*Entry repost - untuk seorang kawan*
Dia adalah kawanku...
Manusia macam kita.
Bila dihina sakit hati,
Bila ditegur sakit telinga.
Walau dia tahu dia buat silap,
Walau tahu jalan yang dipilih membawa ke arah kesesatan,
Tapi dia tetap ulang maksiat yang sama
Seolah-olah dia kebal api neraka.
Dia adalah kawanku,
Dan aku tidak mahu terlalu cepat menilai
Tapi yang halal itu jelas.
Yang haram lagi jelas.
Dia nampak.
Dia tahu
Tapi dia masih membiarkan dirinya hanyut.
Aku menegur
Dia angguk
Namun takde apa yang berubah.
Nasihat aku tak berendah.
Dia adalah kawanku.
Yang sangat memahami
Yang sangat aku sayangi.
Aku tidak mahu kehilangan dia
Aku tidak mahu dia menjauh
Aku takut aku tak ada untuk menyambut tangannya saat dia jatuh.
Tapi aku takut teguran ku yang berulang
Membuahkan benci dan dendam.
Takut andai dia makin hanyut
Tiada tempat untuk dia berpaut
Aku adalah kawannya
Aku juga banyak dosa
Kadangkala leka dalam lagha,
Tunduk pada nafsu dan keseronokan dunia.
Tapi aku tak sanggup tengok dia tengggelam.
Saat dia bercerita aku hanya diam
Tapi diamku tak bererti restu.
Aku cuba memahami dia.
Benar, berubah bukan mudah.
Bila dosa besar itu sudah serasi,
Jadi sebahagian dari diri.
Tapi hatiku galau
Risau.
Seriau
Kalaulah maut menjemput dia saat dosa itu sedang dinikmatinya,
Kalau taubat tak sempat dia jamah
Adakah aku pun bersalah?
Aku adalah kawannya.
Yang buntu dan keliru.
Bila kutegur dia hanya bisu.
Aku hanya mampu berdoa.
Di atas tikar sejadah,
Pernah juga di depan Kaabah.
Aku tidak mampu berkongsi dosanya.
Kerna dosaku sendiri tak terkira.
Ya Allah,
Kirimkan hidayah-Mu untuk kawanku itu.
Bukakan hatinya untuk berubah
Kalau pun bukan dengan bantuanku.
Moga dia akan kembali ke jalan yang diredhai-Mu.
Kawanku,
Andai coretan ini kau baca
Kau akan faham apa aku rasa.
Teguranku kerana aku sayang.
Kerana aku tak nak kau terus alpa.
Berubahlah..
Andai kau tak peduli aku yang risau
Atau masyarakat yang mencerca.
Andai kau tak terfikir betapa sayunya hati Ibu ,
Hati keluargamu andai tembelangmu terbongkar,
Kau berubahlah untuk dirimu.
Selamatkanlah jiwamu dari kemurkaan Allah.
Selamatkanlah tubuhmu dari azab api neraka.
Sesungguhnya Allah maha Pengampun.
Lagi maha Penyayang
Berubahlah kawanku.
Sebelum Izrail mengetuk pintu
-Something yang aku tulis masa mula-mula buat blog ni dulu-