapat turun main-main air. Cuma hati-hati jelah. Arus dan ombak menggila jugak. Personally aku rasa Great Ocean Road ni lebih cantik time summer, tapi bagi aku dapat sampai ke sini pun dah bersyukur. Melbourne memang awesome!
Kami kemudiannya pulang ke city. Tapi balik lalu jalan lain. Yelah, takkan dah lewat petang nak lalu jalan cliff, bahaya. Balik banyak lalu kampung. Aku memang suka tengok area countryside Melbourne ni. Kat Great Ocean Road ni kebanyakan pekan dan rumah masih mengekalkan ciri tradisional. Kitorang hanya singgah satu pekan je. Aku lupa nama apa. Sebab dah ngantuk. Singgah pun untuk gi toilet dan cari makan. Aku tak yakin status halal McDonald dia, lagipun aku memang tak makan junk food sangat, so takdelah beli apa.
Sampai bandar Melbourne, kebulur giler!

Flinders Street Station - majestic at night!
Singgah 'Lord of the Fries' berhampiran station.
Beli fries buat kunyah-kunyah sementara tunggu tram balik ke rumah RZ.
Cukuplah adventure untuk hari ini! Penat, tapi seronok. Aku repeat balik apa aku pernah tulis. Great Ocean Road ni korang boleh pilih ikut tour atau memandu sendiri. Prosedur memandu kat sana aku tak tahu, korang boleh rujuk blog orang lain. Sorry. Ada banyak tour group yang menyediakan tour ke Great Ocean Road. Boleh book di Melbourne Visitor Centre berhampiran Federation Square, search online atau merayau di bandar Melbourne cari tourism centre. Ada yang menyediakan pakej ke Philip Island atau korang boleh ambil dua-dua sekali.
Sedar-tak sedar, kitorang tinggal 2 malam je lagi nak balik ke Malaysia. Rasa sekejap je percutian ni. Tak puas lagi!
Alaaaa baru ingat nk jd yg 1st...
ReplyDeleteaiseh, lambat 6 minit..
DeleteMelepas!
DeleteOkay tips untuk memandu ke GOR blh baca kat blog I bila I siap tulis ye...
ReplyDeleteHihihi
hahaha, bila u nak tulis, I nak share link
Deletecepat Dudta..up cara tu sbb nak refer
DeleteJay Emm take note... He he he
DeleteCANTIKNYA SEMUA PIC AMAT MENGAGUMKAN..KEINDAHAN TEMPAT NI
ReplyDeletewah ! banyak dah ni Zaf terlepas...
ReplyDeletecantiknya night view diaaa
menarik history tempat ni :D
ReplyDeletecntik tmpt ni.
ReplyDeleteCantik betul ye viewnya..kisah kapal karam tu pun menarik kan.betullah kata org kisah cinta tak semestinya happy ending.hahaha
ReplyDeletehaha..kalau ni citer hindustan orang dah bakar panggung
Deletesalam perkenalan,
ReplyDeletewahhh bestnyer ke sana.... cantiknya view....
hai..thanks follow sini.salam perkenalan jugak
DeleteYelah...berbaloilah ko pegi mmg cantik pun pemandangan dia. Mak ni mampu tengok Port Dickson ajelah....tu pun dah cantik ya amat dah weyh haha....
ReplyDeleteSama la... Pantai klebang je mampu... He he he
Deleteha ha ha :)
Deletesabo jer la.
pantai klebang pun da lama aida tak gi, SS :)
eh, pantai di Malaysia pun cantik juga..
Deletelaaah ingat kan cite Aussie dah habis sbb kuar cite Krabi
ReplyDeletehaha, rotate la JM, takdelah jemu orang baca
Deletepergh cantik...Sal leh la buat fotoshoot kahwin kat sini nanti ;p
ReplyDeletecik Huda duta Melbourne..cam balik kg jek
ReplyDeleteItu kampung dia... Teluk Intan ke Melben boleh balik hari...
Deletemengantuk? kul berapa gerak balik
ReplyDeletemengantuk sebab penat..gerak balik petang..tapi belum gelap lagi
Deletecantik lah! nanti nak ajak SS ke Melbourne dan drive sendiri..terus jeling sama Duta melbourne tu hihih
ReplyDeleteYeahhhhh.... Please! Ha Ha Ha
DeleteCantiknya Gorge tu!
ReplyDeletememang cantik pantai lord ard gorge.....
ReplyDeletetak ada gambar selfir menghadap laut ka? cantik tu
ReplyDeleteada tapi malas nak tayang.orang nak tengok gambar laut, bukan gambar saya..haha
DeleteBoleh bayang kesejukan tempat ni...
ReplyDeleteBerenang sejam? Gilozzz... SS celop kaki 5 minit dalam air laut pon x tahan...
ReplyDeleteKalau akak baca main skip, memang peliklah tetiba ada keluar tajuk drama Filipina, kejap Hindustan, kejap filem omputih. Ingatkan jalan-jalan round the world tapi cuma di Melbourne aje rupanya ^_^
ReplyDeleteOh, cantik Sal tempatnya! Kalau akak, biarlah jerlus, biarlah sejuk, kalau abe ada, akak sanggup buat apa sahaja janji dapat perhatian abe ^_^ Huh, abe tu HDlah ya, bukan mat Ostolia yang ada kat situ!
tengok pic tu tingat pantai 'ajibah waarghhhh cantikkkk
ReplyDeletepart 12 dah!
ReplyDeletebanyak dah ketinggalan rupanya
lah...love story tapi not happy ending
ReplyDeletebukan jodoh tom dengan eva gamaknya...haha
tapi serius cantiklah sal...gambo ye
ReplyDeletebukan hak lain...hehe
membaca . melihat sambil membayangkan sis berada di sana ... hehehee ... cantik gilos tempat tu ...
ReplyDelete