Krabi Trip Part 1

Tuesday, 5 April 2016

Assalamualaikum semua! Sawadee ka.. Masih terasa hembusan bayu laut Andaman di wajah tak berapa mulusku ini, jadi marilah cepat-cepat bercerita sebelum luput segala memori.

Baru-baru ini aku ke Krabi, Thailand. Aku yang mencetus idea nak ke sini dan travel partner aku hanya menurut. Janji dapat bercuti, tak kisahlah ke mana pun. Beli tiket tahun lepas, masa Air Asia buat promo. Memang murah, rasanya tak sampai seratus sorang pergi balik. Lagipun, kitorang tak ambil luggage. Backpack sahaja.

Kenapa Krabi? Entahla. ..time tu tiket Krabi paling best deal kot? Lagipun percutian ke Krabi agak murah, tak perlukan masa yang lama dan senang diatur. Ada ramai kawan dan geng blogger dah sampai ke sana, tiru saja itinerary atau mintak pendapat diorang.

Kitorang book hotel melalui Agoda. Beberapa hari sebelum pergi, tetibe dapat SMS dari Agoda mengatakan yang payment aku tak lepas. Aku beli guna direct debit,  tapi duit hanya akan ditolak seminggu sebelum tarikh check in. Aku dah kalut ke laut! Jenuh call bank dan email orang hotel supaya hold bilik aku no matter what. Matilanak kalau takde tempat tidur. Ambil bilik on the spot pastinya lagi mahal or silap gaya dah penuh. Tido tepi laut la jawabnya.

Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Rupanya, kalau nak buat pembelian secara online melalui debit card kena call bank dahulu minta pelepasan. Settle print voucher hotel dan check-in Air Asia secara online, hari yang dinantikan pun tiba.

Rukun naik flight, wajib amik gambar sayap..haha. Ni rasanya diambil bila dah nak touchdown.

Prosedur biasa masuk ke negara asing, isi Arrival Card. Arrival Card Thailand ni simple. Tak meyiksa jiwa macam Arrival Card Australia.

Perjalanan ke Krabi mengambil masa sejam lebih sahaja. Flight pukul 4.15 petang, dalam pukul 4.30 dah sampai. Uit, 15 minit je? Biar betul! Naik jet Rosmah ke apa nih? Rilek...rilek..waktu di Thailand lambat sejam dari waktu di Malaysia. So, kalau di Malaysia dah pukul 5.30, Thailand baru 4.30. Perjalanan smooth. Begitu juga urusan di imigresen. Diorang tengok passport Malaysia, lagilah tak banyak cakap. Cop..cop...lepas

Airport Krabi ni kecik comel je. Keluar je dari imigresen, dah nampak kaunter jual tiket bas dan teksi. Kat sini ramai yang pandai cakap Melayu tau.

Apa-apahal pun, beli simcard dulu. Biasalah, ada travel partner kaki internet. Hehehe. Aku tak beli pun. Tumpang hotspot je. Takat nak habaq kat Mak dah sampai.

Aku tak ingatlah apa nama syarikat telco ni. Yang aku tau, booth dia warna merah. Malas nak survey yang lain. Mentang-mentang Baht, cuba kalau Dollar!

Kitorang naik bas je, just for the experience. Tambang 150B sorang.

Interior dalam bas. Selesa jugak. Tapi time ni kepala aku dah pening. Sebab panas dan lapar agaknya.

Yang bestnya bas ni, bagitau je driver nama hotel korang, dan dia akan turunkan betul-betul kat depan. Macam naik teksi.

Ikutkan hati dan kepala, rasa nak tidur, tapi excited sebab first time sampai Thailand mengatasi segala sakit yang ada. Mata aku melilau dok tengok luar. Mimpikah aku dah sampai sini? Ewah, drama kau!






Seronok tengok Krabi ni, tak sesak. Mungkin sebab tempat ni dah fokus untuk pelancongan. Jalan tak jam, dalam 45 minit dah sampai hotel. Kitorang menginap di area Aonang. Ramai yang suggest book hotel area ni instead of kat town Krabi sebab senang cari makan, pastu dekat ngan pantai.

OKlah u gais, nanti sambung cerita lagi. Baru perasan yang aku tak tayang pun travel partner aku siapa. Kawan baik? Family member? Teman blogger? Teman tapi mesra? Kekasih gelap? Kekasih awal dan akhir?

Sambungan entry Krabi nanti aku reveal, ngeh ngeh...Thanks for reading!


85 comments

  1. Hahaha... akhirnya....

    Sawadikhap

    ReplyDelete
  2. Ooo sayap tu rukun...
    baiklah

    ReplyDelete
  3. update lagi! tak sabar nk tengok laut krabi :D

    ReplyDelete
  4. seronoknya travel ke krabi pula menarik tempatnya ni.

    ReplyDelete
  5. Wahhhh! Cik Sal Munge jimba2 kat krabi laaa... Pario mana parioooo? Ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. Rukun amik gambo sayap tu.. kalu SS boleh elak memang nak elak... Sebab bila dah lama2... macam semak... Ha ha ha...

    ReplyDelete
  7. OK.. nak tunggu next entry... tepek gambo posing ala awek james bond skit.. ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..gambo keluar dari air tu ye?memang takdela SS

      Delete
    2. hahaha..huda takkan tak biasa tengok filem James Bond

      Delete
    3. Cik manisah cuma tahu filem perhentian jek... Ha ha ha

      Delete
  8. krabi ni org kata tempat wajib pergi la kan..tak sabar nk tunggu cerita laut..mesti cantik2 gambar cik sal snap..


    owhh tak pernah book hotel on9 jadi tak tahu..so dh dpt 1 info berguna hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun first time, tu yang kalut sikit

      Delete
    2. sebab pakai debit card kot.
      kalau pakai credit card - clear je. Insya Allah.
      tapi memang kena minta bank aktifkan untuk transaksi luar negara.

      Delete
    3. tulah, first timer.apalah yng tahu..

      Delete
  9. laut kat krabi memng cantik,sat gi tepek gambar partner.Guess who?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah..akan ditepek nanti

      Delete
    2. member aida ari tu gi.
      dia post gambo kat fb.
      tepi laut.
      snorkeling.
      adoi... sungguh cantik view nyer.

      Delete
  10. seronoknyeeeeee...
    jeles lah.. asik berjalan obesi jer.
    teringin nak berjalan jugak. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada selalu..sebab taip entry tak habis-habis tu yang nampak cam kerap..hehe

      Delete
  11. Mummy tak sampai lagi.,, walaupun sejemput je dari Penang tu., adoiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah mummy, bawak hero-hero.

      Delete
    2. tu la tgh kumpui duit sehari sekupang ni.. hehehe

      Delete
  12. mummy kalo book hotel tak confirm., alamatnya pakai khemah tepi pantai je la.. hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..bangun tengah malam tengok dah ada dalam laut

      Delete
    2. hahahha.. best tu cuma feel seram tu kena tahan la.. hahha

      Delete
  13. 15 minit je sampai .. cayalahh.. hahahaha ., so kira kita cepat sejam la kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mummy, kalau 15 minit dah sampai tu terbang macam Superman.haha

      Delete
    2. superman je ker? ironman bole tak? hahaha :p

      Delete
  14. Perghhh kalo krabi ni mesti ingat filem Bikers Kental.. hurmmm naik moto besaq pulak ngan Zul Ariffin., adoii berangan lagi.. kikiki :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada zul arifin ke dalam cite tu?saya ingat ada zizan ngan tauke je..hehe

      Delete
    2. ada waktu tak pemes lagi.. tapi mummy dah suka.. encem + sadoo.. ouchhhhhh ! hahahhaa :p

      Delete
    3. nak confirm pi tgk balik Filem tu.. yum yum! eehhh.. hahhaa :p

      Delete
  15. sila update gambo lawo2 na.. mana tau ada selit pak we encem.. ehhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ada, mana boleh tak ada

      Delete
    2. wowwww! I like.. seblm upload kin salam kat mamat encem dulu tu tau..

      Delete
    3. mamat encem dah tertnggal kat Krabi, nak kim salam cmane

      Delete
    4. kena g lagi tu sal... he he he he

      Delete
  16. assalammualaikum Sal...sihat kaa??? lama xsinggah sini huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. DM..lama menghilang.Ok je, tapi hari ni selsema sikit

      Delete
  17. uish p krabi ka kak sal.. I all ni berangan nak masuk thailand ngan train.. belum sampai2 lagik.. haha

    ReplyDelete
  18. cerita melbon x hbis lagi kan

    ReplyDelete
  19. Alhamdulilah.....sampai sudah mak lum terasa nak jalan jalan mcm ko ni Sal. Satu nikmat jugak tu....kalau tak habis duit Pak Jilapah haha....bukan sorang weyh, 5 org kena cover kikiki....

    Kalau tak ambik gambo sayap tu kira tak sahlah ek Sal percutian ko hihi...

    ReplyDelete
  20. Haippp! Tergantung lagi! Penat akak baca sampai habis tau. Kalau tau tadi sampai takat tu aje entri Krabi ni, akak baca tajuk aje.

    Ni first time ke Sal sampai ke Siam? (Eh, Siam juga yang best instead of Thailand!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak, ni lah kali pertama sampai Siam

      Delete
    2. siam?
      ha ha... perkataan 'siam' tu mcm pelik jer ha ha...

      Delete
    3. haha, cam zaman dolu-dolu plak

      Delete
  21. haaaik.. nape tetiba Krabi ni ??? habiskan duluuuuuu satu-satu.. nanti makin lupaa.. ahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..time ni mood update cite Krabi membuak-buak

      Delete
    2. Kasi la can cik sal munge feeling james bond! Ha ha ha

      Delete
  22. lekaih2 habiskan citer Melbourne.. CT pun nak masuk citer baru.. tu pulun habiskan jugak cepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilek2..akak nak tiru CT je.hahaha

      Delete
    2. Cepat abiskan! Kang short memori!
      * Cehhhh! Pandai aku jek nak nasihat... Padahal 2x5... He he he...

      Delete
    3. SS lain, ada kitab busuk.hahaha.kita ni main korek ingatan.kalau sel2 otak x berhubung, memang lupa

      Delete
  23. คุณไม่ได้เดินทางโดยทิ้งฉันคนเดียวทำไม ???

    ReplyDelete
  24. pepandai laa ko godek google ek utk cari jawapan hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. You did not leave me alone, I go by? apa ini?

      Delete
  25. bestnya,,tringin jgk nk ke sana..

    ReplyDelete
  26. Replies
    1. oh tak, kak SYM x suka tempat-tempat panas ni

      Delete
  27. Bestnya dah sampai ke Krabi! Saya teringin nak ke Krabi.

    ReplyDelete
  28. bafak murah..tiket tak samfai seratus return..dah mcm balik JB jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita belajar dari kak JM gak, beli tiket setahun awal..haha

      Delete
  29. oh gitew ke kisah nya kalau guna direct ebit...i oulss ni x suka guna agoda...suka booking dot com je sbb boleh booking guna credit card sampai sana baru bayar cash

    ReplyDelete
  30. pergh mmg mudah lah naik bas leh turun depan hotel...sbb dulu sis JM nak boat dari Phuket masuk Krabi tu

    ReplyDelete
  31. aakah sis JM kenal travel partner Sal tu jeng jeng jeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah kenal tak..salah seorang tu blogger jugak

      Delete
  32. jeles lak bila baca entry ni ... adeh ... nak gi gak someday ...

    ReplyDelete
  33. saya pun akan ke krabi..baca semula walaupun pernah ke sana. Tgk ada kelainan tak?

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah