Kerja dan Mentaliti Orang Kita

Saturday 28 November 2015

Gambar hiasan semata ihsan google
Situasi: terserempak dengan kawan yang dah bertahun-tahun tak jumpa.

Apakah soalan yang sesuai ditanya???

A : kerja kat mana?
B : kau anak dah berapa?
C :operate hidung ek? Dulu aku tengok lain...

Aku rasa golongan lahir tahun 80-an macam aku majoriti akan jawab ' A' . Paling subtle dan sopan terutama kawan yang korang tak berapa rapat. Kalau rapat biasa akan cakap, "oi,hidup lagi ngko!".Kan?kan?ala,tak payah berlagak suci kat blog aku ni ha.

Aku pernah mengalami situasi ni. Agak awkward sebab time tu  aku takde pekerjaan tetap. Dengan suara kepit macam pondan kena cubit, aku jawab "Petrosains". Reaksi common adalah excited. Ada gak yang mintak tiket free. Typical. Kalau nasib aku baik diorang tak kan tanya "as what?". Sebab mentaliti orang kita suka judge berdasarkan syarikat. Petrosains kan under Petronas, so bagi diorang kalau kau kerja situ kau dah dianggap best la. Tapi kalau ditanya, aku takkan membohong dengan mengatakan aku Eksekutif. Jawapan standard aku "part time je. Tengah cari kerja tetap."

Entahlah,kadang-kadang rasa macam pertandingan pulak. Terutama kalau duduk kat bandar. Semua nak tau kerja apa yang kau buat. Ingat zaman remaja je ada peer pressure?Peer pressure di umur 20-an ni lagi hebat . Tengok kelulusan sape lagi tinggi...Awek sape lagi hot...Kereta siapa lagi dasyat...Laki sape lagi kaya...Bukan senang nak tebalkan muka mengaku kau still jobhunting sedangkan kawan-kawan lain majoritinya dah duduk kerusi empuk dalam pejabat berhawa dingin.

Aku pernah kerja retail. Seronok, sebab tak duduk pejabat mengadap PC 9 to 5. Dapat jumpa ramai orang dan dapat cuci mata sebab kerja dalam shopping complex. Jangan sesekali korang tengok budak-budak kerja retail ni sebelah mata okey. Kalau kena caranya, gaji diorang kalau campur komisen sebenarnya jauh lagi besar dari gaji orang kerja pejabat. Memangla diorang suka naik public transport atau naik motor. Almaklumlah parking dalam shopping complex ni terhad. Kalau yang high-end macam Pavilion atau KLCC, parking mahal pulak. Dengan jammed lagi. Apakan daya aku takde bakat jual barang. Kalau tak, aku teruskan jugak la kerja jadi salesgirl ni.

Tapi cuba kau mention kat sedara-mara atau kawan-kawan yang kau ni kerja buat sales, muka diorang akan berubah. Apatah lagi kalau kau ada kelulusan. Mesti masing-masing akan suruh kau cari kerja lain. Takpun suruh mintak SPA. Atau mintak jadi cikgu. Itulah orang kita. Kerja kerajaan la baru ada kelas. Kerja pejabat la baru cool. Weekend dan cuti umum boleh lepak, ini tak kerja macam bangla nak buat apa. Kalau lelaki plak cuba cakap kat awek yang kau kerja mekanik. Confirm diorang cebik. Diorang tak tau kau ada bengkel sendiri. Tapi cuba cakap kau kerja office. Mesti mak ayah awek tu akan pandang kau sebagai calon menantu. Hakikatnya kau opis boy je.

Seriously aku respect mereka yang ada keberanian nak kerja sendiri. Contohnya berniaga atau buat freelance.Bukan senang sebab kena tanggung risiko. Meniaga ada untung rugi. Ada hasad-dengki. Buat freelance kena depends pada job. Kalau rajin, orang suka kerja kau, banyaklah job. Kalau tak, melopong je la. Bertambah-tambah tahap kekaguman aku kalau yang sanggup teruskan pekerjaan tradisi cam jadi petani or nelayan moden. Tak salah, kerja tu kan mulia. Bagi aku diorang hebat sebab cabaran bukan sikit. Selain tu, kena rajin jugak. Banding dengan orang makan gaji bulan-bulan. Kerja kadang-kadang tak produktif mana, tapi gaji masuk jugak. Aku tak cakap orang, aku cermin diri aku sendiri je.

Aku tak berdaya nak mengubah mentaliti orang. Tak layak pun bergelar 'keyboard warrior'. Pendapat aku, kerja lah apa pun, janji tak melanggar hukum syarak dan hak asasi manusia, buatlah... Bumi Allah ni luas. Rezeki ada di mana-mana.Selebihnya, tepuk dada, tanyalah iman...

***Entry repost...tak sempat menaip lately*** 

 

61 comments

  1. entry yg best.. sama la mcm village people aku asal keja gov mesti dipandg mulia walhal gaji xlawan gaji salesgirl keja zalora.. teringat masa bf aq masih keja biasa2 bahagian ICC kat market, 1 family xnak kat dia. bila da keja gov boleh dapat restu. ermm nasib baik kami kuat harungi 4 tahun bersama2...inn syaa Allah tahun depan bakal bernikah.. dan aq ni pula da nak grad, expectation drg aq akan gov sebaik saja abis study. Like what the hell?! aq ada cita2 lain, aq nak buat business tapi sebab nak balas jasa mak bapa nampaknya terpaksalah aq apply keja gov sampai dapat bila da grad nanti. xkisahlah keja d bahgian apapun yg pentg gov..itu wat drg bahagia..aq pn xpaham. btw follow sini.. jemput ejnguk blog saya juga http://wilmashana.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for following me..nak buat cmane, memang tu mentaliti orang kita.moga suatu hari nanti am shana tercapai impian nak bisnes sendiri.

      Delete
  2. Saya pun tak suka bila orang tanya macam-macam pasal diri kita. Lagi-lagi pasal kerja ni. Entahlah benda ni macam dah ingrained dalam pemikiran sesetengah rakyat Malaysia tu. Sedih sangat. Tu yang takut nak balik Malaysia tu. Takut nak hidup dengan expectation orang sekeliling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, stigma masyarakat tak leh nak ubah. Keje gomen terjamin hidup. Kalau pegawai je boleh jadi calon menanti hahaha

      Delete
    2. Ha ye ke kak farah?
      Terjamin hidup?
      Tak tentu lagi...

      Ntah lah... susah nk jawab.... sbb bukan semua orang faham ... kalo x tgk n rasai sendiri

      Haha.... nnt lah bile2 free kna karang 1 entri lah "hakikat sebenar keeja gomen"

      Delete
    3. Dik farah from canada with love...

      Jgn takut nk blk keeja kt msia...
      Jgn serabut kn kepala dgn judgement manusia...
      Baik lah d bimbangkan dgn judgement Allah...

      Manusia ni.... kita buat apaaaaa pun akan sentiasa ada yg komplen n cari pasal...
      So selamanya kita takkan dpt puaskan hati semua orang....

      Itu dah mcm hakikat manusia kot

      Delete
    4. jangan risau Farah, akan ada masa dalam hidup kita, tk tau sangat nak buat apa.sebab kita dok fikir judgement manusai.bak kata kak Huda, fikirkan judgement Allah...don't worry, you'll be fine.jangan risau sangat, k..

      Delete
    5. huda : yes, sila buat entry...

      Delete
    6. sal n huda...sy pun nk wat entry jugak lah pasal keje gomen nih...mau berepisod barangkali....byk sgt panca roba...tekanan perasaan.....kah kah kah

      Delete
    7. hahaha..mana-mana pun ada cabaran yang tersendiri,orang yang mengalami je faham kan...huda dan DM,silalah buat entry.

      Delete
  3. ada kawan yang pandang kita sebelah mata ja, kelulusan kita lagi ok tapi kerani cabuk, dia repeat tiap2 sem dpt jadi esekutif..padahal kita x mengata dia pun dulu.. ntahlah dia diam2 simpan perasaan dengki, bila lebih skit mula menunjuk, kutuk org lain.. sedih ada kawan macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. QA ..

      Abaikan je org mcm tu.
      Spesis tu tak layak d panggil "kawan"

      Delete
    2. betul...betul...jangan kawan dengan dia.kawan negatif macam tu hanya akan buat kita rasa rendah diri.carilah kawan yang bagi kita semangat, bukan menjatuhkan

      Delete
    3. Suida..jauhkan je iri dari org yg mcm tu...biarlah dia nak berlagak sombomg mcm tu ..now hari dia..ntah esok Suida lak jadi boss who knows...allah maha berkuasa...dia tak tahu..semua tu dari Allah anytime rezeki tu Allah boleh ambil balik...so Suida jgn down dgn org mcm tu eh

      Delete
  4. suka baca entry ini sebab apa yang awak share ini memang betul..mentaliti orang kita memang macam tuh..paling tak suka kalau balik kampung bila ada member member tanye soalan soalan macam nih..dan memang betul jgk awak cakap peer pressure time umo 20an nih memang lagi dashat dan semestinya lagi pressure..Saya ada kawan yang tak kerja opis..keja sebagai salesman jer dekat padini tapi orang macam pandang rendah kat dia..padahal gaji dia tuh 3 kali ganda dari orang yang keja opis duduk bawah aircond.hehe. btw nak ajak join segmen bloglist arepnakbebel.com tuh pon kalau nak la..huhu. happy blogging

    ReplyDelete
  5. Betul PC setuju...mentaliti orang yang kadang buat kita rimas...sangat rimas..

    ReplyDelete
  6. Akak kalau time raya kan persiapan mental kena double,...tiap2 tahun soalan sama. Diorang akan anggap kerja dr rumah tu bukan kerja. Nanti keluarlah macam2 remarks cakap penat belajar tinggi2 tapi tak kerja besar bla bla bla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita... tp kita mentally tortured dgn soalan B yg ada sikit pindaan "bila nak kawen"...

      Skema jawapan sy adalah mengikut mood:
      1. Calon sdg menjalani quality checked.
      2. Ko sibuk pehal... parents aku pun rilex je x gelabah.
      3. Eleh.... yg kawen pun ramai yg mnyesal... takkan aku kna kawen sbb keliling aku semua dah kawen...
      4. Sengih je (sambil dlm hati ... kecoh btl mak cik ni.... anak ko semua dh kawen ke)..

      Haha...

      Delete
    2. kak Farrah: yes, I feel you..seriously, saya kalau ada talent yang membolehkan saya x payah makan gaji, dah lama buat..haha. like I said, orang kerja sendiri ni adalah orang yang berani dan hebat.bukan senang tau!

      Delete
    3. Huda: well, soalan standard tu...bosan nak mati bila kena tanya. Tu yang kadang2 dah jadi malas nak gi family reunion, wedding and so on..bukan anti sosial atau benci sedara, but well, dah malas, takut terkurang ajar pulak

      Delete
  7. Alahaiii rindunya kat big bird! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.... sama lah kita kak...

      Suka lagu tema citer big bird yellow ni

      Delete
  8. makanya lebih baik jadi orang yang sewajarnya saja tidak menjadi orang yang pengen tahu urusan orang lain

    ReplyDelete
  9. Kerja kerajaan la baru ada kelas....


    Kelas ke cik sal?

    Hahaha ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelas merah ke biru ke hijau ke kuning?

      (Kelas kita kt skolah rendah dulu kuning je... x pandai... sbb tu dok kls kuning... kalo pandai kelas merah)... hahaha

      Delete
    2. well, let's just say dekat kampung saya ramai yang pandang tinggi orang kerja kerajaan ni...

      Delete
  10. Honestly... sy x sure lh jbtn mn... tp jbtn sy ... insya Allah nk ngular buang masa tu blom sempat lg...
    Blk ontime utk para pegawai is almost impossible since 1st month i kerja sini...

    SERIOUS technical meeting til mlm...
    Kiteorg takat balik 2 - 4 pagi dan masuk blk opis pkl 8pg... bukan lh satu bnda pelik...
    Kerja on weekend ? Pun biasa... yeap btl my brother pnh gak perli "hoi... bangla pun cuti lah sabtu ahad... apsal ko kerja hrni"...

    My sis... yg kerja big private firm mmg slalu look down org keeja gvmnt - malas + curi tulang + tak cerdik etc ...
    Tapi once dia tgk adik dia join gvmnt ... keeja lg teruk dr ms i work with private sector ...
    Then she realised... tak semua gvmnt staff tu malas + curi tulang + tak cerdik etc ...

    Sebab kalo semua gvmnt staff tu spesis sampah n tak guna... dah lama melingkup kerajaan malaysia ni...

    So againnnn jangan judge keeja orang... kalo kita tak tahu...
    Mcm cik sal ckp... keeja sales gaji masyuk oooo... dah lh jimat dpt g keeja naik public transport n moto...
    Jimat bnyk oooo....
    Janga judge kehidupan orang ... kalo kita tak pernah hidup dengan dia...
    Kan cik sal kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..huda boleh buat entry ni!hehehe...well, betul, kita takkan faham unless kita di tempat orang tu kan..

      Delete
    2. huda...sila buat entry...nk baca...serius nihhh....heheheh

      Delete
  11. Once pnh bc kt blog sis farah FAMF...

    "I STOP EXPLAIN THINGS TO PEOPLE WHEN I REALIZED THEY ONLY UNDERSTAND THINGS base on their PERCEPTION"....

    Soooo much true ... kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...malas nak explain kat orang ni sebab diorang takkan faham...let's just say people have different ways of looking at things.so, let it go...bak kata Elsa.haha

      Delete
  12. Ok2... dah mcm buat blog sendiri ....
    Balik dulu lah cik sal...

    Byeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...don't worry.memang suka orang komen banyak-banyak ni

      Delete
  13. kalau orang kampung yang tak berapa sekolah tu jer yang tanya dan berfikirin begini, mungkin boleh maaf tapi yang ada sijil ,degree berderet sama suka persoalkan....rezeki Allah di mana2 cuma jalan masing2 tak sama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. well, ada degree tak bermakna pemikiran lebih baik berbanding yang tak sekolah tinggi..kadang-kadang lagi teruk

      Delete
  14. Hehehe. Kathy memang sll guna ayat 'hidup lagi engkau rupanya ya' tu sis. Tp mmg just for bff je la. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...betul-betul.untuk yang rapat boleh la.yang tak rapat memang tak sesuai...

      Delete
    2. Kalau yg xrapat mau di blocknya kita dr hidupnya. Hehhehehe.

      Delete
  15. hai Sal....tapikan kekadang keluar soalan A sebab masing-masing diam...tak tahu nak tanya apa...
    adakala bila tanya "sihat tak" takut pula dia jawab "abis tu ni ha kat depan tak sihat lagi ka" mau terdiam...

    ReplyDelete
  16. kekadang ada yang tanya soalan tu walaupun perit nak jawab tapi sebenarnya diorang care pasal kita nak kenal lebih lanjut sebab dah lama tak jumpa....kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya tak salah, tapi cara diorang respon kepada jawapan kita tu yang kadang-kadang menyakitkan hati

      Delete
  17. wak keje potong rumput jeeer., huhu2

    ReplyDelete
  18. Yang soalan C tu kelakar..:) Belum ada lagi kawan2 k wa tanya macam tu hahahha...

    ReplyDelete
  19. Yang penting kerja halal dan tak kacau orang

    ReplyDelete
  20. hehhehe....sy selalu jugak hadapi situasi mcm ni...selalunya...sy akan tya "ko kt ne skg?"....so jwpn dia mgkin akan jwb tpt tggal skrg atau keje kat mana....terpulang pada cara dia nk jwb..sy selalu gak org tya....keje apa....sy jwb keje kuli jer....hehehehhe.....kdg nk explain keje sy ni ssh beno....terutama makcik2 kt kpg....tp mmg xdinafikan...org pndang tggi keje gomen nih....tp pada sy...keje apa pun bukan jd isu...jnji keje halal....org selalu beranggapan bila keje gomen...kaya....stabil...tp diorg lupa....keberkatan rezeki tu yg plg penting....xkira la gaji byk mn pun....yg ptg berkat...byk jer org keje gomen bergelut dgn hutang....xstabil mn pun.....sama jer mcm keje private....so tak payah nk bandingkan pun keje sape lg bagus....buang masa kan....bekerja lah kita dgn sesungguhnya dalam pekerjaan kita...kerana kerja juga 1 ibadah.....hihihii....terpanjang lak komen....hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...ni pun komen boleh buat entry ni.yelah, macam saya pun stress jugak sebab kerja terkeluar bidang, so malas nak jawab setiap kali keluar soalan kenapa kerja situ.ish, takpelah kan, janji tak mintak duit sesapa pun..

      Delete
  21. tingat IMKK lps: "ko keje bagai nak mati ni, dah berapa juta ko ada dlm akaun?" hahaha... so pokok pangkal, kerja bkn ukuran. yg penting kepuasan kerja dan manfaat yg kita beri drpd kerja tersebut kpd masyarakat negara dan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..betul!kalau gaji banyak pun tapi kerja tu tak berkat, takde guna jugak..kerja biasa-biasa pun,asalkan senang hati dan tak kacau orang lagi bagus..

      Delete
  22. Masa muda belia dulu selalulah dapat soalan macam ni. Kerja kat mana. Kalau gomen, baguslah. Kalau swasta, nak juga tahu lebih lanjut kerja apa dan company apa! Bila dah meningkat umur lain pulak soalannya - tak kahwin-kahwin lagi ke? Lepas kahwin lain pulak soalannya - anak berapa? Kalau takda anak, mulalah jongket kening nak tahu kenapa. Kalau baru kahwin terus bunting pelamin, pun jongket kening juga, cepat sangat katanya!

    Biasalah tu masyarakat kita kaya dengan budi bahasa katanya ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah..masyarakat kita suka bertanya.ambil berat katanya..sebab kita macam ada 'acuan' hidup, dan semua orang kena ikut.kalau tak, kau salah..huhuhu

      Delete
  23. betul kata kak sal tu...
    kdg2 rimas la...
    biar la org nk kerja apa pon..
    kdg2 jawab ja la.. sambil2 mintak gov dh ni..

    ReplyDelete
  24. kalau di tanya soalan A tu leh terima lagi kalau soalan B tu agak sensitif

    ReplyDelete
  25. memang pun...kalau dah lama sgt x jumpa akan kluar soalan2 mcm tu keje mana, sebagai apa, tinggal mana...kalau sis JM x suka org nak ambil tahu or nak tahu perkara mcm tu

    ReplyDelete
  26. bab banding2 tu memang ye..kalau dah kahwin mesti nak tahu suami keje apa..aduhh..tlg lah...

    ReplyDelete
  27. mmg pun..parent skrg ni kalau anak dah habis study mesti nk anak2 keje gomen ..terjamin katanya but hakikatnya gaji ciput keje mcm nk mati better kerja sendiri income lebih lebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..nak manage urusan peribadi pun lagi senang..takde nak fikir orang lain

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah