We don't just talk history, We made history!

Friday 22 April 2016

15.4.2016
Stadium Anfield, Liverpool
2.45 pagi waktu Malaysia
Second Leg Europa Cup Quarter Final
Liverpool (LFC) vs Borussia Dortmund (BVB)

Kelab German, BVB bukan calang-calang. Antara pasukan terbaik dunia ketika ini, berdiri sama megah dengan Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich, Johor Darul Takzim dan Paris Saint Germain. Harapan aku cuma satu, kalau kalah pun jangan sampai kena lauk. Siapalah Liverpool, dalam Liga Inggeris pun sesak nafas nak survive.

Berbekalkan seri 1-1 di Signal Iduna Park,  Liverpool mampu layak ke peringkat separuh akhir cukup dengan seri 0-0. Tapi itu mustahil. BVB memiliki ramai penyerang prolifik yang lari lagi laju dari Usain Bolt macam Aubumeyang; yang mampu score dari tight angle macam Marco Reus dan sharp shooter macam Shinji Kagawa. Ramai yang meramalkan LFC akan kena at least 4-0.

Meriahnya Anfield - bilalah nak sampai sini.

***Kick off!*** 

Minit ke-4 : LFC 0-1 BVB (Mikhitaryan)
Minit ke-9 : LFC 0-2 BVB (Aubumeyang). 

Time ni aku dah membayangkan Liverpool akan kena gulai. Sememangnya permulaan yang shaky, defensive line Liverpool banyak loophole dan midfield senang hilang bola. Di twitter dan whatsapp, ramai penyokong Liverpool yang tutup TV atau tukar channel. Penyokong rival mula membahan. Matilah korang! Silap-silap 10-0 nih!! Sabar, wei, sabar, aku pujuk hati. Dalam gelap, aku teruskan juga tonton di laptop melalui life streaming. Pemain Liverpool macam baru tersedar dari mimpi lepas kena 2 bijik. Penyokong di stadium tak berhenti bersorak. Kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun keputusan kekal 2-0 sampai tamat separuh masa pertama.

***Separuh masa kedua***

Minit ke-48 : LFC 1-2 BVB (Origi)

OK, boleh kejar ni! Come on Reds!!! Tapi baru nak happy...

Minit ke-56 : LFC 1-3 BVB (Reus)


Jaringan Reus (depan) membuatkan aku terus tutup laptop. Sambung tidur? Oh, tidak. Aku bangun, pergi ruang tamu bukak TV pulak. Ada setengah jam lagi. Takpelah kalau kalah pun, aku akan tetap tengok sampai habis.

Minit ke-65 : LFC 2-3 BVB (Coutinho)

Strategi pertukaran pemain menjadi! Midfield lebih compact dengan kemasukan Allen. Pakar jaringan jarak jauh, Philippe Coutinho membuat gesture ala-ala Gerrard (UCL final, 2005) selepas menjaringkan gol. Dari baring, aku duduk. Tapi masih takut nak berharap, takut kena harapan palsu lagi..

Minit ke-75 : LFC 3-3 BVB (Sakho)

Gol meledak lagi! Kali ni hasil tandukan Sakho, ironinya, defender yang menyebabkan Liverpool bolos 2 gol awal. Seri, tapi kalau ikut kelebihan jaringan tempat lawan, Liverpool dikira kalah. Penyokong kedua-dua pihak menanti gol seterusnya. Minit ke-80..minit ke-90..masih 3-3. Selamat tinggal piala Eropah.

***4 minit masa tambahan***

Minit ke-91 : LFC 4-3 BVB (Lovren)

Gol wei, gol!! Liverpool potong di minit-minit terakhir. Aku mimpi ke ni?  Penyokong BVB masih bersemangat walaupun pemain-pemain diorang nampak dah lemau. Jangan leka...game tak habis lagi!

Minit ke-94, BVB dapat free kick. 

Oh great, Liverpool memang selalu bolos kalau set piece. Sepakan diambil oleh Gundogan. Or is it Mikhitaryan? Aku tak ingat sebab aku tutup mata.. Tak sanggup tengok. Aku dengar penonton bersorak. Disusuli wisel panjang menandakan tamat masa permainan. Aku bukak mata. Replay. Sepakan pemain BVB tersasar. Keputusan kekal 4-3. Liverpool menang! Anfield is on fire! Liverpool mara ke separuh akhir selepas menewaskan Borussia Dortmund, antara calon favourite yang diramal memenangi Europa League edisi 2015/16.

Great win, great night! Thanks lads!

Jauh lagi perjalanan nak sampai ke final. Last Liverpool julang Europa League ni tahun 2001. Final yang dramatik sebab tipikal Liverpool, 'suka' menang cara susah dan bagi penonton sakit jantung. Harap menang lah tahun ni. Kempunan 4 tahun dah nak tengok rak trofi tu bertambah.

Oh, kalau nak lagi feel apa aku cerita, boleh tengok highlight kat SINI

Disclaimer : Penulis bukanlah pakar taktikal , main futsal pun lintang-pukang, atas padang lagilah terlentang. Hanya penonton, peminat dan penyokong. Ini pendapat dan ulasan peribadi, bukan profesional. Belum layak digelar peminat bola tegar, sekadar syok sendiri kat blog sebab tak boleh move on.

Terima kasih kerana membaca. You'll Never Walk Alone.

51 comments

  1. Tak faham menda dik. But as long as you're happy.
    - Jumma barakah dik.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tak cukup la..4 kali gol.haha

      Delete
    2. ha ha ha... okay repeat ...

      gol gol gol golllllllllll

      Delete
    3. ha, gol last tu kena dramatik sikit..

      Delete
  3. ulasan yg menarik ni sal...nampak ramai yg bersesak menyaksikan game ni,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, sebab dua kelab ni ramai peminat kat Malaysia..kul 3 pagi pun orang bangun kak

      Delete
  4. Akak tak tahu nak komen apa Sal ^_^ Cuma bila ternampak JDT tu, akak turut terkujat sekejap!

    Okeylah sebagai penyokong tegar, penonton tegar dan peminat tegar kira dah terbaiklah ni Sal buat ulasan walaupun akak memang ler tak faham bahasa bolasepak ni Sal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. JDT tu buat lawak je kak..hehehe

      Delete
    2. Lawak 'pengulas sukan' kadang-kala masuk juga tanpa sedar itu sekadar lawak ^_^

      Delete
    3. nampak tu ... sal... telah "mempermainkan" mummy dearie....

      ha ha ha.. #batuapi aishhh...

      Delete
    4. haha, pengulas sukan kat Malaysia memang kuat buat lawak kak..kalau tengok kat TV rasa nak mute je

      Delete
  5. Mcm yg selalu mak ckp....ko ni mmg elok sangatlah jadi pengadil haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu mak suruh jadi pengarah film..mana satu ni mak?

      Delete
  6. Replies
    1. amboi, rules pun tak habis hafal lagi ni

      Delete
  7. Cara Zaf baca dah macam Hasbullah Awang. Ni sebab hasil ulasan akak menyebabkan Zaf telah bertukar profesion. haha

    ReplyDelete
  8. Wah ada bakat jd pengulas sukan bola sepak ni :D

    ReplyDelete
  9. adeh Kak Sal sembang bola ceq tatau nak komen apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tengah gigih berusaha mencerna baris demi baris,... ;)

      Delete
    2. ehehe cernaan yang baik menjadi x kak ? wakakka..

      Delete
    3. rasanya kena bantuan Gaviscon..hehe

      Delete
  10. okayla..hensemnyaa yang dalam gambar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amvoiiii, CT! Jaga mata tuh! ;)

      Delete
    2. haipp..tu akak dah cop!hahaha

      Delete
    3. haaaa... yang ni jer yang SYM faham kak farah... ha ha ha...

      Delete
    4. yaaa betui tu.. yang part cuci2 mata tu je yang i terer..
      lagi lagi mataaaaaa biwu mata ijaoooo ehehe..

      Delete
  11. Knock! Knock! Assalamu'alaikum, Dik Sal. Maaf lama tak jengah laman bola ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..jemput duduk...burger stadium je ado ni ha..hehe

      Delete
  12. Berjaya akak tamatkan pembacaan. Ada potensi jadi pengulas sukan Sal ni :)
    Bravo! Hihihihi

    ReplyDelete
  13. Hahaha klu dh minat apa pun boleh ye ciksal

    ReplyDelete
  14. mmg kagum tgk pminat bolasepak kt sana..penuh tu stadium..confirm gamat n meriah kan...

    ReplyDelete
  15. kagum sebab boleh tulis sedetail ini, mesti peminat betul ni

    ReplyDelete
  16. hehe, todia..mcm bca berita sukan+novel chinta pulak nggeee..

    ReplyDelete
  17. alamak serius tak tau nak menyelit lagu mana.. hahahah

    ReplyDelete
  18. Gol ! Gol ! Gol! bole
    komen mcm tu tak? kikiki :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cukup satu, sebab gol empat biji..haha

      Delete
    2. Gol! mummy mai tambah satu lagi., hehhhee :)

      Gud Night Dear Sal.. :)

      Delete
  19. Tak paham takpe yg penting Sal happy! Ola ola olaa....

    ReplyDelete
  20. hahahah tak faham. adudu.

    ReplyDelete
  21. terfikir tak nak tgk liverpool live di sana ... mesti dah berngan lama kan ... meh meh meh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya mampu tengok kat Bukit Jalil je..haha

      Delete
  22. kalau cite bola mampu tgk gambar je..kalau baca susah nk hadam hhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti tengok abam baju kuning hensem tu je kan...haha

      Delete
  23. Replies
    1. kenangan terindah.

      James Milner..can he tee up some one in Red..Oh it's Lovrennnnn!!!

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah